Laporan PDK Ainaa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DI PUSAT DALAM

KOMUNITI PRESINT 14

1.0 Pengenalan

1.1 Sejarah Pusat Dalam Komuniti (PDK)

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation"


(CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi
peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Terdapat banyak cawangan
PDK yang telah dibuka di serata negara seperti PDK Permata, PDK Petaling, PDK
Titiwangsa dan banyak lagi.

PDK Titiwangsa merupakan salah sebuah cawangan PDK yang telah ditubuhkan di
bawah seliaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) terletak di no 22 jalan pria 6 taman maluri
55100 kuala lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. Menurut Raihanah Abdullah (2017) dalam
artikel Mstar Online, pada September lalu, PDK Titiwangsa, yang mula beroperasi sejak
2006 dinobatkan sebagai PDK Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan. Ketika ini, ada 12
PDK di Wilayah Persekutuan. Seramai 42 orang yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak
perempuan 22 orang lelaki dengan tenaga pengajar seramai 8 orang. Kanak-kanak yang
didaftarkan di PDK Titiwangsa terdiri daripada murid yang mengalami masalah
pembelajaran. Menurut Faizah Mohd. Tahir (2009), kategori masalah pembelajaran ialah
Slow Learner, Sindrom Down, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Defisit
Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia,
dysgraphia) dan lewat perkembangan.

1.2 Latihan yg disediakan di PDK

Terdapat beberapa perkhidmatan latihan yang telah disediakan di PDK bagi


memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas, antaranya ialah:

 Kemahiran motor kasar.


 Kemahiran motor halus.
 Perkembangan sosial.
 Perkembangan bahasa.
 Pengurusan diri sendiri.
 Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
 Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
 Latihan Vokasional.
 Terapi muzik.
 Sukan dan rekreasi.

2.0 Perlaksanaan Program Intervensi

Berdasarkan tugasan 2 bagi kursus Intervensi Awal Berkeperluan Khas (PKUK 3103)
kali ini, kumpulan kami telah dikehendaki untuk melakukan satu program intervensi awal
kanak-kanak di PDK yang dipilih. Oleh itu, kami telah memilih PDK Titiwangsa sebagai
agensi untuk menjalankan program yang telah dirangka. Menurut Kail (2001), intervensi
awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat
nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan
atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak manakala Fatimah Bivi (2002), menyatakan
intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan
bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. Hal ini jelas membuktikan
program intervensi awal adalah sangat penting untuk diberikan kepada kanak-kanak sejak
awal. Oleh hal demikian, kami telah mencadangkan untuk melakukan intervensi yang
melibatkan motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor halus merupakan aktiviti yang
melibatkan penggunaan otot yang kecil (Krapp & Wilson, 2005).

2.1 Fasa Pra Perlaksanaan

Sebelum menjalankan program intervensi, kami telah menghubungi agensi yang telah
dipilih iaitu pihak PDK Titiwangsa bagi mendapatkan kebenaran. Puan Suhana Alam yang
merupakan pengurus PDK Titiwangsa meminta kami untuk menghantar surat permohonan
secara atas talian kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beserta kertas
cadangan aktiviti yang akan dijalankan. Setelah mendapat maklum balas daripada pihak
JKM, kami telah berbincang dengan Puan Suhana Alam bagi menetapkan tarikh bagi
kunjungan ketiga-tiga sesi. Tarikh yang telah dipilih adalah mengikut ketetapan berikut:

 Sesi 1:19 Mac 2020 (Khamis)


 Sesi 2:26 Mac 2020 (Khamis)
 Sesi 3:02 April 2020 (Khamis)
2.2 Fasa Perlaksanaan

Minggu 1

Sesi pertama bagi program ini dilakukan pada 19 Mac 2020. Aktiviti yang kami
cadangkan pada sesi pertama adalah ice breaking dan aktiviti yang melibatkan kemahiran
motor kasar Aktiviti Ice Breaking dijalankan adalah sebagai proses untuk berkenalan dengan
kanak-kanak yang berada di pusat tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah
yang dihadapi oleh kanak-kanak di situ. Hal ini akan memudahkan kami untuk merancang
aktiviti intervensi awal yang bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan kanak-kanak. Aktiviti
yang dijalankan semasa sesi ice breaking dimulakan dengan sesi pengenalan diri. Setiap
siswa guru iaitu seramai 6 orang turut dikehendaki untuk memperkenalkan nama mereka
dan diikuti oleh sesi memperkenalkan nama oleh kanak-kanak dan juga tenaga pengajar di
pusat tersebut. Melalui aktiviti ini penglibatan kanak-kanak untuk berkomunikasi sangat
diperlukan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial yang dilihat
penting dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Abdullah dan Ainon (2000), kemahiran
komunikasi berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas
sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan yang menyusuli.

Selepas sesi pengenalan diri dilakukan, satu aktiviti tambahan telah dilakukan bagi
membina hubungan yang baik antara kami dan juga pelatih di PDK Putrajaya. Aktivitinya
tersebut merupakan aktiviti senaman ringan yang memerlukan pelatih melakukan beberapa
pergerakan ringan yang diketuai oleh siswa guru mengikut iringan muzik.

Aktiviti yang kedua adalah aktiviti yang bertujuan untuk membuat intervensi awal
terhadap kemahiran motor halus pelatih. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran
yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari
tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, motor halus juga melibatkan koordinasi
pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya
dengan mata. Aktiviti yang dijalankan oleh kami adalah aktiviti mengelaskan jenis-jenis
haiwan dengan menggunakan kaedah menampal. Sebelum aktiviti ini dijalankan, kami telah
memperkenalkan kepada kanak-kanak beberapa jenis haiwan dan cara membunyikan
haiwan tersebut. Seterusnya, kanak-kanak disediakan satu papan yang mengandungi empat
kotak yang mewakili empat jenis haiwan iaitu ayam, itik, lembu dan kucing. Kanak-kanak
diminta untuk memasukkan batang yang mempunyai gambar haiwan-haiwan tersebut ke
dalam kotak yang betul. Aspek kemahiran motor halus ini dapat dilihat dalam aktiviti ini
apabila kanak-kanak diminta untuk memasukkan batang yang disediakan ke dalam kotak
haiwan dan aktiviti ini telah melibatkan pergerakan pada otot tangan kanak-kanak.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kami melihat kanak-kanak ini mampu untuk
menyiapkan tugasan ini dengan betul dan tahap
perkembangan kemahiran motor halus murid dalam
keadaan yang baik.

Minggu 2

Pada sesi kedua yang bertarikh 18 Mac


2019, kami telah menjalankan aktiviti
intervensi yang lebih memfokuskan kepada kemahiran motor halus. Kami teah memilih
pelatih dari kelas pra-sekolah bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Akitiviti-aktiviti
yang dilakukan pada sesi ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti yang dilakukan
pada sesi pertama. Terdapat tiga aktiviti yang telah kami jalankan pada sesi ini, antaranya
ialah aktiviti mengenal warna, membina menara dengan menggunakan cawan kertas dan
aktiviti melukis tapak tangan. Dalam aktiviti pertama iaitu aktiviti mengenal warna, sebelum
aktiviti pertama dijalankan kami terlebih dahulu memperkenalkan beberapa jenis warna
kepada kanak-kanak. Kemudian, kanak-kanak disediakan kad yang mengandungi beberapa
jenis warna dan kanak-kanak dibekalkan beberapa helaian kertas yang berlainan warna.
Seterusnya, kanak-kanak diminta untuk menampal helaian kertas berwarna pada kad yang
mempunyai warna yang sama mengikut helaian kertas berwarna yang dipilih. Tujuan aktiviti
ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti menampal
di samping dapat memberi pendedahan kepada pelatih berkeperluan khas mengenai jenis-
jenis warna. Objektif ini tercapai apabila murid dapat membuat pengecaman dan menampal
helaian kertas berwarna mengikut warna yang betul.

Aktiviti yang kedua ialah aktiviti membina menara menggunakan cawan kertas.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih koordinasi motor halus pelatih dan
merangsang mereka untuk berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti ini
dimulakan dengan demostrasi daripada wakil siswa guru. Pelatih dibekalkan dengan 10 biji
cawan kertas bersaiz kecil. Mereka dikehendaki untuk membina menara secara
berperingkat seperti gambar di bawah:
Gambar 1: Aktiviti menyusun cawan.

Aktiviti yang terakhir yang telah dijalankan pada sesi ini ialah aktiviti melukis tapak
tangan. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran motor
halus kanak-kanak melalui aktiviti melukis yang memerlukan mereka untuk mengerakkan
otot-otot tangan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak dibekalkan dengan sehelai kertas dan
sebatang pensel. Mereka diminta untuk melukis tapak tangan sendiri pada kertas yang
disediakan dengan bimbingan siswa guru serta guru di PDK. Kanak-kanak yang berjaya
melukis tapak tangan akan diberikan ganjaran dalam bentuk pelekat bintang. Melalui
peneguhan yang diberikan ini bukan sahaja bertujuan untuk menimbulkan motivasi kepada
pelatih untuk menyiapkan tugasan yang diberi malah untuk menimbulkan keseronokan
dalam diri mereka. Contoh aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Gambar 2: Aktiviti melukis tapak


tangan

Minggu 3

Pada sesi ketiga iaitu pada 1 April 2019, kami telah melaksanakan aktiviti mengenal
bentuk. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat perkembangan motor halus kanak-kanak selepas
melakukan aktiviti motor halus pada minggu yang terdahulu. Namun, aktiviti ini turut
melibatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak yang memerlukan mereka untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu dengan melompat. Kami telah memilih semua
pelatih sebagai peserta program intervensi yang dijalankan. Selain itu, kami turut
menyediakan dua aktiviti yang berbeza bagi kategori pelatih yang mempunyai masalah
fizikal dan pelatih yang tidak mempunyai masalah fizikal. Namun begitu, kedua-dua aktiviti
ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu mengenal bentuk.

Aktiviti ini untuk mendedahkan murid untuk mempunyai pengetahuan tentang bentuk-
bentuk yang ada seperti bulat, segi tiga dan segi empat tepat. Satu papan yang
mengandungi rajah bagi bentuk bulat, segi tiga dan segi empat sama telah disediakan.
Setiap pelatih diedarkan dengan satu bentuk yang telah dipilih mengikut minat dan keininan
mereka. bagi menaikkan semangat dan menarik perhatian pelatih bagi melbatkan diri secara
aktif dalam aktiviti ini, kami telah membina tersebut menggunakan ‘foam paper’ yang terdiri
daripada pelbagai warna yang menarik. Setelah setiap pelatih mendapat satu bentuk, pelatih
diminta beratur mengikut giliran masing-masing.

Aktiviti ini dimulakan dengan aktiviti melompat di mana pelatih dikehendaki melompat
dari satu gelung rotan ke gelung rotan yang seterusnya sehingga tiba di papan rajah bagi
bentuk-bentuk tersebut ditempatkan. Namun begitu, aktiviti fizikal ini diberi kelonggaran
mengikut tahap masalah fizikal yang dialami oleh pelatih. Setelah berjaya menempuhi
gelung rotan tersebut, pelatih dikehendaki merangkak ke dalam gelung rotan yang terakhir
dan menampal bentuk yang dipilih tadi ke bahagian yang betul. Semasa pelatih mejalankan
aktiviti, pelatih-pelatih yang lain dikehendaki membuat sorakan. Hal ini bertujuan bagi
melibatkan setiap pelatih serta menaikkan semangat pelatih yang sedang menjalankan
aktiviti.

Aktiviti yang disediakan bagi pelatih yang mempunyai masalah fizikal yang teruk turut
disediakan iaitu aktiviti menampal mengikut bentuk. Sekeping kad yang mengandungi
beberapa jenis bentuk telah diedarkan kepada pelatih. Pelatih dikehendaki menampal ‘foam
paper’ berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat sama mengikut gambar yang terdapat pada
kad tersebut dengan bimbingan siswa guru. Pelatih akan diberikan peneguhan berbentuk
‘sticker bintang’ sekiranya dapat menyiapkannya dengan betul. Menurut Mok (2011),
peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku manakala peneguhan negatif pula ialah stimuli yang
dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan meningkatkan tingkah laku positif supaya
tingkah laku positif dapat diteruskan.

3.0 Penutup
Program intervensi seperti ini wajar dijalankan terutama dalam kalangan siswa guru. hal
ini kerana, ianya dapat memberikan pendedahan awal terhadap siswa guru tetang keadaan
serta masalah murid yang akan didepan setelah bergelar guru kelak. Selain itu, melalui
program luar seperti ini siswa guru berpeluang mendekati komuniti berkeperluan khas ini
dengan lebih baik. Di samping itu, siswa guru juga mendapat pengalaman sebenar tentang
bagaimana perancangan sesuatu program intervensi itu dijalankan. Tambahan pula,
program seperti ini juga dapat memberi pengalaman baru kepada siswa guru bagi
mengawal bilik darjah dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid dengan lebih baik.
dengan ini jelaslah bahawa, program intervensi seperti ini wajar dijalankan lagi di masa
hadapan bagi mempersiapkan siswa guru sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.
4.0 Rujukan

Abdullah, H. & Ainon, M. (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS Publication &

Distributor Sdn Bhd

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2013). Sejarah Penubuhan Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti (PDK)

Kail, R.V. (2001). Children and their development (2nd ed.). New Jersey: Prantice-Hall

Krapp, K & Wilson, J. (2005). Fine Motor Skills. Encyclopedia of Children's Health. Ed.Vol. 2

Mok Soon Sang. (2011). Psikologi pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like