Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CATATAN RINGKAS MESUARAT DAN TAKLIMAT

PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM BIL 1/2020

TARIKH : 04 JUN 2020 (KHAMIS)


MASA : 9.00AM - 1.30PM
TEMPAT : MELALUI GOOGLE MEET
PENGERUSI : TUAN HAJI BAD HAMID BIN HJ MUSLI

CATATAN.

1. KPPK memaklumkan 2 pegawai SPP, JPN yang telah bersara iaitu Tuan Suparman dan Tuan Zakaria.
2. Tarikh peperiksaan SPMU akan dimaklumkan selepas 4 minggu sekolah dibuka.
3. UPSR - pentaksiran dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui Pengajaran Jarak Jauh dan PBL. Ada
instrumen dan ujian khas.
4. Pembayaran untuk SPMU diterima sehingga 30 Jun 2020.
5. Resit Rasmi pembayaran SPMU/SPM(P) akan dikeluarkan oleh Unit Kewangan PPD masing-masing.
6. PT3 - Pendaftaran diteruskan 12 Mei - 30 Ogos 2020. Data akan digunakan pakai oleh LPM untuk
rujukan KPM.
7. Carta Fungsi bagi setiap SPP akan diemel untuk selaraskan JD.
8. SPP PPD Kota Belud adalah tuan rumah Zon 1 untuk taklimat Pengurusan Peperiksaan STPM
Semester 2. 9 buah daerah akan terlibat dalam Zon 1.
9. CEFR Kumpulan 2 akan dilaksanakan pada 13-16 Julai bagi ujian lisan, dan 18 Julai bagi ujian
bertulis.
10. CEFR Ulangan Kumpulan 2 akan diadakan pada 27-28 Oktober dan 2 November. Sesi ulangan
adalah berbayar.
11. MUET sesi 2 telah ditunda kepada 21-23, dan 28-30 November 2020.
12. Bilangan calon dalam sebuah kelas ialah seramai 18 orang, bagaimanapun bergantung kepada saiz
kelas, dan memenuhi SOP 1.5 meter jarak antara meja calon.
13. CEFR- SPP PPD hanya mengurus penyediaan tempat peperiksaan dan pengurusan Tuntutan
Perjalanan pengawasan.
14. Pendaftaran PRAU (MUET & CEFR) dikendalikan oleh sekolah sepenuhnya.
15. Tempoh pembetulan maklumat calon ialah 16 Mei - 16 Jun dengan bayaran sebanyak RM30 (wang
pos/kiriman wang).
16. Pindah pusat peperiksaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25 menggunakan wang
pos/kiriman wang.
17. ULKCP di Kota Belud berpusat di SMK Taun Gusi II seramai 15 orang calon.
18. Prosedur Pendaftaran Tingkatan 4:
- masukkan markah dan cetak
- Guru Kelas sahkan markah pelajar
- Pengetua sahkan markah dan hantar salinan ke SPP
- SPP PPD simpan salinan markah pelajar
19. Pembetulan maklumat calon pada tahun 2021 akan dinaikkan daripada RM30 kepada RM150
seorang.
20. Penataran Format Baru SPM - hantar senarai nama calon guru yang akan mengikuti kursus
penataran tersebut.
21. Sekolah yang mempunyai CBK perlu menghantar Borang LP89 bersama dokumen calon CBK.
22. ULKCP - SPP JPN akan menghantar senarai nama kepada SPP PPD untuk diambil tindakan
seterusnya.
23. Pemadam Api dalam Bilik Kebal hendaklah di gantung pada dinding. SPP perlu mengambil inisiatif
sendiri untuk menyelesaikan perkara ini.
24. Pengurusan kewangan 21000 dan 29000 perlu dibelanjakan dan kemaskini dengan unit kewangan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30pm

You might also like