Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ujian penilaian pemilihan dilakukan secara dalam talian di mana ianya memudahkan Syafiq

menduduki ujian tanpa perlu hadir ke pusat ujian seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

1. Pra Penilaian

Di peringkat pra penilaian, Syafiq dikehendaki menduduki ujian psikologi secara dalam talian.
Tujuan ujian psikologi ini adalah untuk menapis calon yang tidak sesuai untuk dipilih bekerja
termasuk calon yang bermasalah dari aspek kesihatan mental. Selain itu, ujian ini memastikan
Syafiq mempunyai personaliti positif, pengurusan kendiri yang baik serta tahap kesihatan yang
terbaik dan stabil. Di antara. Sekiranya Syafiq gagal ujian ini, beliau hanya dibenarkan
menduduki ujian tersebut sekali lagi selepas tempoh tiga bulan bagi memastikan beliau benar-
benar bersedia. Hanya calon yang melepasi ujian psikologi sahaja berpeluang menduduki ujian
penilaian pemilihan ke peringkat seterusnya.

2. Penilaian Individu

Apabila Syafiq telah melepasi ujian psikologi, beliau akan menduduki tiga jenis ujian secara
dalam talian. Ujian tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ujian kognitif

Syafiq akan diuji kemampuan kognitif untuk memastikan tahap penguasaan bahasa dan
angka pada tahap yang telah ditetapkan. Ujian kognitif merupakan kemampuan dan
kebolehan mental dalam proses mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu perkara.
Penilaian ini mengukur kepada kepelbagaian kebolehan seperti kebolehan mental, keupayaan
lisan dan kefahaman membaca. Ujian keupayaan kognitif ini biasanya terdiri daripada item
aneka pilihan.

(b) Ujian Kompetensi Skim

Seterusnya, Syafiq akan diuji kemampuan berdasarkan kompetensi fungsi jawatan yang
dipohon. Contohnya, Syafiq yang memilih jawatan sebagai ketua dalam bahagian eksekutif
pengurusan akan diuji dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang
pentadbiran dan pengurusan.
(c) ujian etray

Syafiq akan diuji pula dengan keupayaan menguruskan beberapa isu dalam situasi yang
berbeza. Dalam ujian etray, syafiq akan diberikan simulasi berdasarkan kepada situasi
sebenar di tempat kerja. Syafiq dikehendaki menyelesaikan masalah mengikut keutamaan
berdasarkan situasi yang diberikan oleh sesebuah syarikat. Kelebihannya di peringkat ini
adalah calon telah ditapis berdasarkan kebolehan dan ada kemungkinan bilangan calon yang
akan mengikuti penilaian berkumpulan dapat diminimumkan bagi menjimatkan kos.

3. Penilaian Berkumpulan

Seterusnya, syafiq akan dinilai melalui penilaian berkumpulan yang menekankan aspek sikap
dan kesesuaian bagi menyertai perkhidmatan yang dipohon, dimana penilaian ini akan
dilaksanakan dalam kumpulan. Sebagai contoh, satu kumpulan mempunyai empat calon. Setelah
itu, mereka akan diuji kesesuaian untuk memasuki perkhidmatan yang dipohon terutamanya
dalam aspek sikap. Hasil ujian Pra Penilaian boleh dijadikan asas pengesahan oleh panel dalam
menilai kesesuaian calon. Penilaian yang dilaksanakan akan lebih spesifik terutamanya bagi
panel menilai aspek sikap dan kesesuaian calon tersebut.

4. Penilaian Bersemuka / Temu duga -

Kemudian syafiq akan menghadiri sesi temuduga dimana ia merupakan kaedah pemilihan yang
biasanya dilakukan oleh organisasi secara bersemuka antara calon dan majikan. Tujuan
temuduga dijalankan adalah untuk menguji kemahiran komunikasi, melihat penampilan diri
pemohon dan mendapatkan maklumat tambahan pemohon yang tiada dalam borang permohonan.

Temuduga boleh dilakukan dengan beberapa cara, iaitu:

i. Temuduga berstruktur – Soalan yang diberikan adalah standard untuk semua calon dimana
satu set soalan yang telah ditetapkan dan disediakan oleh penemuduga terlebih dahulu.

ii. Temuduga tidak berstruktur – Soalan yang diberikan adalah lebih terbuka dan subjektif
dimana soalan-soalan yang diminta kepada calon tidak ditetapkan terlebih dahulu.
iii. Temuduga situasi – Soalan yang diberikan berdasarkan situasi dimana calon diberi satu
situasi dan dikehendaki memberi maklum balas terhadap situasi tersebut.

iv. Temuduga panel – Temuduga dijalankan oleh sekumpulan panel iaitu beberapa orang
penemuduga.

v. Temuduga berkomputer – Calon akan diuji dengan satu set soalan melalui computer.

You might also like