Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(PDP)
UNTUK MENGISI MASA

PEMBELAJARAN SEMASA PELAKSANAAN


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

BAHASA MELAYU
MENENGAH ATAS

TINGKATAN 4 DAN 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAHAN INI DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL


SOALAN 4
Sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam kalangan penduduk dunia.
Jelaskan pernyataan di atas.

PENDAHULUAN
TEMA sukan – aktiviti kecergasan badan – mampu memberikan faedah yang banyak kepada manusia – melibatkan semua
KELOMPOK penduduk di dunia – bersukan untuk menyihatkan tubuh badan – bersukan di mana-mana sahaja – bila-bila masa
ISU penduduk dunia – menghadapi konflik – hubungan semakin hari semakin terjejas – berbalah dalam media sosial
UNGKAPAN masing-masing tidak mahu bertolak ansur – bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
ARAHAN Adakah sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam kalangan penduduk dunia?

IDEA 1
IDEA Sukan ialah platform utama yang menjadi jambatan perhubungan baik antara penduduk negara di seluruh dunia
H – SEBAB ahli sukan berkumpul di suatu tempat – meraikan kejayaan dan catatan rekod baharu – bertukar-tukar pandangan
CONTOH Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali – mengumpulkan atlet dari seluruh dunia – 2021 Jepun ialah tuan rumah
H – KESAN masyarakat pelbagai bangsa dan agama dapat bertanding – memupuk semangat kesukanan – dapat berkenalan
UNGKAPAN mengenali kebudayaan dan adat resam atlet-atlet yang berbeza agama dan bangsa – tak kenal maka tak cinta
PENEGASAN Keamanan dan hubungan yang baik dapat diwujudkan dalam bidang sukan kerana sukan penghubung keeratan

IDEA 2
IDEA Pertandingan sukan membolehkan peminat sukan mengetahui perbezaan adat dan budaya rakyat di negara lain
H – SEBAB peminat sukan akan membeli tiket penerbangan – pergi ke negara tuan rumah – menyaksikan pertandingan sukan
CONTOH rakyat Malaysia – pergi ke London untuk menyaksikan Pertandingan Badminton All England – dapat melancong
H – KESAN mengenali tempat-tempat menarik – mengetahui gaya hidup dan bahasa berbeza – mengenali keunikan di sana
UNGKAPAN kita dapat menghormati adat resam dan budaya – kata orang tua-tua, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”
PENEGASAN Sukan membolehkan peminatnya mengenali pelbagai perbezaan antara negara sendiri dengan negara orang lain

IDEA 3
IDEA Sukan dapat meningkatkan imej sesebuah negara sekali gus memberikan keamanan dan jalinan hubungan baik
H – SEBAB tuan rumah akan dihormati – dipuji kerana berjaya menganjurkan pertandingan sukan – mendapat liputan dunia
CONTOH pihak CNN dan Al Jazeera memuji kesungguhan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1988
H – KESAN nama Malaysia semakin dikenali – dilawat oleh banyak pelancong – melihat keamanan di negara kita yang unik
UNGKAPAN menyaksikan keharmonian rakyat yang hidup bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing – berasa sangat kagum
PENEGASAN Imej negara dapat dipertingkatkan oleh sukan – mengekalkan keamanan dan menjamin hubungan erat dan mesra

IDEA 4
IDEA Perpaduan antara negara dapat dipupuk dalam bidang sukan sekali gus menghidupkan obor keamanan di dunia
H – SEBAB perbalahan masih berlaku di beberapa buah negara – negara Amerika masih bermusuhan dengan negara Iran
CONTOH atlet dapat berkumpul – meletakkan fahaman politik yang berbeza di tepi – mengutamakan persahabatan sukan
H – KESAN bertanding secara harmoni – memberikan pandangan dan idea yang berbeza – mengukuhkan hubungan sahabat
UNGKAPAN orang lama-lama pernah berkata, “kawan biar seribu, lawan jangan satu” - hidup aman dan harmoni di dunia ini
PENEGASAN negara yang terlibat dalam sukan – hidup aman dan harmoni – hubungan menjadi lebih erat bagai isi dengan kuku

IDEA 5
IDEA bidang sukan menyediakan peluang pekerjaan yang bersifat global kepada sesiapa yang terlibat dalam bidang ini
H – SEBAB banyak negara yang mengimport pemain dan jurulatih dari negara yang berbeza – memerlukan perkhidmatan khas
CONTOH pemain beregu badminton negara, Jeremy Gan, pernah menerima tawaran dari Persatuan Badminton Jepun
H – KESAN menjadi jurulatih beregu campuran – sasaran menghasilkan pemenang pingat dalam Sukan Olimpik 2021 Jepun.
UNGKAPAN oleh sebab jauhari jua yang mengenal manikam, bakat pemain dari Malaysia juga menjadi rebutan di luar negara
PENEGASAN rakyat Malaysia berpeluang pekerjaan di seluruh dunia – perlu melibatkan diri dalam bidang sukan secara serius

PENUTUP
TEMA menerima hakikat bahawa sukan memberikan pelbagai manfaat – mengamankan dunia – mengeratkan hubungan
CADANGAN pelbagai pertandingan sukan perlu diadakan – melibatkan lebih banyak negara – pertandingan menjadi meriah
HARAPAN sukan terus diminati dan dijadikan agen perpaduan dalam kalangan penduduk di dunia – hidup aman dan sentosa
UNGKAPAN Ungkapan “Majulah Sukan untuk Negara” bolehlah ditukar kepada “Majulah Sukan demi Dunia yang Aman Damai”
HURAIAN rakyat tak kira di benua Afrika atau di Asia Tenggara dapat hidup aman damai – memupuk silaturahim yang erat
PENEGASAN mestilah menyokong usaha dunia menjadikan sukan sebagai agen pengaman dan platform perpaduan sejagat

You might also like