Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINGGU 2 (5 – 9/4/2020)

A. PELAKSANAAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pengenalan

Dalam usaha melahirkan satu identiti Malaysia, kerajaan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 telah
memperkenalkan berbagai-bagai cara untuk menyatukan rakyat dan salah satunya ialah membina
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini sebenarnya mempunyai tujuan akhirnya iaitu membina
masyarakat Malaysia yang beridentiti, bermaruah, harmonis, taat setia dan semangat cintakan
negara. Dalam perlaksanaan tersebut kerajaan telah menggunakan pelbagai-bagai mekanisme,
antaranya ialah:-

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar pendidikan semasa penjajah tidak mementingkan perpaduan, kemajuan negara dan
semangat cintakan negara. Penjajah Inggeris hanya menyediakan pendidikan pada anak jajahan atas
dasar tanggungjawab dan juga untuk mengekalkan dasar “pecah dan perintahnya”. Di mana orang
Cina akan dilatih untuk menjalankan perniagaan di bandar, India dijuruskan kebidang perubatan dan
undang-undang. Manakala orang Melayu dilatih untuk menjadi pergawai kerajaan diperingkat
bawahan seperti menjadi kerani, pion dan budak pejabat. Dasar ini menyebabkan lahirlah
masyarakat yang tidak bersatu.

Atas kesedaran para pemimpin dan intelektual Melayu seperti Za’ba, Zulkifli Mohammad, Tun
Abdul Razak, Abdul Rahman Talib, satu dasar untuk perpaduan perlu diwujudkan kepada masyarakat
kita. Bagi tujuan tersebut sistem pendidikan telah dipilih sebagai wahananya dengan menubuhkan
Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Penyata ini menjadi Ordinan Pelajaran
1957. Dasar-dasar yang termaktub di dalamnya kemudian telah disemak pada tahun 1960 dan
menghasilkan Laporan Rahman Talib yang kemudiannya menjadi Akta Pelajaran pada tahun 1961.
Kemudian Laporan Rahman Talib ini disemak semula pada tahun 1974 dan menghasilkan Laporan
Kabinet pada tahun 1974. Dasar-dasar dalam laporan ini terus disemak semula dan menjadi asas
dasar pendidikan sehingga kini.

Semua dasar-dasar pendidikan di atas mewujudkan keseragaman kurikulum dan juga untuk
membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dan
bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua. Kemudian kerajaan mengubal Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menegah (KBSM) pada tahun 1989 kesinambungan daripada Kurikulm Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang telah dilaksanakan pada tahun 1983. Kurikulum ini menekan kepada pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang amat diperlukan oleh masyarakat di Malaysia. Selanjutnya tujuan lain ialah untuk
seragam pendidikan di Malaysia dan akan menghasilkan satu generasi yang mempunyai identiti yang
sama iaitu sebagai rakyat Malaysia tidak kira bangsanya.

2. Mewujudkan Komunikasi Yang Efektif

Komunikasi yang efektif amat perlu dalam usaha kerajaan untuk pembangunan sesuatu bangsa
dan negara. Kesedaran kebangsaan dan nasionalisme amat bergantung kepada bahasa yang
digunakan. Oleh kerana kepentingan tersebut, kerajaan telah memilih bahasa Melayu sebagai alat
untuk menyampaikan hasrat tersebut. Selain itu Bahasa Melayu sudah medium perhubungan lebih
200 juta manusia di dunia ini. Jadi bahasa Melayu mestilah dikuasai oleh semua kaum di Malaysia.
Caranya ialah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua tahap
pendidikan bermula daripada Darjah Satu hinggalah ke IPTA. Penguasaan bahasa Melayu semua
kaum dengan sendirinya apa sahaja dasar kerjaaan untuk pembangunan negara difahami dengan

1
MINGGU 2 (5 – 9/4/2020)

mudah oleh semua rakyat. Keseragaman berbahasa juga akan membantu melahirkan generasi
rakyat yang cintakan negara.

3. Meninggikan Taraf dan Nilai-Nilai Kesenian

Peningkatan taraf kesenian bukan sahaja untuk mengekalkan warisan budaya sahaja tetapi
sebenarnya untuk memupuk keperibadian bangsa melalui dimensi kreativiti yang memancarkan
etika,falsafah dan intelektual bangsa. Oleh itu kesenian haruslah halus, bermutu, bermoral dan
merupakan agen penting dalam pembentukan jiwa bangsa. Kesenian mestilah disematkan dengan
nilai, falsafah dan keindahan bangsa Malaysia. Biar pun lahir dan berkembang dalam setiap etnik di
negara ini, namun kebudayaan dan kesenian yang didukung oleh kaum asal iaitu kaum Melayu
mestilah diutamakan kerana disinilah letaknya sumber identiti bangsa Malaysia. Apa sahaja bentuk
kesenian baik persembahan , tampak dan muzik haruslah diangkat dan jika perlu digabungkan demi
untuk identiti Malaysia. Walau begitu kesenian-kesenian tersebut mestilah tidak melanggar tata
susila dan tidak bertentang dengan kehendak agama rasmi negara iaitu agama Islam.

4. Meningkatkan Kepimpinan Budaya

Budaya yang wujud dalam masyarakat akan diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Kelangsungan satu-satu elemen budaya bukan secara automatik tetapi mestilah dipelajari serta
perlu dipasarkan kepada masyarakat. Bagi tujuan tersebut kerajaan melalui Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka serta ASWARA telah
ditubuhkan. Kelahiran organisasi-organisasi budaya ini bukan sahaja untuk memastikan warisan
satu-satu kebudayaan itu kekal tetapi lebih jauh daripada itu ialah untuk melahirkan pemimpin-
pemimpin budaya. Misalnya Program Rakan Budaya melalui pelaksanaan Rakan Muda yang
diperkenal dan dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1995 adalah satu agen
penting bagi orang ramai khususnya para belia untuk mempelajari dan mencintai nilai-nilai budaya.
Penyertaan dalam program ini terbuka luas dan tidak terhad kepada sesuatu kaum. Melaluinya
Kaum Cina boleh mempelajari kebudayaan kaum Melayu atau India dan begitulah sebaliknya

B. PENILAIAN DAN PENCAPAIAN

Pengenalan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dicipta sebagai salah satu alat untuk menyatupadukan
rakyat Malaysia bukan satu dasar yang hanya hadir diatas kertas sahaja. Melalui kementerian –
kementerian yang telah ditubuhkan, pihak kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai cara untuk
menjayakannya. Antara program yang telah diusahakan ialah:-

1 Program Radio dan Televisen

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil langkah yang positif sejak beberapa tahun yang
lalu untuk meningkatkan pencapaian dalam kebudayaan . Sekarang kita mempunyai saluran-saluran
radio yang menghidangkan program-program dalam pelbagai bahasa berdasarkan kaum di Malaysia
iaitu radio yang berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Apa yang membanggakan semua
rancangan yang disiarkan dalam saluran-saluran tertentu tidak menggambarkan agama kaum
berkenaan. Kita selalu mendengar rancangan agama Islam disiarkan melalui saluran radio bahasa
Cina. Selain itu saluran radio dalam bahasa Melayu seperti Radio Tiga bukan diadakan khusus untuk
kaum Melayu sahaja. Saban hari, diperdengarkan juga lagu-lagu Tamil, Cina dan sebagainya.

2
MINGGU 2 (5 – 9/4/2020)

Langkah ini sebagai satu cara untuk mengelakkan timbulnya sentimen perkauman memandangkan
sebahagian besar kaum-kaum tertentu tidak memahami apa lagi bertutur dalam bahasa-bahasa
kaum yang lain.

Demikian juga keadaannya dengan rancangan-rancangan televisyen. Setiap hari kita tidak pernah
ketinggalan menonton rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa
lain sebagai bahasa perantaraan Contohnya, rancangan berita, drama masyarakat, hiburan dan
sebagainya. Lebih menarik lagi dalam sesebuah drama, para peiakon yang menjayakan drama
lersebut terdiri daripada peiakon yang berbilang kaum. Kadang kadang drama yang dihasilkan
memberi penekanan kepada cerita yang berlatarbelakangkan corak kehidupan masyarakat sesuatu
kaum Bagaimanapun, untuk memberi kesan yang mendalam kepada penonlon. watak-watak
utamanya didokong oleh pelakon Melayu,India atau Cina. Dialog yang digunakan juga terdiri
daripada berbagai bagai bahasa walaupun bahasa Melayu diberi keutamaan

2. Hari Kelepasan Am

Sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menerima unsur-unsur kaum lain untuk
diterap dalam proses ini, keulamaan dan aspek penting kaum-kaum tertentu tidak harus disisihkan.
Ekoran daripada itu, kerajaan telah menetapkan perayaan-perayaan dan hari-hari kebesaran kaum-
kaum di Malaysia diisytiharkan sebagai hari kelepasan am . Hari kelepasan am ini termasuklah Hari
Deepavali bagi kaum India. Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina, Hari Wesak bagi mereka yang
beragama Buddha, Hari Natal bagi kaum yang beragama Kristian dan yang paling utama bagi
penduduk Bumiputera lailu Han Haya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Selain sebagai menghormati nilai nilai dan amalan kaum terbabit, pengisytiharan ini diharap akan
menjadi tunjang kepada perpaduan, keamanan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Pada
hari-hari tersebut semua masyarakat dlgalakkan kunjung mengurijung antara satu sama lain Dengan
cara ini juga sesuatu kaum itu akan dapat mengenal budaya, adat dan nilai-nilai masyarakat maimuk
yang waiar untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tentang kebudayaan ini
akan menghapuskan segala prasangka di kalangan kaum .

3. Pendidikan Bahasa Ibunda

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, PelaKsanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan. kemahiran, moral dan etika. Dalam waktu yang
sama akan mendorong pelajar supaya bersatu padu, berdisiplin dan lerlatih.

Kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah menimbulkan perasaan dan kesedaran
kebangsaan Malaysia dalam kalangan mereka melalui sistem Pendidikan Kebangsaan. Kerajaan
Malaysia juga telah menyediakan pendidikan asas selama sembilan tahun dengan guru guru dan
buku-buku dalam bahasa Cina dan Tamil. Di peringkat menengah pula. undang- undang telah
memperuntukkan supaya keraiaan menyediakan guru bahasa Cina dan Tamil sekiranya ibu bapa
kepada 15 orang atau lebih pelajar Cina atau India meminta kelas-kelas bahasa ibunda diadakan.

Bidang komunikasi yang ditekankan bertumpu kepada kemahiran membaca, menulis dan
rnengira (Sistem 3M). Kemahiran ini diasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman. Kesemua ini
disatukan di bawah mata pelaiaran teras. Mata pelaiaran teras termasuklah Bahasa Meiayu, Bahasa
Inggeris. Matematik, Pendidikan Seni. Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup. Pelajaran-pelajaran
yang dikategorikan sebagai pelajaran am tambahan ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil

3
MINGGU 2 (5 – 9/4/2020)

4. Jabatan Pengajian Melayu, Cina dan India

Hampir semua institusi pengajian tinggi tempatan yang mempunyai program kursus Sains
Kemasyarakatan menawarkan beberapa kursus pilihan kepada para pelajar. Dengan kata lain, semua
pelajar daripada pelbagai kaum bebas belajar dan mendalami bidang-bidang pengajian bahasa dan
bangsa asing. Pengajian bahasa disertakan dengan pengajian kebudayaan. Kerajaan telah lama
menubuhkan jabatan pengajian Melayu, Cina dan Tamil di universiti-universiti tempatan seperti
Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia .

Penubuhan iabatan-jabatan ini tidak hanya dikhususkan kepada kaum-kaum tertentu seperti
orang Melayu yang hanya dibolehkan mengikuti kursus di Jabatan Pengajian Melayu, manakala
orang Cina dan India di Jabatan Pengajian Cina atau India. Apa yang membanggakan kita ialah di
universiti-universiti berkenaan ramai antara pelajar Cina dan India mengikuti kursus pengajian
Melayu, pelaiar-pelajar Melayu dan Cina mengikuti kursus pengajian India dan pelajar-pelajar
Melayu dan India mengikuti kursus pengajian Cina. Pengajian bahasa bahasa asing juga disediakan
oleh institusi-institusi pengajian tempatan sebagai mata pelajaran pilihan yang bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.

5. Gabungan Kegiatan Kesenian

Penggubaian dan pelaksanaan dasar ini masih pada peringkat awal . Bagaimanapun, pembentukan
identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Pencapaian ke
arah ini amat jelas kelihatan. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia jiiga didapati
dalam perayaan-perayaan antarabangsa juga dalam keglatan seni sukan dan perayaan sama ada
secara rasmi ataupun tidak.

Kegiatan seni sukan seperti seni mempertahankan diri Taekwan Do yang berasal dari Korea,
Karate Do yang berasal dari China. Silambam dari India dan Seni Silat Cekak dari Malaysia (Kedah)
merupakan satu himpunan seni mempertahankan diri yang telah lama bertapak kukuh di Malaysia.
Kesenian ini dipelajari dan diamalkan oleh kebanyakan penduduk di negara Malaysia tanpa mengira
kaum dan keturunan. Bahkan seni mempertahankan diri ini telah dijadikan sebagai acara tetap
dalam setiap perlawanan sukan pada pelbagai peringkat di Malaysia.

Tahun 1990 dan 1994 telah dijadikan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Dalam tahun-tahun
tersebut pelbagai acara dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan aktivili pelancongan di
negara kita Antara acara-acara itu adalah kegiatan kesenian yang berupa persembahan tarian
daripada pelbagai kaum di Malaysia . Apa yang menarik persembahan tarian bagi sesuatu kaum
berkenaan diiringi oleh irama yang dimainkan melalui alat-alat muzik kaum yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, tarian asli Melayu diiringi dengan paluan gendang daripada kaum India.
Persembahan kebudayaan kaum Melayu itu diikuti pula oleh kaum Cina Walaupun corak
persembahan agak berbeza, tetapi penggunaan alat muzik adalah sama untuk menghasilkan
kesinambungan seolah-olah ciri-ciri budaya yang ditonjolkan berada dalam kelompok yang sama.

4
MINGGU 2 (5 – 9/4/2020)

TUGASAN 2.

Calon kursus ini perlu menjawab soalan di bawah dan hantar jawapan anda secara
online (email - rahim.ismail@iptho.edu.my).
Jawapan perlu dalam bentuk esei ringkas bersama fakta dan contoh yang sesuai.
Tarikh akhir penghantaran jawapan ialah pada 13 APRIL 2020 , jam 12.00 tengah
malam.

“ Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah dilancarkan pada bulan Ogos 1971 oleh Yang
Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia dengan
tujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia melalui kebudayaan. Namun hingga
kini tujuan itu masih belum sepenuhnya tercapai. Kegagalan dasar ini berlaku kerana
beberapa masalah”

Huraikan masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam usaha
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

You might also like