Dapatan Kajian BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

7.

1 Yang berikut merupakan ciri laras bahasa sukan yang kurang menitikberatkan tentang
aspek tatabahasa yang ditemui dalam filem Ola Bola :

Bil Contoh Ayat Minit ke


1 Sang Duck menghantar terus depan kotak penalti. 1 : 14 : 24

2 Samad datang membantu. Samad di sebelah kanan. 1 : 14 : 54

3 Ya! Sekarang bola di kaki Ali. 1 : 15 : 23

4 Masih mengawal tempo permainan, sekarang kepada Muthu. 1 : 15 : 38

5 Abu mara ke depan. Berjaya menemui Ali di situ. 1 : 15 : 51

6 Tiada wisel daripada pihak pengadil! 1 : 15 : 57

Jadual 1 : Contoh ayat yang kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.

Berdasarkan jadual di atas, ayat-ayat yang dinyatakan tersebut menjelaskan bahawa ayat yang

digunakan kurang menitikberatkan aspek tatabahasa. Contohnya, ayat 4, ayat ini tidak

mempunyai subjek iaitu (Abu). Hal ini bermakna, ayat tersebut kurang menitikberatkan aspek

tatabahasa. Sama juga halnya dengan contoh-contoh yang lain, ayat- ayat tersebut tidak

lengkap kerana tidak menepati aspek tatabahasa yang telah ditetapkan.


7.2 Yang berikut merupakan ciri laras bahasa sukan yang mementingkan kesan emotif kepada
khalayak yang ditemui dalam filem Ola Bola :

Bil Contoh Ayat Minit ke


1 Satu, dua oh cantik Kwok Keong ! 1 : 13 : 45

2 Oh, berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti. 1 : 13 : 54

3 Perlawanan sekarang berlangsung dengan keadaan yang sangat 1 : 14 : 18


mendebarkan.

4 Terselamat gol pasukan Malaysia. 1 : 14 : 33

5 Oh, cantik tandukkan Eric. 1 : 15 : 01

6 Ali dibentes ! sayang sekali. 1 : 15 : 54

7 Begitu marah sekali penonton di Stadium Merdeka malam ini. 1 : 16 : 00

8 Tandukkan daripada Jin Ho gagal diselamatkan oleh Muthu 1 : 16 : 53

9 Gol, gol,gol,gol,gol…. 1 : 15 : 04

Jadual 2 : Contoh ayat yang mementingkan kesan emotif kepada khalayak.

Berdasarkan jadual di atas, ayat-ayat yang dinyatakan tersebut menjelaskan bahawa ayat yang

digunakan mementingkan kesan emotif kepada khalayak. Contohnya, ayat 7, ayat ini

menjelaskan bahawa penontan di Stadium Merdeka amat marah dengan keputusan pengadil.

Hal ini bermakna, ayat tersebut memberi kesan emotif kepada penonton. Sama juga halnya

dengan contoh-contoh yang lain, ayat- ayat tersebut jelas mengambarkan emosi khalayak

ketika menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.


7.3 Yang berikut merupakan ciri laras bahasa sukan yang menggunakan istilah yang
berkaitan dengan aktiviti sukan yang ditemui dalam filem Ola Bola :

Bil Contoh ayat Minit ke


1. Sepak mula dimulakan oleh Kim Jin Ho kepada kapten Jang Soo. 1 : 13 : 27

2. Jing Ho mengawal bola dan membuat hantaran lambung. 1 : 13 : 32

3. Berjaya ditepis di situ oleh Muthu. 1 : 14 : 31

4. Ali cuba mengelecek ,mengepung di situ. 1 : 14 : 52

5. Tauke sebelah Kim, masih berlegar dalam kawasan kotak penalti. 1 : 15 : 44

6. Seri satu sama. 1 : 17 : 07

7. Itulah dia tiupan wisel menandakan tamat separuh masa pertama. 1 : 18 : 21

Jadual 3: Contoh ayat yang menggunakan istilah yang berkaitan

dengan aktiviti sukan.

Berdasarkan jadual di atas, ayat-ayat yang disenaraikan tersebut menjelaskan bahawa ayat

yang dinyatakan menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan. Contohnya, ayat

2, ayat ini menjelaskan bahawa mengawal bola dan membuat hantaran lambung ialah

penggunaan istilah bahasa sukan . Hal ini bermakna, ayat tersebut memberi kefahaman

kepada penonton. Sama juga halnya dengan contoh-contoh yang lain, ayat- ayat tersebut jelas

penggunaan istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan.


7.4 Yang berikut merupakan ciri laras bahasa sukan yang menggunakan kosa kata biasa tetapi
dengan maksud yang menyegarkan yang ditemui dalam filem Ola Bola :

Bil Contoh Ayat Minit ke


1 Jang Soo mengawal bola dengan cantik

2 Melepas Abu, Yong An hantar silang.

3 Begitu kuat menerjah jaring gawang Malaysia.

4 Mengelak dua gula-gula getah dari Korea Selatan.

5 Ada sinar buat pasukan kita ke sukan Olimpik

6 Ali membuat satu gerakan di situ dengan satu tendangan gaya Bruce
Lee.

Jadual 4 : contoh ayat yang menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang

menyegarkan

Berdasarkan jadual di atas, ayat-ayat yang disenaraikan tersebut menjelaskan bahawa dialog

yang diungkapkan di dalam filem Ola Bola ini hanya menggunakan kosa kata biasa tetapi

mempunyai makna yang dapat menyegarkan penonton. Contohnya ayat 5, ayat ini

menjelaskan bahawa pasukan bola sepak Malaysia mampu ke Sukan Olimpik. Hal ini

bermakna, ayat tersebut hanya menggunakan kosa kata biasa tetapi mempunyai maksud yang

menyegarkan. Sama juga halnya dengan contoh-contoh ayat yang lain, ayat-ayat tersebut

mempunyai kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan.


7.5 Yang berikut merupakan ciri laras bahasa sukan yang menggunakan bahasa ringkas dan
bersahaja yang ditemui dalam filem Ola Bola :

Bil Contoh Ayat Minit ke


1 Ali cuba menjeling gawang di sebelah sana. 1 : 13 : 57

2 Macam mana sudah gol? 1 : 14 : 03

3 Ali hampir gol. 1 : 14 : 05

4 Separuh masa pertama sangat bagus. 1 : 19 : 24

5 Permulaan ini sangat menarik. 1 : 15 : 06

6 Bahaya Abu. Abu cuba membuat gerakan. 1 : 15 : 47

Jadual 5 : Contoh ayat menggunakan bahasa ringkas dan bersahaja

Berdasarkan jadual di atas, ayat-ayat yang disenaraikan tersebut menjelaskan bahawa ayat

yang dinyatakan menggunakan bahasa ringkas dan bersahaja yang ditemui dalam filem Ola

Bola. Contohnya, ayat 2, ayat ini menperlihatkan perbualan di antara penonton bola sepak .

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa perbualan ini hanya menggunakan bahasa yang ringkas

dan bersahaja. Sama juga halnya dengan contoh-contoh yang lain, ayat- ayat tersebut jelas

penggunaan bahasa ringkas dan bersahaja.


8.0 Rumusan

Kesimpulannya, ciri-ciri laras bahasa sukan masih digunakan di dalam filem Ola Bola.
Antara ciri-ciri laras bahasa sukan adalah kurang menitikberatkan aspek tatabahasa,
mementingkan kesan emotif kepada khalayak, menggunakan istilah yang berkaitan dengan
aktiviti sukan, menggunakan kosa kata yang biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan
dan penggunaan bahasa yang ringkas dan bersahaja. Contoh ayat yang bertepatan dengan ciri
laras bahasa sukan yang terdapat dalam filem Ola Bola ialah “Ali dibentes ! sayang sekali”.
Ayat ini memberikan kesan emotif kepada khalayak. Selain itu, ayat yang menggunakan ciri
khusus yang menggunakan istilah sukan pula ialah “Tauke sebelah Kim, masih berlegar
dalam kawasan kotak penalti”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan laras bahasa
sukan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya hanya digunakan secara
khusus dalam bidang yang berkaitan dengan sukan sahaja. Ciri-ciri yang terdapat dalam laras
sukan ini juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sama ada dalam filem, kewartawanan dan
juga artikel. Hasil analisis daripada filem Ola Bola, dapat dirumuskan bahawa filem tersebut
telah aplikasikan ciri-ciri laras sukan dengan meluas dan baik. Oleh itu, masyarakat akan
lebih menggemari bidang sukan pada masa akan datang.

9.0 Penutup

Kajian ini telah memaparkan ciri-ciri laras bahasa sukan dalam filem Ola Bola. Ciri-ciri yang
terdapat dalam filem Ola Bola adalah kurang menitikberatkan aspek tatabahasa,
mementingkan kesan emotif kepada khalayak, menggunakan istilah yang berkaitan dengan
aktiviti sukan, menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan dan
menggunakan bahasa yang ringkas dan bersahaja. Pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri laras
bahasa sukan amat penting untuk kita ketahui dalam meningkatkan lagi pengetahuan ciri-ciri
laras bahasa sukan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak dan rujukan untuk pengkaji lain untuk
melaksanakan kajian terhadap aspek penting lain yang terdapat dalam laras bahasa sukan.

You might also like