Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.2.

4 Pandangan negatif terhadap TVET

Umumnya, masyarakat Malaysia terutama pelajar mempunyai pandangan


yang kurang baik terhadap pendidikan dan kerjaya TVET. Remaja di Malaysia
kurang minat dalam memilih aliran pendidikan teknikal dan vokasional walaupun
mereka lemah dalam bidang akademik di mana di negara maju seperti Austria,
Taiwan dan Jerman, ramai pelajar memilih bidang ini sebagai kerjaya mereka. Hal
ini dapat dilihat menerusi hasrat kerajaan yang mensasarkan 33 peratus pekerja
terlatih pada tahun 2015 dan 50 peratus pada tahun semasa iaitu 2020 agar
setanding dengan negara maju di persada dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai
inisiatif perlu diteruskan bagi meningkatkan keterlatihan institusi-institusi TVET
supaya dapat menarik lebih ramai remaja dalam pengajian separuh masa, sepenuh
masa serta kursus-kursus peningkatan kemahiran (reskilling).

Pandangan negatif terhadap TVET dalam kalangan masyarakat sebagian


besarnya wujud disebabkan oleh beberapa masalah. Antaranya, TVET dijadikan
tempat megisi pelajar lemah. Masyarakat menganggap bahawa sekolah vokasional
sentiasa dipenuhi oleh pelajar yang lemah pencapaian akademik dan pelajar yang
tidak berdisiplin. Tanggapan salah faham ini memberi gambaran kepada ibu bapa
mahupun remaja bahawa pendidikan TVET tidak berkualiti dan tidak penting.

Seterusnya, pandangan negatif ini sejajar dengan pengiktirafan yang rendah


oleh kerajaan dan masyarakat kepada pelajar teknikal dan vokasional. Hanya pelajar
yang cemerlang dalam akademik layak menerima banyak bantuan dari segi
biasiswa, pinjaman dan peluang pendidikan tinggi. Namun, perkara yang sama tidak
berlaku kepada pelajar TVET yang cemerlang mahupun di peringkat antarabangsa.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi Cik See WY, di mana beliau telah memenangi
pingat gangsa dalam seni kecantikan dalam Pertandingan Kemahiran Dunia pada
tahun 2012 di London, terpaksa bekerja di Singapura bagi mengumpul dana untuk
pendidikan lanjutnya. Pengiktirafan yang seimbang tidak diberikan kepada pelajar
TVET berbanding dengan pelajar cemerlang dalam akademik.

Tambahan pula, ada juga bertanggapan bahawa peluang melanjutkan


pengajian tinggi yang terhad kepada pelajar TVET. Pelajar TVET di Malaysia kurang
mempunyai pilihan bagi melanjutkan pelajaran selepas memperolehi diploma atau
diploma lanjutan. Hanya lima universiti tempatan yang menawarkan pengajian
kemahiran ke peringkat sarjana muda setakat tahun 2019 dengan pilihan program
yang terhad kepada pelajar TVET.

2.2.4.1 Implikasi Isu

Pandangan negatif tehadap TVET ini membawa beberapa implikasi kepada


masyarakat dan negara. Pertamanya, pendidikan TVET bukan pilihan utama pelajar
bagi melanjutkan pengajian. Menurut laporan Berita Nasional (9 Oktober 2019),
hanya 28 peratus pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang TVET setakat 2019
disebabkan tanggapan ramai ibu bapa mengenai masa depan pelajar TVET tidak
terjamin serta bidang ini hanya untuk pelajar lemah dalam pencapaian akademik.
Institusi TVET tidak dapat melahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh pihak
industri jika kemasukan pelajar ke institusi TVET tidak memuaskan.

Seterusnya, Malaysia memiliki tenaga pengajar bidang TVET yang mahir dan
berpengetahuan dimana mereka dapat melahirkan pekerja menepati kualiti serta
memenuhi keperluan sektor pekerjaan negara. Jika pengajian TVET dipandang
rendah dalam kalangan pelajar, maka tenaga pengajar ini mula mengalami
kekurangan peluang pekerjaan dan akhirnya berlaku pengangguran. Pada masa
yang sama, berlaku juga pengangguran dalam kalangan belia jika bidang TVET
bukan lagi pilihan bagi pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik mahupun
tiada usaha dalam mencari kerjaya sendiri.

2.2.4.2 Cadangan Penyelesaian

Pelbagai langkah dan anjakan paradigma mesti dilakukan oleh pihak kerajaan
mahupun swasta bagi mempromosikan semula sistem pendidikan TVET. Kempen
tentang penekanan terhadap kepentingan memasuki industri pekerjaan dengan
kelayakan TVET perlu dianjurkan. Misalnya, faktor seperti gaji permulaan, jenis
pekerjaan dan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia harus diperkenalkan supaya
kaum belia sedar dan menambah baik pandangan terhadap bidang kemahiran ini.
Media massa seperti televisyen, radio, majalah serta selebriti turut memainkan
peranan dalam menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Menurut Ahmad.M.J.,Jalani.N.H. dan Hasmori.A.A. (2015), institusi TVET


perlu melaksanakan pendidikan secara inovatif melalui pertandingan melibatkan
hands-on dan kreativiti bagi meningkatkan minat remaja memilih bidang ini.
Kerajaan juga mesti menganjurkan pertandingan kemahiran yang efektif agar pelajar
dapar menambahkan keinovatifan disamping dapat melahirkan keupayaan serta
keyakinan dalam menyelesaikan masalah dalam bidang yang diceburinya.
Pengiktirafan juga harus diberikan kepada pelajar yang memenangi dalam
pertandingan kemahiran supaya mereka dapat menonjolkan diri di khalayak ramai.

Selain itu, bagi menambah baik pandangan negatif terhadap pendidikan


TVET, pembelajaran berasaskan projek turut diperkenalkan bagi meningkatkan
kualiti dan daya tarikan bidang ini. Pelajar akan lebih berminat dalam pembelajaran
sebegini berbanding dengan pembelajaran kemahiran di dalam kelas. Secara
langsung, pendekatan ini akan memperbanyakkan kehadiran kaum remaja untuk
menceburi bidang TVET.

Akhirnya, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam


bidang kemahiran perlu dimulakan di semua universiti awam bagi menggalakkan
lebih ramai pekerja TVET meneruskan pengajian mereka. Seterusnya, latihan
kemahiran percuma turut dilaksanakan kepada remaja dan belia dari kumpulan B40
yang berminat dalam bidang kemahiran ini.

Tuntasnya, TVET merupakan laluan yang penting bagi negara kita untuk
melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi dan
mampu menghadapi persaingan pada peringkat global serta sentiasa relevan
dengan keperluan semasa. Justeru, pandangan negatif terhadap pendidikan TVET
mesti dihapuskan dalam diri setiap insan.
Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh
2011-2015. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana.

Menteri, Putrajaya. (Jun 18,2019). Lepasan TVET Digalak Sambung Pengajian.


TVET & Vocational Training - Malaysian News, TVETuni.

Ahmad.M.J., Jalani.N.H. & Akhmal Hasmori.A. TEVT di Malaysia: Cabaran dan


Harapan. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

Sarabatin. M.A. Kuala Lumpur. Berita Nasional (9 Oktober 2019). TVET Bukan Lagi
ilihan Terkhir.

JPK. (2013). Memartabatkan Bangsa Berkemahiran Melalui Pertandingan. Jabatan


Pembangunan Kemahiran, Putrajaya.

You might also like