Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

KUMPULAN SIME DARBY

PLANTATION

TATAKELAKUAN PERNIAGAAN VENDOR

30 MEI 2018

1
TATAKELAKUAN PERNIAGAAN VENDOR KUMPULAN SIME DARBY PLANTATION

Kejayaan Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad bukan sahaja diukur berasaskan
keputusan yang kita capai, tetapi juga cara kita mencapai keputusan tersebut. Tingkah
laku yang beretika menjadi tanggungjawab kita dan dengan demikian, amalan Vendor kita
juga sesuatu yang amat kita utamakan. Justeru, adalah amat penting bagi kita untuk
merangka Tatakelakuan Perniagaan Vendor (TPV) sebagai garis panduan kepada Vendor
berhubung dengan piawaian tingkah laku yang dikehendaki apabila menjalankan tugas
untuk Sime Darby Plantation Berhad dan Kumpulan Syarikatnya. Piawaian tingkah laku ini
dirangka berlandaskan Nilai-Nilai Teras dan Prinsip-Prinsip Perniagaan Kumpulan Sime
Darby Plantation Berhad.

Di dalam buku panduan ini, Perkataan “Kumpulan” dan “Sime Darby Plantation” digunakan silih
berganti untuk merujuk kepada Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad secara umum. Sama juga
seperti perkataan “kita, “kami” dan “anda” digunakan untuk merujuk kepada Kumpulan Syarikat
Sime Darby Plantation Berhad termasuk semua Pengarah dan Kakitangannya.

2
NILAI-NILAI TERAS KUMPULAN SIME DARBY PLANTATION

Integriti

Berpegang teguh kepada nilai-nilai peribadi dan profesional yang tinggi dalam semua
interaksi dan keputusan perniagaan.

Hormat & Tanggungjawab

Menghormati individu-individu yang berinteraksi dengan kita dan persekitaran tempat kita
beroperasi (secara dalaman dan luaran) dan bertanggungjawab di dalam semua tindakan
kita.

Berkeusahawanan

Meneroka dan merebut peluang dengan pantas dan bijaksana, mencabar sempadan yang
sedia ada.

Kecemerlangan

Meluaskan rangkuman pertumbuhan untuk diri dan perniagaan kita menerusi cita-cita
teguh yang tidak berbelah bagi dalam mencapai hasil peribadi dan perniagaan yang
cemerlang.

3
PRINSIP PERNIAGAAN KUMPULAN SIME DARBY PLANTATION

Asas Kumpulan ini telah dibina di atas Nilai-Nilai Teras, yang memberi panduan kepada
tindakan dan cara kita menjalankan perniagaan. Ia juga diterapkan dalam Prinsip
Perniagaan kita seperti berikut:

Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran

Kesihatan dan keselamatan adalah penting untuk pekerja kita dan komuniti di mana kita
beroperasi.

Kita harus memastikan operasi perniagaan kita mempunyai kesinambungan dengan


menangani masalah alam sekitar secara proaktif dan menghormati hak-hak asasi
manusia, tanpa mengorbankan kepentingan nilai ekonomi jangka panjang.

Pematuhan

Patuh kepada semua undang-undang dan peraturan di negara di mana kita beroperasi.

Bekerja dengan Komuniti Tempatan

Terlibat dan melunaskan tanggungjawab sosial kepada komuniti tempatan di mana jua
kita beroperasi, tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

Amalan Perniagaan Yang Adil

Memastikan kita mengamalkan urusan perniagaan yang adil dan bersaing dengan cara
yang beretika.

4
ISI KANDUNGAN

1. TUJUAN 7

2. SKOP 7

3. PRINSIP-PRINSIP AM TPV 7

4. TANGGUNGJAWAB DAN PEMATUHAN KEPADA TPV 7

5. HAK BURUH & HAK ASASI MANUSIA 9

5.1 Peluang yang Sama Rata dan Tiada Diskriminasi

5.2 Menghapuskan Gangguan & Keganasan

5.3 Bahan-bahan Terlarang

5.4 Aktiviti Jenayah

5.5 Upah, Manfaat & Waktu Kerja Munasabah

5.6 Kebebasan Berpersatuan & Hak Untuk Menyertai Perundingan Bersama

5.7 Membasmi Eksploitasi

5.8 Pemansuhan Buruh Kanak-Kanak & Melindungi Hak Kanak-Kanak

5.9 Menghormati Hak Masyarakat & Hak Penduduk Peribumi dan Golongan
Rentan

6. PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN 12

6.1 Persekitaran Kerja

6.2 Keadaan Kerja & Hidup Yang Munasabah

6.3 Persediaan Kecemasan

6.4 Perlindungan Alam Sekitar

7. ETIKA & AMALAN PENGURUSAN 14

7.1 Mengelakkan Konflik Kepentingan

7.1.1 Berurusan dengan Kumpulan

7.1.2 Berurusan dengan Pengarah atau Kakitangan Kumpulan

7.1.3 Ahli Keluarga dan Hubungan Rapat Peribadi

7.2 Menangani Rasuah dan Sogokan

7.3 Hadiah, Hiburan dan Hospitaliti Korporat

7.4 Derma dan Tajaan

7.5 Melindungi Aset Kumpulan

7.6 Ketepatan Rekod Transaksi Perniagaan dan Maklumat Kewangan

7.7 Maklumat Hak Milik dan Sulit


5
7.8 Maklumat Orang Dalam, Perdagangan sekuriti dan Pendedahan Awam

7.9 Perlindungan Data Peribadi

7.10 Media Sosial

7.11 Undang-Undang Persaingan dan Anti-trust

7.12 Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa

7.13 Berurusan dengan Pihak Berkuasa Kerajaan, Parti Politik dan Pertubuhan
Antarabangsa

7.14 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan


Keganasan

8. HUBUNGI KAMI 20

9. DEFINISI 21

6
1. TUJUAN

Buku panduan TPV menggariskan piawaian tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh
semua Vendor Sime Darby Plantation.

2. SKOP

TPV ini merangkumi:

 Semua Vendor Kumpulan apabila menjalankan kerja untuk Kumpulan.

 Semua anak syarikat dan syarikat sekutu Vendor dan semua pihak lain yang
dilantik oleh mereka untuk menjalankan kerja untuk Kumpulan.

3. PRINSIP-PRINSIP AM TPV

TPV ini menggariskan piawaian tingkah laku yang perlu dipatuhi Vendor berhubung
dengan hak buruh dan hak asasi manusia, persekitaran, keselamatan & kesihatan
serta Etika & amalan pengurusan.

TPV bukan dokumen menyeluruh dan tidak menangani setiap situasi yang boleh
berlaku. Vendor hendaklah membaca dan memahami TPV dan mematuhi semua
dasar, prosedur, undang-undang dan peraturan di negara- di mana mereka
beroperasi.

Apabila terdapat percanggahan antara peruntukan di dalam buku panduan ini dan
mana-mana peruntukan peraturan dan undang-undang lain, peruntukan yang lebih
ketat hendaklah diguna pakai. Bagaimanapun, jika adat resam atau amalan
tempatan bercanggah dengan buku panduan ini, Vendor dikehendaki mematuhi TPV.

Teks rasmi buku panduan ini adalah dalam Bahasa Inggeris, dan jika terdapat
percanggahan versi terjemahan buku panduan ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah
diguna pakai.

Jika terdapat sebarang perkara tidak jelas atau keraguan berhubung dengan perkara
di atas, Vendor hendaklah mendapatkan penjelasan dan panduan daripada pihak
bertanggungjawab dalam Kumpulan yang berurusan dengan mereka.

4. TANGGUNGJAWAB DAN PEMATUHAN KEPADA TPV

Vendor dikehendaki:

 Memahami dan mematuhi TPV.

 Menyebarkan, mendidik dan memastikan pematuhan kepada TPV ini oleh


Kakitangan, anak syarikat, syarikat sekutu mereka dan semua pihak yang
dilantik oleh mereka untuk menjalankan tugas untuk Kumpulan.

Vendor hendaklah membaca dan mengakui pematuhan kepada TPV menerusi Ikrar
Integriti Vendor (IIV). Menerusi ikrar ini, Vendor terikat untuk memastikan bahawa
semua operasinya adalah tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam TPV
ini. Bergantung pada keperluan perniagaan, syarat selanjutnya mungkin dikenakan
ke atas Vendor menerusi perjanjian atau terma dan syarat yang berasingan.

7
Kami berhak mengaudit Vendor untuk mengesahkan pematuhan kepada TPV ini
dan/atau syarat yang ditetapkan dalam persetujuan dengan pihak ketiga untuk
membenarkan penilaian risiko dari masa ke masa. Perbuatan melanggar TPV boleh
menjejaskan hubungan perniagaan Vendor dengan Kumpulan. Vendor boleh
dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh Kumpulan yang mungkin termasuk
penggantungan, penamatan kontrak dan disenaraihitamkan. Perbuatan melanggar
TPV yang membabitkan perbuatan jenayah atau sebagainya yang dikawal selia oleh
undang-undang boleh mengakibatkan dakwaan selepas dirujuk kepada pihak
berkuasa yang berkenaan.

8
5. HAK BURUH & HAK ASASI MANUSIA
Kumpulan ini bertekad untuk memastikan tingkah laku perniagaan yang beretika
yang melindungi hak Kakitangan dan pekerja dalam operasi kami. Apabila
menjalankan tugas untuk Kumpulan, Vendor dan Kakitangan mereka, anak syarikat,
syarikat sekutunya dan semua pihak yang dilantik oleh mereka untuk menjalankan
tugas untuk Kumpulan dikehendaki menghormati hak asasi manusia termasuk hak
buruh sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Hak Asasi Manusia 1 kami, dengan
melayan Kakitangan mereka dengan penuh hormat, kepercayaan, jujur dan
bermaruah, dan dengan menyediakan suasana kerja yang adil dan beretika. Vendor
juga digalakkan memberikan komitmen yang serupa dalam melaksanakan amalan
perniagaan mereka sendiri.

Apabila menjalankan tugas untuk Kumpulan, Vendor dikehendaki menunjukkan


piawaian tingkah laku berikut, yang mana berkenaan:

5.1 Peluang yang Sama Rata dan Tiada Diskriminasi

Kami menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman dan tidak akan menerima


sebarang bentuk diskriminasi. Vendor digalakkan untuk memberi peluang sama rata
kepada semua Kakitangannya untuk memastikan keputusan berkaitan pengambilan
pekerja dibuat berdasarkan kelayakan berkaitan, merit, prestasi dan faktor-faktor
lain berkaitan pekerjaan dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang
berkenaan. Vendor tidak boleh mendiskriminasi mana-mana Kakitangan disebabkan
faktor peribadi, seperti jantina, bangsa, kekurangan upaya, kewarganegaraan,
agama, usia atau kecenderungan seksual melainkan undang-undang atau peraturan
tertentu dengan jelas menetapkan pemilihan dibuat menurut kriteria tertentu.

5.2 Menghapuskan Gangguan & Keganasan

Vendor dikehendaki mewujudkan suasana di mana semua bentuk Gangguan dan


penganiayaan dihapuskan. Perbuatan atau tingkah laku berunsur Gangguan dan
keganasan termasuk(tetapi tidak terhad kepada):

 Komen yang menghina berasaskan jantina, perkauman atau etnik, dan ajakan
Gangguan berunsur seks yang tidak diingini.

 Sebarang bentuk Gangguan seksual.

 Penyebaran khabar angin berunsur fitnah.

 Penggunaan sebarang bentuk saluran komunikasi seperti e-mel, pesanan suara


atau media sosial untuk menghantar bahan berunsur penghinaan atau
diskriminasi.

5.3 Bahan-bahan Terlarang

Kumpulan ini melarang sama sekali penggunaan atau pemindahan dadah terlarang
atau bahan terlarang yang lain di tempat kerjanya. Vendor hendaklah memastikan

1Piagam Hak Asasi Manusia Sime Darby Plantation boleh didapati di laman web kami di www.simedarbyplantation.com

9
perbuatan sedemikian tidak dilakukan oleh Kakitangannya, semasa menjalankan
tugas untuk Kumpulan.

5.4 Aktiviti Jenayah

Vendor hendaklah memastikan bahawa tiada Kakitangannya, syarikat sekutu atau


pihak lain yang menjalankan kerja untuk Kumpulan terbabit atau terlibat dalam
sebarang tingkah laku atau aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai subversif atau
melakukan sebarang kesalahan, jenayah atau perkara lain yang boleh dikenakan
hukuman di bawah undang-undang negara di manaVendor beroperasi. Ini termasuk
(tetapi tidak terhad kepada) penggunaan urus niaga/transaksi dengan Kumpulan
untuk menutup kegiatan jenayah, subversif dan kegiatan salah laku.

5.5 Upah, Manfaat & Waktu Kerja Munasabah

Vendor hendaklah menyediakan suasana pekerjaan yang adil dan munasabah untuk
Kakitangannya, syarikat sekutu atau pihak lain, khususnya mereka yang ditugaskan
untuk menjalankan kerja untuk Kumpulan. Keadaan kerja sedemikian termasuk,
tetapi tidak terhad kepada:

 Memberikan upah dan manfaat yang adil kepada Kakitangannya, syarikat sekutu
atau pihak lain berdasarkan gaji minimum yang ditentukan secara sah mengikut
matlamat produktiviti, dan memastikan kerja lebih masa dibayar mengikut
ketetapan undang-undang.

 Mematuhi ketetapan undang-undang dalam soal waktu kerja yang munasabah,


termasuk cuti dan kelayakan mengambil cuti.

5.6 Kebebasan Berpersatuan & Hak Untuk Menyertai Perundingan Bersama

Kumpulan ini menghormati hak Kakitangan untuk menyertai dan membentuk


organisasi pilihan masing-masing dan menyertai rundingan bersama. Vendor
digalakkan untuk memberi kebebasan berpersatuan dan hak menyertai perundingan
bersama kepada Kakitangannya menurut semua undang-undang dan peraturan
yang berkenaan. Jika tiada perwakilan rasmi, Vendor digalakkan untuk menyediakan
cara alternatif untuk berhubung dan menyelesaikan rungutan Kakitangan.

5.7 Membasmi Eksploitasi

Kumpulan ini berusaha untuk membasmi segala bentuk buruh terikat dan buruh
paksa, penghambaan, perdagangan manusia dan eksploitasi seksual dengan
melaksanakan teras piawaian dan konvensyen buruh oleh Organisasi Buruh
Antarabangsa (ILO). Apabila membekalkan tenaga buruh untuk menjalankan tugas
untuk Kumpulan, Vendor tidak boleh menggunakan atau menggalakkan mana-mana
aktiviti berikut:

 Kakitangan Vendor dikenakan caj yuran pengambilan untuk tujuan mengekang


pergerakan bebas.

10
 Dokumen pengenalan asal Kakitangan Vendor seperti pasport atau permit kerja
dipegang secara paksa oleh Vendor.

 Bayaran gaji Kakitangan ditahan atau ditangguhkan lebih daripada tempoh yang
dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di negara di
mana Vendor beroperasi.

Selain itu, Vendor hendaklah memastikan pengambilan Kakitangan dilakukan melalui


agensi pengambilan pekerja yang sah, yang mempunyai lesen untuk beroperasi di
bawah undang-undang yang diguna pakai.

5.8 Pemansuhan Buruh Kanak-Kanak & Melindungi Hak Kanak-Kanak

Kumpulan ini berusaha untuk menjaga kesejahteraan kanak-kanak dan melindungi


mereka daripada sebarang bentuk penganiayaan atau eksploitasi, ini termasuk
tetapi tidak terhad kepada pelancongan seks kanak-kanak, perdagangan kanak-
kanak, dan pornografi kanak-kanak. Oleh yang demikian, Vendor tidak boleh
mengambil sesiapa di bawah umur 18 tahun atau umur minimum dibenarkan bekerja
di negara dimana mereka beroperasi, melainkan dalam program pendidikan dan
latihan vokasional dan/atau latihan perintis yang rasmi dan tersusun.

5.9 Menghormati Hak Masyarakat & Hak Penduduk Peribumi dan Golongan
Terancam

Kumpulan mengamalkan proses Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Maklum dan


menyedari bahawa selain undang-undang dan permit yang berkaitan dengan tanah,
penduduk peribumi dan masyarakat tempatan berhak untuk memberi atau tidak
memberi persetujuan kepada cadangan projek yang mungkin menjejaskan tanah
yang dimiliki secara tradisi, diduduki atau digunakan oleh mereka.

Vendor mesti menghormati hak tanah masyarakat tersebut, yang terjejas akibat
operasi mereka, bagi mematuhi proses ini. Masyarakat tersebut hendaklah dibawa
berunding untuk menerangkan hak atau tuntutan yang dikaitkan dengan geran
tanah, demi mengekalkan keharmonian. Apabila berurusan dengan masyarakat ini
bagi pihak Kumpulan, Vendor hendaklah berunding dengan pihak-pihak dalam
Kumpulan yang berurusan dengan mereka berhubung dengan sebarang keputusan
yang perlu dibuat atau tindakan yang perlu diambil.

Vendor juga dikehendaki melindungi dan menghormati hak golongan terancam


seperti kumpulan terpinggir, orang kelainan upaya dan pelarian.

11
6. PERSEKITARAN, KESELAMATAN &
KESIHATAN

Kumpulan ini berusaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat,


terjamin dan sihat untuk Kakitangan dan pekerja kami dalam operasi kami untuk
menyokong kesejahteraan masyarakat. Vendor dikehendaki menyediakan dan
mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan mematuhi undang-undang dan
peraturan kesihatan dan keselamatan perkerjaan dan persekitaran di negara dimana
mereka beroperasi.

Dalam menjalankan tugas untuk Kumpulan, Vendor dikehendaki memperlihatkan


piawaian tingkah laku berikut, yang mana berkenaan:

6.1 Persekitaran Kerja

Vendor hendaklah menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk
Kakitangannya supaya dapat mencegah kemalangan dan mengurangkan risiko. Oleh
itu, Kakitangan mereka hendaklah dibekalkan dengan peralatan dan kelengkapan
perlindungan secara percuma dan secukupnya untuk menjalankan tugas mereka
dengan selamat. Sebarang laporan mengenai peralatan dan kelengkapan yang tidak
selamat, keadaan berbahaya dan kemalangan haruslah diambil tindakan serta-
merta.

Vendor juga hendaklah memastikan bahawa Kakitangan mereka menggunakan


peralatan dan kelengkapan perlindungan yang disediakan untuk mereka, termasuk
yang disediakan oleh Kumpulan.

6.2 Keadaan Kerja & Hidup Yang Munasabah

Vendor hendaklah memastikan keadaan kerja dan hidup yang munasabah untuk
Kakitangannya, dengan menyediakan keperluan asas seperti(tetapi tidak terhad
kepada)kemudahan tandas dan bilik air yang bersih, air yang selamat diminum,
kemudahan penyediaan dan simpanan makanan yang bersih, pencahayaan yang
mencukupi, pengudaraan, dan ruang peribadi yang sewajarnya. Kediaman yang
disediakan hendaklah selamat dan bersih, selain dibina dan disenggara mengikut
semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.

6.3 Persediaan Kecemasan

Vendor hendaklah bersedia untuk mengendalikan situasi cemas dan menyediakan


maklumat kesihatan dan keselamatan, peralatan dan kemudahan yang diperlukan
untuk Kakitangannya. Vendor hendaklah memastikan:

 Maklumat kesihatan dan keselamatan bertulis, lembaran data keselamatan


bahan berbahaya dan tanda amaran disediakan, dipaparkan dan disampaikan
dalam bahasa dan bentuk yang sesuai dan difahami oleh Kakitangannya.

12
 Kakitangan dilatih dengan secukupnya tentang amalan kerja yang selamat,
prosedur kemalangan dan prosedur pemindahan kecemasan.

 Kakitangan diberi akses kepada peralatan pertolongan cemas, kemudahan


perubatan, pintu keluar kebakaran, dan juga alat pemadam kebakaran dan
keselamatan.

6.4 Perlindungan Alam Sekitar

Vendor dikehendaki mengurangkan risiko kesihatan dan alam sekitar dengan


menggunakan sumber asli secara bertanggungjawab dan mengurangkan sisa
buangan dan emisi, sebaik mungkin. Vendor hendaklah mengambil langkah untuk
mencegah pencemaran dan memastikan bahan berbahaya tidak mencemari alam
sekitar atau tidak dikendalikan atau dilupuskan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Vendor hendaklah juga memastikan prosedur Kumpulan berhubung dengan


perlindungan alam sekitar dipatuhi dan jika tiada prosedur berkenaan, mereka
hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
kesihatan dan alam sekitar.

13
7. ETIKA & AMALAN PENGURUSAN

Vendor diwajibkan menjalankan perniagaan menurut piawaian tingkah laku beretika


yang dinyatakan dalam TPV ini dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan
yang berkenaan.

Dalam urusan kerja yang dijalankan untuk Kumpulan, Vendor perlu mematuhi
piawaian tingkah laku yang berikut, yang mana berkenaan.

7.1 Mengelakkan Konflik Kepentingan

Konflik kepentingan timbul apabila wujud kepentingan peribadi yang dilihat


berpotensi menjejaskan keobjektifan dalam menjalankan tugas atau membuat
pertimbangan.

Vendor mestilah tidak menggunakan kedudukan mereka dan juga sumber dan Aset
Kumpulan untuk kepentingan peribadi atau untuk kelebihan sesiapa yang berkaitan
dengan mereka.

Vendor hendaklah mengelakkan konflik kepentingan apabila berurusan dengan atau


untuk Kumpulan. Vendor yang mendapati diri mereka berada dalam situasi konflik
kepentingan sama ada telah berlaku atau yang berpotensi untuk berlaku perlu
mendedahkan perkara tersebut kepada Kumpulan.

7.1.1 Berurusan dengan Kumpulan

Sekiranya Vendor mempunyai pertalian saudara dengan mana-mana ahli


lembaga Pengarah atau Kakitangan atau Ahli Keluarga mereka yang
mempunyai sebarang kepentingan kewangan yang besar dalam perniagaan
Vendor, maka Vendor hendaklah mendedahkan maklumat sedemikian
kepada pihak di dalam Kumpulan yang berurusan dengan Vendor, melainkan
Vendor ialah syarikat tersenarai umum dan kepentingan kewangan tersebut
adalah kurang daripada 5% dalam ekuiti.

7.1.2 Berurusan dengan Pengarah atau Kakitangan Kumpulan

Vendor mungkin mempunyai urusan peribadi dengan mana-mana ahli


lembaga Pengarah dan Kakitangan kami atau Ahli Keluarga mereka.
Bagaimanapun, dalam kes tersebut, Vendor mesti memastikan bahawa
urusan ini adalah atas dasar saksama, sebagai contoh jualan/pembelian
dengan syarat yang tidak melebihi daripada yang ditawarkan kepada orang
ramai.

7.1.3 Ahli Keluarga dan Hubungan Rapat Peribadi

Mana-mana Pengarah atau Kakitangan Vendor yang mempunyai hubungan


keluarga atau hubungan rapat peribadi dengan ahli lembaga Pengarah atau
Kakitangan Kumpulan mestilah mendedahkan hubungan tersebut dengan
pihak yang mereka sedang berurusan di dalam Kumpulan untuk memastikan
bahawa pelantikan sebagai Vendor tidak ditentukan,, dipengaruhi atau diselia
oleh ahli lembaga Pengarah atau Kakitangan Kumpulan. Vendor hendaklah

14
bersaing secara adil untuk sebarang tugas berdasarkan pada kelayakan,
prestasi, kemahiran, pengalaman, harga dan tawaran komersial lain.

7.2 Menghindari Rasuah dan Sogokan

Kumpulan ini sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap rasuah dan Sogokan.
Seiring dengan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan di negara di mana
Vendor beroperasi, kesan rasuah dan Sogokan adalah amat berat, dan mungkin
termasuk hukuman penjara untuk individu, denda yang tidak terhad dan
penggantungan daripada mengemukakan tender untuk kontrak awam.

Vendor hendaklah tidak mempengaruhi atau dipengaruhi, sama ada secara langsung
atau tidak langsung, menerusi pemberian atau penerimaan rasuah atau Sogokan
atau sebarang langkah lain yang dianggap tidak beretika atau akan memburukkan
nama baik Kumpulan.

Vendor hendaklah mematuhi semua Undang-undang Anti-rasuah dan perjanjian


yang berkenaan di semua negara di mana mereka beroperasi.

Vendor hendaklah tidak, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berjanji
atau menawarkan untuk memberikan sebarang rasuah atau kelebihan (sama ada
kewangan atau selainnya) kepada mana-mana individu di dalam Kumpulan atau
mana-mana individu lain yang mewakili Kumpulan, sebagai daya tarikan, insentif,
ganjaran, hadiah atau bonus untuk dipilih dan/atau sebarang tujuan lain yang
berkaitan dengan urusan Kumpulan.

Vendor hendaklah tidak, secara langsung atau tidak langsung, berjanji,


menawarkan, memberikan atau membenarkan pemberian wang atau barangan lain
yang berharga kepada Pegawai Awam, pegawai syarikat swasta dan Orang Berkaitan
mereka untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan dalam
urusan perniagaan atau semasa menjalankan urusan Kumpulan.

Ini termasuk:

 Komisen yang Vendor syakiakan dianggap sebagai Sogokan atau mungkin disyaki
akan digunakan oleh penerima untuk membayar Sogokan atau untuk tujuan
rasuah lain; dan

 Bayaran pendorong (‘duit kopi’) yang dianggap sebagai bayaran kepada Pegawai
Awam untuk mendapatkan akses, menjamin atau mempercepatkan pelaksanaan
fungsi biasa yang sepatutnya perlu dilaksanakan mereka. Kami tidak
membenarkan bayaran pendorong. Vendor mesti memaklumkan pihak di dalam
Kumpulan yang berurusan dengan mereka apabila menghadapi permintaan untuk
membuat bayaran pendorong. Jika Vendor telah membuat bayaran yang mungkin
disalah anggap sebagai bayaran pendorong, pihak yang berurusan dengan
mereka di dalam Kumpulan mesti dimaklumkan serta-merta dan bayaran
hendaklah dicatatkan dengan sewajarnya.

Vendor juga mesti mengelakkan diri daripada sebarang aktiviti atau tingkah laku
yang mungkin menimbulkan persepsi atau syak wasangka tentang apa-apa amalan
rasuah atau percubaan melakukannya. Tindakan berjanji, menawarkan, memberi
atau menerima sebarang kelebihan untuk mempengaruhi keputusan penerima atau
dipengaruhi olehnya bukan sahaja menyebabkan perlanggaran kontrak tetapi juga
pendakwaan jenayah.

15
7.3 Hadiah, Hiburan danHospitaliti Korporat

Kumpulan ini melarang penggunaan hadiah, hiburan dan hospitaliti korporat untuk
mempengaruhi keputusan perniagaan. Vendor hendaklah tidak menawarkan hadiah
(termasuk dalam bentuk tunai atau seumpamanya), perkhidmatan peribadi, sajian
mewah yang kerap, hiburan tidak wajar yang tidak senonoh atau berunsur seks,
perjalanan yang bukan untuk tujuan perniagaan sah, atau yang mungkin meletakkan
Kumpulan pada kedudukan yang menimbulkan konflik, dengan hasrat untuk
mempengaruhi keputusan perniagaan atau selainnya bertujuan atau diberikan untuk
mendapatkan kelebihan, atau mungkin menjejaskan reputasi Kumpulan dengan cara
yang negatif. Vendor perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang
diguna pakai berkaitan penggunaan hadiah, hiburan dan hospitaliti korporat di
semua negara mereka beroperasi.

7.4 Derma dan Tajaan

Derma dan tajaan syarikat adalah sebahagian daripada komitmen kepada


masyarakat dan cara untuk menyumbang kepada tujuan murni. Namun begitu,
derma dan tajaan sah sekalipun kadangkala mengundang risiko untuk dianggap
sebagai rasuah dan Sogokan.

Atas sebab ini, apabila melakukan kerja untuk Kumpulan, Vendor tidak boleh
menawarkan sebarang derma atau tajaan kepada mana-mana pihak ketiga.

7.5 Melindungi Aset Kumpulan

Vendor mungkin dibenarkan menggunakan Aset Kumpulan ketika menjalankan


perkhidmatan mereka. Vendor perlu melindungi Aset ini daripada pembaziran,
kehilangan, kerosakan, salah guna, kecurian, penyelewengan atau perlanggaran Hak
Milik Intelektual, dan memastikan Aset ini digunakan secara bertanggungjawab.

7.6 Ketepatan Rekod Transaksi Perniagaan dan Maklumat Kewangan

Kumpulan komited untuk menjamin tahap integriti maklumat kewangan demi


manfaat pemegang taruh, ini termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli lembaga
Pengarah, pengurusan, pemegang saham, pemiutang dan agensi kerajaan.

Vendor mesti memastikan semua rekod dan dokumen perniagaan bagi semua
transaksi yang dijalankan dengan Kumpulan adalah tepat, terkini, boleh dibaca,
mudah dikenal pasti dan boleh didapati kembali. Semua rekod hendaklah
dikendalikan mengikut tahap kerahsiaan yang sewajarnya dan mematuhi prinsip
perakaunan yang diterima pakai umum dan juga semua undang-undang dan
peraturan yang diguna pakai di negara di mana Vendor beroperasi. Rekod tersebut
hendaklah diberikan atau disediakan kepada Kumpulan, apabila perlu untuk
memudahkan pengesahan dan tujuan audit.

Pemalsuan rekod kewangan atau rekod lain atau salah nyata maklumat mungkin
membabitkan Penipuan dan boleh menimbulkan liabiliti sivil dan jenayah terhadap
Vendor.

16
7.7 Maklumat Hak Milik dan Sulit

Vendor perlu melindungi Maklumat Hak Milik dan Maklumat Sulit Kumpulan.
Maklumat tersebut hanya boleh digunakan oleh Vendor untuk tujuan yang
dibenarkan oleh Kumpulan. Vendor hendaklah tidak menyampaikan atau
mendedahkan maklumat tersebut dengan sebarang cara kepada pihak ketiga
melainkan komunikasi atau pendedahan tersebut dibenarkan oleh Kumpulan atau
sekiranya maklumat tersebut sudah boleh didapati secara umum.

Vendor mempunyai kewajipan untuk terus melindungi maklumat Hak Milik dan
Maklumat Sulit walaupun selepas kewajipan kontrak untuk melakukan tugas untuk
Kumpulan telah selesai atau tidak lagi berkuat kuasa, melainkan pendedahan
tersebut diperlukan mengikut perintah mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa
selayaknya atau pihak berkuasa kehakiman, kerajaan atau kawal selia yang
selayaknya.

7.8 Maklumat Orang Dalam, Perdagangan Sekuriti dan Pendedahan Awam

Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, Kumpulan perlu mematuhi pelbagai


undang-undang dan peraturan untuk membuat pendedahan awam yang tepat pada
masanya, lengkap dan saksama tentang maklumat yang mungkin memberikan
kesan ketara kepada pasaran dan sahamnya.

Vendor kami tidak dibenarkan untuk berdagang dalam sekuriti atau instrumen
kewangan lain berasaskan maklumat yang diperolehi dalam pelaksanaan tugas, jika
maklumat tersebut belum dilaporkan secara umum.

Vendor juga mesti mengelakkan diri daripada mendedahkan maklumat dalaman


kepada sesiapa, termasuk Ahli Keluarga dan rakan-rakan mereka, melainkan
pendedahan tersebut diperlukan mengikut perintah mana-mana mahkamah dengan
bidang kuasa sah atau pihak berkuasa undang-undang, kerajaan atau kawal selia
yang selayaknya.

Pendedahan maklumat penting danbukan awam kepada pihak lain juga boleh
dikenakan hukuman sivil dan jenayah.

7.9 Perlindungan Data Peribadi

Kumpulan menghormati privasi dan kerahsiaan data Kakitangan, ahli lembaga


Pengarah, Pihak yang Berurus Niaga, Rakan Perniagaan dan data peribadi
Pelanggan. Vendor perlu melakukan perkara yang sama dengan memastikan data
peribadi dikekalkan rahsia dan terlindung, melainkan akses diberikan untuk tujuan
perniagaan yang sah.

Vendor perlu mematuhi semua undang-undang perlindungan data peribadi yang


berkenaan di semua negara di mana Kumpulan beroperasi. Langkah sewajarnya
perlu diambil apabila mengendalikan data peribadi dari segi kutipan, pemprosesan,
pendedahan, keselamatan, simpanan dan pengekalan.

17
7.10 Media Sosial

Vendor yang diberi tugas untuk menguruskan akaun media sosial rasmi Kumpulan
bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan akaun dan aktiviti di dalamnya,
mematuhi dasar dan garis panduan media sosial Kumpulan. Dalam kes tersebut,
Vendor bertanggungjawab untuk mendapatkan satu salinan garis panduan media
sosial yang berkenaan daripada pihak yang berurusan dengan mereka di dalam
Kumpulan.

7.11 Undang-Undang Persaingan dan Anti-trust

Vendor hendaklah mematuhi Undang-undang Persaingan dan Anti-trust yang


berkuat kuasa di negara- di mana mereka beroperasi. Vendor hendaklah tidak
menggunakan kaedah yang tidak sah atau tidak beretika untuk bersaing di pasaran
atau berpakat dengan Vendor lain dalam urusan perniagaan dengan Kumpulan. Ini
termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 pertukaran maklumat persaingan dengan Pesaing;

 mempengaruhi bida (termasuk mengatur untuk menghantar bida palsu);

 pakatan harga atau syarat berkaitan dengan penetapan harga;

 memperuntukkan pasaran, wilayah atau Pelanggan;

 menyusun atur strategi untuk mengenepikan Pesaing secara tidak sah dari
pasaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan produk atau
perkhidmatan (bundling) untuk menyekat persaingan atau menetapkan harga
predatori dan sebarang amalan dilarang yang mengehadkan persaingan yang
bebas dan adil.

7.12 Undang-undang Perdagangan Antarabangsa

Sebagai syarikat multinasional yang menjalankan perniagaan di seluruh dunia,


Kumpulan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang mengawal selia
perdagangan antarabangsa. Vendor yang urusan kerjanya dengan Kumpulan
tertakluk di bawah undang-undang ini perlu memahami dan mematuhi undang-
undang dan peraturan berkenaan terutamanya berhubung dengan (tetapi tidak
terhad kepada) kawalan import dan eksport, seperti sekatan dagangan dan duti
import.

7.13 Berurusan dengan Pihak Berkuasa Kerajaan, Parti Politik dan Pertubuhan
Antarabangsa

Kumpulan berusaha membina hubungan yang telus dan adil dengan agensi kerajaan,
Pegawai Awam dan pertubuhan antarabangsa.

Sejajar dengan komitmen ini, Vendor tidak seharusnya memberikan sumbangan


politik secara langsung atau tidak langsung bagi pihak Kumpulan. Vendor hendaklah
mengelakkan diri daripada dilihat membuat sumbangan atau perbelanjaan
sedemikian kepada mana-mana Parti Politik, calon atau kempen bagi pihak
Kumpulan. Vendor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang

18
berkaitan berhubung dengan urusan mereka dengan pihak-pihak ini di semua negara
di manat mereka beroperasi.

7.14 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan


Keganasan

Vendor perlu mematuhi sebarang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan
Pembiayaan Keganasan di semua negara di mana mereka beroperasi. Vendor
hendaklah tidak terlibat dalam aktiviti Pengubahan Wang Haram sama ada, secara
langsung atau tidak langsung. Aktiviti sedemikian termasuk berpakat dengan mana-
mana Kakitangan Kumpulan untuk memindahkan atau mendapatkan dana haram
menggunakan urusan kerja mereka dengan Kumpulan untuk menyelindungi aktiviti
haram dan transaksi Pengubahan Wang aram.

Aktiviti lain mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

• Pembayaran yang dibuat dalam mata wang yang berbeza daripada invois;

• Percubaan untuk membuat bayaran dalam wang tunai atau Kesetaraan Tunai (di
luar amalan perniagaan biasa);

• Pembayaran yang dibuat oleh pihak ketiga yang bukan pihak yang terlibat dalam
Kontrak; dan

• Pembayaran kepada akaun pihak ketiga yang bukan pihak yang terlibat dalam
Kontrak.

19
8. HUBUNGI KAMI

Vendor yang bimbang tentang berlakunya sebarang perlanggaran undang-undang


dan peraturan berkenaan yang sebenar atau kemungkinan melanggarnya, termasuk
sebarang peruntukan TPV, oleh mana-mana Pengarah atau Kakitangan Kumpulan,
sesiapa yang menjalankan kerja bagi Kumpulan, atau bertindak bagi pihak
Kumpulan, hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Kumpulan menggunakan
saluran pelaporan berikut:

e-Borang Pelaporan Salah Laku di


http://www.simedarbyplantation.com/corporate/governance/whistleblowing

E-mel:

Pengarah Bebas Kanan: seniordirector@simedarbyplantation.com

Unit Pelaporan Salah Laku di Unit Pematuhan Kumpulan :


whistleblowing@simedarbyplantation.com

Hubungi Talian Tanpa Tol (Waktu Pejabat Malaysia; GMT+8 jam):

Malaysia 1 800 22 3388

Indonesia 007 8036 01 5252

Thailand 1 800 011 933

Belanda 08000 220028

Afrika Selatan 0800 993820

United Kingdom 0808 2344 999

Hubungi Kami di Talian Khas: (6019) 2797 553

Surat kepada Unit Pelaporan Salah Laku (Unit Pematuhan


Kumpulan) di:

Unit Pelaporan Salah Laku

Sime Darby Plantation Berhad

P.O. Box 8068

Kelana Jaya

46781 Selangor, Malaysia

20
DEFINISI

Definisi istilah penting yang digunakan dalam TPV adalah seperti berikut:

ISTILAH KETERANGAN
Ahli Keluarga Hendaklah termasuk suami/isteri, ibu bapa, anak
(termasuk anak angkat dan anak tiri), adik-beradik
Pengarah atau Kakitangan serta suami/isteri kepada
anaknya dan adik-beradiknya.

Akta Pencegahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan


Pengubahan Wang pencegahan keganasan dirangka untuk mencegah
Haram dan penjenayah daripada mempergunakanperniagaan sah
Pencegahan untuk tujuan ini, dan membantu agensi penguatkuasaan
Pembiayaan undang-undang untuk menjejak dan mendapatkan kembali
Keganasan aset penjenayah dan pembiayaan pengganas.

Aset Sumber ketara dan tidak ketara yang dikawal oleh


perusahaan hasil daripada transaksi atau kejadian masa
lepas di mana manfaat ekonomi masa depan dijangka
diperolehi oleh perusahaan. Sumber tersebut termasuk
bangunan, tapak, peralatan, kelengkapan, bekalan,
kemudahan komunikasi, dana, akaun, program komputer,
maklumat, teknologi, dokumen, paten, tanda dagang, hak
cipta, ilmu dan sumber atau harta benda lain Kumpulan.

Etika Merujuk kepada piawaian tingkah laku, yang menunjukkan


kelakuan yang sewajarnya, berteraskan tanggungjawab
dan nilai moral, berlandaskan prinsip betul dan salah. Etika
melibatkan dua aspek, iaitu keupayaan membezakan yang
betul daripada yang salah dan komitmen untuk melakukan
perkara yang betul.

Gangguan Sebarang tindakan secara langsung atau tidak langsung,


tingkah laku atau amalan yang dianggap oleh mana-mana
individu atau kumpulan individu sebagai menganiaya,
memalukan, menakutkan atau mencetus permusuhan,
sama ada secara lisan, fizikal atau visual.

Hak Milik Intelektual Perniagaan Hak Milik atau maklumat teknikal berharga
yang dilindungi oleh paten, tanda dagangan, hak cipta atau
undang-undang rahsia perdagangan.

Kakitangan Kakitangan termasuk tenaga kerja, meliputi pengurusan


kanan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif yang
bekerja di bawah Vendor. Ini juga termasuk Kakitangan
sementara, pelatih dan/atau pihak ketiga yang ditugaskan
oleh Vendor untuk melakukan kerja untuk Kumpulan.

Kesetaraan Tunai Aset, seperti hartanah atau saham, yang mempunyai nilai
tunai setara yang boleh direalisasi untuk jumlah wang
tertentu, atau Aset yang mudah ditukarkan untuk tunai,
sebagai contoh bil Perbendaharaan.

21
ISTILAH KETERANGAN
Kontrak Perjanjian yang mewajibkan setiap pihak melakukan atau
tidak melakukan perkara tertentu. Contoh kontrak
termasuk kontrak jual beli, kontrak perkhidmatan dan lain-
lain.

Maklumat Hak Milik Maklumat Hak Milik ialah maklumat yang dipegang oleh
seseorang atau entiti berhubung dengan kepakaran, rahsia
perdagangan atau sebarang bentuk maklumat lain, sama
ada bercetak atau dalam bentuk elektronik, termasuk
tetapi tidak terhad kepada Hak Milik Intelektual, maklumat
teknikal, proses perniagaan, ramalan jualan, strategi
pemasaran, senarai Pelanggan atau maklumat bakal
Pelanggan, rekod atau operasi kewangan yang dianggap
sebagai sulit (sama ada dilabel sebagai sulit) dan dipunyai
dan dimiliki oleh Kumpulan.

Maklumat Sulit a. Sebarang maklumat dalam sebarang bentuk yang tidak


diketahui secara umum, dan merupakan hak milik
Kumpulan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
maklumat berkaitan dengan proses, operasi,
perdagangan, produk, penyelidikan, pembangunan,
pengilangan, pembelian, perniagaan, prospek
perniagaan, transaksi, hal-ehwal, aktiviti,
pengetahuan, Hak Milik Intelektual, perakaunan,
kewangan, perancangan, operasi, data Pelanggan,
kejuruteraan, pemasaran, pembarangan dan
penjualan, Maklumat Hak Milik dagangan, daftar gaji,
data peribadi Kakitangan, senarai Pelanggan, rekod,
perjanjian dan maklumat, maklumat teknikal dan
maklumat lain yang berkaitan, dan mana-mana buku,
akaun dan rekod yang disimpan oleh Kumpulan untuk
tujuan perniagaannya;

b. Semua maklumat yang didedahkan kepada Pengarah


atau Kakitangan atau yang mereka peroleh akses
sepanjang tempoh dia memegang jawatannya di mana
dia mempunyai sebab atau seharusnya mempunyai
sebab untuk percaya merupakan Maklumat Sulit,
hendaklah dianggap sebagai Maklumat Sulit dan
termasuk (tetapi tidak terhad kepada) senarai harga,
kaedah perniagaan, sejarah Pelanggan, rekod,
maklumat dan reka ciptaan; dan

c. Sebarang maklumat yang diterangkan dalam (a) dan


(b) di atas yang berkaitan dengan mana-mana
pembekal, ejen, pengedar dan Pelanggan Kumpulan.

Orang Berkaitan Orang Berkaitan termasuk yang berikut:

a. Ahli Keluarga Rakan Perniagaan atau pegawai,


termasuk suami/isteri, ibu bapa, anak (termasuk anak

22
ISTILAH KETERANGAN
angkat dan anak tiri), adik-beradik serta suami/isteri
kepada anaknya dan adik-beradiknya;

b. Badan korporat yang dikaitkan dengan Rakan


Perniagaan atau pegawai tersebut;

c. Pemegang amanah (selain daripada pemegang amanah


skim saham Kakitangan atau skim pencen) di mana
Rakan Perniagaan atau pegawai atau Ahli Keluarganya
merupakan seorang penerima; atau

Rakan kongsi bagi Rakan Perniagaan atau pegawai atau


rakan kongsi Orang Berkaitan dengan Rakan Perniagaan
atau pegawai.

Parti Politik Sekumpulan orang yang bergabung untuk mendapatkan


atau melaksanakan kuasa politik.

Pegawai Awam Pegawai Awam ditakrifkan secara umum sebagai termasuk


pegawai atau Kakitangan yang bertindak bagi pihak
kerajaan atau badan atau agensi awam. Ia juga mungkin
merujuk kepada pegawai atau Kakitangan pertubuhan
antarabangsa kerajaan, seperti Bangsa-bangsa Bersatu,
NGO dan Badan-Badan Industri. Ia juga termasuk pegawai
politik atau Kakitangan Parti Politik atau calon untuk
pejabat politik.

Pelanggan Pelanggan ialah orang atau entiti di mana Kumpulan


menyediakan produk atau menyediakan perkhidmatan
kepada mereka dan termasuk bakal pelanggan.

Pengarah Pengarah termasuk semua pengarah bebas dan bukan


bebas, pengarah eksekutif dan bukan eksekutif seharusnya
termasuk pengarah silih ganti atau gantian.

Pengubahan Wang Pengubahan Wang Haram ialah proses menyembunyikan


Haram ciri atau sumber sebenar dana yang diperolehi secara
haram (seperti penjualan dadah atau aktiviti keganasan)
dan memindahkannya secara terselindung melalui saluran
perniagaan sah melalui kaedah deposit bank, pelaburan
atau pemindahan dari satu tempat (atau orang) ke tempat
lain.

Persetujuan Bebas, Prinsip bahawa sesebuah masyarakat berhak untuk


Terdahulu dan Maklum memberi atau tidak memberi persetujuan kepada projek
yang dicadangkan yang mungkin menjejaskan tanah yang
secara tradisi dimiliki, diduduki dan digunakan oleh
mereka. Persetujuan ini melibatkan rundingan maklum,
tanpa paksaan antara pelabur, syarikat atau kerajaan dan
penduduk peribumi sebelum pembangunan dan
pembukaan ladang kelapa sawit, kawasan pembalakan dan
perusahaan lain di atas tanah adat mereka. Prinsip ini
bermakna mereka yang mahu menggunakan tanah adat

23
ISTILAH KETERANGAN
yang dimiliki oleh penduduk peribumi atau penduduk
tempatan mesti berunding dengan mereka.

Penipuan Penyataan palsu tentang sesuatu fakta, sama ada


menerusi perkataan atau tingkah laku, menerusi dakwaan
palsu atau mengelirukan, atau dengan menyembunyikan
apa yang sepatutnya didedahkan, yang memperdayakan
atau bertujuan memperdayakan orang lain.

Pesaing Pesaing ialah orang atau entiti yang memberikan


perkhidmatan atau membekalkan produk yang sama atau
serupa seperti Kumpulan di mana-mana satu atau
sebilangan persekitaran perniagaan.

Pihak Berurus Niaga Usaha sama (kawalan kepentingan), perunding, ejen,


kontraktor dan penyedia barangan dan perkhidmatan
Kumpulan yang mempunyai urusan secara langsung
dengan Kumpulan.

Rakan Perniagaan Mana-mana pihak di mana Kumpulan mempunyai


hubungan komersial tetapi tidak mempunyai pengaruh
besar atau kawalan terhadapnya, seperti Pelanggan, Usaha
Sama (kepentingan bukan kawalan) dan pakatan
perniagaan.

Sogokan Sogokan ialah dorongan atau ganjaran (kewangan atau


selainnya) yang ditawarkan, dijanjikan atau diberikan,
secara langsung atau tidak langsung, untuk mendapatkan
kelebihan komersial, Kontrak, kawal selia, peribadi atau
kelebihan lain yang tidak wajar.

Undang-undang Anti- Undang-undang yang melarang tawaran wang, barangan


Rasuah atau perkhidmatan kepada seseorang untuk memujuknya
melakukan tindakan terlarang, demi kepentingan orang
yang menawarkan rasuah.

Undang-undang Anti- Undang-undang yang bertujuan menggalakkan persaingan


trust bebas di pasaran dengan mengharamkan monopoli .

Vendor Vendor termasuk pembekal, perunding, ejen, kontraktor


dan pembekal barangan/perkhidmatan Kumpulan yang
berurusan secara langsung dengan Kumpulan.

24

You might also like