Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

(INDIVIDU) - 40%

Menghasilkan satu penulisan ilmiah yang kritis berkaitan


mana-mana isu-isu Gaya Hidup Sihat dalam (Topik 6) di
Malaysia dengan merujuk kepada sumber-sumber rujukan dan
sumber maklumat yang releven dan terkini serta cadangan
bagi mengatasi isu-isu yang ditimbulkan.

1
1.0 Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat,
kesihatan merupakan aspek yang sangat penting untuk berjaya dalam kehidupan dan
kesihatan juga merupakan kunci utama kepada kesejahteraan seseorang. World Health
Organisation (2006), mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal,minda dan
sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang penyakit. Namun, masalah
kesihatan di dunia semakin mengalami revolusi dimana jika dahulu kebanyakan
masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini
telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih
makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan
kegemukan. Oleh itu, konsep gaya hidup sihat telah diperkenalkan dan ia merupakan
suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental
dan fizikal. Menurut Mohd Majid Konting (2000), empat komponen utama yang menjadi
teras konsep gaya hidup sihat ialah amalan pemakanan, amalan menangani stres,
amalan sukan dan rekreasi serta amalan kebersihan diri dan persekitaran. Namun
demikian, terdapat beberapa isu telah mempengaruhi amalan gaya hidup sihat oleh
masyarakat di Malaysia seperti pemakanan, obesiti, senaman / aktiviti fizikal, stres,
penyakit hipokinetik, merokok, penyalahgunaan bahan, kesihatan diri dan kesihatan
reproduktif.

2.0 Pernyataan Isu Gaya Hidup Sihat yang dipilih


Penulisan ilmiah ini memberi fokus terhadap isu obesiti yang semakin menular dalam
kalangan masyarakat yang terdapat di Malaysia. Amalan pemakanan yang seimbang
akan menyumbang kepada kesihatan. Manakala, makan makanan berlebihan terutama
makanan mengandungi lemak menyebabkan kegemukan. Apabila badan gemuk, akan
menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit
jantung. Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (2009), mendapati bahawa
hampir tiga juta rakyat Malaysia yang kebanyakannya kanak-kanak dan remaja
mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Daripada kajian itu 25.6 peratus terdiri
daripada masyarakat India, Melayu 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah
kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh
meningkat (Myers, 2004). Kegemukan, berat badan berlebihan dan obesiti adalah juga
ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak yang tidak normal atau berlebihan di dalam tisu
adipos yang boleh menjejaskan kesihatan individu (Thanh, 2008) dan dikenalpasti
sebagai satu masalah yang berkaitan gaya hidup (Gopalakrishnan et al., 2012). Kini,
obesiti adalah salah satu isu nutrisi yang hebat diperkatakan. Menurut satu kajian

2
(World Health Organisation, 2007), isu obesiti semakin menular dalam kalangan kanak
kanak dan remaja di negara-negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu
faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom
metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi dalam kalangan penduduk dewasa di
Asia. Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang
tidak terkawal. Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu
mengalami masalah obesiti, secara tidak langsung, mereka berhadapan dengan
penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum juga mengalami fenomena ini dan
dilaporkan sebagai negara yang mempunyai peratusan rakyat dengan berat badan
berlebihan dan masalah obesiti yang tertinggi berbanding negara lain di Asia (Misra, A &
Khurana, L., 2008).

Rajah 1: Penerangan tentang Indeks Jisim Badan (BMI)

3
Rajah 2: Peningkatan BMI mengikut kaum dengan umur

Rajah di atas menunjukkan kaum-kaum di Malaysia yang terbabit dalam masalah


obesiti dengan menunjukkan BMI yang berlebihan daripada paras yang normal.
Tambahan pula, mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (2011), terdapat
peningkatan kadar obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia meningkat secara

mendadak berbanding dengan tahun yang sebelumnya (Statistik terbaru masih belum
dikemaskini). Rajah dibawah meringkaskan maklumat masalah obesiti masyarakat
Malaysia mengikut negeri.

Rajah 3: Kelaziman masalah obesiti di Malaysia mengikut negeri

Kelaziman di sini bermaksud kebarangkalian untuk sesuatu kes itu berlaku dalam
populasi tersebut. Semakin tinggi nilai peratus kelaziman, semakin cenderung (tinggi
kebarangkalian) sesuatu kes itu berlaku. Perkara yang amat mengejutkan apabila negeri
yang kecil seperti Perlis mempunyai kelaziman obesiti yang paling tinggi berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia iaitu sebanyak 21.7% (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2011). Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan budaya hidup masyarakat yang
memandang ringan aspek beriadah dan gaya hidup yang kurang aktif.

4
3.0 Objektif Penulisan
Objektif bagi penulisan ini adalah seperti berikut :
(i) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap obesiti.
(ii) Meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi obesiti.
(iii) Menerangkan kesan-kesan negatif obesiti dari segi pelbagai aspek.
(iv) Menentukan tahap kesedaran manusia terhadap amalan pemakanan seimbang.
(v) Menjelaskan cadangan-cadangan bagi mengatasi isu obesiti.

4.0 Penjelasan kepada Kandungan Kontent


Secara umunya, huraian dalam subtopik ini akan membincangkan tentang faktor dan
kesan isu obesiti serta cadangan bagi mengatasi isu tersebut.

4.1 Faktor-faktor Obesiti


Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi obesiti seperti faktor keturunan atau
genetik dimana manusia mewarisinya daripada keluarga. Faktor lain adalah amalan
pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlemak.
Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Tambahan pula, faktor
kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar lemak.
Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar tetapi sering
meluangkan masa dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai
tanpa melakukan sebarang aktiviti (Mellissa, N. D. et al, 2007). Interaksi antara
genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan
peningkatan drastik di dalam berat badan berlebihan ataupun obesiti. Faktor
persekitaran seperti ini meningkatkan lagi risiko penambahan lebihan berat badan
sekiranya seseorang yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik
(Mohd Ismail Noor, 2000).
Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara menghadapi dimana
masyarakat Malaysia tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan
tugas. Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang
dicipta oleh manusia dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi
kesan negatif terutamanya kepada kesihatan. Teknologi yang semakin maju
menampilkan alat komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan

5
video dan sebagainya. Penciptaan ini mengakibatkan ramai orang terutamanya
pelajar untuk menambah berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa
hampir berjam-jam tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Menurut Misra, A & Khurana,
L. (2008), bagi masyarakat sekarang menonton televisyen, permainan video dan
hiburan dari komputer telah menggantikan aktiviti luar sebagai aktiviti untuk mengisi
masa lapang yang membantu untuk menjaga kesihatan badan.
Pengaruh lain adalah pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan
makanan yang ditunjukkan menarik rakyat untuk mencuba dan menikmatinya.
Pengaruh iklan ini sangat kuat di mana menonton televisyen berhubungkait antara
makanan snek, makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi
pembelian makanan keluarga (Mohd Ismail Noor, 2000). Bukan itu sahaja, ketika
menonton, makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu
utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius.

4.2 Kesan-kesan Obesiti


Secara umumnya, masalah obesiti sendiri juga merupakan penyakit yang
berbahaya tetapi penyakit tersebut juga akan mendatangkan penyakit yang lain
yang
kronik. Individu yang mempunyai masalah obesiti berisiko tinggi menghidapi penyakit
lain berbanding dengan individu yang sihat. Penyakit sampingan obesiti amat serius
dan memudaratkan kesihatan (Helen Andrews, 1979). Sebagai contohnya, obesiti
akan menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit sakit
jantung. Lemak yang terlalu tebal akan menyumbat saluran darah menyebabkan
organ seseorang itu tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Lemak yang berlekat
pada dinding saluran darah telah menyekat pengedaran darah ke organ dan
menyebabkan kekurangan oksigen. Oleh itu, serangan jantung, sakit dada dan
denyutan jantung yang tidak normal biasanya akan dihadapi kepada pesakit obesiti.
Selain penyakit sakit jantung, pesakit obesiti juga berisiko tinggi dalam menghidapi
penyakit darah tinggi dan diabetis (Helen Andrews, 1979).
Kesan yang ditanggung oleh individu yang obesiti tidak banyak berbeza semasa
usia pertengahan seperti dengan tabiat merokok (World Health Organisation, 2007).
Namun begitu, jangka hayat mereka yang mengalami masalah obesiti lebih pendek
jika berbanding dengan mereka yang kurus. Mereka dikatakan akan meninggal dunia
tiga tahun lebih awal berbanding dengan mereka yang kurus (World Health
Organisation, 2007).
Kesan secara langsung kepada aspek kesihatan fizikal, obesiti juga memberikan
kesan secara tidak langsung kepada aspek psikologi dan sosial. Di negara barat,

6
orang yang obes seringkali dikaitkan dengan keadaan murung atau mengalami
tekanan emosi akibat daripada keadaan fizikal mereka seperti mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah. Menurut Mellissa, N. D. et al. (2007), wanita pada
pertengahan umur lebih murung apabila mereka obes. Peningkatan berat badan

kesan daripada pengambilan makanan yang tinggi kalori akan menyebabkan wanita
mengalami kemurungan. Obesiti dan kemurungan saling berhubung antara satu
sama lain kerana apabila seseorang itu mengalami peningkatan berat badan,
mereka akan mengalami kemurungan dan akan bertambah murung sekiranya
individu terbabit sukar untuk menurunkan berat badan.

Rajah 4: Jenis-jenis penyakit yang berpunca daripada masalah obesiti

7
4.3 Cadangan bagi mengatasi isu Obesiti
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, terdapat beberapa
cadangan yang boleh dilaksanakan oleh seseorang untuk mengatasi isu obesiti
agar mengekalkan gaya hidup sihat. Cadangannya seperti berikut:-

4.3.1 Amalan Senaman Yang Berkesan

Amalan senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam


tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam
selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging,
berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. Selain itu, hadkan
aktiviti sedentari adalah juga merupakan perkara yang penting untuk mengatasi
obesiti (Williams, M.H., 2005). Hadkan aktiviti sedentari dengan 2 jam dalam
sehari (World Health Organisation,1998). Sebagai contohnya, menggunakan
komputer, menonton televisyen, duduk atau berbaring kecuali waktu tidur. Selalu
mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, bangkit tubi semasa
menonton televisyen atau menggunakan komputer. Peningkatan aktiviti fizikal
adalah penting bagi mencegah peningkatan berat badan dan obesiti.

8
Rajah 5: Jenis-jenis senaman ringan / regangan

4.3.2 Amalan Pemakanan Yang Seimbang


Dalam usaha menangani masalah obesiti, pemilihan makanan yang baik
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Pemakanan yang seimbang
dan berkhasiat perlu diterapkan dalam diri individu terutamanya kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana, makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-
sayuran, tenusu dan bijirin dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh
badan (Dietz. W. H, Robinson. N. W.T., 2005). Panduan piramid makanan
membantu kita dalam memilih diet yang seimbang yang menyumbang kepada
pencegahan obesiti. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam
piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan di
dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien
terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah amaun makanan
yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu. Oleh itu, pemilihan makanan
harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan.
Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid mengikut urutan, pilihan
terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau dasar
piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan
kadar paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan yang
bergoreng dan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, perlulah
dikurangkan dalam usaha menangani masalah obesiti ini.

9
Rajah 6: Panduan Piramid Makanan Malaysia

4.3.3 Mengubah Tabiat

Seseorang yang mengalami obesiti perlu mengenalpasti masalah yang


mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan, makan
mengikut perasaan, bosan dan sebagainya. Seseorang itu juga perlu
mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak dipengaruhi
dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan serta tidak selalu
mengelak untuk makan. Ini boleh meningkatkan risiko untuk gemuk. Menurut Lim
T.O. et al. (2000), pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan
pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa
menonton televisyen dan sebagainya. Selain itu, pesakit perlu menimbang berat
badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku. Hal ini
demikian kerana, apabila mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas
diri sendiri mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk
menguruskan berat badan. Mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis
pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan
dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika perkara tersebut tidak dititikberatkan
minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang
(Poh BK, Safiah MY & Tahir A., 2008). Mereka juga memerlukan sokongan yang
kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi
semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.

10
4.3.4 Penyebaran maklumat melalui Pendidikan Kesihatan

Menurut Ewless & Simnett (1986), adalah diharapkan melalui Pendidikan


Kesihatan, orang yang dididik akan mampu untuk menimbul atau memikirkan isu-
isu kesihatan semasa yang dianggap penting untuk dirinya mahupun masyarakat
sekelilingnya setelah pengetahuan tentang isu tersebut diberikan kepadanya.
Tanpa disedari, berat badan berlebihan atau yang lebih serius lagi,
diklasifikasikan sebagai obesiti mengundang 1 001 jenis penyakit. Dari hujung
rambut hinggalah ke hujung kaki, tiada bahagian tubuh yang `bebas' dijangkiti
penyakit, andai lemak dibiar menyalut diri. Antaranya, angin ahmar, masalah
pernafasan, penyakit jantung, diabetes, kanser, batu hempedu,
ketidakseimbangan hormon dan sebagainya (MASO, 2005). Atas alasan inilah,
ramai yang berusaha menurunkan berat badan dengan menyertai pelbagai
program pengurusan berat badan. Namun, apa yang mengecewakan, sasaran
berat badan yang ingin diturunkan kepada individu terbabit umpama tidak
berpijak di ‘bumi nyata’. “Ini jelas dapat dilihat melalui promosi iklan-iklan
program menurunkan berat badan yang mensasarkan bentuk badan langsing
seperti seorang model wanita,” demikian menurut, Pakar Perunding Endokrin,
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Datuk Dr. Khalid Abdul
Kadir (Thanh, 2008). Pelajar-pelajar di sekolah seharusnya diberi kesedaran dari
awal lagi mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi dan dihidapi sekiranya
mereka menghidap masalah obesiti (MASO, 2005). Kesedaran mengenai
masalah ini seharusnya diberi agar mereka lebih peka terhadap isu ini. Ini akan
membolehkan pelajar untuk melihat obesiti ini sebagai satu ancaman kepada
kesihatan atau lebih sinonim sebagai ‘ibu segala penyakit’ (Ewless & Simnett,
1986). Ini akan membolehkan mereka lebih peka tentang apa makanan yang
diambil dan apa yang perlu dielakkan bagi mencegah masalah ini dari berlaku.

5.0 Kesimpulan

     Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut


yang bersangkut iaitu isu obesiti yang mempengaruhi gaya hidup sihat telah dikupas
dengan mendalam. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
amalan bebas daripada masalah obesiti ini adalah penting untuk dilaksanakan agar
kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Malaysia
menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di

11
rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk (Gopalakrishnan et al.,
2012). Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia memiliki masa depan yang bulat,
boroi dan kurang produktif? Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh
semua terutamanya golongan muda yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak
kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Bukan itu sahaja,
penerapan matlamat pendidikan kesihatan boleh dijadikan panduan kepada pihak
sekolah mahupun ibu-bapa bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar dari
terus berlaku (Ewless & Simnett, 1986).

RUJUKAN

Dietz. W. H, Robinson. N. W.T. (2005). Overweight Children and Adolescent. Boston: May

19, 2004, Vol. 352, Iss. 20; pg. 2100, 10 pg from http://proquest.umi.com/pqdweb

Ewless, L. and Simnett, I. (1986). Promoting Health: A practical guide to health education.
New York: John Wiley & Sons.

Gopalakrishnan, S., Ganeshkumar, P., Prakash, M.V & Christo-pher Amalraj, V. (2012).

Prevalence of overweight/obesity among the medical students, Malaysia.

MedJMalaysia, 67(4),442-444.

Helen Andrews. (1979). Introductory Nutrition. London: The C.V. Mosby Company.

Institut Kesihatan Umum. (2009). Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMSIII)
2006, Status Nutritional. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Isu-isu Keracunan Makanan. Kuala Lumpur: KKM.

Khambalia, A. Z., & Seen, L. S. (2010). Trend di kalangan orang dewasa yang berlebihan
berat badan dan obes di Malaysia (1996-2009): Kajian sistemik. Kajian obesiti,11(6),
403-12.

12
Lim, T. O., Ding, M. H. A., ZAki, M., Suleiman, A. B., Fatimah, S., Siti, S., Tahir, A. &
Maimunah, A. H. (2000). Distribution Of Body Mass, Weight And Body Mass Index
On A National Sample Of Malaysian Adults. Medical Journal. Mal. 55(1), 78-89.

Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO). (2005). Strategy for the Prevention
of Obesity-Malaysia.

Mellissa, N. D., William, C. M., Betty, S., & Terrill, B. (2007). Faktor-Faktor Berkaitan Dengan

Berat Badan Berlebihan Dan Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Kolej. Journal of
American Collage Health, 57(1),109-114.

Misra, A & Khurana, L. (2008). Obesity and the metabolic syndrome in developing countries.

JClin Endocrinol Metab, 93, S9-30.

Mohd Ismail Noor. (2000). The nutrition and health transition in Malaysia. Public Health
Nutrition. 5(2A), 191-195.

Mohd Majid Konting. (2000). Konsep Gaya Hidup Sihat. Kuala Lumpur: MDC Publichers
Sdn

Bhd.

Poh BK, Safiah MY & Tahir A. (2008). Physical Activity Of Adults Aged 18-59 Years.
Malaysian

Adults Nutrition Survey. Volume 6. Ministry of Health, Putrajaya.

Thanh, N. (2008). Obesity and Related Factors among Students Grade 7-12 in Phutta
Monthon District, Nakhon Pathom Provice, Thailand. Thailand: Thesis Master
Degree
in Mahidol University.

Williams, M.H. (2005). Nutrition for health, fitness & sport. United Stated : Mc Graw.

World Health Organisation. (1998). The Health Aspects Of Food And Nutrition. A Manual
For

Medical Research. Kuala Lumpur.

13
World Health Organisation. (2007). The World Health Report- Safer Future. Geneva:

Switzerland.

World Health Organisation. (2006). The Health Aspects Of Food And Nutrition. A Manual
For

Medical Research. Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

14
15

You might also like