Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

+
PENGAJIAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER JAN 2019
PENSYARAH: DR ZAINUDIN BIN OMAR
KURSUS : PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
KOD KURSUS : SSZK 2003
HARI/MASA : SABTU (2.30-6.30PM)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan mengenai falsafah dan konsep asas penyelidikan dalam
bidang Sains Sosial. Tujuannya agar pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan
prinsip-prinsip penyelidikan dalam menghasilkan penyelidikan ilmiah yang berkualiti
dan memenuhi kriteria dalam sesebuah penyelidikan. Melalui kursus ini mereka turut
didedahkan dengan kaedah penyelidikan asas yang memenuhi syarat asas sesebuah
penyelidikan sains sosial. Dalam pada itu, mereka juga dilatih dalam menulis
proposal kajian yang berkualiti yang mana boleh memudahkan mereka
mengaplikasikannya dalam sesebuah penyelidikan sebenar. Metodologi kajian,
meliputi kualitatif dan kuantitatif turut diajarkan. Selain itu, analisa kajian serta
bagaimana menulis laporan berdasarkan alat analisa ujian yang dipilih termasuk asas
SSPS.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1.1 Mengetahui asas penyelidikan dalam bidang Sains Sosial.


1.2 Memahami kaedah menulis proposal yang berkualiti sebagai sebahagian
proses penyelidikan.
1.3 Mengetahui kaedah menjalankan sesebuah kajian termasuk analisis data.
1.4 Mengetahui kaedah menulis laporan akhir kajian serta boleh menggunakan
dalam latihan ilmiah masing-masing.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri (self-learning approach). Modul


kursus yang diberikan perlu digunakan sebagai rujukan utama. Modul yang dibekalkan
kepada pelajar lengkap dengan soalan-soalan latihan bertujuan menguji kefahaman
pelajar. Pelajar adalah dinasihatkan supaya merujuk bahan-bahan bacaan tambahan bagi
meningkatkan kefahaman kandungan pelajaran. Soalan-soalan dari buku rujukan
tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

1
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan
bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima
adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih
dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual
tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa
berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat
terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, peperiksaan pertengahan semester


dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adala seperti berikut:

Tugasan Individu 30 %
Tugasan Kumpulan 20 %
Kuiz 10%
Peperiksaan akhir 40 %

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan
tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni
merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit.
.

RUJUKAN

Mohd Najib Marzuki.(2010). Modul SSZK 2003 Penyelidikan Sains Sosial , Universiti
Utara Malaysia: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan.

Newman, W.L. (1997). Social Research Methods : Qualitative and Quantitative


Approaches. Boston: Allyn & Bacon.

Rohana Yusoff. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur. PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya : Prentice Hall.

2
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business : A Skill Building. New York : John
Wiley.

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel


Dr Zainudin Omar 017 2588702 znudin@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Modul Tempoh

Pertemuan  Penerangan kursus 4 jam


1  Perbincangan Bab 1 dan 2.

Pertemuan  Perbincangan Bab 3, 4 ,5 4 jam


2

Pertemuan  Pep Pertengahan Semester (Bab 1, 2, 1 jam 30 minit


3 3,4 dan 5)
 Perbincangan Bab 6 dan 7 2 jam 30 minit

Pertemuan  Perbincangan Bab 8, 9 dan 10 4 jam


4  Serahan tugasan.

PEPERIKSAAN AKHIR 2 jam 30 minit


(meliputi keseluruhan modul)

3
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

SOALAN TUGASAN INDIVIDU (30 MARKAH)

Proposal kajian penting dalam sesebuah kajian atas beberapa sebab. Antaranya pihak
penilai yang bakal mengeluarkan geran bagi penyelidikan tersebut ingin melihat sejauh
manakah proposal tersebut memenuhi kriteria penyelidikan yang dihasratkan oleh
organisasi berkenaan. Anda diminta menyediakan satu proposal kajian yang
mengandungi perkara-perkara asas dalam sesebuah kajian seperti tajuk kajian, hipotesis
kajian, jangka masa kajian dijalankan serta perancangan kajian. Kesemua perkara
tersebut perlu dinyatakan dengan jelas beserta justifikasinya perlu diberikan. Anda perlu
menyertakan rujukan yang perlu ditulis menggunakan format APA dan akan diambil kira
bagi pemarkahan.

TUGASAN KUMPULAN (20 MARKAH)


(seperti di lampiran 1)

LAMPIRAN 1

Tugasan Kumpulan
SSZK 2003 Semester Jan 2019
Setiap kumpulan haruslah mengandungi antara 3 ke 4 orang ahli (maksima).
Pembahagian tajuk presentation adalah seperti berikut. Pensyarah /tutor boleh
mengubahsuai tajuk berkenaan mengikut kesesuaian jumlah pelajar di pusat
pembelajaran masing-masing. Pelajar perlu menyediakan slaid presentation (10 markah)
dan mempersembahkan pada pertemuan ketiga dan keempat.

Tugasan Kumpulan / Ketua


Kumpulan 1
Tugasan: Dalam menyiapkan sesebuah proposal kajian terdapat beberapa perkara
penting yang perlu diberikan perhatian. Berikan penjelasan kepada perkara –perkara
berikut yang berkaitan dengan proposal kajian. Sertakan contoh yang sesuai.
a. Tajuk Kajian
b. Pernyataan masalah kajian
c. Persoalan kajian
d. Objektif kajian
e. Kepentingan Kajian

4
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Kumpulan 2
Tugasan: Dalam menyiapkan sesebuah proposal kajian terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diberikan perhatian. Berikan penjelasan kepada perkara –perkara berikut yang
berkaitan dengan proposal kajian. Berikan contoh yang berkaitan.
a. Pembinaan hipotesis kajian
b. Kajian Literatur (Literature Review)
c. Kajian Lepas
d. Bagaimana mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan sesebuah proposal
e. Bagaimana menulis rujukan mengikut system APA?

Kumpulan 3
Tugasan: Jelaskan jenis penyelidikan di bawah. Berikan contoh-contoh yang sesuai.
a. Penyelidikan asas
b. Penyelidikan gunaan
c. Penyelidikan penilaian
d. Kajian/penyelidikan tindakan

Kumpulan 4
Tugasan: Jelaskan susun atur dalam menjalankan penyelidikan jenis kuantitatif bermula
dari proses asas sehingga tamat kajian. Antara perkara yang terlibat adalah:
a. menyelidik kumpulan populasi
b. mengenalpasti responden
c. menyediakan soal selidik
d. pengedaran soal selidik
e. mendapatkan data kajian
f. menganalisis data

Kumpulan 5
Tugasan: Jelaskan tatacara menjalankan kajian menggunakan kaedah penyelidikan
kualitatif yang melibatkan perkara berikut:
a. mengenalpasti kumpulan responden
b. menemubual responden
c. transkripsi hasil temubual
d. menganalisis temubual berasaskan transkripsi
e. merumuskan data kualitatif – analisis tema

Kumpulan 6
Tugasan : Jelaskan perkara-perkara di bawah yang berkait rapat dengan mendapatkan
data secara temubual:
a. temubual berstruktur
b. temubual semi struktur
c. temubual tidak berstruktur
5
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

d. Penyediaan garis panduan temubual berstruktur/semi struktur

Kumpulan 7
Tugasan: Jelaskan etika yang perlu dipatuhi seseorang penyelidik dalam menjalankan
sesebuah penyelidikan.

Kumpulan 8
Tugasan: Terdapat dua penyelidikan utama iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif.
a. Jelaskan kedua-dua kaedah tersebut.
b. Bandingkan kekuatan dan kelemahan bagi kedua-dua kaedah penyelidikan
tersebut.

You might also like