Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Program Sukaneka Mini

Saya Vignesa A/L Chandran dari unit PJ (SJKT) PISMP SEMESTER 8. Saya bersyukurnya
ke hadrat TUHAN dengan rahmat dan izin-Nya kerana saya berjaya menyempurnakan
Program Sukaneka Mini dengan sempurna. Jutaan terima kasih kepada pensyarah-
pensyarah kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh
dedikasi dan sabar. Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak
membantu dan berkongsi pendapat dengan saya semasa program tersebut. Pada 19
Februari 2019, satu kejohanan sukaneka mini telah dijalankan dengan anjuran pelajar
kursus GHSS3013 Sem 8 tahun 2020. Seramai 21 pelajar menjadi ahli jawatankuasa dalam
prograam tersebut. Kami menganjurkan kejohanan tersebut fi padang IPGK Raja melewar.
Sukaneka mini telah diadakan untuk memenuhi salah satu tugasan kursus GHSS3013.
Pelajar dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan satru program Gaya Hidup Sihat
yang memenuhi kriteria-kriteria yang dinyatakan.

Sebelum menyertai program tersebut, saya dan rakan-rakan saya telah berkumpul
dan mengadakan satu perjumpaan untuk membahagikan jawatankuasa bagi Program
Sukaneka Mini. Pensyarah saya, iaitu EN. Muhammad Fairus bin Hassan telah
membahagikan ahli jawatankuasa. Hal ini tidak membawa perselisihan faham ataupun
perasaan marah terhadap orang lain kerana ahli jawatankuasa telah sudi menerima jawatan
mereka dengan hati yang ikhlas. Saya telah dilatih sebagai AJK Siaraya. Sebagai AJK
Siaraya, saya telah menjalankan tugasan saya dengan sempurna. Hasil daripada
pelaksanaan program tersebut, saya mendapati ada beberapa kekurangan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang dapat dikesan. Dalam refleksi ini juga akan dicadangkan
beberapa idea penambabaikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

Pertama ialah, aspek kekuatan. Dalam membuat aktiviti ini, kumpulan kami telah
membuat perancangan dengan awal. Kami telah melantik badan organisasi antara kami
yang merangkumi pengerusi, bendahari dan lain-lain lagi. Kami juga telah membahagikan
tugas-tugas dengan efektif. Selain itu, kami juga telah merujuk kepada pensyarah kami,
Encik Muhammad Fairuz untuk mengelakkan sebarang kesulitan dalam minit-minit terakhir.
Kekuatan seterusnya, kami dapat mengenali cara untuk mengadakan sukaneka mini secara
sistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu kami dalam masa hadapan.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Kami
membahagikan tugasan secara sama rata antara kami. Komitmen atau rasa tanggungjawab
sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan. Jika tidak, tugasan itu tidak akan
berjaya disiapkan. Saya juga memainkan peranan sebagai salah satu ajk bertugas untuk
menjaga stesen ke-6 iaitu Cabut Ekor Monyet. Semasa menjaga stesen, kami telah
membahagikan tugas antara kami seperti memberikan markah, memberikan penerangan
dan menjaga keselematan pemain. Saya juga membantu AJK Peralatan untuk meminjam
peralatan yang diperlukan semasa program dijalankan. Aspek kerjasama juga dapat dilihat
semasa membersihkan tempat apabila semua peserta melibatkan diri tanpa mengira
tugasan.

Dari segi aspek kelemahanya pula, kami telah membuat beberapa persiapan dalam
minit terakhir, Sebagai contoh, kami tidak mengambil peralatan-peralatan yang diperlukan
untuk menjalankan sukaneka mini secara awal dan menunggu sampai minit terakhir untuk
mendapatkan barang-barang tersebut. Ini telah menganggu kelancaran aktiviti kami dengan
melambatkan proses persiapan. Di samping itu, masa yang kami pilih merupakan sesuatu
jangka masa di mana kami dihujani dengan pelbagai tugasan. Ini telah menyebabkan
kesusahan dalam mengumpul peserta untuk aktiviti kami. Akhirnya kami terpaksa menjadi
peserta untuk stesen-stesen rakan dan bertukar antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, kami telah menghadapi pelbagai kelemahan pada masa saya
menyertai program ini. Antara kelemahan yang saya hadapi adalah kelewatan dalam
menyiapkan kerja yang diberikan. Kami mengambil masa yang lama untuk membuat
persiapan. Kami telah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan stesen yang
menyebabkan atur cara program terganggu. Seperti pepatah Melayu “masa itu emas”, kita
perlu menghargai masa dan perlu menepati masa supaya program tersebut berlangsung
secara lancar

Aspek ketiga ialah peluang. Antara peluang yang saya dapati semasa pengelolaan
aktiviti ini ialah, saya dan ahli-ahli kumpulan saya mendapat peluang untuk belajar
menguruskan sesuatu program apabila kami berada di sekolah kelak. Saya juga berpeluang
untuk mengasah kemahiran berkomunikasi kami dengan peserta-peserta untuk
melancarkan proses permainan ini. Selain itu, kami juga dapat memberikan peluang kepada
rakan-rakan sekelas kami untuk melepaskan stress akibat daripada tugasan-tugasan. Selain
itu, saya juga berpeluang untuk memerhatikan dan mengambil pengajaran daripada
kesalahan-kesalahan yang kami telah lakukan untuk mengelakkanya daripada terjadi pada
masa hadapan.

Aspek seterusnya ialah ancaman. Dalam menganjurkan sesuatu pertandingan,


pastinya ada ancaman. Antara ancaman yang saya kenal pasti ialah cuaca dan
persekitaran. Kami menjalankan program sukaneka mini pada waktu pagi. Pada masa
tersebut juga, hujan turun berenyai-renyai. Ini mewujudkan keadaan yang tidak selesa
antara pemain. Kami menangguhkan program selama 30 minit dan menjalankan semula
program selepas hujan berhenti. Di samping itu, saya juga mendapati lantai padang tersebut
sangat licin dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada peserta. Oleh itu, kami telah
mengambil langkah berjaga-jaga dengan keselamatan para peserta.

Aspek terakhir ialah cadangan penambahbaikan. Antara cadangan yang patut


diaplikasikan pada masa depan ialah, dengan menjalankan program-program seperti ini
pada masa yang sesuai dan tidak membebankan pelajar. Sebagai contoh, aktiviti sebegini
boleh diadakan pada masa permulaan semester di tugasan tidak diberikan kepada pelajar
lagi. Selain itu, aktiviti pemanasan dan penyejukan badan yang efektif juga boleh disertakan
untuk menjadikan pertandingan tersebut lebih ‘formal’ dan professional. Di samping itu,
aktiviti-aktiviti ini juga merupakan penting kepada peserta.

Kesimpulannya, dapat saya katakan bahawa tugasan untuk mengelolakan aktiviti


dalam kursus Gaya Hidup Sihat GHSS3013 ini telah banyak mengajar saya tentang
penganjuran program. Saya juga dapat menimba pengetahuan tentang penulisan kertas
kerja dan aspek-aspek yang dititik beratkan dalam penulisan tersebut. Dengan ini, saya
dapat menjamin bahawa pengetahuan yang diperolehi ini amat berguna kepada pelajar-
pelajar guru seperti kami. Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat
melaksanakan tugasan ini secara kumpulan. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru
pada masa akan datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan mempertahankan
permainan ini yang mempunyai keistimewaan yang tidak terhingga. Saya berharap melalui
program ini saya dapat meningkatkan berketerampilan, berdaya saing dan berkeyakinan
tinggi melalui daya tahan dan kekuatan fizikal serta mental yang saya peroleh. Saya juga
berharap dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan bergiat aktif di
peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Disediakan Oleh,

______________________

VIGNESA A/L CHANDRAN

You might also like