Gotong Royong Perdana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana 2015

Anjuran:

UNIT 3K
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KINABUTAN , TAWAU

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
SMKK, TAWAU
1. 0 PENDAHULUAN
Sistem pendidkan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi pelaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap


kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong
Royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan
amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SMKK akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara
pelajar,
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan
yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.

TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Tarikh : 12 September 2015 (Sabtu)
Tempat : Kawasan Sekitar Sekolah
Masa : 8.00 – 11.00 pagi
Pakaian : Pakaian sukan
AHLI JAWATANKUASA GOTONG ROYONG PERDANA
Pengerusi : En. Choo Kok Kin
Timb. Pengerusi : En. Mohd Nazir Hj. Sulasi
Naib Pengerusi : Cik Faridah Hj. Ali
Hjh. Masniyati Hj Ambai
En. Mad Jais Bin Hj. Ambai
Abdul Khamis Hj. Salleh
Setiausaha : Pn. Farida Binti Hj. Patonggoi
Penyelaras : Pn. Hjh.Noraini Sawah
Pen. Penyelaras : Pn. Norlisa Abd. Jalil

Penyelaras Zon
BI KAWASAN KETUA
L
1 TAPAK PERHIMPUNAN, KOLAM DAN ABDUL RAHMAN JAMALUDDIN
BENDERA
2 MENGECAT BAHU JALAN UTAMA ACHO SAUDIN
3 SURAU SEKOLAH SHAHABUL HAFIZ SHAHABUDIN
4 TANDAS PELAJAR & KAWASAN SEKITAR ARBIYAH BAKAR
5 KANTIN JAMILAH BINTI DIN
6 ASRAMA NURASSRIN KASMUNI
7 BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP JOHN NARTE
8 MAKMAL KOMPUTER FAIRUZ AZIZUL ADNAN
9 MAKMAL SAINS & MUSOLLA GURU HADIZAH SIDEK
10 ASTAKA & PADANG SEKOLAH RAZMAL SHAPIEI
11 BLOK MPV SARIPAH SAYING
12 PINTU MASUK & PAGAR HADAPAN MAD ISLAIHI SABDARI
13 PEJABAT AM & BILIK GURU AKP
14 KAWASAN BELAKANG ASPURA KREW PEMBERSIHAN
15 FLAT & KAWASAN SEKITAR WARGA FLAT

Kecemasan
1. Pn. Malpinah Voo
2. Cik NorAzura HJ. Nolhak
Bahagian Peralatan
1. En. Sukri Buhari
2. En. Baharuddin Bali
3. En. Razmal Shapei
Bahagian Disiplin Dan Kawalan
1. En. Mohd Saufee Md. Som
2. En. Nahiruddin Nantong
Jurukamera
1. En Fairuz Azizul Adnan

You might also like