Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan

rakan sekelas kamu. Tulis ucapan itu selengkapnya.

            Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.

            Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya
untuk berucap di majlis ini. Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan, Ahmad
yang akan berpindah ke sekolah lain.

            Hari ini merupakan hari terakhir Ahmad bersama-sama dengan kita. Dia akan
meninggalkan kita kerana dia mahu mengikuti bapanya yang bekerja di Perlis.

            Ahmad ialah seorang murid yang baik hati, rajin, dan suka menolong orang yang
menghadapi kesusahan. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ahmad
juga pandai dalam bidang syarahan. Oleh itu, dia selalu mewakili sekolah dalam
pertandingan syarahan.

            Di sini, saya ingin mewakili rakan sekelas yang lain untuk meminta maaf daripada
Ahmad jika kami ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaannya. Saya berharap
kamu akan mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah.

            Jika kamu ada masa lapang, kamu bolehlah mengirimkan surat kepada kami.

            Sekian, terima kasih.


Ucapan Sempena Majlis Perpisahan Seorang Rakan

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para guru, serta rakan

sekalian. Terlebih dahulu saga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap
daiam majlis ini.

Kita sedia maklum, majlis ini diadakan khusus bagi mengiringi perpisahan seorang

rakan gang amat disanjungi. Beliau ialah saudara Farid Bin Othman Bari kelas Enam Rajin.

Hadirin yang dikasihi,

Sebenarnya, perpisahan ini kerana beliau terpaksa mengikut keluarganga berpindah. Saya
difahamkan, bapa beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah syarikat swasta di sana.
Tahniah, kami ucapkan!

Saudara Farid akan berpindah ke Pahang. Beliau akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Teruntum, di tengah-tengah pusat bandar Kuantan. Sekolah ini kira-kira dua kilometer
sahaja dari penginapan mereka di Taman Mega.

Hadirin yang dimuliakan,

Beliau akan bertukar mulai I Julai hadapan. Hal ini, bermakna kita hanya ada seminggu lagi
bersama beliau. Justeru, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin untuk bermaaf-maafan.

Bagi kami, perpisahan ini bererti kami akan kehilangan seorang rakan yang sangat aktif dan
sering mengharumkon nama sekolah. Apatah lagi, beliau amat disenangi semua pihak
lantaran memiliki pekerti yang terpuji.

Sempena majlis ini, saya mewakili semua rakan memohon ribuan maaf terhadap sebarang
kesilapan kami selama ini. Kami juga mendoakan agar saudara Farid berbahagia bersama
rakan baharu di sana.

Sekian, ucapan says. Terima kasih.

You might also like