Persepsi Wanita Terhadap Penjagaan Warga Tua

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA

Rosnah Ismail
Habibie Hj. Ibrahim

ABSTRACT

Malaysia will be classified as an aging nation in the year 2005 with 1.7 million
or 7.2% ofits population consists ofaged population. With an increasing number
of the aged, the problem on caring the aged becomes critical especially for
women. Women who hold a traditional role in thefamity are expected to carefor
the aged at home beside household tasks and raising children. But urbanization
and migration factors that encourage women to work outside the house will
give burden and difficulties for women to care for the aged. The aim of this
paper is to discuss women perception towards caring for the aged and outline
suggestions on how to increase efforts on caring for the aged in the family. One.
hundred and ninety seven (197) women were interviewed in Tuaran district,
Sabah in 3 villages namely Kg. Serusup, Kg. Pekan Nabalu and Kg. Laya-Iaya.
Women were randomly selectedfrom the Bajau, Kadazandusun and Malay ethnic
group. The questionnaire consists of /O-item on care for the aged. Results show
that 59.4% women give financial support and materials to their parents. Medical
treatment and medicines for the sick elderly are very much needed. Both male
andfemale children normally look after their sick elderly parent together. Even
though they had bad experience in looking after the aged person, for example
irritable and sensitive behavior; but 52.3% women are willing to spend time at
least 5 hours per day to care for the elderly. Around 87.3% women said they get
help from family members in taking care of the aged besides getting help from
neighbors and medical staff. Resultsfrom this study show that 85.8% women do
not intend to send their aged parent to the oldfolk's home. About 75.1% women
said they involved aged person in making decisions and 70. I % women felt that
family relationships become distant is due to busy lifestyle and career
development. Few suggestions are given to increase efforts in caring for the
aged and further research is to be done in the future.

PENGENALAN

Sejak dahulu lagi kaum wan ita telah memainkan peranan dan tanggungjawab
sepenuhnya di dalam menjaga dan menyediakan keperluan-keperluan harian
anggota keluarga mereka yang meliputi anak-anak, adik-beradik, keluarga terdekat,
suami dan warga tua - kedua orang tua tidak mengira ibu bapa sendiri mahupun
ibu bapa mertua. Peranan dan tanggungjawab ini menjadi tradisi untuk dipegang

S5
Rosnah Ismail, Habibie HI. Ibrahim

oleh anak-anak perempuan atau kaum wanita. Penjagaan anak-anak terhadap warga
tua menjadi fenomena penting masa kini. Tidak dapat ditolak, orang-orang tua
merupakan golongan yang perlu dihonnati dan dilayan sepenuhnya. Agama Islam
dan adat Melayu misalnya menyeru agar anak-anak supaya tidak melupakan
tanggungjawab mereka kepada kedua ibu bapa (Mat, 1982).

Di dalam memainkan peranan dan tanggungjawab kepada penjagaan warga tua.


wanita tidak lerlepas daripada menyediakan keperluan-keperluan harian warga
tua. Keperluan-keperluan harian membawa makna apa sahaja keperluan asas yang
diperlukan oleh anggota keluarga termasuk makan-minum. pakaian, tempat
tinggal, kesihatan. kebajikan, bantuan kewangan dan sebagainya. Tidak dapat
dinafikan lagi beban dan tanggungjawab kaum wanita bukan sahaja memegang
peranan untuk menjaga kebajikan anggota keluarga terdekat, malah merekajuga
sebagai "caretakers" kepada golongan-golongan yang memerlukan perhatian dan
penjagaan rapi seperti golongan yang tenatlsakit, orang-orang tua bahkan kepada
komuniti-komuniti tertentu (Noddings, 2(01). Umumnya aspek penjagaan warga
tua di dalam erti kata ibu bapa sendiri adalah secara tradisinya dipegang oleh
anak-anak perempuan tidak kira sarna ada anak tersebut seorang ibu, anak
perempuan, anak menantu mahupun cucu perempuan. Kaum wanita yang cuba
menolak peranan ini bolehlah dikatakan sebagai wan ita yang tidak sejati. Wanita
memegang peranan di dalam memberikan penjagaan kepada warga tua (Sommers
& Shields, 1987). Walaupun terdapat wanita yang cuba lari daripada.tugas dan
peranan ini, namun jangkaan dan harapan diberikan terhadap kaum wan ita dalam
menyediakan dan memberikan penjagaan terutamanya warga tua yang benar-
benar memerlukan rawatan dan penjagaan rapi kaum wan ita (Rebervy, 1987).
Sehingga beberapa dekad yang lampau kaum wanita yang cuba menolak peranan
sebagai 'caregiver' terhadap warga tua dianggap sebagai wanita yang tidak
mengenang jasa dan budi ibu bapa mereka.

Perubahan yang berlaku dalam zaman kian berubah lebih-Iebih lagi di era
globalisasi dan perindustrian telah memaksa kaum wanita untuk keluar bekerja
dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan di luar rumah. Peranan dan
tanggungjawab wanita terhadap warga tua juga semakin berubah. Budaya dan
tradisi penjagaan warga tua oleh kaum wan ita masa kini semakin longgar.
Kelonggaran hubungan kaum wanita dengan warga tua bukanlah disebabkan oleh
kurangnya kasih sayang tetapi disebabkan oleh keadaan yang memaksa kaum
wan ita melepaskan sebahagian peranan mereka kepada orang lain. Keadaan ini
jelas kelihatan di kawasan-kawasan ban dar dan kian menular ke kawasan pinggir
bandar dan kampung-kampung.

Tanggungjawab menjaga warga tua dilepaskan mungkin kerana kaum wan ita masa
kini terlibat di dalam pencarian sumber rezeki. Pengabaian terhadap warga tuajuga
boleh berlaku kerana kurangnya sumber ekonomi dan pendapatan di dalam keluarga.

56
Perseps/ Wan/fa Terhadap Penjagaan Warga Tua

Hamid (1985) menyatakan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu punca
yang menyebabkan berlakunya pengabaian terhadap ibu bapa. Pendapat ini
disokong oleh Halim (1988) di mana dalam kajiannya didapati bahawa faktor
ekonomi merupakan salah satu penyeba.b dan faktor kepada pengabaian penjagaan
warga tua. Bagi keluarga miskin, beban dalam menanggung dan menyediakan
keperluan-keperluan asas terhadap anak-anak dan tanggungan mereka
menyebabkan keperluan dan penjagaan rapi terhadap warga tua terpaksa diabaikan
dan diketepikan.

Wanita juga memainkan peranan dan tanggungjawab mencari rezeki demi


menambahkan pendapatan keluarga. Tidak baleh dinafikan bahawa kini semakin
ramai wanita yang mempunyai kedudukan tinggi, hidup bekerjaya dan mempunyai
status sosial yang tinggi. Kepelbagaian peranan dan tanggungjawab. memberikan
implikasi terhadap pengabaian warga tua seperti hasil daripada satu kajian yang
menyatakan bahawa kesibukan anak-anak di dalam menambahkan sumber rezeki
juga menyebabkan pengabaian terhadap penjagaan warga tua (Abdullah, 1992).
Adalah diharapkan kaum wanita tidak melupakan dan melepaskan tradisi dan
budaya menjaga warga tua sebagai peranan penting dan utama di dalam kehidupan
mereka. Kaum wanita bukan dibebankan dengan tugas menjaga warga tua tetapi
apa yang penting adalah tradisi dan budaya tersebut haruslah dikekalkan walaupun
kebanyakan kaum wanita mempunyai peketjaan di luar rumah dan rnenguruskan keluarga.

Terdapat banyak penyelidikan yang dijalankan ke at as permasalahan penjagaan


warga tua. Lantaran daripada itu juga terdapat banyak faktor-faktor yang
dikenalpasti menjadi punca kepada pengabaian terhadap warga tua. Salah satu
faktor yang boleh diketengahkan ialah faktor kerenggangan hubungan
kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa khususnya kepada anak-anak
perempuan atau wanita yang bckerjaya. Namun demikian dalam kehidupan
masyarakat Malaysia amnya dan khususnya orang-orang Melayu. Mat (1982)
mendapati perpecahan keluarga luas dan kerenggangan hubungan antara golongan
tua dengan golongan muda tidaklah seteruk seperti yang dial ami oleh masyarakat
Baral. Ini membuktikan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu
masih lagi berpegang kuat kepada adat resam dan budaya bangsa mereka sendiri.
Apa yang paling penting adalah patuh kepada ajaran agama yang dipegang yang
berkehendakkan umatNya dan penganutNya menghormati kedua orang tua.
Ajaran agama ini diharapkan masih dipegang oleh anak-anak termasuk anak
perempuan kerana kita menganggap wanita mempunyai perasaan dan naluri yang
halus dan sifat penyayang yang semulajadi. Pernyataan ini disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh Mercier et, al (1989) yang mendapati anak perempuan
mempunyai kualiti hubungan yang lebih tinggi dengan ibu bapa berbanding
dengan anak lelaki.

57
Rosnah Ismail, Hablbl, HJ. Ibrahim

Namun demikian tidak dapat dinafikan sistem kekeluargaan dan hubungan di dalam
keluarga kian renggang disebabkan oleh desakan hidup dan terlalu ghairah untuk
mengejar kemewahan dan kebendaan di dalam kehidupan. Sehinggakan ada
segelintir anak-anak yang tergamak membuat keputusan untuk menghantar orang
tua mereka ke rumah orang tua. Keputusan ini kadang-kalanya bukan kehendak
kaum wanita tetapi mungkin boleh berlaku kepada wanita-wanita yang sudah
bersuami dan mempunyai keluarga sendiri yang terpaksa akur kepada kehendak
suami. Jika dilihat dari sudut lain pula. iaitu tentang kualiti hubungan an tara sama
ada anak lelaki atau anak perempuan terhadap ibu mereka. ada kajian yang
menyatakan bahawa hubungan an tara anak-anak dan orang tua adalah masih
pada tahap yang memuaskan seperti Zaini dan Tengku Aizan (1995) berpendapat
kedua-dua anak lelaki mahupun perempuan mempunyai hubungan yang baik
dengan ibu mereka.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Abdullah dan rakan-rakan (1992).
tcrdapat kecenderungan bagi masyarakat Melayu untuk menghantar orang tua
mereka ke rumah warga tua. Bagi warga tua yang tinggal bersama anak-anak.
87.6% menyuarakan yang anak-anak mereka cuma pentingkan diri sendiri.
Sementara itu. 74.0% warga tua menyatakan bahawa anak-anak mereka hanya
mahukan orang-orang tua mereka tinggal bersama untuk membantu mengasuh
anak-anaknya sahaja. Manakala 79.1 % warga tua pula mendakwa mereka diajak
tinggal bersama oleh anak-anaknya kerana diharap untuk menjaga rumah dan
87.2% warga tua perempuan mengaku kesediaan anak-anak menerima mereka
tinggal bersama bukan secara ikhlas dan jujur sebaliknya ada muslihat tersendiri
(Abdullah. 1992). Memang tidak dapat dinafikan dan dielakkan kejadian ini
daripada berlaku lebih-Iebih lagi dalam kehidupan masyarakat masa kini. Secara
rasional ada masa dan ketikanya golongan warga tua ini memang diperlukan
untuk menjaga dan memberikan perhatian kepada cucu-cucu semasa anak-anak
mereka keluar bekerja. Bukan sahaja warga tua yang bertanggungjawab untuk
menjaga ahli di dalam keluarga ltIereka tetapi ada ketikanya golongan tua ini
pula yang memerlukan perhatian penuh dan penjagaan rapi daripada anak-anak
mereka lebih-Iebih lagi pad a masa mereka uzur dan kurang sihat.

Kertas kerja ini membicarakan tentang sejauh mana kesediaan wan ita dalam
penjagaan warga tua di zaman pembangunan perindustrian dan teknologi
maklumat. Seandainya ramai wanita yang masih dan mahu memainkan peranan
tradisi menjaga warga tua ini. apakah masalah-masalah yang mereka hadapi?
Apakah perasaan dan pandangan kaum wanita terhadap kemestian menjaga orang
tualibu bapa mereka sendiri? Daripada persoalan-persoalan di atas diharap dapal
dibuat satu kesimpulan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah penjagaan warga
tua di masa akan datang.

58
Perseps/ Wan/ta Terhadap Pen/agaan Warga Tua

KEPENTINGAN KAJIAN
,,
Kajian ini ingin mendapatkan pandangan wanita tentang sikap prihatin, penyayang ,
dan mengambil tahu tentang warga tua dari segi penjagaan mereka. Kajian ini i
penting bagi mengetahui tentang kesediaan wanita dalam penjagaan warga tua di
zaman pembangunan perindustrian dan multimedia di mana ramai yang keluar
I
bekerja di luar rumah. Bagaimanakah kerajaan dan keluarga dapat membantu
I
mengurangkan beban wanita yang menanggung dan menjaga warga tua ini
berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan bahawa 77.2% wanita masih
mempunyai ibu dan bapa dan 59.4% wanita serta suami mengaku masih I
memberikan bantuan yang berbentuk wang dan barangan kepada ibu bapa mereka. \
Bagi wan ita luar bandar yang tidak bekerja ataupun bekerja secara sambi Ian
membantu suami, menimbulkan kesulitan bagi mereka untuk menyara ibu bapa
yang tua ini.

OBJEKTIF

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau pandangan dan persepsi wanita
mengenai penjagaan warga tua dan mencadangkan langkah-Iangkah bagi
membantu usaha wanita dalam penjagaan warga tua.

METOD

Lokasi:
Kajian ini dijalankan di daerah Tuaran, Sabah yang meliputi kawasan-kawasan
Kampung Serusup, Kampung Pekan Nabalu dan Kampung Laya-Laya. Tiga
kampung ini dipilih kerana ketiga-tiga kampung ini mewakili 3 etnik terbesar di
daerah Tuaran iaitu Bajau, Kadazandusun dan MelayuIBrunei. Etnik Bajau dan
Kadazandusun juga merupakan etnik majoriti di negeri Sabah.

Subjek:
Subjek dipilih secara rawak di ketiga-tiga kawasan: Kg. Serusup, Kg. Pekan
Nabalu dan Kg. Laya-Laya. Bilangan subjek keseluruhannya adalah 197 orang
wanita. Ciri-ciri latarbelakang subjek yang lengkap ditunjukkan dalam Jaduall.

Soal- selidik:
Soal- selidik telah dirangka oleh penyelidik. Soal - selidik ini merangkumi 10-
item yang merangkumi soalan-soalan yang tertutup dan terbuka serra memerlukan
penjelasan yang meliputi aspek-aspek penjagaan warga tua seperti latarbelakang,
keperluan asas, jenis bantuan, kesihatan, permasalahan dalam penjagaan warga
tua, masa yang diluangkan untuk penjagaan warga tua, sikap terhadap warga tua,

S9
Rosn,h Ism,iI, H,blbl. HJ. Ib"hlm

bersambung

Agama
Islam 59.0
Kristian 405
Buddha 0.5

Etnik
Kadazan Dusun 44.3
Bajau 462
Murut 1.5
Cina 0.5
Me\ayuIBrunei 7.5

Tahap persekolahan
Tak bersekolah 33.0
Darjah 1-6 22.8
Tingkatan 1-3 21.8
Tingkatan 4-6 19.8
Kolej 1.5
Universiti 1.0

Pekerjaan (responden)
Nelayan 0.5
Petani 22.3
Peniaga 16.8
Bekerja sendiri 11.7
Bekerja dengan orang lain 9.6
Perhotelan 0.5
Buruh kasar 1.0
Tidak bekerja 37.6

Pekerjaan (suami)
Nelayan 5.6
Petani 20.3
Peniaga 5.6
Bekerja dengan orang lain 44.1
Bekerja sendiri 127
Perhotelan 2.0
Buruh kasar 6.1
Tidak bekerja 3.6

62
Perseps/ Wanlta Terhadap Penjagaan Warga Tua

bersambung

Kegiatan ekonomi sampingan


Bemiaga di Tamu 485
Ladang 42.9
Menjahit 4.1
Pergi laut 1.5
Bemiaga kraftangan 1.5
Penjaga 1.0
Pastol 0.5

Penyata pendapatan keluarga sebulan


>RM750 203
~750 17.8
RM350-SOO 25.9
RMI75-350 23.9
<RM175 7.6
Tiadajawapan 4.5

U mur perkah winan pertama


10-19 tho 585
20-29 tho 40.4
30-39 tho 1.1

Bilangan anak (masih hidup)


1-5 orang 74.2
6-10 orang 23.8
11-150rang. 2.0

lumlah tanggungan
Tiada 5.6
1-4 orang 563
S-IOorang 35.6
11-15 orang 1.5
16 orang dan ke atas 1.0

ladua12 menunjukkan seramai 81.3% responden masih mempunyai ibu dan bapa
dan 59.4% mengaku memberi bantuan kepada ibu dan bapa mereka.

63
Rosnah Ismail, Hablbl. HJ. Ibrahim

Jadual2: ~ tempunyai ibu dan bapa serta memberi bantuan

Perkara ~ Ttdak Jumlah

Mempunyai ibu dan bapa 100 J7 197


(813%) (18.8%) (100.00%)

Memberi bantuan 117 00 197


(59.4%) (40.6%) (100.00%)

Mengenaijenis bantuan yang diberi. 63.9% responden menyatakan mereka memberi


kedua-dua bantuan wang dan benda. 28.5% menyatakan memberi wang dan 7.6%
memberikan hanya benda (JaduaI3).

Jadua13 : lenis bantuan yang diberi

Perkara Bil Peratus


Wang 36 28.5%
Benda 15 7.6%
Wang dan Benda 126 63.9%
JUMLAH 197 100.00%

Mcngenai kesihatan warga tua. 57.4% responden menyatakan yang orang tua
mereka tidak mengalami apa-apa penyakit. Hanya 17.8% sahaja yang menyatakan
orang tua mereka mengalami sakit tua yang memerlukan penjagaan (59.4%). Bagi
warga tua yang men gal ami penyakit. 62.9% responden menyatakan mereka
mendapatkan rawatan bagi mereka di klinik at au di hospital kerajaan.

ladual 4 menunjukkan individu yang menjaga warga tua apabila mereka sakit.
Hasil kajian mendapati 39.1 % anak lelaki dan perempuan menjaga warga tua yang
sakit. 21.3% ahli keluarga, 14.2% dijaga oleh responden dan yang lain-lain seperti
warga tua sendiri (7.6%), anak perempuan (6.6%), responden dan suami (4.1 %),
anak lelaki (3.0%), semua anak (2.0%), suami responden (\.5%) dan pasangan
warga tua (0.5%).

64
Perseps/ Wan;ta Terhadap Pen/agaan Warga TUII

Jadual4 : Individu yang menjaga wargatua apabila sakit

Perkara Bil Peratus


Sendiri 15 7.6
Pasangan warga tua 1 0.5
Responden 28 14.2
Suami responden 3 1.5
Anaklelaki 6 3.0
Anak perempuan l3 6.6
Anak lelaki & perempuan 77 39.1
Ahli keluarga lain 42 21.3
Semuaanak 4 2.0
Responden & suami 8 4.1

JUMLAH 197 100.00

Mengenai permasalahan yang dihadapi semasa menjaga warga tua. 70.6%


responden menghadapi masalah kecerewetan dan sukar memahami perasaan
warga tua. 24.9% menyatakan masalah pengurusan masa dan lain-lain masalah
kecil seperti masalah kesihatan dan pengangkutan (1.5%). masalah kewangan
dan pemakanan (masing-masing 1.0%) dan masalah kesihatan dan kebimbangan
(masing-masing 0.5%).

Jadual5: Permasa\ahan dalam penjagaan wargatua

Masalah Bil Peratus


Cere wet dan sukar memahami perasaan 139 70.6
Pengurusan masa 49 24.9
Masalah kesihatan & pengangkutan 3 1.5
Kewangan 2 1.0
Pemakanan 2 1.0
Kesihatan 0.5
Kebimbangan 0.5
JUMLAH 197 100.00%

6S
Rosnah Ismail, Hablb;6 HJ. Ibrahim

Menyentuh mengenai pengurusan masa dalam penjagaan warga tua, kebanyakan


responden (52.3%) meluangkan mas a selama 5 jam bagi penjagaan warga tua,
26.9% menumpukan masa selama 4 jam dan 20.8% menumpukan mas a selama 3
jam sehari (JaduaI6). .

JaduaJ 6 : Masa dalam sehari bagi penjagaan warga tua

Masa(Jam) Bil Peratus


5 103 52.3%
4 53 26.9%
3 41 20.8%
JUMLAH 197 100.00%

Hasil kajian menunjukkan 72.6% responden mendapat pcrtolongan dalam pcnjagaan


warga tua, dan hanya 27.4% responden tidak mendapat bantuan dalam penjagaan
warga tua.

Jadual7 menunjukkan bagi mereka yang mendapat pertolongan dalam penjagaan


warga tua, 87.3% responden menyatakan mereka mendapat bantuan daripada ahli
keluarga, 7.3% mendapat bantuan daripadajiran dan 5.4% mendapat pertolongan
daripada kakitangan perubatan.

Jadual7: Pertolongan dalam penjagaan warga tua

Individu Bil Peratus


Ahli keJuarga 172 87.3
Jiran 19 7.3
Kakitangan perubatan 6 5.4
JUMl.AH 197 100.00

Jadual 8 menunjukkan 85.8% responden tidak pemah terfikir untuk menghantar


ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua. Hanya 13.2% sahaja yang menyatakan
'Ya' iaitu berhasrat untuk menghantar warga tua ke rumah orang tua dan 1.0%
menyatakan bergantung kepada keadaan.

66
Perseps/ Wan/ta Terhadap Penjagaan Warga Tua

Jadual8 : Menghantar ke rumah orang tua

Perkara Bil Peratus


Tidal< 169 85.8
Ya 26 13.2
Bergantung 2 1.0
JUMLAH 197 100.00

Lebih separuh daripada responden (55.4%) menyatakan mereka tidak menghantar


ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua disebabkan penjagaan ibu bapa
merupakan tanggungjawab anak. 23.3% menyatakan mereka sayangkan ibu bapa
mereka. 13.6% menyatakan perbuatan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua
adalah perbuatan yang tidak mengenang budi mereka dan 7.7% berpendapat mereka
berpegang kepada agama dan budaya (Jadual 9).

Jadua19 : Sebab tidak menghantar ke rumah orang lua

Sebab Bit Peralus


Tanggungjawab anak 100 55.4
Sayangkan ibubapa 46 23.3
Perbuatan tidak mengenang budi Zl 13.6
Agama dan budaya 15 7.7

JUMLAH 197 100.00

Mengenai keperluan warga IUa, laduall 0 menunjukkan bahawa 39.6% responden


berpendapat warga lua memerlukan keulamaan makan minum. 21.8% responden
menyatakan keperluan kewangan. 19.3% responden menyatakan keperluan ubat-
ubatan dan rawatan kesihatan dan 12.1 % responden menyatakan warga tua
memerlukan dorongan dan kasih sayang.

Jadua110 : Keperluan yang diperlukan oleh warga lua

Keperluan Bil Peratus


Makan dan minum 78 39.6
Jiran 57 29.0
Kakitangan perubatan 38 19.3
Agama dan budaya 24 12.1
JUMLAH 197 100.00

67
Rosnah Ismail, Hablbl. Hi. Ibrahim

Hasil kajian menunjukkan warga tua merasa mereka diberi perhatian sekiranya
sentiasa ada seseorang menemaninya (60.9%), sentiasa ada orang yang mengambil
tahu kebajikannya (67.0%), sentiasa ada seseorang yang berbual-bual dengannya
(52.3%) dan sentiasa dikunjungi (53.8%).

Apabila ditanya mengenai tempat tinggal yang diingini apabila tua kelak, 91.9%
responden menyatakan mereka tidak suka duduk sendirian, 55.9% responden
suka duduk dengan suami, 66.5% responden gemar linggal bersama anak/cucu
dan 97.0% responden menyatakan mereka tidak suka tinggal di rumah orang lua.

Hasil kajian rnenunjukkan, 75.1 % responden rnelibatkan warga tuadi dalam membuat
keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal warga tua. Menurut responden,
mereka melibatkan warga tua kerana orang tua lebih berpengalaman (53.3%), hormal
kepada orang tua (31.5%) dan ingin meminta pendapat mereka (15.2%) (Jadual 11).

JadualU : Penglibatan warga tua dalam membuat keputusan

Sebab Penglibatan . Bil Peratus


Lebih berpengalaman lOS 533
Hormat 62 31.5
Meminta pendapat ~ 151
JUMlAH 197 100.00

Apabiladilanya lentang sebab-sebab kerenggangan hubungan kekeluargaan pada


masa ini, 70.1 % responden menyatakan kesibukan mencari nafkah, 20.5%
menyatakan sikap ambil mudah dan tidak peduli dan 9.4% menyatakan sibuk
menguruskan anak-anak.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian mengenai kesihatan warga tua menunjukkan bahawa bagi ibu dan
bapa yang mengalami sakil tua, 59.4% wanila memerlukan penjagaan. Ini
membuktikan yang wanita sangat-sangat mengharapkan bantuan dalam penjagaan
warga lua yang sakit ini tidak kira bantuan dari segi material, sosial atau prasarana.
Namun begitu, ramai yang telah sedar, peka dan prihatin terhadap kemudahan
rawalan kesihatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di mana hasil kajian
menunjukkan ramai wanita (62.9%) telah mendapatkan perubatan di klinik atau
hospital kerajaan bagi warga tua yang mengalami penyakit.

68
Perseps/ Wan/fa Terhadap Pen/agaan Warga Tua

Menyenluh mengenai penjagaan warga lua apabila saki I, hasil kajian menunjukkan
anak Ielaki dan anak perempuan yang paling ramai (39.1 %) menjaga warga lua
yang sakit. Hasil kajian di Sabah ini nampaknya berbeza dan menolak kajian yang
dijalankan oleh Mercier et, aJ (1989) yang menyatakan anak perempuan mempunyai
kualiti hubungan dengan ibu bapa yang lebih tinggi berbanding dengan anak
Ielaki. Mungkin budaya masyarakat di Sabah berbeza dengan di Barat di mana
kedua-dua anak lelaki dan perempuan bersama-sama memikul tanggungjawab dan
peranan menjaga warga tua berasaskan kepada sikap teradisional mereka yang
hormat dan paluh kepada orang tua dan menganggap orang lua adalah orang
yang disegani dan berpengaruh.

Walaupun men gal ami masalah dan kesulitan dalam menjaga warga tua seperti
perangai cerewel, perasaan yang sensilif, namun sebilangan besar wanila (52.3%)
sanggup meluangkan masa selama 5 jam sehari bagi penjagaan warga tua. Ini
menunjukkan sikap kesediaan dan pengorbanan kaum wanita dalam menjaga orang
tua mereka walaupun dalam kesibukan bekerja, menguruskan rumahlangga dan
anak-anak. Wanita di Sabah ini sememangnya mengambil berat tentang kehidupan
warga tua mereka Hasil kajian ini membuktikan yang kaum wanita tidak mengabaikan
peranan mereka dalam keluarga khususnya dalam penjagaan warga tua. Adalah
diharapkan agar amalan tradisi dan budaya ini dapat dikekalkan walaupun
dijangkakan rarnai lagi kaum wanila yang akan keluar bekerja di luar rumah.

Dari segi banluan dalarn penjagaan warga tua, hasil kajian menunjukkan, sebilangan
besar (87.3%) wanita menyalakan mereka mendapat pertolongan daripada ahli-
ahli keluarga dalam penjagaan warga tua selain daripada mendapat bantuan
daripada jiran dan kakilangan perubatan. Ini menunjukkan yang hubungan
kekeluargaan masih kuat, rapat dan intim di mana ahli-ahli keluarga saling
bekerjasama dan banlU membanlU dalam hal-hal rumahtangga dan permasalahan
keluarga. Hasil kajian ini menyokong dan mengesahkan pemyataan Mat (1982)
yang mengakui perpecahan keluarga luas kepada keluarga nuklear tidaklah senegatif
yang dialami oleh masyarakat BaraL Di Malaysia, khususnya di Sabah, walaupun
berlaku peru bah an daripada keluarga luas kepada keluarga nuklear, namun
hubungan keluarga luas masih kuat dan saling berinteraksi dan menolong an tara
salu sama lain (Dahlan, 1997). Keluarga tradisi di Sabah masih berpegang kuat
kepada adal resam dan budaya bangsa mereka sendiri.

Mengenai instilusi bagi warga tua, hasil kajian mendapati 85.8% wanila tidak
terfikir unluk menghantar ibu dan hapa mereka ke rumah orang tua. Ini menunjukkan
sikap keprihalinan, 'caring', mengambil lahu, ka<;ih sayang dan kemesraan terhadap
warga lua.

Hasil kajian ini menolak kajian lerdahulu yang telah dijalankan oleh Abdullah
(1992) yang mendapali kecenderungan bagi masyarakal Melayu untuk menghantar
orang-orang lua ke rumah warga tua dan menganggap anak-anak

69
Rosn.h l,m.lI. Habibl. HJ. Ibrahim

hanya mementingkan diri sendiri. Ini mungkin disebabkan kehidupan keluarga di


Sabah. khususnya di daerah pedalaman masih berpegang Imal kepada adal resam
dan budaya tradisi keluarga yang memenlingkan kehormanian dan hubungan
keluarga yang bahagia dan mesra di mana ahli-ahli keluarga saling bekerjasama,
hormat-menghormati dan saling membanlu anlara salu sama lain (Dahlan. 1997).

Pemyataan ini dibuktikan daripada hasil kajian yang menunjukkan bahawa ramai
wanita (55.4%) tidak ingin menghanlar ibu bapa ke rumah orang tua. Mereka
berpendapat penjagaan ibu bapa adalah tanggungjawab anak. mereka sayangkan
ibu bapa dan menganggap perbuatan hina menghantar ibu bapa ke rumah orang
tua adalah sebagai salu perbuatan yang tidak mengenang budi ibu bapa. Ini
menunjukkan kesedaran hum wanila tenlang jasa bakti yang telah dicurahkan
oleh ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Budi mereka
mestilah dikenang dan dibalas dengan ganjaran yang baik melalui penjagaan
dalam usia tua mereka. Hasil kajian ini juga sekaligus menyokong pemyataan
Rebervy (1987) yang berpendapat kaum wanila mesti menyediakan dan memberi
penjagaan warga tua yang memerlukan rawatan dan penjagaan rapi dan
diperkukuhkan melalui hasil kajian ini yang menunjukkan 97.0% warga tua tidak
suka tinggal di rumah orang tua.

Menyenluh mengenai keperluan warga tua. hasil kajian menunjukkan selain


keperluan-keperluan as as seperti makan. minum. rawalan kesihalan dan ubat-
ubatan. dan keperluan kewangan. yang paling penting sekali warga tua
memerlukan dorongan dan kasih sayang. Keperluan-keperluan asas telah dan
boleh disedia dan diberikan oleh pihak kerajaan. swaSla. badan-badan sukarela
dan keluarga. Tetapi keperluan yang penting yang bersifat inlrinsik dan
melibalkan emosi amallah penling bagi warga tua serta memerlukan perhalian
serius. Sememangnya di peringkat tua. warga tua merasakan diri mereka diabaikan,
tidak disayangi dan diambil peduli. disisihkan daripada keluarga yang mungkin
menimbulkan perasaan sedih. kemurungan. kesunyian. rendah 'self-~sleem', lemah
semangat dan kemarahan.

Justeru, perlulah bersama-sama memainkan peranan penling memikirkan sesuatu


tindakan dalam usaha memberi dorongan dan kasih sayang. menjaga hali serta
mengingati dan membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka. Dorongan dan
semangal unluk terus hidup dengan gembira dan riang perlu diberikan kepada
warga tua. Mereka senang didampingi dan dikunjungi selalu oleh anak-anak
cucu dan gembira bersama-sama dengan gelak kelawa mereka. Pemyalaan di
alas disokong dan dibuklikan daripada hasil kajian ini yang menunjukkan warga
tua merasakan gembira sekiranya ada seseorang yang menemaninya (60.9%),
dan tidak suka duduk bersendirian. mengambil tahu kebajikan mereka (67.0%)
dan ada seseorang yang berbual-bual dengannya (523%) dan sentiasadikunjungi (53.8%).

70
Perseps/ Wan/t. Terh.dap Pen/aga.n Warga Tu.

Sebilangan besar (75.1 %) wan ita menyatakan mereka melibatkan warga tua dalam
membuat keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal warga tua kerana menu rut
wanita yang ditemuduga. orang tua lebih berpengalaman. perasaan hormat dan
ingin meminta pandangan dan pendapat daripada mereka. Sememangnya warga
tua 'banyak makan garam' daripada orang muda dan mempunyai pengetahuan
dan pengalaman yang luas dalam hidup. Apa jua keputusan, tindakan,
perbincangan dalam keluarga perlulah melibatkan warga tua supaya mereka
merasakan diri mereka dihargai dan diberi penghormatan, buah fikiran dan
pandangan mereka diberi pengiktirafan dan keputusan mereka mendapat keutamaan.

Menyentuh mengenai kerenggangan hubungan keluarga pada masa kini, hasil


kajian membuktikan kesibukan mencari natkah dan mengejar kebendaan (70.1 %)
merupakan salah satu punca kerenggangan hubungan keluarga. Hasil kajian ini
menyokong kajian-kajian awal yang telah dijalankan oleh Hamid (1985), Halim
(1988) dan Abdullah (1992) yang menyatakan kesibukan anak-anak menambahkan
rezeki menyebabkan pengabaian penjagaan warga tua yang secara langsung
merenggangkan hubungan kekeluargaan.

CADANGANDAN RUMUSAN

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan wanita dalam penjagaan warga
tua adalah besar dan mencabar dalam zaman perindustrian dan teknologi
komunikasi maklumat. Sokongan dan bantuan patutlah diberi kepada wanita agar
bebanan menjaga warga tua dapat dikurangkan.

Sikap 'caring' dan kesedaran diri perlulah sentiasa disemaikan ke dalamjiwa wanita
supaya dapat menjaga warga tua dengan sempurna melalui layanan yang baik,
mesra, penuh kasih sayang, menghormati mereka dengan menjaga pertuturan dan
tingkah laku serta memahami perasaan mereka.

Hubungan yang renggang di kalangan ahli-ahli keluarga boleh menyebabkan


pengabaian terhadap warga tua. Bagi menghindari keadaan ini daripada terus
berlaku, sikap negatif wanita dan ahli keluarga perlu diubah. Kaum wanita tidak
seharusnya terlalu mementingkan diri dan bersifat materialistik. Warga tua merasa
senang hati sekiranya ahli-ahli keluarga sering mendampinginya dan mengambil
tahu tentang kebajikan mereka. Mereka ingin melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti sosial yang dianjurkan oleh keluarga agar mereka berpeluang bergembira
dengan ahli-ahli keluarga.

Daripada hasil kajian ini dapat memahami dan menyelarni isi hati wanita iaitu apabila
mereka tua kelak mereka menyatakan mereka tidak gemar tinggal di rumah atau
institusi warga tua. Justeru, kesedaran harus dipupuk di kalangan generasi muda

71
Rosnah I.mall, H,blble HI. Ibrahim

tentang pentingnya penjagaan warga tua di rumah. Nilai-nilai mumi perlu ditanam
dari awal-awallagi kepada anak-anak agar sikap dan tingkah laku mereka terhadap
orang tua dapat dibentuk berjiwa penyayang dan menghormati orang tua. Wanita
tidak sepatutnya menghantar orang tua ke institusi warga tua kerana semata-mata
tidak tahan dengan karenah mereka yang cerewet, beremosi dan nyanyuk. Dari
segi psikologi, wanita harns memahami perasaan ibu bapa yang telah lanjut usia
dan uzur. Mereka memerlukan hidup bahagia bersama anak cucu dan inginkan
perhatian daripada anak-anak. Walaupun di rumah orang tua mereka mendapat
penjagaan yang sepenuhnya dan dapat berkongsi masalah dengan rakan-rakan
yang seusia dengan mereka. namun warga tua tetap merasa kesunyian kerana
tidak dapat hidup bersama anak cucu. Tambahan pula. warga tua yang telah
bersara daripada perkhidmatan merasa dirinya tersisih dan tidak berguna lagi
kerana segala keistimewaan, pang kat dan kedudukan mereka tidak lagi dapat
dinikmati. DaIam situasi ini, setiap pihak harns memainkan peranan penting dalam
usaha menjaga hati serta mengingati dan membalas kembali jasa dan pengorbanan
mereka selama ini. Dorongan dan seman gat untuk terus hidup dengan gembira
dan riang perlu diberikan kepada warga tua.

RUJUKAN
Abdullah, M. M. (1992). Masalah dan Faktor Orang Tua-tua Melayu Ke Pusat
Penjagaan Orang-orang Tua. Kajian Penyelidikan, FPPSM. UTM. Skudai.

Abdullah, M. M. (1995). Kelonggaran Ikatan Kekeluargaan Punca Pengabaian


Penjagaan Terhadap Orang Tua. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial J995.
Universiti Utara Malaysia.

Bigg, S. (1992). Groupwork and professional attitudes to older age. Gerontology:


Responding to an ageing society. United Kingdom: Jessica Kingsley.

Dahlan. H. M. (1997). Urbanisasi alam kejiwaan sosial danpembangunan. Bangi:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid. F. (198S). Sikap Golongan Muda Terhadap Orang Tua - Satu Kajian di
Kalangan Golongan Remaja dan Awal Dewasa. Latihan IImiah Sarjana
Muda Sastera dengan Kepujian. Jabatan Psikologi, UKM, Bangi.

Halim, S. (1988). Masalah Penyesuaian Orang-orang Tua: Perbandingan di Antara


Dalam dan Luar Institusi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera dengan
Kepujian. Jabatan Psiko\ogi, UKM, Bangi.

Mat, Z. (1982). Sikap Orang-orang Melayu Terhadap Orang Tua: Satu kajian
Kes di Ketfah. ~tihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian.
Jabatan PSlkologl, UKM. Bangi.

72
PeTSepsl Wan/fa Terhadap Penjagaan Warga Tua

Noddings. N. (2001). The Care Tradition: Beyond "Add Women and Stir". Theory
into Practice. 40 (1).29-35).

Rebervy. S. (1987). Ordered to care. Cambridge. UK: Cambridge University Press.

Sommers. T.• & Shields. L. (1987). Women take care. Gainesville. FL:Triad.

Zaini. K & Tengku Aizan. H. (1995). Kualiti Hubungan Antara Anak Dewasa dan
Ibu. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial1995. UUM.

7J

You might also like