Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BIOGRAFI SHEIKH ABDULLAH BASMEIH

Nama penuh beliau ialah Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih. Bapa beliau bernama

Sheikh Muhammad Basmeih bin Salleh. Sheikh Abdullah Basmeih bukanlah berketurunan

Melayu, beliau berasal dari Arab jika menurut jalur bapa dan ibunya. Bapanya, Sheikh

Muhammad Basmeih bin Salleh berasal dari Hadramawt dan ibunya, Aisyah binti Abdullah

berasal dari Arab Saudi. Beliau dilahirkan pada tarikh 29 Disember 1913, namun ada juga

pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 1915 berdasarkan umurnya sewaktu

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 iaitu 12 tahun. Beliau dilahirkan di Ma’abdah,

kawasan berhampiran Mekah. Basmeih merupakan satu gelaran yang diberikan kepada

golongan pedagang yang berasal dari Hadramawt, Yaman.

Sheikh Abdullah Basmeih sempat dibesarkan di Mekah sebelum berhijrah ke Tanah Melayu

bersama bapanya. Ibunya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur kurang dari

dua tahun. Oleh kerana itu, beliau dibesarkan oleh ibu saudaranya yang bernama Khadijah

Hammad. Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa

iaitu Sheikh Said dan Sheikh Salim. Mereka berdua merupakan saudaranya hasil perkongsian

hidup Sheikh Muhammad Basmeih dengan seorang wanita Melayu yang bernama Yang Chik

binti Haji Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, Melaka.

Bapanya berkahwin semasa berulang-alik ke Tanah Melayu bagi menguruskan jemaah haji di

Malaysia.

Selepas bapanya meninggal dunia, Sheikh Abdullah Basmeih menggalas tanggungjawab

mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tirinya walaupun ketika itu beliau masih

bersekolah. Beliau pernah menjual nasi lemak, menorah getah, bersawah dan menjual buah-

buahan serta ikan. Beliau juga pernah bekerja sebagai buruh di Pahang, pembantu tukang

masak dan penjual kain serta rojak.


Sheikh Abdullah Basmeih mendirikan rumah tangga pada tahun 1939 bersama Hajah Hawa

Puteh. Umur beliau ketika itu lebih kurang 26 tahun manakala isterinya pula berusia 16

tahun. Hajah Hawa Puteh merupakan anak kepada Haji Ali Mohd Tahir, seorang ahli

perniagaan di Geylang Road, Singapura. Sheikh Abdullah Basmeih berhijrah ke Singapura

kerana beliau berasa kurang selesa bekerja di Melaka. Haji Ali telah banyak membantu dan

dan membimbing beliau. Kesungguhan dan kerajinan yang ditonjolkan oleh Sheikh Abdullah

Basmeih mendorong Haji Ali untuk mengahwinkan puterinya, Hajah Hawa Puteh dengan

Sheikh Abdullah Basmeih. Hasil perkahwinan itu, mereka berdua dikurniakan seramai 23

orang anak namun hanya 14 orang sahaja yang berpeluang hidup (6 orang anak lelaki dan 8

orang anak perempuan). Pada tanggal 19 Julai 1987, isterinya, Hajah Hawa Puteh telah

kembali ke rahmatullah ketika berusia 49 tahun. Kemudian, beliau berkahwin dengan Hajah

Rahmah binti Abu Taib pada tarikh 8 Februari 1988. Perkahwinan ini diterima baik oleh

semua anaknya, kerana mereke mengatakan Hajah Rahmah merupakan pengganti yang

terbaik buat ibu mereka.

Rujukan :

Iskandar, A. (2019, 29 Julai 2019). "Sheikh Abdullah Basmeih - Tokoh Penterjemah Al-Quran ke dalam Bahasa
Melayu." Retrieved 28 Mei 2020, 2020, from https://www.thepatriots.asia/sheikh-abdullah-basmeih-tokoh-
penterjemah-al-quran-ke-dalam-bahasa-melayu/.

Abdullah, M. F. R. (2011). Syeikh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih: Kajian Terhadap
Mastika Hadis. HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak, 1, 67-88.

You might also like