Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih soalan 1, 2 atau soalan 3

2. Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.

3.Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

4. Memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai

5. Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

 Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?
 Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:

CONTOH 1:

Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

CONTOH 2:

Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah.

KOMEN: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.

Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

TIPS: Adalah lebih baik jika menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan
itu.

Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar

Gambar yang diberikan adalah sebagai bahan rangsangan sahaja. Isi tidak semestinya berdasarkan
gambar yang diberikan

You might also like