Chapter4 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

PERNIAGAAN

YANG SAH
Jenis-Jenis Perniagaan 32

Panduan Proses Pendaftaran Perniagaan 35

Senarai Semak Proses Pendaftaran 37


32 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

PERNIAGAAN
YANG SAH
JENIS-JENIS
PERNIAGAAN
Sebagai pemilik perniagaan, Adakah
anda perlu menetapkan jenis entiti perniagaan
entiti perniagaan yang ingin tersebut adalah A
dibina serta menepati peraturan milik anda and tau ada
sepenuhnya? rak a mem kah
undang-undang perniagaan bole an kon puny
a
tempatan sebelum memulakan untu h bersa gsi yan i
sesuatu perniagaan. ah km ma- g
Apak agaan seg enan sama
a g
Pemilihan entiti perniagaan pe i
r n liab la ase gung
yang paling sesuai untuk jenis ingin anda iliti t
syar dan
yang lakan? ikat
?
perniagaan baru akan mu
membantu memaksimakan
tahap keupayaan kewangan dan
kejayaan operasi perniagaan anda.

Di Malaysia, terdapat empat jenis perniagaan yang boleh dibina


yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin anda jalankan.

Syarikat Perkongsian
Pemilikan
Rakan Kongsi Sendirian Liabiliti
Tunggal
Berhad Terhad

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang


mengawalselia syarikat-syarikat di Semenanjung Malaysia
supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan
dan pemantauan yang komprehensif. SSM juga membantu
untuk menyalurkan maklumat syarikat kepada masyarakat awam.
Pendaftaran perniagaan (pemilikan tunggal dan rakan kongsi) di
Sabah dan Sarawak dikawalselia oleh pihak berkuasa tempatan
yang berkaitan.
STARTMEUP 33
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

SEKILAS LALU:
MEMILIH JENIS PENIAGAAN

Syarikat
Pemilikan Rakan Kongsi Perkongsian
Sendirian
Tunggal Liabiliti Terhad
Berhad

Apakah Perniagaan yang Sama seperti Entiti yang Gabungan antara


dimiliki sepenuhnya pemilikan tunggal, ditubuhkan oleh syarikat sendirian
oleh seorang pemilik kecuali ia mempunyai beberapa individu berhad dan rakan
menggunakan nama lebih daripada yang boleh memiliki kongsi
peribadi atau nama seorang pemilik hartanah, membuat
perdagangan perjanjian serta
menggajikan pekerja.
Tidak boleh menjual
saham kepada umum

Perniagaan mikro dan Paling sesuai untuk Entiti perniagaan Perniagaan pemulaan
Sesuai kecil. Paling sesuai firma profesional yang paling banyak dan kecil
Untuk untuk perlaburan yang tidak ditubuhkan di
seorang individu tanpa memerlukan dana Malaysia. Seuai untuk
melibatkan pekerja yang besar Perusahaan Kecil
Sederhana

Contoh Pekedai runcit, salon Firma perakaunan, Perniagaan milik Perniagaan


Umum rambut, tukang paip, firma guaman, dan keluarga, syarikat perkhidmatan
pekedai kraf dan sebagainya kejuruteraan dan profesional
sebagainya pengilangan kecil
dan sebagainya

Liabiliti Liabiliti tidak terhad. Liabiliti tidak Liabiliti terhad. Perlindungan liabiliti
Sekiranya anda terhad. Semua Sekiranya syarikat terhad kepada rakan
tidak mampu untuk rakan kongsi adalah gagal untuk kongsinya dengan
membayar hutang- bertanggungjawab memenuhi liabilitinya, peraturan dalaman
hutang, penghutang kepada ke penghutang tidak syarikat yang lebih
boleh menuntut melalui atas kerugian boleh menuntut fleksibel seperti
aset peribadi anda. dan kegagalan melalui aset peribadi perniagaan rakan
perniagaan. pemilik. kongsi.

Anggaran RM60 - RM100++ RM100++ (~RM30 RM1,060++ RM500++


Kos (~RM30 penyelenggaraan (~RM2,500 (~RM200
Permulaan penyelenggaraan tahunan) penyelenggaraan penyelenggaraan
tahunan) tahunan) tahunan)

Tempoh 1 jam di kaunter SSM 1 jam di kaunter SSM 7 hari bekerja 4-7 hari bekerja
Masa
Pendaftaran

Pematuhan Keuntungan dicukaikan Keuntungan Mendapat kadar Dianggap seperti


Cukai ke atas individu. Tidak dicukaikan ke atas potongan cukai 18% syarikat Sdn. Bhd.
Pendapatan boleh mendapat individu rakan untuk pendapatan Dengan kadar
kelebihan potongan kongsi. Tidak boleh bercukai RM500,000 potongan cukai yang
cukai yang diberi kepada mendapat kelebihan yang pertama. hampir sama untuk
syarikat kecil. potongan cukai yang Perancangan cukai pendapatan bercukai
diberi kepada syarikat dan penjimatan yang RM500,000 yang
kecil. lebih baik. pertama.
34 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Syarikat
Pemilikan Rakan Kongsi Perkongsian
Sendirian
Tunggal Liabiliti Terhad
Berhad

Kesinam- Pemilikan perniagaan Pemilikan Syarikat akan kekal Syarikat akan kekal
bungan tidak boleh ditukar perniagaan tidak wujud walaupun wujud walaupun
perniagaan ganti. Perniagaan akan boleh ditukar ganti. setelah pemilik setelah pemilik
ditamatkan sekiranya Perniagaan akan asalnya meninggal asalnya meninggal
pemilik telah pencen ditamatkan sekiranya dunia. dunia.
atau meninggal dunia. rakan kongsi
telah pencen atau
meninggal dunia.

Peluang Tidak mempunyai Setiap rakan kongsi Lebih mudah Masih baru di
Sumber banyak pilihan. Dana mungkin mempunyai dan mempunyai Malaysia dan
Dana diperolehi dalam kapasiti individu kredibiliti untuk mungkin kurang
bentuk pembiayaan dan kekayaan yang pembiayaan kerana difahami oleh
mikro atau bergantung berbeza. Pihak syarikat dianggap kebanyakan bank
kepada kapasiti dan bank tidak boleh lebih meyakinkan, dan agensi-agensi
harta yang dimiliki oleh menerima perbezaan stabil dan ada kerajaan.
pemilik. antara setiap kesinambungan.
individu.

Dicadangkan Pemilik yang Pemilik yang Pemilik yang Pemilik yang


kepada mahukan formaliti mahukan formaliti mahukan mahukan
yang minimum, lebih yang minimum, lebih perlindungan liabiliti perlindungan liabiliti
fleksibel dan tidak fleksibel dan tidak daripada syarikat daripada syarikat
risau kepada liabiliti risau kepada liabiliti dengan kurang dan berhasrat
persendirian. persendirian. formaliti korporat untuk menjalankan
dan mahu melepasi perniagaan berskala
cukai pendapatan. kecil.

Pandangan Jenis ini adalah Jenis entiti ini adalah Pilihan terbaik untuk Jenis entiti ini
Kami yang paling murah, lebih sesuai untuk Perusahaan Kecil kurang keperluan
mudah dan senang firma profesional. Sederhana kerana pematuhan serta
untuk memulakan Sekiranya pelanggan lebih lebih mampu
perniagaan. Walaupun perniagaan anda cenderung untuk dimiliki.
begitu, jenis entiti ini berkembang, anda berurusan niaga Walaupun begitu,
hanya sesuai jika anda perlu menukar dengan syarikat Sdn jenis entiti ini tidak
ingin mengekalkan saiz kepada syarikat Bhd disebabkan berkekalan sekiranya
perniagaan yang kecil. Sendirian Berhad. faktor komitmen skala operasi
Setelah mendapat dan tanggungjawab semakin bertambah
pendapatan yang dalam operasinya. dan memerlukan
lebih stabil, anda pertambahan
perlu bertukar kepada pemilik saham.
syarikat Sendirian
Berhad.
STARTMEUP 35
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

LANGKAH PENDAFTARAN
1. PENDAFTARAN SEBAGAI PEMILIKAN TUNGGAL ATAU RAKAN KONGSI

Pendaftaran untuk perniagaan pemilikan tunggal atau rakan kongsi di Malaysia


adalah untuk warganegara atau permastautin tetap dan hendaklah berusia 18 tahun
dan ke atas. Urusan pendaftaran hanya mengambil masa selama 1 jam dan anda
boleh terus memulakan perniagaan serta-merta.

Harus diingat, perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi mana-


mana undang-undang atau untuk tujuan yang salah di sisi undang-undang atau
bertentangan dengan keselamatan negara, masyarakat umum atau moral.

a. Apakah yang perlu dibawa?

• Salinan kad pengenalan diri pemilik dan/atau rakan kongsi.


• Permit, lesen, surat kelulusan atau sokongan untuk jenis perniagaan yang hendak
didaftarkan contohnya Nurseri Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Jabatan Kebajikan
Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah / Kolej (Kementerian Pendidikan
Malaysia) atau agensi-agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh pihak Pendaftar
Peniagaan.
• Wang tunai (RM60-RM100) untuk yuran pendaftaran:
- Pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan –
RM30
- Pemilikan tunggal atau rakan kongsi menggunakan nama perdagangan – RM60
- Pendaftaran cawangan – RM5 bagi setiap cawangan
- Maklumat Perniagaan bercetak – RM10
• Nama perniagaan dan aktiviti perniagaan anda.

b. Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama


perdagangan.

• Nama perniagaan menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan:


Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai atau, Ramasamy a/l Muthusamy

• Nama perdagangan ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan mesti


mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan.
Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering atau ABS Unggul Enterprise.

• Apabila anda telah bersedia untuk mendaftarkan nama perniagaan anda,


lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42) dengan
tiga (3) cadangan nama perniagaan. Nama perniagaan akan diluluskan mengikut
keutamaan dan akan dikepilkan bersama dengan Borang Pendaftaran Perniagaan
Baru (Borang A) di kaunter.
36 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

c. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan


maklumat berikut:

• Nama Perniagaan
• Tarikh mula perniagaan
• Lokasi perniagaan
• Alamat cawangan perniagaan (sekiranya ada)
• Maklumat pemilik dan rakan kongsi
• Jenis perniagaan yang dijalankan
• Salinan Perjanjian Perkongsian (sekiranya ada)

d. Setiap pemilik perniagaan dan rakan kongsi perlu menandatangani borang


yang telah dilengkapkan.

e. Individu yang bertanggungjawab hendaklah menghantar borang permohonan


di kaunter atau melalui atas talian perkhidmatan SSM e-Lodgement di laman
web www.ssm.com.my.

f. Perniagaan baru adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dan tidak melebihi
lima (5) tahun untuk setiap pendaftaran.

g. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam tempoh satu (1)
jam daripada masa pembayaran dibuat.

h. Seorang individu yang menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran telah


melakukan kesalahan di bawah ROBA 1956 dan jika didapati bersalah akan
didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada dua (2)
tahun atau kedua-duanya.

i. Walaupun perniagaan telah didaftarkan, pemilik perniagaan


bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, permit atau surat kelulusan
daripada pihak berkuasa terlibat untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Nota : Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan secara atas talian di
http://www.ssm.com.my/en/services_registration
• Panduan Penukaran Maklumat Perniagaan
• Panduan Pembaharuan Perniagaan
• Panduan Penamatan Perniagaan
• Tanggungjawab Pemilik Perniagaan dan Rakan Kongsi
STARTMEUP 37
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Senarai Semak Pendaftaran Perniagaan

Senarai
Maklumat
Semak

Melengkapkan BORANG PNA42


• Nama Peribadi atau Nama Perdagangan
• Jenis Perniagaan

Melengkapkan BORANG A
• Nama perniagaan
• Tarikh mula perniagaan
• Lokasi perniagaan
• Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
• Maklumat pemilik dan rakan kongsi
• Jenis perniagaan yang dijalankan
• Salinan Perjanjian Perkongsian (sekiranya ada)

Tandatangan Pemilik dan / atau Rakan Kongsi dalam


kedua-dua borang

Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan / atau Rakan Kongsi

Permit, lesen atau surat sokongan untuk jenis perniagaan


tertentu (jika ada)

Surat kelulusan atau sokongan daripada agensi berkaitan


sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan (jika ada)

Yuran Pendaftaran / Cawangan (jika ada)

Bayaran Cetakan Maklumat Perniagaan

Percaya apa yang sukar dipercayai.


Mimpikan yang mustahil. Jangan
berkata “Tidak” sebagai jawapan
YBhg. Tan Sri Tony Fernandes,
Pengasas Tune Air Sdn Bhd
38 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

2. PENDAFTARAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)

a. Langkah pertama ialah penyerahan permohonan carian nama kepada


SSM untuk kelulusan menggunakan nama yang dipilih oleh syarikat
baru anda. Pembayaran yuran ialah RM30 untuk setiap nama yang
dimohon. Setelah diluluskan, nama syarikat akan disimpan khas untuk
anda selama tempoh tiga (3) bulan.

b. Dokumen Pemerbadanan (seperti dibawah) mesti dikemukakan


kepada pihak SSM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan nama
syarikat oleh SSM, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
carian nama baru perlu dibuat.

• Memorandum dan Artikel Persatuan (MAA) – Dokumen asal hendaklah


dimatikan setem Lembaga Hasil Dalam Negeri bernilai RM100.
• Borang 48A (Perisytiharan Perindustrian oleh seorang Pengarah atau
Penama Sebelum Perlantikan) bahawa dia bukan muflis dan tidak pernah
disabitkan dan dipenjarakan atas atas apa-apa kesalahan yang ditetapkan.
• Borang 6 (Pengisytiharan Pematuhan) – menyatakan bahawa semua
kehendak Akta Syarikat (CA) telah dipatuhi dan ditandatangani oleh
setiausaha syarikat (yang dinamakan dalam MAA)
• Salinan asal Borang 13A.
• Salinan surat daripada SSM untuk kelulusan nama syarikat.
• Salinan kad pengenalan untuk setiap pengarah dan setiausaha syarikat.

c. Minimum yuran pendaftaran ialah RM1,000 untuk modal berbayar


dibenarkan sehingga RM400,000.

d. Sijil Penubuhan Syarikat akan dikeluarkan oleh SSM setelah prosedur


pemerbadanan dan penyerahan Dokumen Pendaftaran yang lengkap.

Nota : Sila rujuk panduan di atas talian melalui https://www.ssm.com.my/en/


company/incorporation-of-local-company

3. PENDAFTARAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) ialah alternatif kepada entiti perniagaan yang
dikawalselia di bawah Akta LLP 2012 yang menggabungkan ciri-ciri syarikat dan
perkongsian konvensional. LLP menawarkan kelebihan yang serupa dengan
syarikat sendirian berhad seperti liabiliti terhad, kewujudan perundangan
berkekalan tetapi kos pematuhan yang lebih rendah – tidak wajib mempunyai
akaun teraudit dan melantik Setiausaha Syarikat berkelayakan.
STARTMEUP 39
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Memberi Nama Adakah nama syarikat anda mewakili produk


PERNIAGAAN atau perkhidmatan yang ditawarkan?
Adakah perlu untuk anda menggunakan
Nama sangat penting nama anda sendiri? Dan Adakah nama
kepada setiap entiti tersebut mencerminkan jenama?
perniagaan. Ia bukan sahaja
Adakah nama syarikat anda dapat menarik
menentukan identiti produk bakal pelanggan?
atau perkhidmatan anda,
tetapi juga berfungsi sebagai Adakah nama yang dipilih tertakluk dalam
magnet untuk menarik peraturan undang-undang?
perhatian pelanggan kepada
perniagaan anda. Nama perniagaan boleh dalam bentuk yang pendek atau panjang,
bergantung kepada pilihan anda. Walaubagaimanapun, harus diambil perhatian untuk
mengelakkan penggunaannama yang menggambarkan sifat negatif atau haram. Terdapat
dua jenis kategori nama perniagaan yang boleh anda pilih seperti contoh nama sendiri
atau nama perdagangan:

Buat semakan Log masuk ke SSM Sistem Atas Talian:


nama syarikat
1. Lawat laman rasmi www.ssm-einfo.my
baru anda
2. Klik pada ikon “Daftar sebagai Ahli e-Account!”
melalui sistem 3. Isi “Borang e-Registration“, kemudian hantar
talian SSM 4. Anda akan menerima mesej “Sila Log Masuk Sekarang”
sebelum 5. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
meneruskan 6. Setelah log masuk berjaya, klik pada ikon “Carian”
pendaftaran 7. Masukkan nama yang diinginkan di ruangan “Mengikut Nama”
syarikat! 8. SELESAI! Nama syarikat daripada carian di SSM akan disenaraikan!

Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea
yang lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru anda, juga boleh mengenalpasti
jika ada pihak lain juga telah menggunakan nama yang sama.

Beberapa Tips
1. Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang melebihi lima puluh (50) huruf
termasuk ruang antara perkataan.

2. Penggunaan nombor, tanda dan simbol tidak dibenarkan menjadisebahagian


daripada nama perniagaan.

3. Warta perkataan daripada Warta Kerajaan No. 716 bertarikh 30 Januari 1997,
Warta Pindaan 2001 dan nama-nama yang dikawal secara di bawah Akta Syarikat
1965 juga akan dianggap nama dalam kawalan. Warta Kerajaan dan Garis Panduan
mengenai nama syariakt boleh didapati di laman web SSM www.ssm.com.my.

4. Nama perniagaan yang didaftarkan mestilah sesuai dengan jenis perniagaan.

5. Nama perniagaan yang didaftarkan tidak boleh diubah sebaik sahaja perniagaan
telah didaftarkan.
40 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

PERLU DIKETAHUI
GAZET KERAJAAN BERTARIKH 30 JANUARI 1997
Arahan Menteri di bawah Seksyen 22 (1) dan 341 Akta Syarikat 1965.
Menurut peruntukan Seksyen 22 (1) dan 341 Akta Syarikat 1965, Menteri mengarahkan
Pendaftar Syarikat supayatidak menerima untuk pendaftaran sesuatu nama sebuah syarikat
atau syarikat asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis yang
disebutkan dalam Jadual melainkan kelulusan Menteri telah diperoleh terlebih dahulu.

Jadual
a) Nama-nama yang membayangkan perkaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naugan
Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan seperti “Diraja”, “Raja”,
“Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda”, “Yang/Maha Mulia”.
b) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau
Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana
majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama
yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri”, “Nasional”.
c) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan Kerajaan Negara Asean, Komanwel
atau kerajaan asing atau dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan nama-
nama pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama-nama yang mengandungi
perkataan “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC”, “OPEC”.
d) Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan,
kesatuan sekerja, koperasi ataupersatuan pembinaan.
e) Nama-nama yang termasuk perkataan-perkataan yang berikut atauapa-apa perkataan
yang sama maksud dengannya:
“Amanah”, “Amanah Saham”, “Antarabangsa”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”,
“Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan Pengeluaran”,
“Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”, “Jaminan”, ‘Jurubank”, “Kewangan”,
“Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”, “Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat
Pendaftaran”, “Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank”,
“Yayasan”.
f) Nama-nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek-objek atau tujuan-tujuan
sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain.
g) Nama-nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang
awam.
h) Nama-nama yang –
(i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah
Akta; atau
(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat atau
syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau
(iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi
tujuan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan
pertukaran nama suatu syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.
STARTMEUP 41
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Contoh Borang PNA 42 Yang Lengkap

SRI MAJU ENTERPRISE

TEGUH JAYA RESOURCES

GIGIH MAJU TRADING

MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN DAN KAWASAN, KONTRAKTOR BINAAN

Iyliaafahmi
IYLIAA FAHMI BIN ISHAK
870626-14-1234
019-856 7890

1 0 0 4 2 0 1 4
42 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Contoh Borang A Yang Lengkap


STARTMEUP 43
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan
44 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

?
Siapakah
Setiausaha Syarikat
Sebuah syarikat perlu mempunyai sekurang-
kurangnya satu setiausaha syarikat yang
dilantik oleh Lembaga Pengarah di mana;

Ahli kepada badan


yang berikut:

a) Persatuan Institut Setiausaha


dan Pentadbiran Bertauliah
Malaysia (MAICSA) Individu yang
mempunyai
b) Institut Akauntan Malaysia
(MIA)
lesen oleh
Suruhanjaya di
c) Badan Peguam Malaysia ATAU bawah Seksyen
d) Persatuan Setiausaha 20G Akta
Syarikat Malaysia (MACS) Suruhanjaya
e) Institut Akauntan Awam
Syarikat
Bertauliah Malaysia (MICPA) Malaysia 2001
f) Sabah Law Association

g) Advocates Association of
Sarawak

Syarikat boleh melantik Setiausaha Syarikat


sama ada melalui dalaman atau
perkhidmatan luaran.
STARTMEUP 45
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

?
Siapakah
Pegawai Pematuhan
Pegawai pematuhan mestilah sama ada
dari kalangan rakan kongsi LLP atau orang
yang berkelayakan untuk bertindak sebagai
setiausaha di bawah Akta Syarikat 2016, iaitu:

Seorang
warganegara Tinggal di
Malaysia atau & Malaysia
permastautin tetap

Tanggungjawab utama Pegawai Pematuhan


adalah seperti berikut:
Mendaftarkan sebarang perubahan dalam
butiran LLP yang didaftarkan;

Memelihara dan mengekalkan pendaftaran LLP


dan rekod berkaitan;

Memastikan penerbitan nama LLP adalah selaras


dengan peruntukan Akta: dan

Seorang pegawai pematuhan secara peribadinya


perlu bertanggungjawab terhadap semua
penalti termasuk penalti pentadbiran yang
dikenakan ke atas LLP melainkan jika dia boleh
membuktikan dia tidak bertanggungjawab.
46 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

MalaysiaBiz Portal

Adakah anda tahu bahawa anda boleh mendapatkan maklumat


pendaftaran perniagaan dan perlesenan dengan mudah
semudah 1-2-3?
MalaysiaBiz Portal

01
menyediakan ‘platform Layari:
akses tunggal’ untuk http://malaysiabiz.mampu.gov.my/
usahawan mendapatkan
maklumat tentang
bagaimana untuk Pilih ‘Pendaftaran Perniagaan’ untuk
memulakan perniagaan
serta pendaftaran
02 mengetahui jenis entiti perniagaan yang
anda ingin jalankan
perniagaan dan
permohonan lesen/ Pilih ‘Perlesenan Perniagaan’ untuk
permit daripada
pihak berkuasa yang 03 mengetahui jenis-jenis lesen / permit yang
diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan
berdasarkan jenis perniagaan dan lokasi anda.
berkenaan.

Sekiranya fikiran saya dapat memahaminya


dan hati saya mempercayainya, maka saya
akan dapat MENCAPAINYA
Muhamad Ali,
Peninju Professional dan Aktivis

PERLU DIKETAHUI

Fungsi Cap Dagangan


a) Asal – Cap dagangan adalah untuk membantu mengenal pasti
sumber dan mengaitkannya untuk perdagangan produk atau
perkhidmatan di pasaran.
b) Pilihan – Cap dagangan membantu pengguna memilih produk dan
perkhidmatan dengan mudah
c) Kualiti – Pengguna menentukan barang dagangan tertentu melalui kualiti
d) Pemasaran – Cap dagangan memainkan peranan penting dalam promosi.
Adalah normal bagi pegguna untuk membuat pembelian
berdasarkan pengiklanan yang berterusan.
e) Ekonomi – Cap dagangan yang dikenali adalah aset berharga. Cap
dagangan boleh dilesenkan atau difrancaiskan.
STARTMEUP 47
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan


Keistimewaan Hak Cipta Intelektual melalui cap dagangan boleh dicapai melalui
penggunaan sebenar di pasaran dan pendaftaran menyediakan:

Hak Eksklusif
Pemilik cap dagangan yang berdaftar mempunyai hak
eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka
dalam perniagaan. Mereka juga mempunyai hak untuk
mengambil tindakan undang-undang bagi salah laku
penggunaan cap dagang mereka oleh pihak lain.
Pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang sivil
atau mengemukakan laporan kepada Bahagian
Penguatkuasaan untuk menjalankan tindakan
bersesuaian di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972.

Bukti Perundangan
Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh
Pejabat Pendaftar adalah bukti perundangan
berkaitan pemilikan sesuatu cap dagangan.
Sijil pendaftaran berfungsi sebagai dokumen
penting sebagai pengesahan barangan untuk
dieksport ke luar negara.

Tempoh Cap
Dagangan
Usahawan boleh
Pendaftaran cap dagangan mendaftar cap
adalah sah selama tempoh dagangan sebagai
10 tahun daripada tarikh
jenamanya sendiri
permohonan dan boleh
diperbaharui melalui aplikasi
permohonan di
setiap

10
atas talian:
www.myipo.gov.my

tahun
48 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Proses Mendaftar
Cap Dagangan  Memfailkan borang
permohonan TM5
(RM370)

Permohonan untuk mempercepatkan Permohonan untuk


pemeriksaanpemohon memfailkan kelulusan mempercepatkan
borang TM5B (RM1200) pemeriksaan borang TM5A
Dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh resit (RM250)
Keputusan Pendaftar Dalam masa 4 bulan dari tarikh
permohonan (kelulusan dalam
masa 5 hari bekerja)

Permohonan untuk pengiklanan


pemohon memfailkan borang
Carian dan pemeriksaan TM31 (RM650)
- Penerimaan Dalam masa 1 bulan dari tarikh
1 bulan dan 2 minggu Notis Penerimaan

Gazet Persediaan untuk di gazet


2 bulan bagi pihak awam 1 bulan untuk MyIPO
membuat bangkangan terhadap menyediakan draf gazet dan
pendaftaran tersebut dihantarke Percetakan Negara
untuk penerbitan

Carian Semula dan Pelepasan Pengeluaran Sijil


2 minggu untuk carian semula dan Dalam tempoh
pelepasan (bagi mematuhi syarat 6 1 minggu
bulan Konvensyen PDC Paris)
STARTMEUP 49
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Bagaimana untuk mengisi borang ini?


Sample how to fill-up this form
INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA TM 5
TRADE MARKS REGISTRY
TRADE MARKS ACT 1976
TRADE MARKS REGULATIONS 1997
APPLICATION FOR REGISTRATION OF A MARK
[Subregulation 18(1)]

Applicant’s* or Agent’s* file reference: ………………………………..………………………..……………………….


{For registered agent only}
* Delete whichever not applicable

1. Application is hereby made for the registration of a:

trade mark defensive trade mark certification trade mark


{For new application} {For wellknown mark} {example: halal, sirim, iso..}
Note: Please tick the box appropriate to the kind of mark which registration is desired. In the case of a trade mark, please attach a copy of
the oath, sworn statement or statutory declaration evidencing that the applicant is the true owner. In the case of a certification trade mark,
please attach a copy of the rules governing its use. In the case of a defensive trade mark, please attach a copy of the statement of case
verified by a statutory declaration.

[Please enclose five (5) copies of the Form with the application]

2. Representation of mark:
{A mark includes words, logos, pictures, names,
letters, numbers or a combination of these.}

SEJATI
Note: If the space provided is insufficient, the representation may be made on a separate sheet and firmly attached to this Form. Please
ensure that the representation is clear and comply fully with regulation 34 and the size of the trade mark shall not exceed 10 x 10 cm.

If the mark is coloured and is to be limited according to the colour, please tick this box: {colour limitation}

If the application is for a series of trade marks under section 24, please specify the number of series in this
box:

Note: Any application made for a series of trade marks exceeding two trade marks is subject to an additional fee of RM50.00 per trade
mark.

3. Limitations, etc.:
(Insert below any conditions, disclaimers or other limitations to which the registration will be subjected to. If the mark contains or
consists of a word or words in non-Roman characters or in a language other than English language or the national language, please
provide a certified transliteration and translation as appropriate.)

{Translation for non - Roman characters (example: Chinese / Japanese / Arabic}


……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………
50 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

4. Class: 30 Number of class


.
5. List of goods or services:
(Goods or services falling within more than one international class are subject to separate applications. Please use a separate sheet
if necessary.)

{Example: Cream Crackers, Mini Crackers, Sandwich Biscuits, Wafer, Oat Krunch and Cookies.

……………………………

6. Full name and address of applicant:

Name : { .………………………………………………………………….………………….……………………..
Company Name / Personal Name}
Address : {….………………………………………………………………….…………………………………..…
Company Address / Personal Address}
{…………………………………………………………………..…………….………………………….
For SDN. BHD. company, please state the fullname of all partners}
……………………………………………………………………………………………………………

… .…………………………………………………………………………….………………………….

NRIC No./Company Registration No./Passport No.: ………………………………………………………..……


(as a personal reference number)

If the applicant is a partnership, please state the full names of all the partners.
If the applicant resides abroad, please provide an address for service in Malaysia (Column 7).

7. Full name and address of agent (if any):

Name : .………………………………………………………………….………………….……………………..
{ For registered agent only}
Address : ….………………………………………………………………….…………………………………..…

…………………………………………………………………..…………….………………………….

……………………………………………………………………………………………………………

… .…………………………………………………………………………….………………………….

Note: If this is the address for service, please file Form TM 1 together with this Form.

{ For registered agent only}


8. Agent’s Registration No. (if known): …………………………………………....................................................

{ For registered agent only}


9. Agent’s own reference: ………………………………………………………………………………………………..
STARTMEUP 51
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

10. International Convention priority claim: If priority date is claimed under International Convention or a bilateral arrangement,
please give details below and attach the relevant documents.

{ For foreign application}


Convention country in which the trade mark was first filed: ………................................................................

Date: ............................................................... No. (if any): ...........................................................................

2003 { The first year used this mark}


11. Date of first use of the mark in Malaysia (if any): .......................................................................

12. Declaration: I/We claim to be the bona fide proprietor of the mark whose registration is applied for and,
where the mark has not been used in Malaysia, that the application is made in good faith and that I am/we
are entitled to be registered as the proprietor of the mark.

An agent signing this Form on behalf of the applicant shall satisfy himself as to the truth of the declaration.

Signature: ………………………………………………………..

{ Name of applicant }
Name of signatory (in block letter): ………………………………………………………………………..

{ applicant }
Telephone No.: …………………………………….. { applicant }
E-mail: ……………………………………………

{ applicant }
Date: ……………………………………….

Note: If the applicant is a partnership, please state the full names of all the partners.
52 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Bagaimana untuk mengisi borang ini?

IN THE MATTER of the Trade Marks Act, 1976 and


the Trade Marks Regulations, 1997

and

IN THE MATTER of application for the Registration of


a Mark in Malaysia.

STATUTORY DECLARATION

{ applicant }
I, _________________________________(a), { applicant } (b)] of full age and care of
[NRIC No.______________
{ applicant address }
__________________________________________________________________________________(c),

Malaysia, do solemnly and sincerely declare that:

1) { title - owner/director/secretary }
I am ______________________________________________________(d)(Company Registration No. ) of
{ Big Bunny Enterprise } {M-12345}
___________________________________________________________________________________(e), Malaysia
(hereinafter referred to as the "Applicant") and I am duly authorized to make this Statutory Declaration on behalf of
the Applicant. The facts deposed herein are true to the best of my knowledge, information and belief.
2) The Applicant is the bona fide proprietor of the mark; a representation of which appears below and the Applicant is
entitled to be registered as the proprietor of the same in Class(s)____________________.

(representation of trademark)

SEJATI
{ for registered agent only }
3) The Applicant hereby appoints _________________ of_______________ of_______________ to be the Trade
Mark Agents for the filing, prosecution and registration of the above mark and all other matters related thereto.
AND I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the Statutory
Declarations Act 1960.

Subscribed and solemnly declared by the)


abovenamed, ________________________ ) { applicant signature }
this day of ___________________ )
At ) Before me,
Commissioner for Oaths

• a. insert name of declarant


• b. I.C or passport number
• c. insert address of declarant
• d. insert designation of declarant
• e. insert name of company
STARTMEUP 53
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Keperluan umum pendaftaran, lesen dan permit


untuk memulakan perniagaan

PENERANGAN AGENSI

Nombor Pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

• Nombor Fail Cukai Pendapatan


• Borang B (Nombor OG) untuk Pemilikan
Tunggal dan Rakan Kongsi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
• Borang P (Nombor P) untuk Rakan Kongsi
• Borang C (Nombor C) untuk Syarikat
• Borang PT untuk LLP

Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


(KWSP)

Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Petubuhan Keselamatan Sosial


(PERKESO)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) jika Jabatan Kastam Diraja Malaysia
pendapatan perniagaan melebihi RM500,000
setahun.

Persijilan Kementerian Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia

Status Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia

Lesen Perdagangan dan Papan Tanda Pihak Berkuasa Tempatan seperti


DBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Perkilangan Kementerian Perdagangan


Antarabangsa dan Industri (MITI)

Lesen Perindustrian untuk kilang, bengkel Pihak Berkuasa Tempatan seperti


atau gudang DBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Makanan dan Minuman untuk gerai makanan, Pihak Berkuasa Tempatan seperti
restoran, kantin dan kedai runcit. DBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Hiburan untuk karaoke, taman rekreasi, Pihak Berkuasa Tempatan seperti


panggung wayang, muzik dan pentas. DBKL, MBPJ, MBSA, MPSJ

Persijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


(JAKIM)

Persijilan Produk Kesihatan dan Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia


(KKM)
54 STARTMEUP
Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

TAHUKAH Akta Syarikat 2016 yang dikuatkuasakan


pada 31 Januari 2017 adalah lebih mudah,

ANDA? senang dan murah untuk usahawan


mendaftarkan sesebuah syarikat.

• Kini, sebuah syarikat boleh ditubuhkan dan beroperasi dengan seorang


individu atau pemegang saham korporat dan hanya seorang pengarah urusan
sahaja diperlukan (di mana individu tersebut boleh juga menjadi pemegang
saham tunggal syarikat tersebut).

• Syarikat-syarikat tidak lagi perlu menyatakan jumlah modal saham yang


dibenarkan.

• Tidak ada borang yang banyak - Penama / Pengarah boleh menubuhkan


sebuah syarikat.

• Perlantikan setiausaha syarikat semasa penubuhan syarikat adalah pilihan.


Setiausaha perlu dilantik dalam tempoh masa 30 hari selepas penubuhan
syarikat.

• Memorandum Pertubuhan (MoA) dan Artikel Pertubuhan (AoA) semasa


penubuhan syarikat adalah pilihan.

• Meterai adalah pilihan. Sekiranya syarikat memutuskan untuk mempunyai


Meterai, peruntukan undang-undang perlu dipatuhi.

• Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sebuah syarikat swasta boleh


dijalankan dengan kos yang lebih rendah dengan cara meluluskan resolusi
bertulis, ini adalah langkah-langkah kos efektif, dan juga notis mesyuarat
boleh dihantar secara elektronik.

• Sebuah syarikat boleh memilih untuk tidak menentukan objektifnya - kapasiti


tidak terhad untuk menjalankan apa-apa aktiviti komersial yang sah.

• Semua saham yang diterbitkan tidak mempunyai nilai nominal atau nominal
- memudahkan akaun syarikat dan penyata kewangan serta lebih banyak
fleksibiliti dalam menentukan harga saham dan menaikkan modal.

You might also like