Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN TEMU BUAL

Pada 9 Mac 2020, kami telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan Guru Penolong
Kanan Sekolah Kebangsaan Kuala Atok, Raub Pahang. Sesi temu bual tersebut dijalankan
adalah bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan kesediaan sekolah terhadap
revolusi industri 4.0. Revolusi industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur ekonomi dalam
aspek pengurusan, industri dan komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital
bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga manusia. Dalam bidang pendidikan pula
revolusi industri 4.0 merupakan pemerkasaan penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru harus bersedia dengan
pelaksanaan revolusi industri 4.0 di sekolah pada masa kini. Dalam laporan berita harian
pada 13 Mei 2019, melaporkan berita berkaitan dengan revolusi baharu yang disampaikan
oleh Dr Maslee Malik merupakan menteri pendidikan ketikat itu. Utusan beliau adalah guru
perlu bersedia menempuhi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 seiring dengan era
globalisasi. Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta
inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa. Oleh itu, Revolusi Industri
4.0 merupakan aspek penting dalam memajukan sertor pendidikan di negara, seiring
dengan Transformasi Pembangunan Pendidikan Negara.

Dapatan diperoleh melalui sesi temu bual yang telah dijalankan tersebut adalah guru
yang ditemu bual tersebut mempunyai pengalaman dalam dunian pendidikan 25 tahun dan
memegang jawatan Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Kuala Atok selama 5
tahun. Selain itu, beliau berpendapat pendidikan negara ini amat mementingkan
pemantapan pengajaran dan pemudahcaraan yang menggunakan unsur Teknologi
Komunikasi dan Maklumat. Menurut Rusmini Ku Ahmad,(2012) Teknologi Maklumat dan
Komunikasi merupakan membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan
adanya teknologi maklumat dan komunikas.Beliau berpendapat juga perkara tersebut akan
menyebabkan berlaku permasalah krisis keruntuhan moral dan isu sosial dalam kalangan
murid. Menurut Guru Penolong Kanan tersebut teknologi ini akan menyebabkan murid
terdedah dengan maklumat palsu dan bebas melayari laman web di internet. Seterusnya,
beliau memahami revolusi industri 4.0 sebagai satu bentuk kemajuan yang menggunakan
teknologi. Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat wajib digunakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Revolusi industri 4.0 ini merupakan satu kemajuan kehidupan pada
masa kini.

Dalam pada itu, antara usaha yang dilakukan barisan pentadbir Sekolah
Kebangsaan Kuala Atok untuk menghadapi perubahan revolusi industri 4.0 adalah setiap
guru sekolah tersebut telah bersedia dengan penggunaan elemen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi sebagai medium utama pengajaran dan pemudahcaraan. Menurut beliau,
aktiviti yang berunsur Teknologi Komunikasi Dan Maklumat bukan sahaja berkesan dari segi
kemenjadian diri murid tetapi guru lebih dekat dengan murid. Selain itu, membolehkan guru
mengenalpasti minat murid serta potensi setiap murid di dalam bilik darjah. Pihak pentadbir
sekolah telah melaksanakan khusus dalaman yang melibat semua guru Sekolah
Kebangsaan Kuala Atok. Semasa khusus tersebut semua guru akan didendahkan maklumat
berkaitan dengan revolusi industri 4.0. Pihak pentadbir sekolah akan memberi maklumat
secara terperinci berkaitan dengan revolusi industri 4.0 dan perkara yang perlu dilakukan
oleh setiap guru untuk menjayakan revolusi industri 4.0 tersebut. Selain khusus pihak
sekolah menggunakan platform bengkel dan khusus LADAP sebagai pendekatan
penyampaian maklumat kepada guru Sekolah Kebangsaan Kuala Atok. Pihak pentadbiran
sekolah juga menyarankan kepada semua guru SK Kuala Atok bersedia dalam aspek
mempelbagaikan aktiviti Teknologi Komunikasi dan Maklumat agar tidak ketinggalan dengan
ilmu semasa. Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk melaksanakan
pengajaran berunsur Teknologi adalah kekurangan komputer, kurang memahami
penggunaan Teknologi dalam pengajaran dan mempunyai kekangan seperti tugas-tugas
luar. Langkah yang digunakan pihak sekolah untuk mengatasi cabaran revolusi industri 4.0
tersebut adalah pihak pentadbir akan memanggil guru-guru yang kurang memahami
berkaitan dengan penggunaan teknologi tersebut akan diberi penerangan secara terperinci
oleh pakar di sekolah. Harapan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Atok adalah
revolusi industri 4.0 dapat membantu perkembangan potensi murid bukan hanya akademi
tetapi dari segi sosial, intelek, rohani dan jasmani. Diharapan guru Sekolah Kebangsaan
Kuala Atok tidak terbeban dengan revolusi industri 4.0 ini.

Secara Kesimpulanya, pentadbir Sekolah Kebangsaan Kuala Atok memahami


konsep revolusi industri 4.0 tetapi masih tidak menitikberatkan pelaksanaan revolusi industri
4.0 tersebut. Perkara ini dapat dikenalpasti semasa beliau menerangkan revolusi industri 4.0
hanya umum sahaja tidak terperincin. Beliau tidak menunjukkan contoh pendekatan
pengajaran yang menggunakan revolusi industi 4.0. Sebagai contoh revolusi industri 4.0
memerlukan penggunaan ICT yang berinovasi seperti slide show digunakan mempunyai
unsur pengajaran. Slide show digunakan tidak hanya menunjukkan teks perkataan tetapi
isian slide show mempunyai pelbagai versi seperti pergerakan gambar, perkataan dan
mempunyai rakaman suara yang mengajar topik yang dipelajari. Melalui analisis data temu
bual yang diperoleh tersebut pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Kuala Atok mempunyai
masalah kekurangan peralatan ICT untuk digunakan. Peralatan seperti komputer dan LCD
tidak mencukupi untuk digunakan oleh murid dan guru. Sekolah tersebut juga tidak
mempunyai rangkaian internet untuk digunakan oleh guru di sekolah. Seterusnya, semua
guru Sekolah Kebangsaan Kuala Atok telah didedahkan revolusi industri 4.0 oleh pihak
pentadbir sekolah melalui khusus dan bengkel LADAP yang diadakan selepas sesi
persekolahan. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan untuk setiap sesi pengajaran yang
dijalankan oleh setiap guru sekolah tersebut, masih tidak menggunakan elemen Teknologi
semasa melaksanakan pengajaran. Menurut Joyce (2000), istilah pengajaran
sebenarnya berkait dengan pembelajaran kerana pengajaran sebenarnya bermaksud
mengajar pelajar untuk belajar. Hanya menggunakan pengajaran yang bersifat tradisional.
Dengan itu, dapat dilihat sikap guru sekolah yang tidak prihatin terhadap revolusi industri 4.0
ini menyebabkan pengajaran di sekolah tersebut masih mundur tidak seiring dengan era
kemodenan ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kesediaan pihak Sekolah Kebangsaan Kuala
Atok masih tidak memuaskan kerana sekolah tersebut masih tidak menitikberatkan
penggunaan elemen revolusi industri 4.0 dalam pengajaran yang dilaksanakan.

You might also like