Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penghulu Hj Johar @ Zahrah Bin Japar

Kawasan Zon Selang


No 40, Kpg Selang Ulu, Lot 20
Jalan Temenggong,
93050, Kuching
SARAWAK

____________________________________________________________________________________

Pegawai Daerah Bahagian Kuching


Pejabat Daerah Bahagian Kuching,
Aras 6,Menara Pejabat Kompleks Islam Sarawak,
Lorong P. Ramlee 5 & Jalan P Ramlee,
93400 Kuching
SARAWAK 18 JULAI 2019

Tuan,

PER: JUSTIFIKASI PERKAMPUNGAN MELAYU DIBAWAH SELIAAN PENGHULU KAWASAN SELANG SERTA
PERMOHONAN UNTUK PENGIKTIRAFAN SEBAGAI KAMPUNG TRADISI MELAYU UNTUK KAMPUNG TEMEDAK
SERTA KAMPUNG SUNGAI AGAS BARU DAN LAMA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya seperti penama di atas merupakan Penghulu yang telah di amanahkan oleh Pihak Pejabat Daerah
Bahagian Kuching untuk mengawal selia 5 buah kampung di Kawasan saya.

3. Untuk Makluman pihak tuan, 5 buah kampung dibawah seliaan saya adalah Perkampungan Tradisi
Melayu sejak tahun 1940an , iaitu :-

3.1 Kampung Selang Ulu – Ketua Kaum Zainal Abidin Bin Samaudin
3.2 Kampung Temenggong – Ketua Kaum Hajili Bin Amir
3.3 Kampung Selang Laut – Ketua Kaum Jemari Bin Hj Potot
3.4 Kampung Sungai Agas Lama – Ketua Kaum Henry Akong
3.5 Kampung Temedak – Timb. JKKK Wan Bosri bin Wan Zen
4. Selain itu untuk makluman pihak tuan, buat masa sekarang pemilihan untuk KK bagi Kampung Temedak
masih belum dilakukan dan hanya mempunya Timbalan JKKK sebagai wakil. Ini adalah kerana kampung tersebut
belum diwartakan sebagai sebuah kampung walaupun telah mempunyai ramai penduduk
Sehubungan itu, mohon sokongan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas dan Bersama sama ini
disertakan LATAR BELAKANG KAMPUNG DAN PENEROKA seperti di Lampiran “A” sebagai rujukan pihak tuan

Sekian terima kasih

(HJ JOHAR @ ZAHRAH BIN JAPAR )


Penghulu Kampung Selang Ulu
Jalan Matang, 93050 Kuching
SARAWAK
LAMPIRAN A

LATAR BELAKANG KAMPUNG DAN PENEROKA


A. KAMPUNG SELANG ULU
- Kampung ini telah diteroka oleh HJ Raden Japar @ Jaafar bin HJ Raden Lebai Anang pada
tahun 1938, iaitu Bersama sama adik beradik serta tiga rakan beliau.

B. KAMPUNG SELANG LAUT


- Kampung ini telah diteroka oleh HJ Kipli Bin HJ takib pada tahun 1939, iaitu bersama sama
6 orang peneroka yang lain.

C. KAMPUNG TEMENGGONG
- Kampung ini telah diteroka oleh HJ Hamdan Bin HJ Yusup pada tahun 1939 , iaitu bersama
sama 4 orang peneroka yang lain.

D. KAMPUNG TEMEDAK
- Kampung ini telah diteroka pada 1940an oleh Ketua Peneroka HJ Jasa Bin Madon
bersama sama 6 orang peneroka yang lain dimana salah seorang peneroka adalah ayah
kepada KK HJ Asmat ( KK Kampung Bintawa Ulu )

E. KAMPUNG SUNGAI AGAS LAMA


- Kampung ini telah diterokai oleh HJ Jobet Bin Amang sekitar tahun 1940an Bersama sama
5 orang peneroka yang lain.

 Buat masa ini peneroka dan rakannya sudah meninggal dunia tetapi warisnya masih
berada di kampung tersebut.

You might also like