Proposal Sivik t1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK &


KEWARGANEGARAAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBERSIHAN SEKOLAH,
HAPUSKAN AEDES.

“HAPUSKAN AEDES, HAPUSKAN DENGGI”


PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBERSIHAN SEKOLAH, HAPUSKAN AEDES

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) “Pembersihan Sekolah, Hapuskan


Aedes” merupakan sebuah projek anjuran Mata Pelajaran PSK yang merupakan subjek yang
perlu dipelajari oleh semua pelajar di sekolah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Program ini juga adalah sebahagian daripada projek Khidmat Masyarakat yang perlu
disempurnakan bagi pe;ajar-pelajar Tingkatan 1.

2.0 OBJEKTIF

1. Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama
lain.
2. Mendidik pelajar supaya peka dengan alam sekitar.
3. Dapat mewujudkan semangat cintakan sekolah.
4. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
5. Meningkatkan kesedaran sivik pelajar.

3.0 MATLAMAT

Memupuk kesedaran sivik dalam diri pelajar supaya sentiasa menjaga dan peka terhadap
alam sekitar khususnya selain menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti sikap
bertolak ansur, kerjasama, tolong menolong dan sebagainya. Hal ini juga dapat memberi
peluang kepada para pelajar berbakti kepada sekolah dengan menjalankan program ini di
samping membantu membersihkan kawasan sekitar sekolah. Selain itu juga, program ini
dapat menerapkan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan agar dapat
mengelakkan jangkitan penyakit khususnya yang disebabkan oleh nyamuk AEDES.

1
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

4.0 MOTTO

Motto yang dipilih bagi program ini ialah “Hapuskan AEDES, hapuskan DENGGI”. Hal ini
kerana melalui aktiviti yang dianjurkan ini diharap dapat membersihkan sekitar kawasan
sekolah di samping mewujudkan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar. Motto
ini dipilih selaras dengan kempen kesedaran tentang penyakit Denggi yang sedang dijalankan
oleh Kementerian Kesihatan. Selain itu juga, sedikit sebanyak mesej-mesej yang hendak
disampaikan melalui program tersebut dapat dijadikan nilai yang boleh diperolehi oleh
semua pelajar dalam meningkatkan kesedaran sivik masing-masing.

5.0 TEMA

Program ini adalah meliputi topik-topik di bawah tema Hidup Bemasyarakat iaitu tema 3
dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 13 April 2011 (Rabu)


Masa : 7.30 – 10.10 pg
Tempat : Padang SMKSKP

7.0 SASARAN PELAJAR

Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1.

2
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran 1

9.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar selain dapat mencapai objektif yang telah
digariskan. Selain itu juga, diharap projek yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada
semua pelajar.

3
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

LAMPIRAN 1

ANGGARAN BELANJAWAN

1.0 PERBELANJAAN
(a) Peralatan kebersihan
i. Plastik Sampah RM
18.00
ii. Ubat Aedes RM
11.00
iii. Pengaut Longkang RM
18.00

(b) Makanan
i. Minuman ( RM 1.00 x 160 org) RM 160.00
ii. Makanan (RM 2.50 x 160 org) RM 400.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 607.00

Sumber Kewangan Wang PCG

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

............................ ...........................
( CIK NUR HAFILAH NORDIN ) ( PN IZWAH SAUDI )
Setiausaha Panitia PSK Ketua Panitia PSK

Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,

............................. ...............................
( PN SITI ASIAH SIRON ) ( PN ANG WEE WEE )
Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua SMK Seri Kota Puteri

4
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

LAPORAN PROGRAM

Kebaikan

-dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan nyaman


-dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar
-dapat mewujudkan sikap tolong menolong dalam diri para pelajar
-dapat mengeratkan silaturrahim dan hormat menghormati antara satu sama lain

Kelemahan

-terdapat sebilangan pelajar Cina yang tidak memberikan kerjasama dalam program ini
-kurang kerjasama daripada guru matapelajaran ketika program dijalankan untuk mengawal
dan memantau pelajar
-kekangan masa untuk menjalankan program

Penambahbaikan

-mendapatkan lebih kerjasama daripada guru matapelajaran dalam menjayakan program yang
akan dijalankan
-menarik lebih perhatian pelajar terhadap program yang akan dijalankan
-memilih masa yang lebih sesuai dalam menjayakan sesuatu program

You might also like