Unit 1 - Pengenalan Kepada Pedagogi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Nama Pensyarah:

MUHAMMAD SAFAR BIN ABDURAHMAN


No. Tel:
019-5451002
Email:
m.safar07@gmail.com

Pengenalan Kepada Pedagogi

 Konsep pedagogi
 Konsep pengajaran dan pembelajaran
 Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik p&p
 Teori-teori pembelajaran
 Model-model pengajaran

Konsep Pedagogi
 Berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud kaedah mengajar kanak-kanak.

 Konsep pedagogi telah berkembang dan


digunakan dalam konteks pengajaran di semua
peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.

1
 Shafritz (1977), pedagogi merupakan prinsip dan
kaedah pengajaran.
 Pedagogi merupakan kemahiran mengajar yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang
(National Board for Professional Teaching
Standards, 1998).
 Pedagogi ialah ilmu yang menerangkan tentang
kaedah pengajaran (Sharifah Alwiyah, 1976).

Pedagogi sebagai Seni dan Sains


 Page (1975), menerangkan bahawa pedagogi
ialah seni dan sains pengajaran.

 Cruickshank (1995), mengatakan bahawa


pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang
meliputi prinsip, strategi, kaedah, teknik, dan
pelbagai pertimbangan untuk menjayakan
sesuatu pengajaran.

Pedagogi sebagai seni

perbezaan
kaedah
individu

melayan kanak-
Keperluan kanak- kanak sebagai
kanak insan yang
berpotensi

2
Pedagogi sebagai sains
Pengajaran dikatakan suatu sains kerana
pengajaran perlu dilaksanakan secara sistematik
dengan maklum balas tentang pengajaran
digunakan untuk mempertingkat mutu pengajaran
pada masa hadapan (Highet, 1950).

Pedagogi ialah seni dan sains


pengajaran yang merangkumi
prinsip, kaedah pengajaran,
pengurusan bilik darjah, gaya
pembelajaran dan kawalan bilik
darjah dalam pendidikan formal.

Pedagogi turut mengalami perubahan


seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat; internet, persidangan video,
pembelajaran berbantu komputer,
pembelajaran berasaskan web, dan
pelbagai lagi yang diaplikasi dalam
pengajaran (Newsletter Stanford
University, 1996; Rosen, 2002).

3
 Pedagogi memberikan pengetahuan tentang
prinsip pengajaran dan pembelajaran. Contoh:
pengajaran dari mudah diikuti yang lebih sukar.

10

sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama


oleh guru dan muridnya

dirancang secara sisitematik dan teliti

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,


membimbing,

menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil


inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

11

 guru dan murid


 guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar
 hanya bermakna apabila ada pembelajaran
 melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi
dan pelaziman
 melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa
atau simbol
 ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian
 boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid
dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber
 meliputi rancangan mengajar
 proses yang melibatkan interaksi dua hala
 ada unsur sains dan seni

12

4
 Umumnya “Pembelajaran merupakan proses
memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”.

 Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition


of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan
tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
proses pertumbuhan”.

13

 Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational


Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku
kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup
menghasilkan tindak balas yang baru.

14

 Satu proses yang berterusan,


 Secara formal dan tak formal,
 Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis&
mengira dsb.,
 Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga,
media massa, persekitaran.
 Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.
Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris,
kognitif, sosial dan humanis.

15

5
Strategi
 Stategi adalah hasil campuran daripada tiga elemen iaitu
pendekatan, kaedah dan teknik.
 Strategi adalah perkara yang amat penting bagi seorang
guru bagi menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Strategi adalah rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan ( Kamus Dewan (1998).

16

Pendekatan
 Pendekatan adalah merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada
objektifnya (Edward M. Anthony 1963).
 Satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-
unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa
memerlukan sebarang bukti atau alasan).

17

Kaedah
 Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi
bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
 Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk
mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka
pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun.
 Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang
dipilih (Edward M. Anthony 1963).

18

6
Teknik
 Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan
dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
 Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,
demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang
saran dan lain-lain.

19

Teori-Teori Pembelajaran

Teori
Pembelajaran

Behaviorisme Kognitif Sosial Humanis

20

Teori Pembelajaran Behaviorisme


 faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi tingkah laku.
 melihat perhubungan antara persekitaran dengan
tingkah laku
 menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk
menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu
wujud atau tidak wujud.
 kecenderungan-kecenderungan tingkah laku
termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–
kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

21

7
 Andaian:-tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu.
 Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan
dendaan.
 Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan
dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas
ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan.

22

Teori Pembelajaran Kognitif


 Setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,
menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala
pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian
antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi.
 Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran
adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya
sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme.
 Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk
struktur kognitif dalam ingatannya.
 Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman
dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali
sebagai celik akal.
 Berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui,
memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat.

23

Teori Pembelajaran Sosial


 Pembelajaran berlaku melalui proses peniruan.
 Bandura (1977) berpendapat,
 Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada
pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain
atau model-model simbolik seperti televisyen dan
sebagainya.
 Peniruan selalunya diteguhkan.
 Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui
prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori
pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif
dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

24

8
Teori Pembelajaran Humanis
 menumpukan kepada perkara yang berlaku pada diri seseorang seperti
perasaan atau emosinya.
 menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang
sesuatu peristiwa atau kejadian itu.
 Seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya.
Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha
mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan
mengembangkan potensinya ke tahap maksimum.
 Teori humanis menekankan objektif berikut;
 meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid.
 membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan
perkara yang ingin dipelajari oleh mereka.
 meningkatkan daya cipta murid.
 mengembangkan minat dalam bidang seni.
 meningkatkan naluri ingin tahu murid.

25

 Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai


keperluan untuk pencapaian hasrat diri.
 Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut;
 murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang
ingin diketahui.
 Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting
daripada pemerolehan fakta.
 Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi
dirinya.
 Perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran
cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir.
 Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

26

 proses pengajaran berlaku melalui interaksi di antara


beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga
objektif.
 Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran
sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru
dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu
persekitaran tertentu.
 Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus
ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan
murid-murid.

27

9
 menekankan perhubungan yang baik antara guru
dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang
sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
 memberi penekanan kepada unsur-unsur
persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang
kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan
budaya pelajar.

28

 interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran


dan persekitaran dapat diwujudkan dengan
berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses
pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

29

Objektif Pengetahuan Kaedah Penilaian


pengajaran sedia ada mengajar

Maklum balas

30

10
 proses pengajaran terbahagi kepada empat
komponen utama iaitu objektif pengajaran,
pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar
dan penilaian.
 menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan
pengetahuan sedia ada pelajar.
 kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif
pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

31

 penilaian harus dijalankan ke atas segala proses


pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan
dan mengubahsuai proses pengajarannya demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa
hadapan.
 Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan
konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

32

Objektif

Guru Persekitaran Murid

Isi pelajaran

33

11
 Menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran
dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
 Mengutamakan penyusunan maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

34

Model pengajaran Taba


 Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar
melakukan operasi kognitif ke atas bahan
pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah
dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut;
i. menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri
persamaan dan perbezaan
ii. mengelas fakta menjadi kategori dan melabelnya
iii. membuat generalisasi atau kesimpulan atas
hubungan-hubungan antara kategori-kategori
iv. mengaplikasi generalisasi yang diperolehi.

35

 Dengan merujuk kepada model ini, guru dapat


merancang pengajaran dengan membahagikan topik
kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang
berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang
sesuai.

36

12
 Pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy)
iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada
peringkat paling kompleks.
 Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat
pembelajaran.
 Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya
pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang
lebih awal.

37

1) Pembelajaran Melalui Isyarat


 Berbentuk primitif.
 Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari
isyarat asap seperti kebakaran.

2) Pembelajaran Stimuli-Tindak Balas


 Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan
dirangsangkan dengan tindak balas individu.
 Contoh: Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid
menyebut namanya.

38

3) Pembelajaran Melalui Rantaian


 Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada
pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
 Contohnya: Membuat ayat dengan menghubungkaitkan
perkataan-perkataan .

4) Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal


 Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
 Contohnya: Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

39

13
5) Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.
 Pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas
terhadap pelbagai rangsangan.
 Contohnya: Sebutan e dan e,murid akan menggunakan
satu sahaja sebutan seperti semak, bela.

6) Pembelajaran Konsep
 Pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan
simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama.
 Contohnya: Beg,buah-buahan,buku.

40

7) Pembelajaran Prinsip.
 Pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang
telah dipelajari.
 Contohnya: Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8) Pembelajaran Penyelesaian Masalah


 Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu
memikir cara penyelesaian masalah dengan
menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
 Contohnya: Menyelesaikan masalah matematik.

41

42

14

You might also like