Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IPG KAMPUS ILMU KHAS

JALAN YAACOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK,


56000 KUALA LUMPUR

PERLAKSANAAN
PROGRAM INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT SOKONGAN

PENGENALAN
Program Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan ini merupakan salah satu daripada keperluan
kursus Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas (PKUK
3013) bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) – Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan, Tahun 3 Semester 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).
Kursus ini memerlukan siswa guru menjalankan aktiviti intervensi awal dan khidmat sokongan
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas seperti terapi seni, motor halus, pengurusan diri, terapi
muzik dan motor kasar. Siswa guru yang terlibat dalam program ini adalah seramai 15 orang dan
sebanyak dua pusat intervensi awal telah dikenalpasti. Program ini akan dijalankan selama tiga hari
iaitu pada 11 Mac 2019, 18 Mac 2019 dan 1 April 2019.

MATLAMAT

Program ini diharap membantu siswa guru menimba pengalaman melaksanakan program intervensi
awal dan khidmat sokongan serta memahami peranan pusat intervensi awal yang memberi khidmat
sokongan. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pengetahuan tentang program intervensi
awal dan khidmat sokongan yang ditawarkan di pusat tersebut agar maklumat tersebut dapat
disalurkan kepada masyarakat.

OBJEKTIF

 Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan pusat intervensi awal tersebut dalam
pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas.
 Melaksanakan program intervensi awal dan khidmat sokongan dengan beretika secara
berkumpulan.
BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 11 Mac 2019 (Isnin)

18 Mac 2019 (Isnin)

1 April 2019 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari

Tempat :- Kompleks MAB (Malaysian Association for The Blind)

- PDK Putrajaya

JADUAL PELAKSANAAN

Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan memberi intervensi awal bagi menangani masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Siswa guru akan berada di pusat intervensi awal
berkenaan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

TENTATIF PROGRAM

HARI / TARIKH AKTIVITI


11 Mac 2019  Sesi Suai Kenal
 Terapi Seni – Aktiviti motor halus – Kolaj gambaran tembikar
 Terapi Muzik – Menyanyi lagu Bangun Pagi diiringi dengan
alat muzik.
 Mengenal pakaian
18 Mac 2019  Aktiviti motor halus – percantuman kepingan puzzle (gambar-
gambar tembikar)
 Terapi Seni – Kolaj berdasarkan lagu Bangun Pagi
 Pengurusan Diri : Memakai dan menanggalkan pakaian
1 April 2019  Aktiviti motor halus – penghasilan arca menggunakan tanah
liat bukan toksik.
 Demonstrasi – Gallery Walk berdasarkan lagu Bangun Pagi
 Aktiviti Motor Kasar - Melipat pakaian
 Penutup

PENUTUP
Perlaksanaan program ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada siswa
guru mengenai intervensi awal dan khidmat sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………….. …………………………………………..

(NURULLIYANA LOW BINTI SAHARI) (DR. ALIJAH BINTI UJANG)

Siswa guru, Ketua Jabatan,

IPG Kampus Ilmu Khas, Jabatan Pendidikan Khas,

Kuala Lumpur. IPG Kampus Ilmu Khas,

Kuala Lumpur.

You might also like