Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

ARAHAN MENGISI BORANG PENILAIAN RISIKO UMUM

JANGKITAN COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Berdasarkan situasi semasa berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang


dikuatkuasakan oleh Kerajaan yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, semua
warga UPM diminta mematuhi peraturan bagi memastikan rantaian penularan wabak
COVID-19 di negara ini dapat dihentikan.

Sehubungan itu semua warga Universiti Putra Malaysia (UPM) diwajibkan untuk
mengisi semula BORANG PENILAIAN RISIKO UMUM JANGKITAN COVID-
19 BAGI STAF DAN PELAJAR UPM yang telah dikemaskini melalui pautan
berikut https://ertcovid19.upm.edu.my. Semua warga UPM dikehendaki untuk
mengisi borang ini dengan kadar segera bagi membolehkan Pihak Pengurusan
Universiti membuat beberapa keputusan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dilonggarkan oleh pihak Kerajaan.

Pihak pengurusan universiti sentiasa memantau data tahap risiko tersebut dan
menasihatkan semua warga UPM untuk mematuhi arahan tindakan mengikut jadual
“Tindakan Kawalan Risiko COVID-19 Semasa Perintah Kawalan Pergerakan”seperti
yang telah dihebahkan pada 23 Mac 2020.

Sekian, terima kasih.

”BERILMU BERBAKTI”

Saya yang menjalankan amanah,

PROF. DR. AZMAWANI ABD. RAHMAN


Pengarah
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
26 April 2020

You might also like