Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MTES3132 PENDIDIKAN INKLUSIF

TUTORIAL 3 (MINGGU 4)

Secara individu, bincangkan peranan/bagaimana masyarakat dan personel dari


pelbagai disiplin dalam membantu kejayaan pendidikan inklusif di sekolah.

Perbincangan anda boleh merangkumi personel dari disiplin pakar perubatan, pakar
terapi bahasa, pakar terapi fizikal, kaunselor, kakitangan sosial, juru pulih kerja.

1) Masyarakat

a) Rangkaian kerjasama antara pelbagai pihak seperti badan kerajaan, badan bukan
kerajaan dan sebagainya boleh menjayakan penyertaan kanak-kanaka dalam sistem
pendidikan dan juga boleh sentiasa memantau kehadirannya ke sekolah kerana
mereka dapat mengenalpasti kehadiran kanak-kanak berkeperluan khas di luar
sekolah. Selain itu, rangkaian tersebut juga berusahan mengadakan kempen untuk
meningkatkan kesedaran ahli masyarakat terhadap murid berkeperluan khas (MBK).

b) Pertubuhan yang diwujudkan mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dan
boleh dikongsikan dengan pihak sekolah untuk menganjurkan kursus latihan,
memupuk kesedaran untuk pentadbir-pentadbir sekolah dan bertindak sebagai
penasihat tetap bagi kementerian yang berkaitan.

c) Program pemulihan dalam komuniti yang melibatkan pelbagai pihak boleh


menyediakan satu strategi yang efektif untuk menyokong penyertaan penuh orang
kurang upaya dalam setiap aspek kehidupan masyarakat.
d) Sokongan padu daripada ibu bapa bagi kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
berkeperluan khas juga amat signifikan kerana penglibatan mereka telah
mengukuuhkan struktur dan amalan sekolah ke arah mewujudkan budaya sekolah
yang inklusif. Dengan inisiatif mereka untuk melibatkan diri dalam program
pendidikan inklusif di sekolah, amalan kolaboratif antara pihak sekolah dan
masyarakat setempat dapat dipupuk bagi mewujudkan budaya sekolah yang
menyokong persekitaran pembelajaran yang inklusif.

e) Sikap guru dan tanggapan positif terhadap setiap murid termasuk murid
berkeperluan khas juga tidak boleh diabaikan. Guru yang bersikap positif dapat
memenuhi keperluan pembelajaran MBK di dalam kelas biasa dari aspek fokus
terhadap kekuatan dan keperluan individu serta potensi dan juga mewujudkan satu
situasi persediaan murid biasa untuk menyesuaikan diri dengan MBK dalam kelas
tersebut.

2) Personel

a) Pakar perkhidmatan bahasa dan pertuturan

Personel yang mengkaji pertuturan dan perkembangan bahasa murid, seterusnya


bekerjasama dengan ibu bapa dan guru untuk menyediakan intervensi yang paling
sesuai untuk murid tersebut.

b) Pakar audiologi

Ujian yang dijalankan oleh pakar tersebut dapat memberikan maklumat berkaitan
dengan kerosakan dan tahap pendengaran murid, selain memberikan diagnosis
tentang alat-alat pendengaran yang paling sesuai untuk murid tersebut kepada ibu
bapa.
c) Kaunselor

Mereka dapat membantu murid-murid berkeperluan khas mengatasi rasa rendah diri
dan terpinggir. Mereka juga membincang dengan ibu bapa tentang perkara-perkara
istimewa MBK.

d) Guru pendidikan khas

Mereka akan mengkongsikan maklumat dengan guru biasa dan juga akan
bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif. Maklumat
yang dikongsikan seperti minat, potensi dab kebolehan murid berkeperluan khas dan
murid normal sangat diperlukan untuk menjamin kualiti perancangan dan
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas inklusif.

You might also like