Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minggu 1: Perlaksanaan Restricted Movement Order ( 17/3/2020 – 20/3/2020 )

PKUK3103 Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan untuk Kanak-Kanak


Berkeperluan Khas

1. Proses intervensi awal melibatkan pengesanan awal bayi serta kanak-kanak yang
mengalami masalah perkembangan mental dan fizikal.
Berdasarkan kenyataan di atas jelaskan tujuan intervensi awal diadakan.
Tujuan intervensi awal diadakan ialah untuk melengkapkan kesan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah..
selain itu, intervensi awal juga dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-
kanak serta dapat menghalang masalah daripada menjadi lebih serius ataupun
mengakibatkan timbulnya masalah sekunder. Intervensi awal membantu mengelakkan
timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang seterusnya
menjejaskan bidang akademik.

(5 markah)
2. Huraikan keperluan pelaksanaan intervensi awal kepada kanak-kanak bekeperluan
khas, keluarga dan masyarakat.
Antara keperluan pelaksanaan intervensi awal kepada kanak-kanak bekeperluan khas,
keluarga dan masyarakat ialah
a) Kanak-kanak bekeperluan khas – menyediakan kanak-kanak tersebut untuk ke
sekolah dan membantu mengoptimumkan kebolehan kanak-kanak itu
b) Keluarga – memberi sokongan dan motivasi kepada keluarga agar sentiasa positif
untuk membantu kehidupan kanak-kanak ini
c) Masyarakat – membuka mata masyarakat untuk sentiasa melibatkan kanak-kanak ini
dalam komuniti dan tidak mendiskriminasikan mereka

(5 markah)
3. Intervensi awal untuk bayi dan kanak-kanak memberi fokus terhadap dua matlamat
utama. Matlamat pertama adalah untuk membantu anak dan keluarga dalam
interaksi sosial. Matlamat kedua adalah untuk menyokong anak dan keluarga agar
anak tersebut dapat diintegrasikan sepenuhnya di dalam unit keluarga tersebut.
Kemukakan empat faktor yang mempengaruahi sebarang perubahan
positif/memuaskan dalam tahap perkembangan kefungsian kanak-kanak kurang
upaya.
Antara empat faktor yang mempengaruhi sebarang perubahan positif/memuaskan dalam
tahap perkembangan kefungsian kanak-kanak kurang upaya dorongan keluarga, diagnosis
awal daripada pihak perubatan, intervensi awal dan penerimaan positif masyarakat
sekeliling kanak-kanak berkeperluan khas.

(4 markah)
4. Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang
mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial .
Huraikan aktiviti–aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk membantu dan mendidik
kanak-kanak autisme.
Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah seni kolaj. Seperti yang kita tahu sebahagian
autisme suka akan seni seperti kolaj. Kolaj membantu kanak-kanak autisme untuk fokus
bagi menghasilkan sesuatu yang kemas dan teratur. Kolaj juga merangsang moto halus
kanak-kanak ini.

(4 markah)
5. Senaraikan antara program intervensi yang disediakan oleh pusat-pusat yang
memberi khidmat sokongan untuk kanak-kanak:

a) Sindrom Down
Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)

 seni kreatif anak vokasional PSDM.


b) Cerebral Palsy
The Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory

 Latihan vokasional
 Latihan sukan
 Terapi cara kerja
 Pekerjaan
b) Masalah Pembelajaran Spesifik (masalah Pertuturan)
Pusat 3PK

 Melakukan diagnos
 Memberikan terapi pertuturan
(10 markah)

6. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh pihak bukan kerajaan berserta contoh dalam
melaksanakan program intervensi awal untuk membantu kanak-kanak berkeperluan
khas.
a) Ibu bapa tidak cakna akan perkembangan tumbesaran, kognitif, emosi, sosial dan
pelbagai berkaitan anak masing-masing. Hal ini menyukarkan intervensi awal untuk
diberikan
b) Kekurangan peruntukan kewangan. Ini menyebabkan pihak kerajaan banyak
berkolaborasi dengan NGO bagi memberikan intervensi awal kepada MBK
c) Sikap guru-guru yang lepas tangan dalam usaha memberi intervensi awal kepada
MBK sedangkan intervensi tersebut penting

You might also like