Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

BCL-KKPP 2019

2.0 - PERAKAUNAN UNTUK KELAB DAN PERSATUAN

Butir-butir berikut adalah berhubung dengan Kelab Rekreasi Banang, Batu Pahat:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan 1 300 2 070
Inventori minuman 225 170
Akaun Belum Bayar minuman 170 130
Akaun Belum Terima minuman 110 170
Yuran belum terima 140 60
Yuran belum terperoleh 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar 50 -
Inventori Alat tulis - 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Akaun Belum Terima minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130
Alat tulis 90
Baki h/b ?

(c) Maklumat Tambahan:


i. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
ii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil.
iii. Sebanyak RM40 daripada yuran belum terima 2017 dihapuskan sebagai yuran lapuk.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2018.
(b) Akaun Yuran.
(c) Akaun Kawalan Belum Terima dan Akaun Kawalan Belum Bayar.
(d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
(e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
(f) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018.

8
BCL-KKPP 2019

PENYELESAIAN:

(a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2018.

Untuk kelab dan persatuan, ekuiti pemilik dikenali sebagai dana terkumpul. Jadi untuk
soalan (a), sebenarnya pelajar perlu mengira ekuiti pemilik (dana terkumpul) pada awal
tempoh perakaunan iaitu pada 1 Januari 2018. Rumus untuk mengira Dana Terkumpul
ialah:

Dana Terkumpul (Ekuiti Pemilik) = Aset – Liabiliti

Pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk mengira dana terkumpul
awal. Maklumat tersebut ialah item aset dan liabiliti pada 1 Januari 2018. Rujuk kepada
petikan soalan, bahagian yang perlu telah diwarnakan biru seperti di bawah. Pelajar perlu
mahir mengkelaskan item-item aset dan liabiliti dengan tepat.

Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:


Awal Akhir
1 Januari 2018 31 Disember 2018
RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti 50 -
Inventori Alat tulis - 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b – aset (baki awal bank) 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660

Pelajar perlu menyusun jawapan seperti di halaman berikutnya, iaitu menyusun item-item
aset terlebih dahulu untuk ditolak dengan item-item liabiliti pada 1 Januari 2018 (rujuk
rumus di atas).

Walaupun soalan mungkin tidak meminta jawapan Dana Terkumpul Awal, murid tetap
perlu mengira Dana Terkumpul Awal untuk dimasukkan ke dalam Penyata Kedudukan
Kewangan.

9
BCL-KKPP 2019

Jawapan (a)

Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2018 RM RM


Aset
Alatan Sukan 1300
Inventori Minuman 225
Akaun Belum Terima Minuman 110
Yuran Belum Terima 140
Bank 560
2 335
Tolak : Liabiliti
Akaun Belum Bayar Minuman 170
Yuran belum terperoleh 80
Akhbar dan majalah belum bayar 50
300
Dana Terkumpul pada 1 Januari 2018 2 035

(b) Akaun Yuran.

Penyediaan Akaun Yuran adalah kemahiran yang mesti dikuasai oleh pelajar. Tujuan
penyediaan Akaun Yuran adalah untuk mengira yuran sebenar yang akan dipindahkan ke
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Akaun Yuran adalah hanya merekod yuran ahli.
Yuran sebenar iaitu butiran Pendapatan dan Perbelanjaan kebiasaannya adalah angka
pengimbang seperti format Akaun Yuran di bawah:

Format Akaun Yuran:

A + B = L + E + H

Akaun Yuran
Yuran belum terima (awal) xx Yuran belum terperoleh (awal) xx

Biasanya
Pendapatan & Perbelanjaan xx* Bank xx
Angka
pengimbang

Yuran Lapuk xx

Yuran belum terperoleh (akhir) xx Yuran belum terima (akhir) xx


xxx xxx

Memahami Akaun Yuran:

1. Yuran belum terima adalah aset. Baki yuran belum terima pada awal tahun
dimasukkan ke Akaun Yuran di sebelah debit (rujuk persamaan perakaunan yang
disertakan). Cara mudah untuk memasukkan baki yuran belum terima pada akhir tahun
ialah dengan menyilangkan ke sebelah kredit (lihat anak panah).
2. Yuran belum terperoleh adalah liabiliti. Baki yuran belum terperoleh pada awal tahun
dimasukkan ke Akaun Yuran di sebelah kredit (rujuk persamaan perakaunan yang
disertakan). Cara mudah untuk memasukkan baki yuran belum terperoleh pada akhir
tahun ialah dengan menyilangkan ke sebelah debit (lihat anak panah).

10
BCL-KKPP 2019

3. Butiran Bank adalah hasil. Jadi, ia dimasukkan ke sebelah kredit Akaun Yuran.
4. Butiran Yuran Lapuk adalah yuran belum terima pada awal tahun yang dihapuskira. Ia
adalah bergu daripada Akaun Yuran Lapuk (Dt. Yuran Lapuk, Kt. Yuran)
5. Butiran Pendapatan & Perbelanjaan adalah angka pengimbang. Angka ini diperolehi
dengan menjumlahkan sebelah kredit dan ditolak dengan jumlah sebelah debit dalam
Akaun Yuran.

Jadi sekarang pelajar perlu mengenalpasti butiran yang diperlukan untuk menyediakan
Akaun Yuran. Rujuk petikan soalan di bawah, butiran itu telah diwarnakan hijau:

Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti 50 -
Inventori Alat tulis - 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670

(c) Maklumat Tambahan:


iii. Sebanyak RM40 daripada yuran belum terima 2017 dihapuskan sebagai yuran lapuk.

Jawapan (b)

Akaun Yuran
Yuran belum terima 140 Yuran belum terperoleh 80 1. Buka format lejar.
2. Masukkan baki awal:
Pendapatan & 5 360 Bank 5 440 Aset – Dt, Liabiliti – Kt
Perbelanjaan* 3. Silangkan baki akhir.
Yuran lapuk 40 4. Bergukan Yuran ahli
dari Buku Tunai.
5. Masukkan yuran lapuk.
Yuran belum terperoleh 120 Yuran belum terima 60
6. Imbangkan lejar (butir
5 620 5 620 AUR / PP).

*Angka pengimbang iaitu amaun yuran RM5 360 akan dipindahkan ke Akaun / Penyata
Pendapatan & Perbelanjaan sebagai butiran pendapatan, bukannya Yuran ahli RM5 440.

11
BCL-KKPP 2019

(c) Akaun Kawalan Belum Terima dan Akaun Kawalan Belum Bayar

Nota:

Akaun Kawalan Belum Terima (ABT) disediakan untuk mengira jualan kredit. Pelajar perlu
memasukkan baki awal dan baki akhir Akaun Kawalan Belum Terima beserta butiran lain
yang memberi kesan kepada penghutang.

Format Akaun Kawalan Belum Terima:

A + B = L + E + H

Akaun Kawalan Belum Terima


Baki awal ABT → Baki b/b xx Butiran yang xx Contoh:
Pulangan jualan
mengurangkan Diskaun diberi
Jualan kredit → Jualan* xx ABT
(*angka pengimbang)
Butiran yang xx
menambahkan
ABT Baki h/b xx  Baki akhir ABT
xxx xxx

Setelah mendapatkan jualan kredit, pelajar perlu mengira jumlah jualan seperti di bawah:

Jumlah jualan = Jualan Kredit + Jualan Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)

Akaun Kawalan Belum Bayar (ABB) disediakan untuk mengira belian kredit. Pelajar perlu
memasukkan baki awal dan baki akhir Akaun Kawalan Belum Bayar beserta butiran lain
yang memberi kesan kepada pemiutang.

Format Akaun Kawalan Belum Bayar:

A + B = L + E + H

Akaun Kawalan Belum Bayar


Contoh: Butiran yang xx Baki b/b xx  Baki awal ABB
Pulangan belian
Diskaun diterima mengurangkan
ABB Belian* xx  Belian kredit
(*angka pengimbang)
Butiran yang
menambahkan xx
Baki akhir ABB → Baki h/b xx ABB
xxx xxx

Setelah mendapatkan belian kredit, pelajar perlu mengira jumlah belian seperti di bawah:

Jumlah belian = Belian Kredit + Belian Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)

12
BCL-KKPP 2019

Untuk menyediakan Akaun Kawalan, pelajar perlu mengetahui sumber maklumat yang
diperlukan di dalam soalan. Rujuk petikan soalan di bawah, butiran yang diperlukan telah
diwarnakan.

Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti 50 -
Inventori Alat tulis - 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Akaun Belum Terima minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250

*Butiran Akaun Kawalan Belum Terima berwarna biru dan Akaun Kawalan Belum Bayar berwarna ungu.

Jawapan (c)
Akaun Kawalan Belum Terima
Baki b/b 110 Bank 980
1. Buka format lejar.
2. Masukkan baki awal:
Angka Pengimbang Aset – Dt, Liabiliti – Kt
Jualan* 1 040
980 + 170 - 110 3. Silangkan baki akhir.
Baki h/b 170
1 150 1 150 4. Bergukan ABT / ABB
dari Buku Tunai.
Baki b/b 170
5. Masukkan pulangan /
diskaun jika ada.
6. Imbangkan lejar (butir
Akaun Kawalan Belum Bayar Jualan / Belian).
Bank 1 120 Baki b/b 170
Untuk baki akhir,
buat sehingga Angka Pengimbang
Belian* 1 080 1 120 + 130 - 170
Baki b/b.
Baki h/b 130
1 250 1 250
Baki b/b 130

13
BCL-KKPP 2019

(d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

Bagi kelab yang menjalankan perniagaan, pelajar perlu menyediakan Akaun/Penyata


Perdagangan untuk mengira untung atau rugi perniagaan tersebut. Contoh-contoh biasa
istilah perniagaan yang disoal dalam tajuk Kelab & Persatuan antaranya ialah Perdagangan
Minuman, Perdagangan Restoran dan Perdagangan Kantin. Butiran yang perlu dimasukkan
ke dalam Akaun Perdagangan ini hanyalah yang berkaitan dengan perniagaan itu sahaja.
Selain daripada jualan dan belian, cara untuk mengenalpasti item lain Akaun Perdagangan
ini ialah melalui penggunaan perkataan yang sama dengan Akaun Perdagangan itu,
contohnya jika Akaun Perdagangan Kantin, butiran yang berkenaan mungkin Upah kantin
dan Air dan elektrik kantin (perhatikan penggunaan perkataan kantin).

Sebelum itu, pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk menyediakan
Akaun Perdagangan Minuman ini. Rujuk petikan soalan di bawah:

Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti 50 -
Inventori Alat tulis - 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Akaun Belum Terima minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130

#
Butiran yang diperlukan telah diwarnakan kuning.

14
BCL-KKPP 2019

Format Akaun/Penyata Perdagangan ini adalah sama dengan format yang telah dipelajari
untuk milikan tunggal.

Jawapan (d)

Jualan ini diperoleh dengan Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir
menambahkan jualan kredit Akaun 31 Disember 2010
Kawalan Belum Terima RM1 040 dan RM RM RM
jualan minuman tunai RM1 100 Jualan (1 040 + 1 100) 2 140

Belian ini diperoleh dengan Tolak: Kos Jualan


menambahkan belian kredit Akaun Inventori awal minuman 225
Kawalan Belum Bayar RM1 080 dan
Belian (1 080 + 660) 1 740
belian minuman tunai RM660
1 965
(-) Inventori akhir minuman (170)
Masukkan belanja lain berkaitan
Kos jualan 1 795
dengan aktiviti perniagaan yang Untung Kasar 345
dijalankan. (-) Upah kedai minuman 670
Rugi Bersih Minuman 325

Cabang perniagaan kelab ini akan turut menyumbang kepada pendapatan keseluruhan
kelab. Oleh itu, keuntungan atau kerugian bersih daripada komponen perniagaan ini akan
dicatat di dalam Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan Kelab.

Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan keuntungan, untung ini


akan dipindahkan ke bahagian pendapatan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan.

Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan kerugian, rugi ini akan
dipindahkan ke bahagian perbelanjaan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan.

Jadi untuk soalan ini, Rugi Bersih Minuman RM325 akan dicatatkan di bahagian
perbelanjaan di dalam Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan kelab.

(e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Terlebih dahulu, kita lihat format Penyata Pendapatan & Perbelanjaan:

Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir ...


Pendapatan
Senaraikan pendapatan hasil di sini,
contohnya: xx
Yuran xx
Kutipan pertandingan
xx
Tolak: Perbelanjaan
Senaraikan perbelanjaan hasil di sini,
contohnya: xx
Air dan elektrik xx
Akhbar dan majalah
(xx)
Lebihan / Kurangan xx

15
BCL-KKPP 2019

Pada peringkat ini, pelajar boleh melakukan tandaan berikut pada kertas soalan:
• Tandakan ✓ pada item-item dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran yang telah
digunakan dalam jawapan sebelum ini untuk mengelakkan termasuk jawapan dua kali.
• Kenalpasti operasi pelarasan akaun nominal.
• Kenalpasti aset bukan semasa yang dikenakan susut nilai.
• Kenalpasti hasil dan belanja kelab (Pendapatan Hasil dan Perbelanjaan Hasil).
• Kenalpasti pendapatan modal (dana terkumpul) dan perbelanjaan modal.

Petikan soalan:

(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti (-) 50 (+) -
Inventori Alat tulis - (-) 30

(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 ✓ Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk (H) 230 ✓ Belian minuman 660
✓ Yuran ahli 5 440 ✓ Upah kedai minuman 670
Derma (DT)* 12 000 Air dan elektrik (B) 790
✓ Akaun Belum Terima minuman 980 Alatan Sukan (kira SN) 1 000
✓ Jualan minuman 1 100 Insurans (B) 250
Akhbar dan majalah (B) 130
Alat tulis (B) 90
Baki h/b ?

(c) Maklumat Tambahan:


i. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
ii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil. (B)
iii. Sebanyak RM40 daripada yuran belum terima 2017 dihapuskan sebagai yuran lapuk.

* Derma bertujuan khas dikelaskan sebagai pendapatan modal (Dana Terkumpul).

16
BCL-KKPP 2019

Jawapan (e)

Yuran RM5 360 daripada Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir
butiran Pendapatan & 31 Disember 2018
Perbelanjaan dalam Akaun Pendapatan
Yuran

Yuran 5 360
Rujuk maklumat tambahan
Yuran masuk 230
no. ii
5 590
Tolak: Perbelanjaan

Butiran Perbelanjaan Hasil


dari Akaun Penerimaan &
Air dan elektrik 790
Pembayaran. Akhbar dan Insurans 250
majalah dan Alat tulis perlu
dibuat pelarasan. Akhbar dan majalah (130 – 50) 80*
Alat tulis (90 – 30) 60*
Susut nilai kaedah
penilaian semula Susut nilai alatan sukan 230*
= awal + beli – akhir
(1 300 + 1 000 – 2 070)
Rujuk maklumat tambahan Yuran lapuk 40
no. iii
Rugi bersih minuman 325
Daripada Penyata (1 775)
Perdagangan Minuman
Lebihan 3 815

17
BCL-KKPP 2019

(f) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018.

Perlu diingat bahawa Penyata Kedudukan Kewangan adalah penyata yang mengandungi
butiran aset, liabiliti dan dana terkumpul (ekuiti pemilik). Pelajar perlu mengenal pasti
kesemua butiran yang diperlukan pada tarikh 31 Disember 2018. Rujuk petikan soalan di
bawah.

Petikan soalan:
Tarikh PKK
(a) Aset dan liabiliti bagi tahun berakhir 31 Disember 2018:

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Alatan Sukan - aset 1 300 2 070
Inventori minuman -aset 225 170
Akaun Belum Bayar minuman - liabiliti 170 130
Akaun Belum Terima minuman - aset 110 170
Yuran belum terima - aset 140 60 Semua aset &
Yuran belum terperoleh - liabiliti 80 120 liabiliti yang
Akhbar dan majalah belum bayar - liabiliti 50 - mempunyai
baki pada
Inventori Alat tulis - 30 tarikh 31
Disember akan
dimasukkan
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: dalam PKK

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018


RM RM
Baki b/b 560 Akaun Belum Bayar minuman 1 120
Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670
Derma (DT)* 12 000 Air dan elektrik 790
Akaun Belum Terima minuman 980 Alatan Sukan 1 000
Jualan minuman 1 100 Insurans 250
Akhbar dan majalah 130
Alat tulis 90
Baki h/b ?

Pelajar perlu
(c) Maklumat Tambahan: mengira baki
akhir Bank.
i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos.
ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis.
iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil

18
BCL-KKPP 2019

Pelajar digalakkan melakarkan terlebih dahulu format Penyata Kedudukan Kewangan yang
lengkap sebelum memasukkan item jawapan.

Jawapan (f)

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018


RM RM RM
Kos S. Nilai Nilai Buku
Terkumpul
Aset Bukan Semasa
Alatan sukan 2 070
Baki akhir Bank = Baki awal
Bank + Penerimaan –
Pembayaran dalam Akaun
Penerimaan dan Pembayaran Aset Semasa
Inventori minuman 170
Bank 15 600
Yuran belum terima 60
Akaun Belum Terima 170
(+)
Inventori alat tulis 30
16 030
Tolak: Liabiliti Semasa
Yuran belum terperoleh 120 (-)
Akaun Belum Bayar 130
250
Modal Kerja (AS – LS) 15 780
17 850
Daripada jawapan (a) Penyata
Dana Terkumpul 1 Januari
2018
Dana Terkumpul
Daripada jawapan (e) Penyata Dana terkumpul awal 2 035
Pendapatan & Perbelanjaan
(+) Lebihan 3 815
(+) Derma 12 000
Rujuk maklumat tambahan
no. ii Dana terkumpul akhir 17 850

19

You might also like