Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1/2015

SK Taman Daya 2
Pasir Gudang
Johor

Tarikh : 9.1.2015
Masa : 12.50 Tengah hari
Tempat : Makmal komputer

Kehadiran:
1. En. Mohamad Hafizi bin Mohd Thaniah
2. En. Mohd Aswad bin Abdullah
3. En. Mohamad Syafiq bin Azemi
4. En. Abd Razak bin Hassan
5. Pn. Salimah binti Mat
6. Pn. Siti Norain binti Jamali
7. Pn. Noraisah binti Abd Rani
8. Pn. Nazrien binti Bahari
9. Pn. Norsila binti Abd Rahman

1.0 UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi
sesi 2014

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

2.0 RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani telah disiapkan. Mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2014. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat
dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada
tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.
3.0 AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal
pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam kad rekod ujian
SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor.

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun
ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang
boleh didapati di pejabat.

4.2 En. Mohd Aswad mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita
kekurangan bola di stor PJ.

4.3 Pn. Nazrien Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah bangku
gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga
mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk
proses membuat tempahan barang.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.10 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( EN. MOHAMAD SYAFIQ BIN AZEMI ) ( MOHAMAD HAFIZI BIN MOHD THANIAH )
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJ SK Taman Daya 2
SK Taman Daya 2

You might also like