Refleksi Kursus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

THE NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA

GC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEM 2 SESI 2019/2020


(PKP Jun 2020)

TUGASAN REFLEKSI AKHIR

GHAYATHRI A/P SELVARAJOO (P104937)

NAMA PENSYARAH : PM DR.SALLEH AMAT


TUGASAN REFLEKSI AKHIR

Kursus Isu-isu Pendidikan Di Malaysia (GC6033) membimbing pelajar untuk

memeriksa secara mendalam, menganalisis dan mengkritik pandangan serta isu-isu

yang berbangkit dalam bidang pendidikan di Malaysia. Terlebih dahulu, sebagai

pelajar dari kursus ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan

jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, PM Dr.Salleh Amat atas pelbagai

bimbingan, didikan dan tunjuk ajar yang bernas dan efektif yang dicurahkan kepada

saya sepanjang mengikuti kursus ini.

Pelbagai pengalaman yang manis mahupun pahit telah dialami sepanjang

menghadiri kursus ini terutamanya semasa musim pandemik Perintah Kawalan

Pergerakan COVID 19. Saya telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara

maya dimana penggunaan perisian ZOOM secara atas talian merupakan satu

suasana pembelajaran berdimensi baharu bagi diri saya.

Pengalaman manis yang dihadapi sepanjang kursus ini ialah saya berasa

sangat teruja dan seronok apabila belajar bersama rakan-rakan dan pensyarah

dalam talian terutamanya semasa membuat pembentangan kumpulan. Pelbagai

pembentangan kumpulan yang kreatif dan inovatif dapat dilihat semasa

pembelajaran. Saya turut dapat mengalami pengalaman yang mencabar dalam

menghasilkan video pembentangan secara interaktif bersama rakan sekumpulan

dengan menggunakan perisian ‘Powtoon’. Selain itu, proses pengajaran dan

pembeajaran menjadi lebih menarik tanpa kebosanan melalui kuiz-kuiz dan soalan

atas talian menggunakan perisian ‘Kohoot’, ‘Quizizz’ dan sebagainya. Cara sebegini

dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian walaupun pembelajaran

secara maya kadangkala menjemukan para pelajar. Justeru, sebagai seorang guru
sekolah rendah saya dapat mempelajari bahawa cara-cara ini dapat saya

aplikasikan kepada murid-murid saya sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) mahupun di dalam kelas supaya murid-murid lebih seronok dan dapat belajar

dalam keadaan yang kondusif.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa kekangan yang telah dihadapi

sepanjang pembelajaran secara maya ini. Pertamanya, kelajuan internet antara isu

utama yang dihadapi pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Saya turut mengalami masalah ini ketika hujan lebat di kawasan perumahan saya

dimana gangguan pencapaian internet yang menyebabkan sesi pembelajaran yang

terputus-putus. Lebih-lebih lagi, bagi rakan di kampung dan pedalaman, mereka

terpaksa berpindah tempat bagi sementara waktu untuk mendapatkan talian internet

yang lancar. Hal begini pasti membuatkan objektif pembelajaran hanya dapat

dicapai oleh golongan tertentu.

Tambahan pula, kekangan seterusnya ialah belajar secara dalam talian

kurang memberi input kepada pelajar. Dalam hal ini, peluang berjumpa dengan

pensyarah di kelas bagi mendapatkan ilmu secara bersemuka yang disifatkan lebih

mudah dan jelas tidak dapat saya alami. Bahkan pula, ada sesetengah pelajar yang

bersifat malu dan segan untuk bertanya atau berbincang dengan pensyarah dalam

kalangan pelajar yang ramai. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran

kebanyakannya bergantung kepada sehala sahaja kerana tidak semua pelajar boleh

menerima cara pembelajaran dalam talian, masih ada lagi pelajar yang perlu

bimbingan secara konvensional untuk mereka lebih mudah memahami.


Tuntasnya, saya berharap agar musim PKP ini tamat dengan segera dan

keadaan berbaik pulih agar setiap pelajar dan pendidik dapat mengalami situasi

pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya.

You might also like