Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat


1. 1.0 Rekabentuk dan Jenis Pentaksiran 2
2. 2.0 Pelaksanaan Ujian Pentaksiran 3–4
3. 3.0 Analisis dan Interpretasi Hasil Pentaksiran 5–6
4. 4.0 Kesimpulan dan Perbincangan Maklumat Pentaksiran 6
5. 5.0 Rujukan 6
6. 6.0 Lampiran 7 – 11
Panduan Merungkai Standard 7–8
Borang Pentaksiran Guru 9
Borang Refleksi Kendiri Murid 10
Gambar 11
1.0 Rekabentuk dan Jenis Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat dan seterusnya
membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Boon, Lee dan
Lawrence (2017), pentaksiran merupakan proses yang berterusan untuk memperoleh
maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid untuk membantu guru
membuat keputusan dan tindakan. Maklumat yang dikumpulkan akan menyediakan maklum
balas untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Arends, 2004).

Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan
di IPG Kampus Pendidikan Teknik, saya dikehendaki untuk melakukan pentaksiran di dalam
bilik darjah dan menganalisis keputusan yang diperolehi. Untuk tugasan ini, saya telah memilih
untuk memperkenalkan topik baharu, iaitu Bumi (Bab 9 Sains Tingkatan 1) kepada kelas 1
Dedikasi. Berdasarkan DSKP, standard kandungan yang telah saya pilih ialah 9.1 Sistam dan
Struktur Bumi. Rujuk Lampiran 1 (Panduan Merungkai Standard) untuk maklumat lanjut tentang
standard pembelajaran yang telah dirungkai. The Big Idea (TBI) untuk standard pembelajaran
yang dipilih ialah struktur Bumi.

Essential Questions (EQ) untuk tugasan ini ialah:

1. Apakah bahan semula jadi yang dapat anda lihat di muka Bumi ini?
2. Mengapakah beg snek akan kembung apabila berada dalam kapal terbang yang sedang
terbang tinggi?
3. Lautan mempunyai kandungan air yang banyak. Dari manakah asalnya air ini?
4. Senaraikan lapisan bumi mengikut urutan.

Jenis pentaksiran yang telah saya gunakan ialah bertulis (kuiz) dan amali. Strategi yang
telah saya gunakan untuk pentaksiran ini adalah projek kecil di mana murid dikehendaki mereka
bentuk satu model yang menunjukkan struktur lapisan Bumi menggunakan tanah liat.
Kemudian, murid dikehendaki membentangkan model mereka di dalam kelas.
Saya telah menggunakan senarai semak yang mempunyai nama setiap murid bersama
tahap penguasaan (TP). Ini adalah untuk tujuan pelaporan dan dokumentasi pentaksiran ini.

2
2.0 Pelaksanaan Ujian Pentaksiran
Ujian pentaksiran ini telah dijalankan pada 20 orang murid di kelas 1 D SMK. 1
Dmerupakan kelas ke-4 dari 14 kelas. Ia merupakan kelas yang mempunyai campuran murid
yang cemerlang dan sederhana.
Ujian pentaksiran ini dijalankan dalam dua bentuk; projek amali kecil dan mini quiz.
Untuk projek amali kecil, murid dikehendaki mencipta model struktur lapisan Bumi
menggunakan tanah liat secara berkumpulan. Mini quiz mengandungi 5 soalan mengikut tahap
kesukaran dan ia diberikan kepada murid untuk dijawab sebelum mereka keluar dari kelas.
Soalan atau aktiviti yang telah saya berikan adalah mengikut Taksonomi Bloom. Terdapat 6
kategori soalan yang menentukan tahap pencapaian (TP) murid. Soalan aras rendah (TP 1 –
TP 2) merangkumi pengetahuan dan kefahaman asas. Soalan aras sederhana (TP 3 – TP 4)
merangkumi kemahiran mengaplikasi dan menganalisis, dan soalah atau aktiviti aras tinggi (TP
5 – TP 6) merangkumi penilaian berdasarkan konsep yang telah dipelajari dan penciptaan atau
reka bentuk.
Antara soalan (TP 1 – 5) dan aktiviti (TP 6) yang telah saya berikan di dalam kelas
adalah seperti berikut:

TP 1: Senaraikan dua daripada empat komponen struktur Bumi.


TP 2: Apakah yang terdapat pada setiap lapisan atmosfera?
TP 3: Apabila kapal terbang berlepas dan terbang tinggi, Ali merasakan telinganya seperti
tersumbat dan tidak dapat mendengar dengan jelas. Mengapa?
TP 4: Banding bezakan kepentingan setiap lapisan dalam lautan.
TP 5: Syarikat Z melakukan pembakaran hutan untuk membersihkan tanaman sedia ada
kerana mereka memerlukan tanah untuk aktiviti pertanian. Wajarkan tindakan yang perlu
diambil terhadap Syarikat Z.
TP 6: Cipta model struktur lapisan Bumi menggunakan tanah liat dengan betul dan bentangkan
setiap lapisan struktur Bumi berdasarkan model yang dicipta.

Soalan TP 1 adalah soalan di mana murid cuma perlu mengingati nama dua dari empat
komponen Bumi. Soalan TP 2 memerlukan murid untuk memahami fakta yang telah diingati.
Benda hidup bernafas di lapisan pertama atmosfera kerana ianya adalah lapisan yang terdekat
dengan permukaan Bumi. Soalan TP 3 pula memerlukan murid untuk mengaplikasi konsep
altitud yang telah diajar. Semakin tinggi altitud, semakin rendah tekanan udara dan perbezaan
tekanan udara di dalam telinga dan udara sekeliling menyebabkan telinga rasa tersumbat.

3
Soalan TP 4 menguji murid untuk menganalisis maklumat yang diajar dengan membanding
bezakan Fakta. Untuk soalan TP 5, murid perlu menilai sesuatu benda berdasarkan kriteria
yang perlu diketahui. Soalan TP 6 menguji kemahiran murid untuk berfikir secara kritis dan
kreatif dalam mencipta model lapisan Bumi menggunakan tanah liat. Mereka boleh mencipta
model yang mempunyai pelbagai bentuk mengikut kreativiti dengan syarat 4 lapisan boleh
dilihat secara jelas.
Bilangan murid yang mencapai TP yang tertentu telah diambil kira dan data ini telah
digunakan untuk analisis. Lampiran 2 menunjukkan Borang Pentaksiran Guru yang telah
digunakan untuk melakukan pentaksiran ini.
Selepas selesai dengan projek kecil, murid diberi lembaran refleksi kendiri mengenai
penglibatan dalam projek kumpulan dan juga mengenai sesi PdP. Lampiran 3 menunjukkan
borang refleksi kendiri murid yang telah digunakan.

4
3.0 Analisis dan Interpretasi Hasil Pentaksiran
Jadual 1 menunjukkan data yang diperolehi dari borang pentakrisan guru hasil dari
pentaksiran yang telah dijalankan.

Jadual 1: Data hasil pentaksiran yang diperolehi dari borang pentaksiran guru.

Berdasarkan Jadual 1, sebanyak 16/20 murid berjaya memperolehi TP 1, 11/20 murid


berjaya memperolehi TP 2, 7/20 murid berjaya memperolehi TP 3, hanya 3/20 murid berjaya
memperolehi TP 4, 6/20 murid berjaya memperolehi TP 5 dan 20/20 murid berjaya
memperolehi TP 6.
Kesemua murid berjaya memperolehi TP 6 kerana aktiviti reka cipta yang dijalankan
adalah agak mudah untuk dilaksanakan dan ianya dijalankan secara berkumpulan. Walau
bagaimanapun, hanya 3 murid berjaya mencapai TP 4, iaitu kebolehan untuk membanding
beza kepentingan setiap lapisan dalam atmosfera, lautan dan bumi. Ini adalah kerana murid
mempelajari banyak terminologi atau perkataan saintifik baharu yang mereka perlu ingat
semasa sesi PdP. Saya percaya jika diberikan masa yang lebih untuk mereka mengingati
maklumat yang telah diajar, ramai murid yang berjaya memperolehi TP 3 mampu mencapai
TP4 juga. Hanya 2 orang murid berjaya memperolehi TP 1 – TP 6.

4.0 Kesimpulan dan Perbincangan Maklumat Pentaksiran


Kesimpulannya, data dari ujian pentaksiran yang telah dijalankan amat berguna kepada
guru untuk menganalisis keupayaan murid di dalam kelas. Terdapat banyak jenis pentaksiran
yang boleh digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Saya telah memilih untuk menggunakan
amali dan mini quiz kerana kaedah pentaksiran ini lebih mudah untuk diukur berbanding kaedah
pentaksiran lain seperti pemerhatian dan lisan. Pemerhatian dan lisan merupakan teknik yang
kurang menyeluruh kerana ianya lebih sukar untuk guru memerhati setiap murid dengan
terperinci pada satu masa. Walaupun begitu, kaedah pentaksiran lain juga perlu digunakan dari
masa ke semasa untuk memastikan murid dapat ditaksir secara menyeluruh, bukan hanya dari
segi kognitif sahaja.

5.0 Rujukan
Boon, P. Y., Lee L. H., Lawrence A. A. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5
Arend, B.D. (2004). New Patterns of Student Engagement. 9(3), 30-32.
Comparative Education Review.

6
6.0 Lampiran Lampiran 1

PANDUAN MERUNGKAI STANDARD

Peringkat 1: Hasil diharapkan

Topik: Bab 9 – Bumi


9.1 Sistem dan Struktur Bumi (Sains Tingkatan 1)
9.1.1 Berkomunikasi mengenai sistem Bumi.
9.1.2 Menjelaskan perbezaan antara lapisan bumi berdasarkan komposisi dan sifat fizik.
9.1.3 Menyedari bahawa keadaan fizik yang sesuai menampung kehidupan hanya wujud di
Bumi.
Kefahaman: Soalan Penting:
· Kepentingan setiap komponen dalam · Apakah bahan semula jadi yang dapat anda
Sistem Bumi dan bagaimana semua lihat di muka Bumi ini?
komponen membentuk keadaan Bumi · Mengapakah beg snek akan kembung
yang sesuai untuk semua hidupan. apabila berada dalam kapal terbang yang
· Stratifikasi atmosfera dan dalam lautan sedang terbang tinggi?
· Taburan air di Bumi · Lautan mempunyai kandungan air yang
· Lapisan Bumi banyak. Dari manakah asalnya air ini?
· Senaraikan lapisan bumi mengikut urutan.
Pengetahuan: Kemahiran:
· Bumi merupakan satu-satunya planet · Menyatakan
yang sesuai didiami di dalam sistem · Membanding beza
suria. · Menerangkan
· Mencipta
Tahap Penguasaan:
TP 1: Menyatakan empat komponen dalam Sistem Bumi.
TP 2: Mengelaskan stratifikasi atmosfera, dalam lautan, dan lapisan bumi.
TP 3: Mengaplikasikan pengetahuan mengenai perubahan suhu dan tekanan apabila mendaki
gunung.
TP 4: Membanding beza kepentingan setiap lapisan dalam atmosfera, lautan dan bumi.
TP 5: Menaakul kepentingan setiap komponen dalam Sistem Bumi kepada manusia untuk

7
hidup.
TP 6: Mencipta model untuk struktur lapisan Bumi menggunakan tanah liat dan
membentangkan setiap lapisan struktur Bumi berdasarkan model yang dicipta.

Peringkat 2: Hasil Pentaksiran

Tugasan: Hasil Lain/Nilai:


· Projek kecil · Model lapisan Bumi menggunakan tanah liat
· Pembentangan Nilai:
· Sifat ingin tahu
· Berfikiran kritis
· Kerjasama

Peringkat 3: Pelan Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran:

1. Aktiviti penghasilan projek kecil (1 kumpulan 4 orang)


· Mencipta model lapisan Bumi menggunakan tanah liat secara berkumpulan.
· Murid membentangkan tentang lapisan Bumi berdasarkan model yang telah dicipta.

1. Mini quiz
· Murid diberi 5 soalan yang disusun mengikut tahap penguasaan murid (TP 1 – 5) dan
murid dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut sebelum keluar kelas.

8
BORANG PENTAKSIRAN GURU Lampiran 2

Sains

Std Kandungan:
9.1 Sistem dan
Subjek/Std Kurikulum
Bil struktur Bumi

Std Pembelajaran:
9.1.1; 9.1.2; 9.1.3

Tahap Penguasaan (TP) 1 2 3 4 5 6


1            
2            
3            
4            
5            
6            
7            
8            
9            
10            
11            
12            
13            
14            
15            
16            
17            
18            
19            

9
20            
Jumlah            

10
BORANG REFLEKSI KENDIRI MURID Lampiran 3

11
GAMBAR Lampiran 3

Rajah 1: Sesi penerangan tentang kerja amali

Rajah 2: Guru memberi bimbingan lanjut kepada murid

Rajah 3: Salah satu contoh model lapisan Bumi


yang telah dicipta oleh satu kumpulan murid.

12

You might also like