Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

(KUTU KEPALA)

NAMA : FATIMAH SIRA QUEK

NO. MATRIK : BPP2018-0723

AMBILAN : JULAI 2018

1
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
2 PENYATAAN MASALAH 5
3 PENCARIAN LITERATUR 7
4 PENEMUAN/PROSEDUR 9
5 PERBINCANGAN 11
6 CADANGAN/PENYELESAIAN 14
7 RUMUSAN 16
8 RUJUKAN 17
9 LAMPIRAN 18
PENGENALAN

Kutu adalah sejenis serangga atau parasit yang sangat kecil. Ia


digelar parasit kerana ia memerlukan perumah untuk hidup, dalam
kes iniperumah ialah mamalia yang berdarah panas. Kutu
memerlukan perumah kerana ia menghisap darah untuk mendapatkan
nutrisi untuk hidup.

Kutu telah menjadi masalah bagi manusia sejak beribu tahun lagi,
dan dalam rekod terdapat banyak cara yang telah digunakan untuk
menghapuskan kutu seperti menggunakan air panas dan menyikat
rambut dengan sikat khas. Kaedah ini semua adalah untuk
mengeluarkan dan membunuh kutu dan telurnya dari kepala atau
bahagian badan lain.

Kutu telah menyebabkan banyak kesan buruk kepada pesakit dan


masyarakat. Ianya sangat senang berjangkit sehingga pesakit
terpaksa mengasingkan diri dan mengambil langkah pencegahan
untuk mengelakan penularan parasit ini. Keadaan ini pasti
menghadkan aktiviti harian mereka. Bagi kebanyakan negara,
walaupun bagi negara maju, ia masih menjadi masalah kesihatan
yang besar, terutamanya bagi golongan pelajar sekolah rendah,
berumur 3-12 tahun. Jangkitan kutu boleh terjadi kepada semua
golongan dalam tangga sosioekonomi, namun golongan pertengahan
dan bawahan mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Terdapat banyak jenis kutu, tetapi kutu yang sering menyerang


manusia ada 3 jenis, bergantung kepada bahagian badan mereka
berkumpul; kulit kepala, badan dan di kawasan kemaluan. Berikut
merupakan jenis dan nama saintifik kutu ini;

1. Kutu kulit kepala - Pediculus humanus capitis

2. Kutu badan - Pediculus humanus humanus


3. Kutu kawasan kemaluan - Pthirus pubis

Dari ketiga-tiga spesis ini, hanya kutu badan yang telah


dikenalpasti menyebabkan penyakit epidemik iaitu penyakit typhus
yang menyebabkan demam yang sering berulang .

Bersaiz antara 2-4 mm dan tidak bersayap, kutu rambut hidup


dikepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala. Ia
bertelur pada pangkal rambut dan dalam 7-10 hari, telur akan
menetas manakal kulit telurnya kekal melekat pada rambut. 6-10
hari selepas menetas, ia menjadi kutu dewasa dan mula merayap

. Kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur setiap hari selama 30


hari. Ia bersamaan dengan 180 biji telur. Telur kutu boleh bertahan
sehingga 3 hari namun tidak akan menetas pada suhu selain daripada
suhu kulit kepala. Walaupun tidak boleh terbang, ia boleh
merangkak dengan kelajuan sehingga 23 cm seminit.
PENYATAAN MASALAH

Menurut World Health Organization (WHO), kutu kepala adalah


kebimbangan kesihatan awam di seluruh dunia yang melibatkan
kebanyakan kanak-kanak sekolah rendah. Dalam kajian rentas
keretakan pada tahun 2009/2010, prevalensi kapitis pedikulosis dan
beberapa faktor risiko untuk serangan telah disiasat di kalangan
1550 kanak-kanak sekolah rendah di Mafraq, Jordan . Penyebaran
kapitis pedikulosis ialah 26.6%. Terdapat perbezaan yang signifikan
dalam kelaziman antara perempuan (34.7%) dan lelaki (19.6%),
penduduk luar bandar (31.2%) dan penduduk bandar (23.5%), dan
sejarah serangan pada tahun sebelumnya (57.4%) berbanding tiada
sejarah (11.5 %), dan juga antara kanak-kanak dengan umur yang
berbeza, saiz keluarga dan pendapatan (P <0.001). Panjang rambut
yang lebih panjang, kekurangan kemudahan mandi, kekerapan
pencucian rambut dan mandi, dan perkongsian barangan peribadi l
contohnya sikat atau tudung sangat berkaitan dengan serangan (P
<0.001). Kelaziman penyebaran adalah lebih tinggi daripada yang
dilaporkan dalam kajian sebelumnya di Jordan (<14%). Program dan
kempen diperlukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kapitis
pedikulosis dan kepentingan kebersihan diri yang baik.

Berdasarkan Centers for Disease Control and Prevention (CDC)


mengenai data berapa ramai orang yang dijangkiti kutu kepala
setiap tahun di Amerika Syarikat tidak boleh didapati;
bagaimanapun, anggaran 6 juta hingga 12 juta serangan berlaku
setiap tahun di Amerika Syarikat di kalangan kanak-kanak 3 hingga
11 tahun. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak
perempuan dijangkiti kutu kepala lebih kerap berbanding lelaki,
mungkin kerana hubungan kepala ke kepala lebih kerap diantara
kanak-kanak perempuan.
Walaupun status sosioekonomi menjadi penunjuk serangan kutu,
penentu yang lebih spesifik adalah proses dinamik status kebersihan
dan kesesakan. Satu kajian baru-baru ini di Turki membandingkan 2
kawasan kejiranan dengan status sosioekonomi yang berbeza. Satu-
satunya faktor yang berkaitan secara statistik dengan kapitis
pediculosis adalah saiz isi rumah yang melebihi 6 penduduk
dikaitkan dengan peningkatan kelaziman jangkitan atau rebakan
kutu kepala ini.

Kajian CDC mendakwa terdapat hubungan yang signifikan antara


pediculosis dan faktor-faktor seperti kesihatan dan kemiskinan yang buruk,
dan serangan ke penyakit ini menyebabkan stigma sosial; oleh itu, banyak kes
serangan yang tidak dilaporkan.
PENCARIAN LITERATUR

Penyakit kulit parasit kudis, tungiasis, pediculosis dan larva


migran kutaneus (CLM) sangat biasa di kalangan masyarakat miskin
di Brazil, terutamanya di kawasan setinggan di bandar-bandar besar
(Lima et al 1984)

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC)


(2019) , Pediculus humanus capitis, kutu kepala, adalah serangga
dari Psocodea dan adalah ektoparasit yang hanya menjadikan
manusia sebagai tuan rumah . Kutu kepala menghisap darah
beberapa kali setiap hari dan berada dekat dengan kulit kepala untuk
mengekalkan suhu badannya. Kutu kepala boleh menjadi vektor
kepada penyakit seperti demam tifus, demam Trench dan demam
bentan.

Penularan kutu kepala boleh tanpa gejala, terutamanya dengan


serangan pertama atau apabila infestasi adalah ringan. Gatal-gatal
(pruritus) adalah gejala yang paling umum dari serangan kutu
kepala dan ia disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap gigitan
kutu. Ia mungkin mengambil masa 4-6 minggu untuk gatal-gatal
untuk muncul kali pertama seseorang mempunyai kutu kepala.

Berdasarkan  Global Health, Division of Parasitic Diseases (Sept 2019),


kutu kepala tersebar paling kerap melalui hubungan langsung ke kepala iaitu
dari rambut ke rambut. Kutu kepala bertahan kurang dari 1-2 hari jika mereka
jatuh dari seseorang dan tidak memperolehi darah. Telur kutu tidak boleh
menetas dan biasanya mati dalam masa seminggu jika mereka tidak disimpan
pada suhu yang sama seperti yang didapati dekat dengan kulit kepala.

Statistik menunjukkan masalah yang timbul karena pediculosis dianggap


sebagai salah satu penyebab utama impetigo di negara-negara berkembang
(Burgess 1995).
Setiap tahun, ratusan juta orang mengalami serangan kutu kepala.
Walaupun serangan tidak menyebabkan masalah kesihatan yang teruk, ia
adalah beban kesihatan diri dan orang awam secara fizikal, psikologi, dan
sosial. Infestasi telah dilaporkan terutamanya di kalangan anak-anak sekolah,
orang-orang dengan kebiasaan kebersihan yang lemah, dan orang yang tinggal
di kawasan setinggan menurut Moosazadeh M (Dec 2016).

Menurut Srivicha Krudsood (Oct 2019) komunikasi dan kempen tentang


perubahan tingkah laku ke arah yang lebih mengutamakan kebersihan perlu
dilaksanakan untuk mengurangkan jangkitan tinggi kutu kepala yang tinggi.
PENEMUAN

Satu kajian telah dilakukan di kawasan negara yang kurang maju


iaitu Bashagard , Iran untuk melihat sejauh mana tahap infestasi kutu
kepala dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

Karakteristik Pemeriksaan (n) Infestasi (%)


Gred Kelas (Umur)

 I(7) 50 50
 II(8) 52 57.7
 III(9) 43 81.4
 IV(10) 51 76.4
 V(11) 57 71.9
 VI(12) 47 68.1
Kewujudan Tandas di Rumah

 Ya 186 60.7


 Tidak 114 78.1
Frekuensi Cucian Rambut
(Minggu)
 1 211 72.9
 2 78 56.4
 ≥ 3 11 27.2
Perkongsian Barang

 Ya 170 71.7


 Tidak 130 60

Penyebaran kutu kepala adalah 67.3%. Terdapat hubungan yang


signifikan antara serangan kutu kepala dan gred sekolah, kemudahan
mandi, kekerapan mencuci rambut, dan penggunaan artikel yang
dikongsi. Penularan kutu kepala adalah masalah kesihatan pada
pelajar sekolah rendah Bashagard , Iran. Peningkatan status
sosioekonomi dan penyediaan program pendidikan yang sesuai
mengenai faktor risiko kutu dan pencegahan kepala adalah berkesan
untuk mengurangkan serangan di kawasan ini.

PERBINCANGAN

Definisi
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya
hidup dibahagian kepala. Nama saintifik bagi kutu kepala ini ialah
Pediculus humanus capitis . Kutu kepala adalah serangga kecil yang
hidup di kulit kepala manusia dan menjadikan darah manusia
sebagai makanan mereka. Ia boleh merebak secara langsung dari
rambut seseorang kepada rambut orang yang lain.

Morfologi bagi kutu kepala ini ialah ia sangat kecil, tidak


bersayap, mata berada pada kawasan lateral kepala, dan ia
mempunyai sepasang antena yang pendek. Kutu betina juga
mempunyai saiz yang lebih besar berbanding kutu jantan. Kutu
kepala ini juga mempunyai bahagian mulut yang terdiri daripada
stilet untuk menebuk kulit kepala dan menghisap darah.

F aktor Risiko

Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kutu kepala, seperti


memeluk, atau menyentuh kepala anda ke kepala orang yang
dijangkiti. Berkongsi item peribadi (sikat, topi, fon kepala, tudung)
dengan orang yang dijangkiti.

Manifestasi Klinikal

Antara manifestasi klinikal yang terjadi pada seseorang individu


dengan infestasi kutu kepala ialah t erdapat kutu pada kulit kepala.
Ia agak kecil, selalu mengelakkan cahaya dan bergerak dengan
cepat.selain itu, gatal yang keterlaluan pada permukaan kepala yang
disebabkan oleh bahan yang terdapat pada air liur kutu kepala. Terdapatnya
telur-telur kutu yang kecil selalunya bersinar dan berwarna putih. Kelihatan
seperti kelemumur tetapi amat susah untuk dikeluarkan. Disamping itu, tanda-
tanda merah pada permukaan kepala, leher dan di belakang telinga. Bagi kes
kritikal, akan berlaku bengkak di bahagian belakang telinga.

Rawatan dan Pengurusan

a) Pengurusan awal dan am


Bagi kes kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun, jangan guna
ubat kutu, sebaliknya gunakan sikat khas untuk mengalihkan kutu dan telur
kutu. Periksa semua ahli keluarga dan rawat segera jika terdapat telur atau
kutu. Selain daripada itu, guna air panas untuk membasuh cadar dan pakaian
yang telah dipakai oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut. Elakkan memakai
perapi rambut kerana ia akan menutup dan melindungi kutu rambut. Barangan
kegunaan harian kepala seperti sikat rambut, pengikat rambut perlu
dinyahkumankan, direndam di dalam alkohol atau air panas. Gunakan vakum
untuk membersihkan karpet, hamparan dan sofa. Jika kutu didapati pada
kanak-kanak sekolah, sila maklumkan kepada jururawat sekolah atau guru
supaya ia dapat dihalang daripada merebak. Nasihatkan kanak-kanak supaya
tidak berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah

b) Ubat-ubatan

i) Benzene Hexachloride ( Syampu Lindane )

Cara penggunaannya ialah basuh rambut dengan menggunakan syampu biasa


sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggunakan syampu lindane dan biarkan
rambut kering. Sapukan syampu Lindane di keseluruhan rambut, rambut kecil
dan kulit kepala dengan rata. Biarkan selama 4 minit dan gunakan sedikit air
suam untuk keluarkan buih syampu. Basuh rambut dan kulit kepala dengan air
suam untuk menghilangkan syampu. Selepas itu, keringkan rambut dengan
menggunakan tuala yang bersih

Langkah berjaga-jaga ketika menggunakan syampu ini ialah, elakkan


penggunaan serentak lindane dan krim pembasmi kutu pada masa yang sama.
elakkan sentuhan langsung pada mata dan lapisan mukosa. Jangan sapu pada
kulit yang tercedera atau melecet

Kontraindikasi untuk penggunaan ubat ini ialah bayi pramatang dan wanita
mengandung, wanita menyusukan anak dan mereka yang mempunyai sejarah
epilepsi (sawan).
ii) Malathion

Cara penggunaannya ialah renjis losyen ke atas rambut yang kering dan
gosok lembut sehingga kulit kepala menjadi lembap. Biar losyen kering
sendiri. Dan jangan gunakan syampu. Basuh rambut selepas 8-12 jam
kemudian bilas dan guna sikat jejari halus untuk membuang kutu dan telur
yang mati. Selepas 7-9 hari, boleh ulang penggunaan ubat untuk kali kedua.
Elak penggunaaan kali kedua dalam masa kurang dari 1 minggu dan
penggunaan penggunaan melebihi 3 minggu berturut-turut.

Langkah berjaga-jaga untuk ubat ini ialah elakkan penggunaan malathion


serentak dengan krim pembasmi kutu lain dan elak sentuhan langsung pada
mata. Jangan sapu pada kulit yang tercedera atau dijangkiti kuman. Malathion
mudah terbakar. Jauhkan daripada sumber panas seperti alat elektrik,
pengering rambut dan sebagainya.

Komplikasi dan kesan daripada infestasi kutu kepala ini ialah, kutu akan
menyuntik air liurnya ke dalam darah semasa menghisap darah daripada
perumah dan kesannya akan menyebabkan pembentukan papula yang sangat
gatal. Berlaku anemia jika jangkitan terlalu teruk dan kulit kepala terluka dan
boleh menyebabkan infeksi pada kulit atau sistem dalam badan. Ia juga
menjadi vektor kepada penyakit seperti demam tifus, demam Trench dan
demam bentan.

CADANGAN/KAWALAN

a) Peranan ibubapa
Ibubapa merupakan guru pertama bagi kanak-kanak. Ibubapa
bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak terhindar daripada penyakit
berjangkit seperti infestasi kutu kepala dan membentuk peribadi anak menjadi
seorang yang menjaga kebersihan. Ibubapa perlu menjaga kebersihan diri anak
dengan memastikan anak mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan
rambut anak dicuci sekurang-kurang 2 hari sekali. Ibubapa juga perlu menjaga
kebersihan kawasan rumah dan luar rumah untuk menggelak daripada
sebarang infestasi serangga yang boleh mendatangkan bahaya kepada
keluarga. Selain itu, ibubapa juga perlu memantau dan memeriksa keadaan
rambut anak mereka secara berkala. Jika anak mula menunjukkan simptom
infestasi kutu kepala seperti menggaru kepala secara kerap atau terdapat telur
kutu pada rambut anak, segera dapatkan dan mulakan rawatan pembasmian
kutu kepala tersebut. Ibubapa perlu memberikan pendedahan tentang apa itu
kutu kepala kepada anak-anak agar anak-anak mempunyai kesedaran tentang
bahayanya infestasi kutu kepala. Ibubapa juga perlu menjadi teladan kepada
anak-anak mereka dengan bersama-sama mengamalkan prinsip kebersihan diri
sepanjang masa.

b) Peranan sekolah

Sekolah merupakan pusat utama dalam pendidikan dan menanam nilai


moral dalam diri pelajar. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam
mengatasi infestasi kutu kepala. Pihak sekolah boleh mengajar tentang cara-
cara menjaga kebersihan diri daripada infestasi kutu kepala yang betul kepada
pelajar dan apa keburukkan yang boleh berlaku jika infestasi kutu kepala
diabaikan. Pihak sekolah , terutamanya guru ditekankan untuk memantau
keadaan fizikal am setiap pelajar untuk mengesan infestasi kutu kepala serta
mengetahui tahap kebersihan mereka dan jika terdapat sebarang masalah ,
rujukan dan rawatan segera dapat dilakukan.

c) Peranan pihak kerajaan

Pihak kerajaan merupakan pihak yang mempunyai liputan yang lebih


meluas dan mereka juga mempunyai kuasa media dan promosi yang lebih
hebat. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak bukan kerajaan untuk
mengadakan kempen berskala besar dikawasan terpencil untuk meningkatkan
kesedaran tentang infestasi kutu kepala yang boleh mendatangkan komplikasi
kepada kesihatan. Pihak kerajaan juga boleh memaparkan media berkenaan
infestasi kutu kepala di mana-mana platform media sosial atau siaran
televisyen untuk tontonan kanak-kanak dan ibubapa mereka. Disamping itu,
pihak kerajaan juga boleh berkongsi tentang garis panduan yang perlu
dilakukan jika berlaku infestasi kutu kepala di platform media utama mereka.

d) Peranan Penolong Pegawai Perubatan

Antara peranan seorang Penolong Pegawai Perubatan ialah dengan


memberikan ceramah kesihatan berkenaan kutu kepala dan mengajar cara-cara
untuk mengelak daripada dijangkiti kutu kepala semasa disekolah kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya kerana mereka lebih berisiko
tinggi. Selain itu, kaunseling akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai
infestasi kutu kepala secara individu dan diikuti dengan ibubapa mereka. Cara-
cara merawat juga diterangkan secara terperinci agar rawatan yang dilakukan
dirumah adalah betul. Disamping itu, pemeriksaan fizikal dilakukan secara
terperinci daripada kepala hingga kaki. Tanda-tanda kehadiran telur kutu dan
kutu akan diperhatikan untuk menyiasat kemungkinan jangkitan kutu kepala.
Jika berlaku demam teruk disebabkan oleh infestasi kutu kepala, rujukkan
segera kepada doktor dan pakar akan segera dilakukan untuk tindakan lanjut.
Kemas kini serta dokumentasi akan dilakukan didalam Buku Rekod Kesihatan
Murid (RKM1) di mana Penolong Pegawai Perubatan akan mencatat
maklumat kesihatan murid yang diperoleh semasa di sekolah.
RUMUSAN

Masalah infestasi kutu kepala sememangnya banyak memberikan kesan


negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada tahap kehidupan
sendiri terutama sekali anak-anak. Oleh itu, masalah ini harus dicegah dengan
segera agar anak-anak dapat menjalani perkembangan kesihatan yang baik.

Orang-orang disekeliling anak-anak memainkan peranan penting dalam


mengesan dan merawat infestasi kutu kepala. Lebih awal pengesanan dan
rawatan dilakukan, semakin baik kesannya terhadap diri anak-anak dan orang
lain disekeliling mereka. Kesedaran berkenaan cara rebakan kutu kepala juga
perlu diberikan perhatian agar infestasi dapat dikurangkan. Promosi dan
kempen kesihatan di kawasan terpencila atau setinggan juga perlu digiatkan
agar mereka tidak menjadi punca rebakan berlaku. Seharusnya tiada
diskriminasi dan layanan serta khidmat sama rata perlu diberikan. Pengunaan
dan pengenalan kepada ubat-ubat untuk membasmi kutu kepala juga perlu
diterangkan agar penggunaan ubat tersebut adalah betul.

Untuk membendung masalah infestasi ini, kerjasama dan usaha daripada


semua pihak haruslah dikukuhkan untuk menjamin kesihatan dan kesenangan
hidup. Semua pihak seharusnya faham dan menjalankan tugas mereka dengan
jujur dan ikhlas.
RUJUKAN

1. Soleimani-Ahmadi, M., Jaberhashemi, S.A., Zare, M. et al. (17 Sept


2017). Prevalence of head lice infestation and pediculicidal effect of
permethrine shampoo in primary school girls in a low-income area in
southeast of Iran. Dimuat turun daripada   https://doi.org/10.1186/s12895-
017-0062-9

2. Dr Zubaidi Hj Ahmad (4 Dec 2019). Merawat Kutu Kepala. Dimuat turun


daripada http://drzubaidi.com/blog/merawat-kutu-di-kepala-anak/

3. Abbas Doroodgar et al. (Feb 2014). Examining the prevalence rate


of Pediculus capitis infestation according to sex and social factors in
primary school children. Dimuat turun daripada
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4027357/

4. Jörg Heukelbach et al. (April 2003). Parasitic skin diseases: health care‐
seeking in a slum in north‐east Brazil . Dimuat turun daripada
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1046/j.1365-
3156.2003.01038.x

5. Palermo, E. (2020). Head Lice: Symptoms, Treatment and Prevention |


Live Science. Dimuat turun daripada
https://www.livescience.com/amp/34732-head-lice-prevention-
treatment.html
LAMPIRAN

You might also like