Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 2
2.0 Faktor Ketidakseimbangan Ekonomi 3
2.1 Pengenalan Kaum berdasarkan Kegiatan Ekonomi 3
2.2 Ketidaksamarataan Peluang Pendidikan 3
2.3 Ketidakseimbangan Pembangunan Wilayah 3
3.0 Dasar-dasar Ekonomi Malaysia 4
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 4
3.2 Dasar Pertanian Negara (DPN) 5
4.0 Justifikasi Kekuatan dan Kelemahan Dasar 6
4.1 Dasar Ekonomi Baru 6
4.1.1 Kekuatan 6
4.1.2 Kelemahan 7
4.2. Dasar Pertanian Negara 8
4.2.1 Kekuatan 8
4.2.2 Kelemahan 8
4.3 Dasar Pendidkan Negara 9
4.3.1 Kekuatan 9
4.3.2 Kelemahan 9
5.0 Kesimpulan 10
6.0 Rujukan 11

1
1.0 Pengenalan
Malaysia pernah melalui perisitwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga era pasca kemerdekaan. Tragedi 13 Mei 1969 telah
menunjukkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan menghadapi
tekanan dan cabaran hubungan etnik di Malaysia. Tidak dapat dinafikan, tragedi rusuhan
kaum ini berpokok pangkal daripada ketidakseimbangan ekonomi. Melalui kajian ini, saya
memfokuskan faktor ketidakseimbangan ekonomi sebelum mendalami dasar-dasar ekonomi
yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Seterusnya, turut mengkaji sejauh mana dasar-
dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia mengatasi masalah perpaduan dan
integrasi nasional. Kerajaan Malaysia telah merencanakan pelbagai usaha dalam memupuk
perpaduan dan integrasi nasional. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar
terutamanya dalam sistem ekonomi seiring dengan usaha untuk memupuk perpaduan. Antara
dasar dalam sektor ekonomi ialah Pradasar Ekonomi (1956-1970). Menurut Harzidatul (2005),
pada peringkat pradasar ekonomi, ekonomi yang dijalankan oleh penduduk tempatan
tertumpu kepada pertanian tradisional. Ekonomi penduduk Tanah Melayu pada masa ini
bersifat sara diri. Kaum Melayu jauh ke belakang dalam sektor ekonomi pada masa ini.
Keadaan ini menjadi lebih teruk dengan kedatangan penjajah (Jepun dan Brtish) yang
menggunakan dasar pecah dan perintah yang mendorong kepada wujudnya jurang dalam
kaum

Hubungan etnik adalah salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan manusia,
kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak.
Realitinya, kehidupan manusia itu adalah dalam konteks kepelbagaian. Masyarakat pelbagai
etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia pada hari ini
contohnya Malaysia. Hanya segelintir daripada 191 negara yang bernaung di bawah panji-
panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercirikan masyarakat eka etnik atau etnik
tunggal yang mendiami sesuatu Negara. 

Secara umumnya, sejak pembentukan Malaysia, Malaysia telah mula


mengadaptasikan isu perpaduan dalam segala aspek. Antara pendekatan yang diaplikasikan
adalah dengan perlaksanaan 1 MALAYSIA bertujuan untuk mengeratkan integrasi antara
kaum. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan
anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir
dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang
lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di
dunia.

2
2.0 Faktor Ketidakseimbangan Ekonomi
2.1 Pengenalan Kaum berdasarkan Kegiatan Ekonomi
Antara faktor ketidakseimbangan ekonomi ialah pengenalan kaum berdasarkan
kegiatan ekonomi. Pada zaman penjajahan British, dasar pecah dan perintah menyebabkan
kaum Melayu, Cina dan India bekerja di kebun, lombong dan ladang. Hal ini menyebabkan
demografi sosioekonomi berlaku ketidaksamarataan. Akibatnya, orang Melayu yang bekerja
dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan orang
Cina dan India yang bekerja dalam sektor perdagangan, pembuatan, perlombongan,
pembinaan dan perladangan. (Silcock, dalam Raja Muhamed, 1982:27).

2.2 Ketidaksamarataan Peluang Pendidikan


Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi berlaku disebabkan ketidaksamarataan
peluang pendidikan. Peluang pendidikan yang berbeza mempengaruhi jurang keadaan
sosioekonomi antara kaum akibat ketidaksamarataan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan
yang tinggi dapat membolehkan individu memperoleh pendapatan yang tinggi. Sekiranya
peluang ini hanya terbuka kepada sesuatu kaum, maka demografi ekonomi hanya terhad
pada kaum tertentu. Individu yang rendah tahap pendidikannya cenderung untuk berhadapan
dengan masalah ekonomi (Imazeki dan Reschovsky, 2003). Dengan peluang pekerjaan yang
tinggi, maka seseorang individu dapat meningkatkan kualiti hidup dengan pendapatan yang
tinggi seperti ditunjukkan dalam

2.3 Ketidakseimbangan Pembangunan Wilayah


Ketidakseimbangan ekonomi juga berlaku disebabkan ketidakseimbangan
pembangunan pada kawasan tertentu, terutamanya kawasan luar bandar dan pedalaman.
Penduduk kawasan tersebut kurang mendapat peluang pendidikan dan peluang pekerjaan.
Contohnya, agihan pendapatan purata di Semenanjung Malaysia menunjukkan jurang antara
negeri pada kategori pendapatan rendah, pertengahan dan tinggi. Tegasnya, pembangunan
kawasan tertentu yang tidak seimbang menyumbang kepada ketidakseimbangan ekonomi.
Menurut Fatin Ghazmi (2013), penduduk bumiputera tidak diberi peluang dalam
perkembangan ekonomi kerana peluang itu diberikan kepada golongan imigran. Brtish
memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu mengikut sektor-sektor yang asing. Contohnya,
kaum Cina yang tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan perlombongan. Orang Melayu
pula bekerja sebagai petani atau nelayan. Sektor perladangan pula dipelopori oleh kaum
India. Penglibatan secara berasingan ketiga-tiga kaum ini dalam ekonomi menyebabkan
wujudnya isu pembahagian kekayaan yang tidak sama rata.

3
3.0 Dasar-dasar Ekonomi Malaysia

3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Antara dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia, Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1970 hingga tahun 1990. Dasar ini berobjektif untuk
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di samping menyusun semula masyarakat untuk
mengelakkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 diulangi (Malaysia, 1986 dalam
Siwar & Hasan, 2002; Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011;
Baharuddin, 2007). Menurut Harzidatul (2005), Dasar Ekonomi Baharu dirangka untuk 20
tahun dan dasar ini merupakan Rancangan Jangka Panjang Pertama dalam pembangunan
negara.Melalui DEB, kawasan luar bandar dimajukan melalui projek pembangunan wilayah
baru seperti DARA, KEJORA dan JENGKA di samping menubuhkan agensi seperti
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagainya. Kerajaan juga memperbaik taraf hidup rakyat
melalui pendidikan, latihan dan kesihatan. Menurut Mukhriz & Khairy (2004), peluang
pekerjaan diwujudkan untuk semua golongan rakyat yang menganggur untuk membasmi
kemiskinan. Strategi dan lain ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang
mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti FELDA, dan FELCRA.
Menurut Mukhriz & Khairy (2004), antara agensi yang terlibat dalam perlaksanaan DEB ialah
MARA, Bank Pembangunan, UDA KEJORA, KESEDAR, KETENGAH dan Amanah Saham
Nasional. Asas perlaksanaan semua program di bawah dasar ini sememangnya untuk
meningkatkan kemajuan dalam sektor pertanian. Namun, usaha untuk memupuk perpaduan
masih diberi penekanan seiring supaya bergerak seiring dengan kemajuan sektor pertanian.
Jelaslah bahawa perlaksanaan dasar ini meningkatkan kemajuan dalam sektor ekonomi
sejajar dengan memupuk perpaduan dalam pelbagai kaum di negara ini. Di samping itu,
kerajaan berusaha meninggikan daya pengeluaran dan menambah peluang pekerjaan supaya
mencapai objektif dasar ini (Teck Chong, Yew Hong, & Basir, 2013). Dengan adanya jaminan
peluang pekerjaan dan daya pengeluaran, sumber pendapatan negara pasti akan
menaiktarafkan keadaan sosioekonomi, dan integrasi nasional turut dijamin dengan keadaan
sosioekonomi yang stabil.

4
3.2 Dasar Pertanian Negara (DPN)

Jadual 1: Pengeluaran Komoditi Utama Pertanian, 1985-1990 (‘000 tan metrik).


Perkara 196 1970 1975 1980 1985 1990
5
Getah 1,47 1,539 1,579 1,66 1,422 1,291
0 2
Minyak kelapa 4,13 5,03
sawit mentah
3 4,544 4,533 0 6,055 6,095
Padi 1,95 1,745 1,697 1,78 1,640 1,590
3 6
Koko 10 132 19 225 250 262
8 1
Kelapa1 1,82 1,374 1,590 1,57 1,568 1,557
6 9
Kayu balak2 30,95 29,86 36,14 37,728 39,709 41,000
6 9 9
Perikanan laut 575 562 85 826 822 830
9
Akuakultur 51 51 45 46 68 75

Penternakan
Daging lembu 17 16 16 18 18 18
Daging kambing 0. 0.6 0.5 0.5 0.6 0.7
6
Daging ayam itik 251 279 31 335 344 368
0
Daging khinzir 164 162 18 192 202 211
1
Selain itu, Dasar Pertanian Negara dilaksanakan secara berperingkat, iaitu Dasar
Pertanian Negara Pertama (DPN1) pada tahun 1984 hingga tahun 1991, Dasar Pertanian
Negara Kedua (DPN2) pada tahun 1992 hingga tahun 2010 serta Dasar Pertanian Negara
Ketiga (DPN3) pada tahun 1998 hingga 2010 untuk meningkatkan pendapatan kegiatan
pertanian dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Berasaskan
dasar ini, pendekatan mengoptimumkan penggunaan tanah dilakukan untuk meningkatkan
produktiviti sektor pertanian melalui projek pembangunan seperti Lembaga Kemajuan Pahang
Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (JENGKA), Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) (Siwar,
Othman, Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Keenam dalam

(Che Mat, Hussin, & Mohd Jali, 2003 ekonomi Malaysia asas, 1994).

5
Selain itu, kerajaan memodenkan sektor pertanian dengan menyerap teknologi untuk
meningkatkan pengeluaran makanan sendiri. Hal ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan
buruh, membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara. Sebagai bukti, pengeluaran
komoditi utama pertanian dan eksport kasar barangan perkilangan, pertaniaan dan
perlombongan telah menunjukkan peningkatan sebanyak selepas pelaksanaan DPN (Rujuk
Jadual 1). Dengan jaminan sumber pendapatan, masyarakat kita akan bertambah harmoni
disebabkan keadaan sosioekonomi yang stabil.

3.3 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan dilihat sebagai salah satu bidang yang memainkan peranan yang besar dalam
mewujudkan perpaduan antara pelabagi masyarakar majmuk di Malaysia. Menurut Hafiz
(2015), dasar Pendidikan Kebangsaan diwujudkan atas dasar kesedaran rakyat Malaysia
tentang perlunya sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan
penjajah. Maka, wujud satu dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini digubal dan hasilnya wujud
Laporan Rahman Talib yang kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Namun,
dalam usaha melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu, sebuah Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan Negara. Menurut Munni Anwar (2013), Dasar
Pendidikan Kebangsaan ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Falasafah
Pendidikan Kebangsaan sendiri memberi penekanan kepada usaha untuk melahirkan
individu yang berilmu, berakhlak serta mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pelbagai strategi
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia melalui
pendidikan. Penggunaan bahasa dan kurikulum yang sama akan mewujudkan perpaduan
antara pelbagai kaum kerana akses pendidikan yang sama rata dan adil tanpa diskriminasi
atau sikap berat sebelah kepada sesuatu kaum sahaja. Selain itu, pihak kerajaan juga
melaksanakan rancangan untuk mewujudkan perpaduan kaum khususnya dalam bidang
pendidikan. Menurut Asmah Omar (2015), antara usaha atau strategi kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat di Malaysia ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Strategi lain ialah menggunakan kurikulum yang
sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Contohnya, program-program
dalam bidang akademik dan kokurikulum. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bidang akademik serta kokurikulum di sekolah menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum.

6
4.0 Justifikasi Kekuatan dan Kelemahan Dasar
4.1 Dasar Ekonomi Baru

4.1.1 Kekuatan
DEB sememangnya mengurangkan kemiskinan dengan adanya usaha
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan melalui pelbagai program yang
dilancarkan. Secara keseluruhan, kadar kemiskinan bagi penduduk Malaysia menurun
daripada 42.4 peratus kepada 17.1 peratus. Menurut Afiqah (2016), pendapatan kaum
Melayu bertambah daripada nilainya 44 sen bagi setiap pendapatan satu ringgit, kaum
bukan Melayu kepada 57 sen setiap satu ringgit, iaitu pertambahan sebanyak 30%
pada tahun 1990. Contohnya, dengan wujudnya Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB), kaum Bumiputera dapat memiliki dan mengurus 30
peratus daripada kegiatan perdagangan dan perindustrian. Oleh itu, kadar kemiskinan
penduduk Bumiputera menurun daripada 56.4 peratus kepada 23.8 peratus. Dengan
projek pembangunan seperti DARA, KEJORA dan JENGKA, kadar kemiskinan luar
bandar menurun daripada 50.9 peratus kepada 21.8 peratus. DEB telah mencatatkan
pencapaian bahawa dasar ini berjaya mengatasi masalah kemiskinan di Malaysia.
.
DEB juga berjaya mengatasi masalah pengangguran dengan menyusun
semula corak guna tenaga. Penglibatan rakyat dalam sektor pertama telah berubah
kepada sektor moden yang lain melalui program Intensive Agriculture District
Programme (IADP). Oleh itu, peratusan penduduk Bumiputera berubah daripada
sektor pertama, iaitu sektor pengeluaran bahan mentah kepada sektor kedua, iaitu
sektor pemprosesan bahan mentah, contohnya, sektor perkilangan dan pembinaan
serta sektor ketiga, iaitu sektor perkhidmatan. Corak guna tenaga menunjukkan
peningkatan sebanyak 1.5 peratus dan 11.5 peratus. Hasil usaha penyusunan semula
corak guna tenaga, kadar pengangguran telah dikurangkan daripada 7.5 peratus pada
tahun 1970 kepada 5.1 peratus pada tahun 1990.

4.1.2 Kelemahan
Matlamat utama DEB sememangnya adalah untuk mencapai perpasuan
negara denganmemperbetulkan ketidakseimbangan sosiokekonomi yang wujud antara
kaum dan wilayah.Namun demikian dalam masa yang pengimplementasian dasar
yang terdapat dalam DEB lebihmenjurus kepada pemisahan secara mutlak melibatkan
kaum Bumiputera dengan kaum bukanBumiputera. Dalam konteks ini, isu polarisasi
kaum masih berterusan biarpun agak tidak ketarakerana sistem ekonomi yang diwarisi
daripada kolonialisme barat masih diterapkan sepertiekonomi kapitalisme. Dalam
sistem ini, teras utamanya yang menjurus kepada persaingan danhanya

7
mementingkan keuntungan telah mewujudkan perpecahan. Masyarakat Bumiputera
yangdikira masih baru dalam lapangan persaingan ekonomi mengalami kesukaran
yang nyata untukbersaing dengan masyarakat bukan Bumiputera yang jelas tidak
bertolak ansur dalam soalpemilikan ekonomi.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan DEB yang banyak menitikberatkan


bantuan kepadakaum Bumiputera dalam konteks pembangunan ekonomi berikutan
kemunduran mereka yangdipisahkan melalui Dasar Pecah dan Perintah British dilihat
bersifat memisahkan atau dalam ertikata yang lain mewujudkan dikotomi antara
golongan bumiputera dengan bukan bumiputerayang secara tidak lansung melahirkan
perasaan ‘deprivation’ iaitu kecenderungan pemilikankeistmewaan hak sebagai
bangsa pribumi di Malaysia. Bukan itu sahaja, pengimplementasiandasar dalam DEB
juga telah menyebabkan berlakunya konflik antara kelas atau intra-kelas di mana
golongan bukan bumiputera yang telah lama menduduki “kelas pertengahan” berasa
terancam oleh kemasukan golongan baru bumiputera yang cuba bersaing dalam kelas
ekonomitersebut. Fenomena ini memberi kesan yang negatif dalam konteks
perpaduan dan integrasiantara kaum di mana masing-masing saling bersaing untuk
meningkatkan ekonomi sehinggamenyukarkan pemupukan kesefahaman namun lebih
kepada adanya prejudis yang berterusandalam kalangan kaum di Malaysia. Perkara
ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB masih belum mampu mengekang
polarisasi kaum daripada terus menjadi “duri dalam daging” dalam perpaduan nasional

4.2. Dasar Pertanian Negara


4.2.1 Kekuatan

Kekuatan dapat dilihat melalui Dasar Pertanian Negara ialah penubuhan banyak
agensi yang berkaitan dengan sektor pertanian untuk memajukan sektor pertanian ke
satu peringkat yang lebih baik. Penubuhan agensi-agensi ini tidak mengfokuskan
kepada satu tempat sahaja. Namun, pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh
termasuklah di Sabah dan Sarawak. Menurut Munni Anwar (2013), pada tahun 1968,
Lembaga Padi Sabah ditubuhkan. Hal ini membuktikan bahawa pihak kerajaan sangat
komited dalam memajukan sektor pertanian secara menyeluruh di seluruh Malaysia.
Agensi-agensi yang sudah diwujudkan pula ditambah baik kefungsiannya supaya
dapat menyumbangkan semaksima mungkin untuk pembangunan negara.
Pembangunan negara yang baik akan menjamin kehidupan masyarakat seterusnya
dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Jelaslah bahawa penubuhan banyak
agensi dalam sektor pertanian dalam perlaksanaan Dasar Pertanian Negara mampu
8
meningkatkan kemajuan dalam sektor pertanian sekaligus mewujudkan integrasi
nasional dan perpaduan kaum di Malaysia.

4.2.2 Kelemahan
Kelemahan dalam perlaksanaan Dasar Pertanian Negara ialah masalah kebun-
kecil. Sektor perusahaan tanah ini sememangnya menerima banyak subsidi namun
peruntukan itu tidak dimanfaatkan dengan baik kerana pegelutan masalah pemilikan
tanah. Pergelutan pemilikan tanah ini menyebabkan generasi peneroka kedua enggan
mengusahakan tanah yang sememangnya bukan milik mereka. Selain masalah
pemilikan, kebun-kebun kecil ini tidak dapat diusahakan dan tidak dapat mengeluarkan
hasil secara komersial kerana masalah kewangan. Pengusaha-pengusaha kebun kecil
ini juga mempunyai kemahiran yang rendah dalam bidang pertanian. Menurut
Zakariah (1992), masalah ini wujud apabila pengusaha tanah enggan memajukan
tanahnya kerana tanah tersebut adalah milik agensi-agensi tanah rancangan. Oleh itu,
kerajaan Malaysia haruslah komited dalam memajukan sektor ini dengan memberi
bantuan kewangan dan sumbangan kemahiran pakar dalam sektor ini. Hal ini akan
membantu dalam meningkatkan kemajuan dalam sektor ekonomi sekaligus
mewujudkan jurang antara kaum. Jelaslah masalah kebun kecil ini merupakan salah
satu kelemahan yang perlu diatasi dalam memajukan sektor ekonomi sejajar dengan
hasrat kerajaan Malaysia untuk mewujudkan integrasi nasional dan perpaduan kaum.

4.3 Dasar Pendidkan Negara


4.3.1 Kekuatan
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah ( KBSM ) merupakan susulan perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Maka segala perubahan dalam
kurikulum, cita-cita Falsafah Pendidikan Negara dan pendekatan yang ditekankan kesepaduan dalam
kurikulum perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Pelaksanaan kurikulum baru ini adalah satu
usaha untuk menangani cabaran perkambangan semasa di mana nilai murni dan kerohanian telah
mula diabaikan dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu. Kelebihan dasar pendidikan melalui
pelaksanaan KBSR dan KBSM dapat kita lihat kepada objektif yang ingin dicapai. Menurut Asmah
(2013), KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu kurikulum yang ditambahbaik
daripada kurikulum sebelumnya iaitu KBSR. KBSR dan KSSR sememangnya mempunyai
banyak perbezaan Selain penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan membina
sikap nilai-nilai kemanusiaan berlandaskan RUKUN NEGARA, murid juga dapat bergaul, menghargai
hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Semangat
kerjasama dan toleransi ini diterapkan dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum. Melalui aktiviti
kokurikulum KBSR dan KBSM seperti kelab, persatuan serta sukan dan permainan, pelajar berpeluang

9
berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya lain, berdikari dan mendisiplinkan diri, serta
mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dalam kumpulan.

4.3.2 Kelemahan

Kelemahan seterusnya ialah Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).


Menurut Kamalanathan (2015), RIMUP mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia di peringkat sekolah pada tahun 1986. RIMUP bertujuan untuk mewujudkan identiti
nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan
penempatan. Pada asasnya, perlaksanaan RIMUP ini jelas sekali dapat menyumbang kepada
penyatuan pelbagai kaum dalam pendidikan dengan wujudnya pelbagai kem-kem RIMUP
yang memberi impak positif kepada murid dalam memupuk sikap perpaduan. Namun,
program RIMUP ini dilaksanakan secara berkala dan tidak berterusan yang membawa kepada
kegagalan. Selain itu, pihak kementerian juga memperuntukkan kewangan serta kemudahan
yang sedikit untuk menjalankan program RIMUP. Hal ini juga menyebabkan program ini tidak
dapat dijalankan dengan baik serta matlamat program tidak dapat dicapai. Jelaslah bahawa
dalam proses perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, terdapat beberapa kelemahan
yang perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pendidikan untuk
semua individu seiring dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi
nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.

5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan dasar-dasar ekonomi sememangnya
mendatangkan manfaat dan mengatasi masalah ekonomi di Malaysia sedangkan mempunyai
kekurangannya. Perpaduan dan integrasi nasional memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan masyarakat yang harmonis dan sejahtera. Maka, kita harus meneroka punca
kepada fenomena yang menyumbang kepada ketegangan tali ukhuwah etnik dan mengambil
langkah penyelesaian sehingga akar umbinya. Sebagai warganegara, kita harus memainkan
peranan penting dalam menanamkan dan mengamalkan teras perpaduan dan integrasi
nasional berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. Dengan ini diharapkan,
bukan sahaja negara bangsa yang makmur, sejahtera, harmoni dan gemilang dapat dilahirkan
malahan negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain di persada antarabangsa. Kerajaan Malaysia sangat komited dalam
membangunkan sektor ekonomi di Malaysia. Hal ini jelas sekali dapat dilihat dengan
wujudnya pelbagai dasar untuk meningkatkan kemajuan dalam sektor ekonomi. Perlaksanaan
dasar-dasar ini adalah selari dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memupuk
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, terdapat

10
beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan
perpaduan kaum di Malaysia sekaligus memajukan sektor ekonomi di Malaysia.

6.0 Rujukan
Baharin, N., Yussof, I., & Ismail, R. (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di
Malaysia. Prosiding PERKEM (pp. 1, 209-227). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharuddin, S. A. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Che Mat, S., Hussin, F., & Mohd Jali, M. (2003). Siri ekonomi: Ekonomi Malaysia. Pahang Darul
Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ibrahim, A. (20 Januari, 2018). Gagal Realisasi Wawasan 2020. Retrieved 1 April, 2018, from Utusan
Online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gagal-realisasi-wawasan-2020-1.593643

Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan
pembinaan negara bangsa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mustapha, N., & Osman, Z. (1989). Dasar ekonomi Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Portal 1Klik. (14 November, 2008). Retrieved 15 Mac, 2018, from http://pmr.penerangan.gov.my/

Siwar, C., & Hasan, S. K. (2002). Ekonomi Malaysia (5th ed.). Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.

Siwar, C., Othman, R., & Nik Mustapha, N. (1994). SIri pengajian dan pendidikan utusan: ekonomi
Malaysia asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Teck Chong, G., Yew Hong, W., & Basir, S. (2013). Teks Pra-U STPM: pengajian am penggal 2. Kuala
Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Unit Perancang Ekonomi. (2014). Fakta dan Maklumat Sosioekonomi Malaysia 2014. Kuala Lumpur:
Jabatan Perdana Menteri.

Welcome to Sarawak HRD Information Booth. (2008). Retrieved 20 Mac, 2018, from
http://www.infobooth.sarawak.gov.my/web/edu1.html

Dasar Ekonomi Baru. Retrieved 18 Mac, 2018, from


http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf

Ibrahim, A. (20 Januari, 2018). Gagal Realisasi Wawasan 2020. Retrieved 1 April, 2018, from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gagal-realisasi-wawasan-2020-1.593643

11
Imazeki, J. dan Reschovsky, A. (2003). Financing adequate education in Rural Settings. Journal of
Education Finance, 29(2), 137-156.

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan
pembinaan negara bangsa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Mustapha, N., & Osman, Z. (1989). Dasar ekonomi Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

12

You might also like