Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CABARAN PEMBELAJARAN SEWAKTU KRISIS COVID-19

1. Jurang digital

COVID-19 telah menzahirkan satu kelompongan besar dalam jurang digital yang wujud di
antara para pelajar. Untuk mendapatkan pembelajaran atas talian melalui platform-platform
ini, seseorang pelajar itu perlu mempunyai akses kepada platform tersebut.

Dari segi mengakses platform pembelajaran atas talian, seseorang itu memerlukan
sambungan internet dan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar.
Di kawasan bandar, terdapat aduan kanak-kanak terpaksa berkongsi peranti dan mereka
tidak dapat menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas talian disebabkan sambungan
internet yang perlahan atau kekurangan peranti. Walau bagaimanapun, di kawasan luar
bandar dan pedalaman seperti kampung-kampung Orang Asal di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak, sambungan internet pula terhad. Sehinggakan sesetengah kampung
ada yang tidak mempunyai akses kepada tenaga elektrik, ataupun penggunaan yang cuma
terhad pada waktu malam.

2. Kurang kesiapsediaan digital

Krisis ini juga telah menunjukkan kekurangan sistem pendidikan kita dari segi kesiapsediaan
digital. Kebanyakan negara di dunia yang sedang dalam proses penukaran pembelajaran
dalam kelas kepada pembelajaran atas talian menghadapi perkara ini. Sebahagian besar
guru ada yang kurang berkemahiran dengan teknologi dan mereka terpaksa menyesuaikan
diri dengan pembelajaran atas talian. Platform-platform atas talian ini dahulu hanya
merupakan penambahan kepada pembelajaran dalam kelas. Kini, ia telah menjadi satu-
satunya cara untuk mencapai dan mengajar para pelajar.

3. Kesihatan mental para pelajar

Salah satu daripada kesan-kesan yang tidak diingini sewaktu krisis ini ialah kesihatan
mental kanak-kanak akan terjejas. Sebagaimana yang telah ditekankan oleh Rebecca
Winthrop dalam artikelnya, terdapat keperluan untuk memberi sokongan kepada kanak-
kanak dalam memastikan kesejahteraan mereka dan mengurangkan kebimbangan ketika
waktu kecemasan. Kanak-kanak dihadkan untuk berada di dalam rumah sepanjang waktu
ini, dan ialah merupakan suatu perkara yang normal untuk mereka merasa resah gelisah
secara fizikal dan emosi. Justeru, amat penting untuk memastikan terdapat pelbagai strategi
dalam membantu mereka menghadapi ‘kebiasaan baharu’ ini supaya mereka mampu
meluahkan perasaan berkenaan pengalaman baharu ini.

You might also like