Kronologi Asal Usul Teori Nisbah Emas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Teori Nisbah Emas (Golden Ratio)

Pada tahun 1170, Leonardo Pisano Bigollo telah dilahirkan di Pisa, Itali. Beliau lebih
terkenal dengan nama Fibonacci iaitu singkatan daripada Filius Bonacci yang bermaksud
“anak kepada Bonacci”. Ayah beliau, Guglielmo Bonacci telah memberikan peluang kepada
beliau untuk merantau di pelbagai benua seperti Syria, Mesir dan Greek. Sepanjang
perantauannya, beliau telah menerokai keunikan sistem nombor Hindu-Arab dan
kelebihannya berbanding sitem nombor Roman. Setelah itu, beliau telah menimba pelbagai
ilmu matematik dan membawa kembali ke Itali.

Pada tahun 1202, Leonardo Pisano Bigollo telah menulis sebuah buku yang
bernama Liber Abaci dan memperkenalkan kebaikan sistem nombor Hindu-Arab dalam buku
tersebut. Selain itu, beliau juga telah menemukan suatu urutan nombor istimewa apabila
beliau sedang menerokai pertumbuhan populasi arnab. Berdasarkan kajian tersebut, beliau
mendapati bahawa bilangan pasangan arnab bertambah setiap bulan dari 1,2,3,5,8,13 dan
seterusnya. Maka, setiap selepas sebutan kedua pada urutan nombor tersebut merupakan
hasil tambah dua sebutan pada sebelumnya. Tambahan pula, jujukan nombor tersebut
diberikan nama sebagai jujukan Fibonacci oleh Edouard Lucas sempena dengan nama
Leonardo Pisano Bigollo.

Rentetan itu, apabila nisbah antara dua digit berturutan dalam urutan Fibonacci iaitu
digit yang lebih besar dibahagikan dengan digit sebelumnya akan mendapat nilai yang
menghampiri nilai nisbah keemasan. Apabila nombor dalam urutan Fibonacci menjadi lebih
besar, nisbah tersebut akan menghampiri 1.618 iaitu nisbah keemasan.

Pada tahun 1509, Luca Pacioli telah menulis sebuah buku bertajuk De Divina
Proportione yang merujuk kepada nisbah keemasan dan buku tersebut telah diilustrasikan
oleh Leonardo Da Vinci. Nisbah keemasan dimanfaatkan sepenuhnya pada zaman
Renaissance untuk lukisan dan arca. Misalnya, Leonardo Da Vinci telah menggunakan
nisbah keemasan dalam karya-karya lukisan beliau seperti The Last Supper dan Mona Lisa.

Pada tahun 1597, Michael Maesttlin dari University of Tübingen telah menyatakan
anggaran perpuluhan bagi bagi nisbah keemasan adalah lebih kurang 0.6180340 dalam
sepucuk suratnya kepada bekas pelajarnya, Johannes Kepler.

Seterusnya, Johannes Kepler membuktikan bahawa nisbah keemasan adalah batas


bagi nisbah nombor Fibonacci yang berjujukan dan menyatakan bidang geometri
mempunyai dua khazanah agung iaitu Pythagoras teorem yang diibaratkan sebagai emas
satu lagi adalah pembahagian satu garisan kepada nisbah lampau dan purata yang
diibaratkan dengan permata.
Pada tahun 1835, Martin Ohm telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Die Reine
Elementar-Mathematik dan beliau dipercayai menjadi orang pertama yang menggunakan
istilah Goldener Schnitt (seksyen keemasan) untuk mewakili nisbah keemasan.

Pada tahun 1900, Mark Barr telah mencadangkan abjad Yunani phi, φ iaitu abjad
pertama daripada nama Phidias sebagai satu symbol bagi mewakili nisbah keemasan.
Phidias merupakan seorang pengarca yang telah membina patung-patung Parthenon
dengan nisbah keemasan.

Pada tahun 1970, Roger Penrose telah menemui corak simetri yang menggunakan
nisbah keemasan dalam bidang jubin tak berkala yang membawa kepada penemuan baru
mengenai kuasikristal pada tahun sekitar 1980.
Keunikan Nisbah Keemasan

Nisbah keemasan merupakan satu nisbah yang sangatl unik dan banyak berkait
dengan alam dunia ini. Nisbah keemasan ini diperolehi daripada urutan Fibonacci yang
ditemui oleh Leonardo Pisano Bigollo pada tahun 1202. Dalam erti kata lain, nisbah
keemasan muncul selepas munculnya urutan Fibonacci dan ini menyebabkan nisbah
keemasan dan urutan Fibonacci mempunyai perkaitan yang sangat rapat.

Setiap selepas sebutan kedua pada urutan Fibonacci dapat diperolehi melalui hasil
tambah dua sebelumnya sebelumnya dan urutan tersebut dimulaikan dengan digit 0 dan 1.
Urutan Fibonacci adalah seperti yang berikut,

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584,…

Berdasarkan urutan tersebut, kita sebenarnya boleh mendapati bahawa setiap


nombor dalan urutan tersebut apabila dibahagikan dengan nombor sebelumnya akan
menghasilkan suatu nilai nisbah yang hampir sama di antara satu sama lain. Pada akhirnya,
nilai nisbah tersebut akan kekal sama selepas sebutan ke-13 dalam urutan tersebut. Oleh
itu, nilai nisbah tersebutlah yang dikenali sebagai Nisbah Keemasan.

Bagi membuktikan keunikan nisbah emas ini, saya telah menjalankan suatu kajian terhadap
nisbah keemasan terhadap Hasil Tananaman Sawit di Malaysia.
Pengenalan Kepada Tanaman Yang Dipilih Serta Sumbungannya Terhadap Ekonomi
Negara

Sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineesis sebenarnya berasal dari Afrika
Selatan. Pada tahun 1848, empat anak benih tanaman sawit telah dibawa dari Afrika dan
ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia. Pada tahun 1880-an, benih ini kemudiannya
telah dibawa ke Deli, Sumatera untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1911,
benih ini kemudiannya dibawa ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, juga untuk dijadikan
tanaman hiasan.

Sejarah awal industri sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917, apabila benih
kelapa sawit Dura (tempurung tebal) dari Rantau Panjang, Selangor mula ditanam di Ladang
Tenmaran, Kuala Selangor. Dengan melakukan beberapa kaedah penyelidikan dan
memahami pewarisan bentuk buah kelapa sawit, penanaman komersial daripada baka Dura
kepada baka kacukan Dura x Pisifiera (DxP) mula dijalankan. Buah Pisifera adalah buah
sawit yang tidak mempunyai tempurung, dan dikenali sebagai buah mandul betina iaitu
bunga betina yang sepatutnya berkembang menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum
matang. Baka kacukan DxP menghasilkan buah tanera (kelapa sawit yang mempunyai
tempurung nipis). Pokok kelapa sawit yang menggunakan baka jenis DxP adalah lebih
rendah dan tandannya sangat besar. Banyak kelebihannya apabila baka jenis DxP ini
ditanam. Pertama, disebabkan ia rendah daripada baka Dura, ia memudahkan pekerja
ladang untuk memetik buah kelapa sawit. Kedua, lebih banyak pokok kelapa sawit dapat
ditanam dalam satu hektar tanah kerana sifat pokok itu yang lebih rendah dan yang ketiga,
kerana sifat tempurungnya yang nipis, maka ia menghasilkan minyak yang banyak.nKini,
jika kita tinjau ladang kelapa sawit yang terdapat di Malaysia, kebanyakannya telah di
dominasi dengan pokok kelapa sawit jenis DxP.
Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan
untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an,
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk
diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat
memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan
kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan
penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan
beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini.
Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk
melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan
tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM)
pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan
dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan
memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.

Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya
memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha
pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit,
peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian
terhadap daya tahan perosak dan penyakit juga dilakukan.

Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman
kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:-

 Terdapat seluas 4, 853, 766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun
2010 berbanding cuma 642, 00 hektar direkodkan pada tahun 1975.
 Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4, 370 pada tahun 2010
berbanding 690 pada tahun 1975.
 Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan,
iaitu 11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010.
 Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit
mentah negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah
sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk
tahun 2010.
Jika dilihat ketika berlakunya krisis kewangan dunia pada tahun 1997/1998, industri
sawit telah mampu menyelamatkan ekonomi negara. Pada ketika itu, industri sawit telah
dapat kekal berdaya saing dan telah memainkan peranan sebagai penyelamat ekonomi
negara. Permintaan terhadap minyak sawit mentah dan produk berkaitannya terus kukuh
walaupun keadaan ekonomi pada ketika itu tidak stabil.

Industri makanan yang berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami


perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat
daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun
1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta
pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada
13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.
Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan
sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia.

Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan
dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. Oleh kerana itu,
lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit
punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak
ekonomi negara. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion
ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini,
Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan
anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Nilai pelaburan terkini dalam industri
minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan
ini diperoleh dalam negeri. Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa
pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang
belakang ekonomi luar bandar. Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta
pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan
harian mereka. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam
mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini.
Sumbangan Teknologi Dalam Penambahbaikan Tanaman Sawit

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) berjaya membangunkan satu proses


pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang bermula tahun 2002. Proses
pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB berpotensi berdaya
maju pada skala komersil.

Antara kebaikan proses ini :

1. Tidak memerlukan gerabak sterilizer, trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut
pindahan dan traktor
2. Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara berterusan,
boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh.
3. Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap,
mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik.
4. Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada
kehilangan produk yang tinggi, kualiti produk rendah dan pengurangan keseluruhan.
5. Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di boiler
untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap, yang dapat
meningkat kecekapan boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan
boiler stack.
6. Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah persekitaran
kilang sawit yang lebih bersih
7. Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih
yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang konventional.

Teknologi Dandang masih baru iaitu inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya
mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam.
Teknologi baru ini sangat relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah
hijau bagi menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani
pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut, kemarau dan ribut taufan.

Teknologi Pembuangan Benda Asing menggunakan proses pemisahan dua


peringkat bagi pengasingan benda asing bersama buah lerai daripada tandan kosong.
Manakala teknologi Pensterilan Berterusan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah
teknologi pengilangan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui
kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum.
Statistik Hasil Penuaian Sawit Malaysia selepas menggunakan Teknologi Moden
(Berdasarkan) (2002- 2016)

Tahun Hasil pengeluaran Hasil bagi setiap hektar Harga purata bagi setiap

(Tan Metrik) (Tan Metrik/ Hektar) hektar (RM)

2002 50,884,876 17.97 1363.50

2003 55,373,112 18.99 1544.00

2004 57,386,394 18.60 1610.00

2005 60,648,318 18.88 1394.00

2006 63,828,106 19.60 1510.5

2007 63,181,350 19.03 2530.50

2008 68,732,737 20.18 2777.50

2009 66,766,810 19.20 2236.50

2010 64,282,738 18.03 2701.00

2011 71,384,441 19.69 3219.00

2012 69,834,479 18.89 2764.00

2013 72,440,105 19.02 2371.00

2014 72,710,040 18.63 2383.50

2015 74,434,151 18.48 2153.50

2016 65,361,271 15.91 2653.00


Kewujudan Nisbah Dalam Statistik Hasil Pengeluaran Malaysia

Pengiraan nisbah keemasan:

Dua kuantiti a dan b dapat dikatakan berada dalam nisbah keemasan φ jika:

Persamaan ini dengan jelas mentakrifkan φ.


Pecahan di sebelah kiri dapat dialih kepada:

Pendaraban dengan φ menghasilkan

yang dapat disusun semula menjadi

Satu-satunya penyelesaian positif bagi persamaan kuadratik ini ialah


Berdasarkan formula pengiraan nisbah keemasan yang telah ditunjukkan, kewujudan
nisbah keemasan dibuktikan dengan menggunakan data hasil sawit tahunan yang
menggunakan teknologi moden bagi setiap tahun bermula tahun 2003 sehingga tahun 2016;

Tahun Hasil pengeluaran Pengiraan Hasil pengiraan


(Tan Metrik)

2003 55,373,112 50 884 876+55 373 112 2.088203733


50884 876

2004 57,386,394 55373 112+57 386 394 2.036358477


55 373 112

2005 60,648,318 57 386394 +60,648,318 2.056841418


57 386 394

2006 63,828,106 60,648,318+63,828,106 2.134872463


60,648,318

2007 63,181,350 63,828,106+63,181,350 1.989867222


63,828,106

2008 68,732,737 63,181,350+68,732,737 2.08786433


63,181,350

2009 66,766,810 68,732,737+66,766,810 1.971397516


68,732,737

2010 64,282,738 66,766,810+64,282,738 1.962794808


66,766,810

2011 71,384,441 64,282,738+71,384,441 2.11047605


64,282,738

2012 69,834,479 71,384,441+69,834,479 1.978287117


71,384,441

2013 72,440,105 69,834,479+ 72,440,105 2.037311455


69,834,479

2014 72,710,040 72,440,105+ 72,710,040 2.00372632


72,440,105

2015 74,434,151 72,710,040+ 74,434,151 2.023712145


72,710,040

2016 65,361,271 74,434,151+65,361,271 1.878108639


74,434,151

Statistik Hasil Penuaian Sawit Malaysia dengan menggunakan cara tradisional


(sebelum tahun 2002)

Tahun Hasil pengeluaran Hasil bagi setiap Harga purata bagi setiap

(Tan Metrik) hektar(Tan Metrik/hektar) hektar (RM)

1987 22,122,414 17.91 773.00

1988 25,011,949 18.13 1,029.00

1989 29,286,681 19.57 822.00

1990 28,950,735 18.53 700.50

1991 29,246,850 17.85 836.50

1992 30,272,879 17.83 916.50

1993 36,692,298 20.26 890.00

1994 35,440,485 18.42 1,283.50

1995 37,880,312 18.93 1,472.50

1996 40,064,507 18.95 1,191.50

1997 43,354,995 19.10 1,358.00

1998 37,274,708 15.98 2,377.50

1999 49,513,377 19.26 1,449.50

2000 48,052,132 18.33 996.50

2001 50,981,495 19.14 894.50


Berdasarkan formula pengiraan nisbah keemasan yang telah ditunjukkan, kewujudan
nisbah keemasan dibuktikan dengan menggunakan data hasil sawit tahunan yang
menggunakan cara tradisonal bermula tahun 1987 hingga tanuh 2001;

Tahun Hasil pengeluaran Pengiraan Hasil pengiraan


(Tan Metrik)

1988 25,011,949 22,122,414+25,011,949 2.130615719


22,122,414
1989 29,286,681 25,011,949+29,286,681 2.170890801
25,011,949
1990 28,950,735 29,286,681+ 28,950,735 1.988529052
29,286,681
1991 29,246,850 28,950,735+ 29,246,850 2.010228238
28,950,735
1992 30,272,879 29,246,850+ 30,272,879 2.035081693
29,246,850
1993 36,692,298 30,272,879+ 36,692,298 2.212051817
30,272,879
1994 35,440,485 36,692,298+ 35,440,485 1.965883494
36,692,298
1995 37,880,312 35,440,485+ 37,880,312 2.068842935
35,440,485
1996 40,064,507 37,880,312+ 40,064,507 2.057660428
37,880,312
1997 43,354,995 40,064,507+ 43,354,995 2.082129751
40,064,507
1998 37,274,708 43,354,995+37,274,708 1.859755791
43,354,995
1999 49,513,377 37,274,708+ 49,513,377 2.328337086
37,274,708
2000 48,052,132 49,513,377+ 48,052,132 1.970487874
49,513,377
2001 50,981,495 48,052,132+50,981,495 2.060962186
48,052,132
Justifikasi Terhadap Hasil Pengiraan Nisbah Keemasan Bagi Hasil Pengeluaran Sawit

Malaysia (Tan Metrik).

Persamaan
 Hasil pengiraan bagi tanaman sawit bagi setiap tahun yang menggunakan

teknologi moden dan cara tradisional adalah menghampiri nilai nisbah keemasan

iaitu 1.6180339887 iaitu dengan julat 1.8<x<2.4 .

 Hal ini sedemikian kerana nilai digit yang digunakan terlalu besar sehingga

pengiraan yang dilakukan tidak jitu dan tepat .

 Oleh itu, hasil yang diperolehi tidak dapat menghampiri nilai nisbah keemasan

dengan lebih tepat.

 Walaubagaimanapun, hasil sawit yang diperolehi menunjukkan statistik yang

mendatar iaitu pada julat 1.8<x<2.4.


Perbezaan
Penanaman Sawit Dengan Teknologi Penanaman Sawit Dengan Cara
Moden Tradisional
 Pengeluaran hasil sawit melebihi 50  Pengeluaran hasil sawit tidak

juta tan metrik sehingga mencecah melebihi 50 juta tan metrik

65,361,271 tan metrik.

 Berlaku penyusutan harga ekoran  Dapat menjana ekonomi negara

tekanan ekonomi dari negara besar dengan mampan sehingga dapat

seperti amerika syarikat yang membantu negara ketika krisis

menyekat pengeksportan minyak ekonomi1997/1998.

sawit Malaysia.
Kesimpulan

Kesimpulannya, wujudnya nisbah keemasan dalam hasil pengeluaran sawit adalah


sangat penting kerana nisbah tersebut dapat memastikan pengeluaran sawit di negara ini
kekal stabil. Hal ini kerana, walaupun berlaku penyusutan dan pertumbuhan dalam hasil
pengeluaran sawit di Malaysia namun hal tersebut memastikan pengeluaran sawit berada
pada tahap maksimum dengan memenuhi permintaan atau keperluan ekonomi global agar
hasil bagi setiap kelapa sawit itu dapat mendatangkan keuntungan. Hal ini juga memastikan
nilai ringgit bagi setiap tan metrik dapat di stabilkan agar tidak turun secara mendadak
sehingga mendatangkan kerugian terhadap ekonomi domestic sehingga menjejaskan
pendapatan pekebu-pekebun kecil.
4.0 Rujukan
Famous Mathematicians. (2013). Leonardo Pisano Bigollo. Diakses pada 20 Ogos 2018
daripada http://famous-mathematicians.org/leonardo-pisano-bigollo/.

Hemenway, Priya. (2005). Divine Proportion : Phi In Art, Nature, and Science. New York :
Sterling.

Investopedia. (2018). Fibonacci and the Golden Ratio. Diakses pada 20 Ogos 2018 daripada
https://www.investopedia.com/articles/technical/04/033104.asp.

Laporan Tahunan MPOB (2017). Retrieved from:


https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2019-04-10/ST.33.2019%20-%2033.2019.pdf

Perangkaan Utama Estet Kelapa Sawit, 1974 – 2016, Malaysia ; Lembaga Minyak Sawit

Malaysia

Smith, K. J. (2001). The Nature Of Mathematics. USA : Brooks Cole.

Wikipedia. (2018). Nisbah Keemasan. Diakses pada 25 Ogos 2018 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Nisbah_keemasan.

You might also like