Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang


selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk
meneroka bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan
ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan
perniagaan dan kini saya telah mampu membezakan antara peniaga dan usahawan.
Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran melalui
kaedah membaca modul, forum, menonton video dan menjawab soalan. Kaedah
kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan pembelajaran di OUM
secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

            Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa
mengikuti kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artikel
berkaitan keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya juga
semakin selesa mengikuti forum, tugasan, soalan, kuiz di laman sesawang
myINSPIRE kerana telah hampir setahun menggunakannya. Saya, pelajar lain dan
tutor dapat berhubung dan berbincang walaupun tidak bersua muka. Kursus usahawan
ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan terus mendalami ilmu
keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang mendalam. Saya
telah membantu seorang rakan untuk menyediakan rancangan perniagaan kerana
beliau tidak mengetahui format untuk menyediakannya. Saya akan gunakan ilmu yang
ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus


ini?

Saya mencadangkan agar pihak OUM berkerjasama dengan SSM, MARA,


Kerajaan dan yang berkaitan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar
berkiatan keusahawanan melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang
ditawarkan khas kepada usahawan. Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu
kerja kursus untuk pelajar-pelajar membuat perancangan perniagaan dan tugasan
mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM sebagai salah satu cara penilaian kursus ini
agar pelajar-pelajar merasai pengalaman sebenar sebagai peniaga seterusnya
usahawan pada peringkat awal lagi.

You might also like