Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Apakah Yang Anda Faham Tentang Teori Terjemahan?

Teori ialah kenyataan tentang prinsip umum, berasaskan hujahan yang munasabah dan
disokong oleh bukti, yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu fakta, peristiwa atau
fenomena. Tahukah anda, bahawa teori sebenarnya menjawab soalan „mengapa‰?
Apakah ciri-ciri utama bagi sesuatu teori? Terdapat empat ciri utama, iaitu: x
Empirisisme (mestilah diuji) x Determinisme (mestilah boleh diramal) x Kehematan
(mestilah mudah) x Keumuman (mestilah tuntas)

Ciri tersebut boleh diringkaskan seperti rajah rajah 9.8 di bawah:

Rajah 9.8: Ciri-Ciri Utama Sebuah Teori

Apakah syarat dan keutamaan bagi sebuah teori terjemahan?

x Pertama, tujuan teks, iaitu penterjemah perlulah setia kepada penulis teks asal dan menyedari
tujuan asal teks tersebut ditulis.

x Kedua, tujuan menterjemah, iaitu penterjemah perlu memastikan bahawa kekuatan


perasaan dan pujukan dalam teks asal memberikan kesan yang sama kepada pembaca
seperti kepada pembaca teks asal.

x Ketiga, pembaca dan latar teks, iaitu penterjemah perlu mengkaji pembaca atau
khalayaknya, tahap pendidikan pembaca, latar sosial pembaca, dan sebagainya.

x Keempat, mutu karya dan pertanggungjawaban teks. Penterjemah mestilah menganggap


setiap perbezaan pada makna yang ditulis oleh penulis mempunyai makna tersendiri
lebih diutamakan.

Apakah yang dapat anda rumuskan tentang teori terjemahan?

x Teori terjemahan ialah cabang ilmu linguistik yang menghuraikan aspekaspek bahasa,
kebudayaan dan komunikasi yang berperanan dalam amalan terjemahan.

x Teori penterjemahan merupakan satu kaedah yang mendasari kerja-kerja penterjemahan.

x Teori ini menjadi panduan kepada penterjemah supaya mematuhi peraturan serta
mengelakkan mereka melakukan kesilapan dalam penterjemahan.

You might also like