Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PELAJARAN 23 SOLAT MERCU KEJAYAAN UstDi, NDr 011-10095423

1. Solat dari segi bahasa bermaksud DOA. Dari segi istilah bermaksud perbuatan dan
perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratul Ihram dan di akhiri dengan salam.
2. Solat mula difardhukan pada malam Israk dan Mikraj iaitu dua tahun sebelum Hijrah Nabi.
3. Solat merupakan tuntutan fardhu ain kepada setiap muslim yang Mukallaf.
4. Syarat wajib dan syarat sah solat adalah sebagaimana berikut;
Syarat Wajib Syarat Sah
1. Islam Yakin masuk waktu solat.
2. Baligh Menutup aurat.
3. Berakal Suci daripada najis pada badan, pakaian
4. Suci daripada Haid dan Nifas bagi dan tempat solat.
wanita. Suci daripada hadas besar dan kecil.
Menghadap Kiblat.
5. Rukun solat ada 13 perkara;
i. Niat
ii. Qiyam/ berdiri bagi yang mampu
iii. Takbiratul Ihram
iv. Membaca al-Faatihah/ surah al-Faatihah
v. Ruku serta Tamakninah
vi. Iktidal serta Tamakninah
vii. Sujud serta Tamakninah
viii. Duduk antara dua sujud serta Tamakninah
ix. Duduk membaca Tahiyat Akhir
x. Membaca Tahiyat Akhir
xi. Berselawat kepada Nabi SAW dalam Tahiyat Akhir
xii. Memberi salam yang Pertama
xiii. Tertib
6. Sunat Haiat ; ialah perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu diganti dengan
sujud sahwi.
7. Sunat Ab’ad : ialah perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan solat
tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.
Sunat Haiat Sunat Ab’ad
Mengangkat kedua-dua tangan Duduk untuk membaca Tahiyat Awal.
ketika takbiratul Ihram, rukuk, iktidal, Membaca Tahiyat Awal.
dan bagun dari tahiyat awal. Berselawat kepada Nabi SAW selepas
Meletakkan tangan kanan di atas Tahiyat Awal.
belakang tangan kiri ketika Qiyam. Berselawat kepada keluarga Nabi
Membaca doa Iftitah. SAW selepas Tahiyat Akhir.
Melihat tempat sujud.
8. Antara hikmah solat ialah;
i. Mencegah perbuatan keji dan mungkar.
ii. Mendapat kebahagian dalam hidup
iii. Mendapat ketenangan hati dan perasaan
iv. Membentuk disiplin dan akhlak mulia dalam diri
v. Melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni.
9. Khusyuk menurut bahasa ialah senyap, tunduk dan patuh serta merendah diri.
10. Khusyuk menurut istilah ialah menumpukan hati di hadapan Allah Taala dengan
menetapkan anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan perbuatan
yang dilakukan dari awal hingga akhir solat.
1
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
PELAJARAN 23 SOLAT MERCU KEJAYAAN UstDi, NDr 011-10095423

11. Kepentingan khusyuk dalam solat ialah;


i. Jaminan bahawa solat diterima Allah Taala.
ii. Mendapat keampunan Allah Taala.
iii. Penghalang daripada kemungkaran.
iv. Dapat merasai kemanisan iman.
v. Memperoleh kejayaan dan kebahagian dalam hidup.

12. Cara mendapatkan khusyuk dalam solat ialah;


BIL PERANAN LANGKAH
Berwudhuk dengan sempurna dengan menjaga perkara
sunat dan adab-adab berwudhuk.
Sebelum Menunaikan solat pada awal waktu.
1.
menunaikan solat. Mendahulukan solat sunat terlebih dahulu.
Memastikan tempat solat bebas daripada sebarang
gangguan ketika solat [muzik, dll]
Mata melihat tempat sujud.
Peranan anggota
2. Memelihara anggota badan daripada gerakan yang
ketika solat.
boleh menghilangkan tumpuan solat.
Peranan akal Menghayati maksud bacaan dalam solat.
3.
ketika solat. Tidak memikirkan perihal keduniaan.
Yakin bahawa Allah Taala mengetahui perbuatan kita.
Merasakan seolah-olah kita melihat Allah Taala atau Allah
Peranan hati
4. Taala melihat kita.
ketika solat.
Melahirkan rasa gerun kepada Allah Taala.
Mengharapkan rahmat dan redha Allah Taala.

You might also like