Muhammad Firdaus Bin Mohd Puad (Jawapan Edu3073)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BUKU JAWAPAN

Answer Booklet

PROGRAM / AMBILAN
PISMP BM (SK) 1 AMBILAN JUN 2018
(Programme / Intake)
ANGKA GILIRAN
2018042340049
(Index Number)
NO. KAD PENGENALAN
980815-12-5207
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
EDUP 3073
(Course Code)
TAJUK KURSUS
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(Course Title)
PEPERIKSAAN
JUN 2020
(Examination)
TARIKH PEPERIKSAAN MASA
3 JUN 2020 0800 - 1800
(Examination Date) (Time)
IPG KAMPUS
BATU LINTANG
(Campus)
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Jawapan Soalan 1

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai suku kaum etnik dan budaya. (Mohd Sohaimi Esa et.al, 2011 : 58). Kita
sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian
sosio-budaya ini yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan
struktur masyarakat.

Etnik merupakan suatu kesatuan berdasarkan kesedaran minat dan


‘nonvoluntary’ (Maclver, 1981). Misalnya, etnik Murut, Dayak, Bugis dan Dusun
merupakan kaum etnik yang terdapat negara kita. Setiap etnik mempunyai sosio-
budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenekmoyang terdahulu. Menurut kamus
Dewan edisi keempat (2005) muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-
bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit
yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula
merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan
menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal
daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan“daya” (Shamsul
Amri Baharuddin,2007:13). Menurut Kamus Dewan (2007), budaya dapat ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban berlandaskan kemajuan fikiran atau akal budi.

Tidak dapat dinafikan bahawa sikap etnosentrisme masih lagi menebal dalam diri
masyarakat Malaysia iaitu menganggap suku kaum etnik sendiri lebih baik dari suku
kaum etnik yang lain. Sikap inilah yang mempengaruhi setiap perkara yang berlaku
dalam negara terutamanya bidang pendidikan. Hal ini menjadi salah satu punca kepada
isu yang pernah hangat diperkatakan dan menjadi perdebatan ramai masyarakat di
negara kita yang berbilang kaum baru-baru ini. Isu tersebut merupakan isu perdebatan
mengenai penolakan pembelajaran tulisan jawi di sekolah rendah (Samadi Ahmad,
2020). Kesan sifat etnosentrisme segelintir masyarakat ini mempengaruhi perselisihan
faham antara budaya yang terdapat di sekolah-sekolah. Maka, budaya mempunyai
hubungan yang rapat dengan masyarakat. Hal ini juga selaras dengan pendapat A. Aziz
Deraman (1994) yang menyatakan, jika tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya.
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Persekitaran kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang suku kaum etnik
ini bukanlah perkara asing lagi bagi sistem pendidikan di Malaysia. Didapati, hampir
setiap sekolah di Malaysia mempunyai dua atau lebih murid-murid yang berlainan suku
kaum etnik. Ramai beranggapan apabila murid-murid pelbagai suku kaum etnik ini
belajar dan menjalankan aktiviti dalam sesi pembelajaran akan mengeratkan perpaduan
antara mereka, namun perkara ini hanya menjadi pandangan semata-mata tanpa
melihat sendiri persekitaran di dalam bilik darjah (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986). Oleh
itu, guru perlu menjadi agen sosialisasi yang merujuk kepada peranan guru untuk
mempengaruhi dan membangunkan norma-norma masyarakat seperti budaya, nilai-
nilai moral, peranan sosial yang ada pada masyarakat di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (Mok Soon Sang, 2002).

Namun begitu, tugas ini bukanlah tugas yang mudah bagi para guru kerana
murid-murid di dalam bilik darjah datang dari latar belakang kaum yang berbeza dan
warga sekolah termasuk guru-guru itu sendiri mempunyai kaum etnik yang pelbagai.
Hal ini akan mempengaruhi sosio-budaya sekolah dan seterusnya mewujudkan tiga
jenis sekolah yang dinamakan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kewujudan tiga jenis sekolah ini sudah
melihatkan sejauh mana tahap perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Dalam erti
kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi di
antara guru-guru dan murid-muridnya. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal
walaupun terdapat tiga jenis sekolah rendah di Malaysia, namun ketiga-tiganya tidak
menghalang murid-murid yang berlainan suku kaum etnik untuk mendapatkan peluang
pendidikan yang sama di dalam setiap sekolah.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mengutamakan kemenjadian murid


yang terdiri daripada enam tunjang kemenjadian murid yang terdapat pada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM 2013-2025). Etika dan
kerohanian merupakan salah satu tunjang kemenjadian murid ini. Maka, nilai murni
hendaklah diterap pada diri setiap murid dalam mengenal dan menghormati budaya
dan kaum-kaum yang pelbagai di negara ini. Hubungan baik antara kaum ini perlu
dipupuk dalam diri masyarakat dari zaman persekolahan lari.
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Budaya sesebuah kaum etnik diterapkan dalam diri seseorang individu dari
rumah dengan adanya persekitaran rumah dengan ahli keluarga yang mengamalkan
budaya masimg-masing. Hal ini selaras dengan teori Sistem Ekologi oleh
Bronfenbrenner yang melibatkan mikrosistem apabila murid berinteraksi secara
langsung dengan orang terdekat misalnya, ibu bapa, adik beradik, jiran dan rakan-
rakan. Maka interaksi yang berlaku adalah di antara individu yang terdiri daripada kaum
dan budaya yang sama.

Oleh itu, keadaan di rumah ini dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti
seseorang individu ketika berada di sekolah. Hal ini berlaku pada peringkat meosistem
dalam Sistem Ekologi Bronfenbrenner apabila perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain berlaku di sekolah. Hal ini menjadi faktor mengapa seseorang
guru perlu faham dan kenal latar belakang murid agar dapat menghormati budaya dan
adat resam murid yang berbilang kaum di samping mewujudkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran yang mesra budaya. Sebagai contoh, seseorang murid yang berbangsa
iban telah diterapkan dengan adat resam kaum iban seperti menyambut hari Gawai
yang merupakan pesta menuai bagi bangsa iban, manakala seseorang murid yang
berbangsa cina pula menyambut Tahun Baru Cina yang merupakan permulaan tahun
bagi kaum cina. Jika kedua-dua murid ini berada di sekolah yang sama, maka wujudlah
interaksi antara mikrosistem. Interaksi ini seterusnya membenarkan murid terdedah
kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikiran kaum etnik yang berbeza
sama ada secara sedar atau sebaliknya. Murid dalam situasi ini memerlukan bimbingan
guru dalam menerapkan nilai saling menerima dan menghormati kaum lain agar hasil
pergaulan murid di sekolah menjadi lebih bermanfaat.

Oleh yang demikian, persekitaran sekolah yang terdiri daripada pengurusan,


peraturan dan nilai yang diterapkan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan sosial murid. Hal ini berlaku pada peringkat ekosistem dalam Sistem
Ekologi Bronfenbrenner. Sebagai contoh, sekolah yang menerapkan nilai menghormati
kaum-kaum yang pelbagai dengan mengadakan program seperti hari Raya, Tahun
Baru Cina atau hari Kaamatan peringkat sekolah ini secara tidak langsung dapat belajar
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

bahasa etnik lain. Maka, sebagai seorang guru saya perlu mengadakan program-
program yang mesra budaya seperti ini.

Seorang guru perlu tahu bahawa setiap murid berbeza dari segi cara mereka
berkomunikasi (verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial, intelektual serta pendapat
mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Hal ini berlaku pada
peringkat makrosistem dalam Sistem Ekologi Bronfenbrenner apabila norma, nilai dan
amalan sesebuah masyarakat mempengaruhi perkembangan murid. Maka, tugas saya
sebagai seorang guru ialah menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras
dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya murid.

Dalam pada itu, peredaran masa juga memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi perkembangan individu murid. Hal ini berlaku pada peringkat
kronosistem dalam Sistem Ekologi Bronfenbrenner yang merujuk kepada pola peristiwa
yang berlaku dalam persekitaran individu di sepanjang hayatnya. Misalnya, menjelang
musim perayaan bagi kaum Cina akan memberi kesan kepada murid yang bukan
berbangsa Cina. Maka, sebagai seorang guru, saya perlu bersifat adil dalam menjadi
agen sosialisasi dengan menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bertemakan hari perayaan setiap kaum etnik agar nilai saling menghormati dapat
dipupuk disamping mempelajari pelbagai budaya dan adat resam kaum etnik yang lain.
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Jawapan Soalan 2

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan di
sekolah kerana ini menjadi asas kepada perpaduan kaum. Perkataan mesra
menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Mesra budaya pula
bermaksud perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan
(Noriati A. Rashid et. al, 2014).

Sempena sambutan Bulan Bahasa ini, aktiviti lakonan merupakan satu cadangan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang khusus untuk Bulan Bahasa ini. Sebagai
agen mesra budaya, saya menggunakan medium atau teks skrip lakonan yang
melibatkan tradisi setiap kaum etnik. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk
perpaduan kaum dengan mengenal dan menghormati setiap kaum etnik dalam aktiviti
lakonan di kalangan murid. Ini kerana aktiviti lakonan ini bukan sahaja melibatkan
pakaian dan props kaum etnik sahaja, malah juga melibatkan interaksi dan hubungan
kemanusiaan yang dapat dipelajari ketika melakonkan sesebuah watak. Perkara ini
selaras dengan pendapat Noriati A. Rashid et. al (2014) yang menyatakan bahawa
persekitaran bilik darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal
yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta
peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah adalah turut melibatkan
unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur ini sangat perlu
digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra
budaya.

Aktiviti lakonan ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan oleh guru. Maka,
dalam situasi ini, sebagai agen mesra budaya, saya akan memecahkan murid kepada
empat kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai
kaum etnik. Hal ini mewujudkan interaksi sosiobudaya antara murid yang berbilang
kaum menerusi perbincangan kumpulan. Selain itu, murid dapat mengembangkan
kemahiran komunikasi secara lisan melalui perbincangan tersebut. Misalnya, setiap
kumpulan akan berbincang mengenai pembahagian watak dan pengurusan props
setelah menerima skrip yang disediakan oleh guru. Oleh itu, murid secara berkumpulan
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

perlulah bekerjasama dengan teknik sumbang-saran dan memberi idea yang sesuai
bagi menjayakan lakonan tersebut.

Langkah yang seterusnya ialah, saya akan menyerahkan skrip kepada murid.
Srkip lakonan ini berbeza bagi setiap kumpulan untuk mewujudkan kepelbagaian
budaya yang bakal dipelajari dan seterusnya mewujudkan keharmonian dan perpaduan
antara kaum yang pelbagai tersebut. Misalnya, kumpulan pertama akan melakonkan
cerita yang berkaitan dengan kaum Kadazan, kumpulan kedua pula melakonkan cerita
berkaitan dengan kaum Iban, kumpulan ketiga berkaitan dengan kaum Cina manakala
kumpulan keempat pula mewakili kaum Melayu. Walaupun setiap kumpulan terdiri
daripada murid yang berbeza dan pelbagai kaum, namun mereka perlu mewakili satu
kaum dan melakonkan cerita tersebut dengan menyesuaikan diri dengan budaya kaum
lain. Hal ini dapat memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya antara murid
yang berbilang kaum. Contohnya, makanan pada musim perayaan, adat istiadat
perkahwinan, pantang larang yang menjadi kepercayaan turun-temurun dan sistem
panggilan berdasarkan ‘kinship’. Dengan mempelajari budaya kaum lain ini, murid
dapat memahami dan menghormati budaya kaum lain dan seterusnya
mempraktikkannya di kehidupan seharian. Hal ini dapat melahirkan generasi
masyarakat yang harmoni. Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon
(2010) menyatakan bahawa pengalaman pembelajaran mesra budaya akan menjadi
nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan
global.

Oleh itu, saya sebagai agen mesra budaya akan menerapkan nilai-nilai murni
menerusi skrip lakonan tersebut seperti nilai hormat-menghormati, toleransi, kasih
sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan semangat patriotik.
Dalam pada itu, saya akan merangsang kemahiran verbal dan bukan verbal murid
menerusi latihan lakonan murid. Semasa latihan lakonan tersebut, sebagai guru dan
agen mesra budaya, saya akan melayan kerenah murid dengan adil tanpa membeza-
bezakan etnik dan keturunan murid tersebut. Di samping itu, saya akan memupuk nilai
menghargai budaya etnik lain dalam kalangan murid dengan meminta murid
menonjolkan sifat tersebut melalui aktiviti lakonan ini.
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Langkah seterusnya ialah, meminta murid dalam kumpulan mempersembahkan


lakonan mereka di hadapan bilik darjah. Aktiviti ini akan dinilai melalui kefahaman,
penghayatan dan kemahiran komunikasi murid sama ada secara lisan mahupun bukan
lisan. Merujuk Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010), guru perlu
melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan
situasi di dalam kelas berkenaan. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama
kaum yang berbeza. Penerapan nilai bekerjasama dalam subjek akan memudahkan
proses penilaian terhadap murid. Oleh itu, saya sebagai agen mesra budaya akan
memastikan murid bekerjasama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada kaum yang
berbeza etnik dan budaya. Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014) pula menyatakan
bahawa guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua
murid dengan memberikan tugasan yang terdiri daripada pelbagai aktiviti. Oleh yang
demikian aktiviti lakonan dipilih kerana melibatkan semua murid dengan gaya
pembelajaran masing-masing serta membina rasa tanggungjawab yang tinggi. Dengan
cara ini, murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarkan
perbezaan latar belakang serta kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan
tersebut. Perbezaan tersebut menjadikan suasana bilik darjah ceria, bermakna dan
menarik.

Langkah terakhir ialah dengan memberi komen serta membuat perbincangan


mengenai pengajaran dan nilai murni setiap penceritaan yang telah dilakonkan.
Misalnya, murid-murid akan berbincang dengan bimbingan guru untuk mengenal pasti
nilai murni dan pengajaran yang dapat diperolehi berdasarkan cerita yang telah
dilakonkan bagi setiap kumpulan. Hal ini secara tidak langsung dapat mempelajari
budaya etnik lain dan menghormati setiap budaya yang pelbagai di negara kita agar
perpaduan kaum dapat diterapkan sejak di bangku sekolah lagi. Oleh itu, sebagai agen
mesra budaya juga, saya perlu memaparkan sikap terbuka menerima perbezaan murid
sebagai sesuatu yang istimewa dan memaparkan penghargaan atas kerja murid yang
bersungguh-sungguh. Sekiranya suasana ini dapat diwujudkan di dalam bilik darjah,
persekitaran bilik darjah pasti menjadi bertamabah ceria dan murid akan berasa
gembira menghadapi pembelajaran seharian (Noriati A. Rashid et. al, 2014).
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073
No. AG: 2018042340049 Kod Kursus: EDUP3073

Rujukan

A. Aziz Deraman (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Perpustakaan negara Malaysia

Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Samadi Ahmad (Khamis, 2 January 2020). Masih berkeras isu Jawi.


Diakses melalui: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/531340/masih-
berkeras-isu-jawi

Mohd. Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, & Budi Anto Mohd. Tamring. (2011).
Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan negara bangsa. Puchong,
Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah
A. Majid (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Robert Morrison Maclver (1981). Temporality and Understanding Of Social


Phenomena. Diakses melalui: https://www.researchgate.net

Shamsul Amri Baharuddin (2007). Budaya Yang Tercabar. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur:


Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like