Professional Documents
Culture Documents
Latihan (Alat Dasar Ekonomi) (Print)
Latihan (Alat Dasar Ekonomi) (Print)
1. Alat dasar ekonomi terdiri daripada dasar fiskal dan dasar kewangan .
2. Dasar fiskal adalah tindakan kerajaan yang mengubah perbelanjaan kerajaan Dan dasar
cukai untuk menstabilkan ekonomi.
3. Kestabilan ekonomi adalah keadaan ekonomi apabila berlaku guna tenaga penuh tanpa
inflasi .
a. Kemelesetan ekonomi
Cara dasar fiskal mengatasi masalah kemelesetan ekonomi ialah menambahkan
perbelanjaan kerajaan iaitu menambah pendapatan boleh guna masyarakat
menyebabkan kuasa beli dan permintaan agregat meningkat.Hal ini akan
menyebabkan pengangguran berkurang dan pedapatan negara bertambah.Selain itu,
dasar fiskal juga menurunkan cukai untuk mengatasi masalah kemeselesetan
ekonomi.
B. Inflasi
Cara dasar fiskal mengatasi masalah inflasi ialah mengurangkan perbelanjaan
kerajaan dan menaikkan kadar cukai.Hal ini akan menyebabkan pendapatan boleh
guna masyarakat menurun dan permintaan agregat menurun.
9. Sumber hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai .
10. Cukai ialah bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikutip oleh kerajaan.
11. Cukai terdiri daripada cukai langsung Dan cukai tak langsung .
12. Cukai langsung ialah sejenis cukai beban cukainya tidak boleh diagihkan atau
dipindahkan oleh pembayar cukai kepada orang lain.
14. Cukai tak langsung ialah sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan atau
dipindahkan kepada orang lain.
16. Hasil bukan cukai merupakan hasil yang diperoleh selain daripada cukai langusng dan
cukai tak langsung .