Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU

SEMPENA SAMBUTAN HARI KOR KADET POLIS KALI KE-49 TAHUN 2019

Bismillahhirahhamnirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Yang Berusaha,
 Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
Assistant Commissioner Polis Nasri Bin Hj. Mansor
Ketua Polis Daerah Lahad Datu

Yang Berusaha
Puan Norsiah Barni
Pengetua Sekolah Menangah Sains Lahad Datu

Yang Dihormati
Assistant Superintendent Polis Abdul Satal Bin Hj Mad Buraisal

Yang Berbahagia
Pengetua-Pengetua dan Wakil-wakil pengetua sekolah menengah daerah Lahad
Datu

Yang dihormati
Ketua-Ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu
Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Kanan Kor Kadet Polis
Guru-guru, anggota kor kadet polis
Seterusnya Hadirin Yang Saya Hormati Sekalian.

1.         Alhamdulillah,  Segala  Puji  Dan  Syukur  Dipanjatkan  Ke  Hadrat Allah  Swt
Kerana  Dengan  Limpah  Kurnia  Dan  Inayahnya,  Kita  Dapat Sama-Sama
Meraikan  Sambutan  Hari  Kor Kadet  Polis Yang Ke-49 Pada Tahun Ini.
2.         Bersempena Sambutan Ulang Tahun Pdrm Yang Ke-212 Pada 25 Mac 2019
Yang  Lalu,  Saya  Mengambil  Kesempatan  Ini  Untuk  Mengucapkan Selamat
Menyambut  Ulang  Tahun  Peringatan  Hari  Polis  Yang  Ke-212 Kepada
Seluruh  Warga  Kor  Kadet  Polis,  Yang  Turut  Sama  Menjadi Sebahagian
Daripada Keluarga Pdrm.

3. Sesuai Dengan Kematangan Usia Penubuhannya, Pasukan Kor Kadet Polis


Bukanlah  Sekadar  Pasukan  Beruniform  Untuk  Mengisi  Kegiatan Kokurikulum  Se
kolah Menengah Semata-Mata. Malah  Pengisian  Aktivitinya
Bertujuan  Melahirkan  Remaja  Yang  Berdisiplin,  Memupuk  Semangat Kerjasama,
Saling Menghormati Dan  Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Dalam  Masa Yang
Sama, Pasukan Kor Kadet Polis  Turut Memberi Kefahaman Kepada Ahli-Ahlinya
Tentang  Tugas-Tugas  Kepolisan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang, Serta
Kepentingannya Kepada Masyarakat.
4.         Kor  Kadet  Polis  Turut  Memainkan  Peranan  Penting  Sebagai  Mata Dan
Telinga Kepada  Pihak  Pentadbir  Sekolah  Dan  Pdrm.  Dengan  Adanya
Peranan  Sebegini,  Ia  Sedikit  Sebanyak  Dapat  Membantu  Mencegah Perlakuan
Jenayah Di Kalangan Pelajar Sekolah Dalam Menyokong Peranan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) Daripada Warga Pdrm Yang Dilantik Bagi Setiap
Sekolah.
5.         Seiring Dengan Tema Sambutan Hari Polis Pada Tahun Ini Iaitu “Polis Dan
Masyarakat  Berpisah  Tiada”, Maka Pdrm Juga Berhasrat Untuk
Menonjolkan  “Kehadiran”  Kor  Kadet  Polis Ini  Di  Mata  Masyarakat, Agar Ianya
Tidak Sekadar Berfungsi Sebagai Persatuan Di  Sekolah. Penambahan Program-
Program Kemasyarakatan Di Dalam Silibus Aktiviti Kor Kadet Polis, Berupaya
Memupuk Sikap  Kebertanggungjawaban Terhadap Diri Sendiri, Keluarga, Bangsa,
Masyarakat Dan Negara.
6.         Dalam  Keghairahan  Kita  Mengejar  Status  Negara  Maju, Kecanggihan
Teknologi  Serta  Kebebasan  Penggunaan  Media  Sosial  Telah Menyingkap
Satu  Lagi  Ruang  Lingkup  Jenayah  Baru  Di  Kalangan  Remaja Hari  Ini.  Tidak
Dinafikan, Remaja Kini Memang Pintar, Tetapi Mereka Kurang Matang Dalam
Memahami  Implikasi  Aktiviti-Aktiviti  Atas  Talian  Tanpa Kawalan.  Akibatnya,
Ramai Remaja Terjebak Dalam Aktiviti-Aktiviti Tidak Sihat Seperti Jenayah Dan
Juga Masalah Sosial.
7.         Lebih  Membimbangkan,  Generasi  Muda  Khasnya  Pelajar Dikenalpasti
Sebagai  Kumpulan  Sasar  Sindiket-Sindiket  Dadah Termasuklah  Dijadikan
Sebagai  ‘Runner’ Untuk  Menjual  Dadah,  Selain Mempengaruhi  Mereka Menjadi
Keldai Dadah Dan Sebagainya. Dengan Upah Yang Tidak Seberapa,
Pelajar  Sekolah  Mudah  Terpengaruh,  Tanpa Menyedari  Bahawa  Mereka Telah
Terlibat Dalam Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah.
8.         Harapan  Saya  Kepada  Seluruh  Warga  Kor  Kadet  Polis, Manfaatkanlah
Penyertaan  Dalam  Kor  Kadet  Ini  Sebagai  Satu  Wadah Yang  Dapat
Mengangkat Disiplin Dan Jati Diri, Sebagai Pemimpin Masa Hadapan, Sekaligus
Menjadi ‘Role Model’ Kepada Pelajar-Pelajar Lain.

9. Saya difahamkan bahawa seramai 68 Anggota Kor Kadet Polis, 14 Pegawai


Kor Kadet Polis serta dibantu 3 orang jurulatih PDRM akan terlibat dalam
Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Sabah di Daerah Beaufort pada 25
April hingga 30 April 2019. Saya doakan kejayaan anda semua dan berharap kita
dapat lagi ke Peringkat Kebangsaan Pada tahun ini seperti mana pada tahun lepas
dan mengulangi kejayaan bersejarah sebagai Johan Kawad Kaki Peringkat
Kebangasan tahun 2018.
10.       Akhir sekali, Saya  Mengucapkan  Setinggi-Tinggi  Terima  Kasih Kepada
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu sebagai tuan rumah sambutan pada tahun ini,
Para Pengetua, Pegawai-pegawai PDRM, Guru-Guru, jurulatih PDRM Dan Ahli-Ahli
Kor Kadet  Polis  Serta  Semua  Pihak  Yang  Telah  Bekerjasama Dan  Sentiasa
Memberi  Sokongan  Kepada  Program  Atau  Aktiviti-Aktiviti Yang  Dijalankan Oleh
Kor Kadet Polis.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like