Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa,
kaum dan etnik. Kepelbagaian ini menyebabkan wujudnya pelbagai agama, budaya, bahasa
dan adat resam. Sebelum kemerdekaan Malaysia, Tanah Melayu pada sebelum abad ke-18
dan ke-19 didiami oleh masyarakat Melayu dan Orang Asli serta sebilangan kecil bangsa atau
kaum lain sahaja. Perbezaannya sangat ketara pada masa kini di mana Malaysia didiami oleh
pelbagai kumpulan etnik dan suku termasuk yang tinggal di bahagian timur Malaysia iaitu
Sabah, Sarawak dan Labuan. Oleh itu, wajarlah bahawa pemahaman yang mendalam
mengenai bentuk dan jenis masyarakat, budaya serta nilai dalam konteks hubungan antara
etnik di Malaysia dititikberatkan dan antara faktornya adalah sejarah, agama, sosial dan
budaya, ekonomi, politik, bahasa serta sentimen dan psikologi.

Kedatangan pedagang asing pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka memulakan


proses interaksi yang mencorakkan hubungan etnik di Malaysia. Pemerintahan Melaka pada
waktu tersebut berdasarkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang
membawa kepada kemajuan dan kemakmuran pemerintahan. Dalam istana Melaka, pegawai
istana adalah daripada pelbagai bangsa malah orang India turut dilantik sebagai penjawat
jawatan dalam istana sultan Melaka. Kesan daripada kedatangan bangsa asing yang
berdagang dan menetap di Melaka juga menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.
Misalnya, Sultan Mansur Shah mengahwini puteri Hang Li Po, anak perempuan pemerintah
China. Sifat keterbukaan Melaka iaitu membenarkan pedagang asing masuk ke dalam Melaka
juga mewujudkan kepelbagaian budaya. Pedagang asing tidak dikenakan syarat untuk
memasuki Melaka, misalnya tiada bentuk pengenalan diri perlu disediakan seperti passport
atau visa. Perkara ini mebolehkan pedagang asing seperti Arab, Cina, India dan Nusantara
untuk berinteraksi secara bebas dengan masyarakat tempatan yang akhirnya mewujudkan
masyarakat baharu seperti masayarakat Baba Nyonya. Selain itu, perusahaan bijih timah dan
getah yang giat dilakukan pada era penjajahan British membawa kepada penghijrahan besar-
besaran orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Masyarakat majmuk terhasil daripada
kebudayaan yang dikekalkan oleh pelbagai kaum di Tanah Melayu. Namun begitu,
persefahaman tetap wujud antara etnik-etnik di Tanah Melayu dan berterusan sehingga
perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957 serta
pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Dengan adanya kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia, maka wujudnya


kepelbagaian agama, budaya dan sosial.Perlembagaan Malaysia tidak menyekat sesiapa
untuk menganut agama pilihan masing-masing, kebebasan beragama diberi kepada semua
masyarakat yang menjadikan suasana hormat-menghormati dan harmoni wujud dalam
kalangan masyarakat. Interaksi antara rakyat pelbagai agama dapat membina ikatan sosial
yang kuat. Perkara ini dapat dilihat melalui perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Hari
Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai Dayak dan Kaamatan di mana masyarakat lazimnya
mengadakan Rumah Terbuka. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran
atau rakan masing-masing. Selain itu, masyarakat Cina menyediakan makanan halal untuk
tetamu beragama Islam serta daging lembu tidak disajikan kepada masyarakat India apabila
mengundang mereka datang ke rumah sewaktu musim perayaan. Dari segi budaya,
penerimaan budaya sesuatu kaum dalam kaum lain amat ketara. Misalnya, masyarakat Cina,
India serta bumiputera Sabah dan Sarawak mengenakan baju kurung dan baju Melayu yang
merupakan budaya masyarakat Melayu. Selain itu, orang Melayu mengamalkan pemberian
duit raya yang dikenali sebagai angpau dalam masyarakat Cina.
Untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai etnik, ekonomi hendaklah
diagihkan dengan adil dan saksama bagi menghindarkan mana-mana etnik daripada terlepas
dalam menikmati faedah pembangunan yang berpotensi mewujudkan konflik dan ketegangan
dalam masyarakat. Pada awal kemerdekaan, kadar kemiskinan isi rumah luar bandar lebih
tinggi berbanding isi rumah bandar. Penduduk luar bandar kebanyakannya adalah masyarakat
Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu dikaitkan dengan masalah kemiskinan walaupun
terdapat masyarakat Cina dan India yang bertaraf miskin. Selain itu, ketidakseimbangan
dalam sektor pekerjaan juga dapat dilihat. Sektor pertanian dan perikanan majoritinya
diusahakan oleh masyarakat Melayu manakala masyarakat Cina dan India bergiat dalam
sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan dan pengangkutan. Tambahan lagi, pekerjaan
dalam bidang profesional, teknikal, penjualan dan pengurusan didominasi oleh masyarakat
Cina. Oleh sebab itu, kebanyakan masyarakat Melayu bertaraf miskin kerana mereka bekerja
dalam sektor pertanian sara diri dan rendah produktiviti. Bagi mengatasi ekonomi berasaskan
kaum dan memupuk perpaduan, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh kerajaan setelah
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang diakibatkan tiadanya interaksi dan persefahaman
antara kaum.

Perpaduan dapat dicapai dengan adanya persefahaman antara kaum yang bekerjasama
dan berkongsi kuasa dalam politik. Sistem pemerintahan Malaysia yang berdasarkan
demokrasi dan raja berpelembagaan serta amalan pilihan raya menyebabkan munculnya parti-
parti politik. Parti politik di Malaysia secara dasarnya dipengaruhi dengan faktor etnik.
Namun begitu, perkongsian kuasa dapat dilihat misalnya dalam pembentukan Parti Perikatan
pada awal tahun 1950-an yang terdiri daripada UMNO dan MCA walaupun parti politik
tersebut memperjuangkan kepentingan mengikut etnik seperti MCA yang ditbuhkan dengan
tujuan untuk melindungi kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya masyarakat Cina.
Parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum membentuk kesefahaman sama ada kerajaan
ataupun pembangkang. Kerjasama ini menunjukkan bahawa sesuatu parti politik tidak dapat
memerintah tanpa penglibatan etnik lain. Perkongsian kuasa membolehkan pemimpin
pelbagai etnik bekerjasama dalam pemerintahan negara dan menentukan hala tuju negara.

Strategi untuk memupuk perpaduan antara salah satunya ialah dengan penggunaan
satu bahasa. Komunikasi antara kaum dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dalam pertuturan seharian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih
membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat hidup bersatu meskipun mempunyai bahasa,
agama dan kepercayaan yang berbeza. Pengunaan satu bahasa juga dapat membantu
komunikasi yang selesa di antara pelbagai kaum. Ciri persamaan antara kaum dapat
diwujudkan dan membentuk kebudayaan kebangsaan. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu sesuai digunakan sebagai bahasa
penyatu, mengikut sejarah, bahasa Melayu adalah lingua-franca dalam zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka dan pernah digunakan dalam hubungan diplomatik antara
kerajaan Melayu Melaka dengan negara luar. Sistem pendidikan contohnya, dengan
kewujudan sekolah kebangsaan, pelajar pelbagai etnik dapat dilatih dalam suasana
pembelajaran yang menitikberatkan kerjasama dan menerapkan semangat patriotism dengan
wujudnya komunikasi di dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu.

Perbezaan antara etnik kadangkala menyebabkan wujudnya sentimen yang


berlandaskan stereotaip dan prejudis. Stereotaip disifatkan sebagai pandangan umum
terhadap sesuatu etnik sama ada baik ataupun buruk. Contoh stereotaip yang sering berlaku
dalam masyarakat ialah tanggapan bahawa masyarakat Cina pandai Matematik. Stereotaip
wujud melalui pengalaman sesuatu masyarakat dalam kehidupan seharian sehingga sesuatu
etnik dilabel sebagai sesuatu yang tidak benar. Prejudis pula bermaksud perasaan negatif
terhadap sesuatu kaum. Sikap prejudis dan stereotaip yang negatif hendaklah dielakkan
kerana akan menimbulkan salah faham dan menyekat interaksi antara satu masyarakat
dengan masyarakat lain. Interaksi antara etnik hanya berlaku apabila adanya kesedaran
mengenai kepentingan menghormati adat masyarakat lain. Oleh itu, pemahaman terhadap
konsep sentimen dapat menyedarkan masyarakat untuk mengubah tanggapan yang buruk
terhadap sesuatu masyarakat daripada berterusan sehingga ke generasi seterusnya.

Populasi etnik di Malaysia terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu,
Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Perhubungan etnik di negara ini tidak dapat
dicapai tanpa penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat di Malaysia. Perpaduan
pada hari ini diharapkan dapat diteruskan dan dirasai oleh generasi muda kelak.

You might also like