Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TAJUK:

Fail Elektronik dalam Rangkaian Internet (F.E.R.I)

1
PENGENALAN

Menurut Timbalan Presiden PAS (Parti Islam Se Malaysia), Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man (2019), “para guru masih terbeban dengan pelbagai kerja-kerja memasukkan dan
mengemaskini data serta membuat laporan aktiviti sekolah”. Jelaslah kita nampak bahawa
peranan guru pada zaman sekarang bukan sahaja mendidik anak murid kita, maka mereka juga
diberi kerja perkeranian yang terlampau banyak. Kebanyakkan mereka selalu dalam keadaan
yang amat stres disebabkan mempunyai kerja perkeranian yang berat dan hal ini
berkemungkinan besar menyebabkan mereka tidak boleh menumpukan perhatian semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kualiti pengajaran para tenaga mengajar
juga tidak memuaskan disebabkan kerja perkeranian yang berat.

Walau demikian, dokumentasi merupakan satu usaha yang baik untuk meningkatkan
profesionalisme para guru. Menurut Mohammad Kayum (2006), sehebat mana sekalipun sesuatu
mesyuarat, ia tidak akan berkesan jika tidak diminitkan dengan betul.Dengan melalui
dokumentasi yang dijalankan dalam sekolah, para guru boleh merujuk balik isu-isu yang telah
dibangkit pada mesyuarat lepas dan mengetahui hasil perbincangan dalam mesyuarat.
Dokumentasi tersebut juga merupakan salah satu bahan rujuk kepada guru novis yang baru
melangkah masuk ke dalam bidang pendidikan. Jelaslah kita boleh nampak betapa pentingnya
peranan dokumentasi memainkan peranan yang amat penting dalam urusan sekolah. Persoalanya,
apakah tindakan yang harus dilaksanakan oleh pihak atasan untuk mengekalkan sistem
dokumentasi ini dan pada masa yang sama tidak akan menggangu kualiti pengajaran guru dalam
kelas?

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan
untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.
Walaubagaimanapun, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee (2018) berkata, pelbagai inisiatif
telah dijalankan untuk mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai
‘hero’ khususnya di era 80-an. Sekiranya, kerja perkeranian guru boleh dikurangkan maka
pastilah boleh mengurangkan stres yang dihadapi oleh para guru. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan para tenaga

2
mengajar boleh lebih fokus dalam pengajaran harian mereka supaya amanah yang diberi boleh
dijalankan dengan sempurna.

RASIONAL PROJEK

Sejak kebelakangan ini, teknologi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
kehidupan seharian kita. Setiap bidang pekerjaan memerlukan teknologi yang canggih untuk
menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan. Teknologi yang canggih bukan sahaja
menyenangkan setiap individu untuk menyiapkan tugasan mereka, maka ia juga membantu
setiap individu menyiapkan kerja dengan lebih sempurna. Jadi, penguasaan teknologi terkini
merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi generasi yang akan datang.

Dengan menjalankan projek ini, para guru boleh menyimpan segala dokumentasi
mesyuarat panitia secara dalam talian. Kaedah ini bukan sahaja memberi satu platform kepada
para guru untuk memudahkan kerja mereka maka juga boleh mengurangkan fail-fail yang
berbetuk fizikal di dalam bilik guru. Melalui kaedah ini, para guru boleh menyimpan dokemen di
dalam talian dan para guru boleh merujuk dokumen tersebut pada bia-bila masa. Ruang
menyimpan dokemen dalam talian juga tidak terhad, jadi para guru boleh menyimpan dokemen
yang berkaitan panitia dengan sebanyak boleh dalam fail elektronik.

Selain itu, projek ini juga boleh meningkatkan profesionalisme para tenaga mengajar
kerana ia akan meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) para
guru. Tidak boleh dinafikan bahawa dalam zaman globalisasi ini, penggunaan internet telah
menjadi kaedah utama bagi setiap insan yang profesional untuk melicinkan urusan harian
mereka. Guru juga satu pekerjaan yang profesional. Demi mengelakkan para guru ketinggalan
zaman, jadi, projek ini boleh membantu para guru untuk mempelajari ilmu pengetahuan TMK
baharu supaya boleh meningkatkan profesionalisme para tenaga mengajar dan meningkatkan
kualiti mereka.

3
MATLAMAT

Projek FERI dijalankan untuk memberi kemudahan kepada para tenaga mengajar untuk
membuat dokumentasi panitia secara dalam talian.

Visi

Dokumentasi Elektronik Pilihan Utama Sekolah

Misi

1. Memberi pendedahan kepada setiap warga tenaga mengajar kaedah menjalankan


dokumentasi elektronik
2. Mengganti Dokumentasi berbentuk kertas dengan dokumentasi elektronik
3. Meningkatkan profesionalisme para tenaga mengajar dalam bidang TMK.

4
OBJEKTIF

Pada akhir projek,

i) Guru-guru boleh menyenaraikan smua kandungan yang perlu ada dalam fail panitia.

ii) Guru-guru boleh daftar masuk ke dalam Google Drive dengan akaun moe dan mampu
menjelaskan fungsi utama untuk menyimpankan fail dalam Google Drive.

iii) Guru-guru dapat menyenaraikan kelebihan dan kekurangan menggunakkan Google


Sites.

iv) Guru-guru dapat mencipta fail panitia masing-masing dan menyusun dengan
kandungan yang telah ditetapkan.

v) Guru-guru mampu menyemak e-rekod dan menerangkan cara mengisi borang e-rekod.

vi) Pentadbir boleh berkongsi fail panitia kepada semua guru mata pelajaran berkenaan
dan guru-guru lain dapat mengakseskan fail panitia elektronik.

vii) Guru-guru mengetahui cara untuk memasukkan dokumen-dokumen berkenaan ke


dalam fail panitia dengan mengikut format yang telah ditentukan.

v) Guru-guru dapat mengimbas dokumen pada tahun 2019 yang berbentuk fizikal ke
dalam Google Drive.

vi) Guru-guru dapat melengkapkan fail panitia dan fail tersebut akan disemak oleh ketua
panitia.

Vii)Guru-guru dapat memasukkan dokumen panitia pada tahun 2020 ke dalam Google
Drive dengan mengikut panitia.

viii) Pihak pentadbir dapat mengetahui cara menyemak fail panitia dan cara membuka
dokumen yang diperlukan semasa dipantau.

5
ix)Pihak pentadbir memberi maklum balas tentang fail yang telah disemak dan memberi
cadangan penambahbaikan.

X) Pihak pentadbir dan para guru membuat perbincangan tentang kekangan yang dihadapi
semasa mengakses fail panitia eletronik dan membuat penambahbaikan terhadap
paparan Google Sites.

Jadual Perbandingan

Sebelum Menjalankan FERI Selepas Menjalankan FERI

Dokumen-dokumen disimpan secara Dokumen-dokumen disimpan dalam


salinan cetak. rangkain internet.

Guru-guru hanya boleh merujuk semasa Guru-guru boleh merujuk di mana-mana


berada di sekolah. tempat yang mempunyai rangkaian
internet.

Fail kena disimpan dengan baik dan Fail akan disimpan dalam Google Drive.
berisiko dimakan oleh anai-anai.

Fail mempunyai ruang yang terhad untuk Dokumen-dokumen boleh disimpan ke


menyimpan dokumen. dalam fail dengan tidak terhad.

Pihak Pentadbir harus menyemak fail yang Pihak Pentadbir boleh menyemak fail
banyak dan berat. secara dalam talian.

Memerlukan kertas yang banyak untuk Memerlukan rangkaian internet untuk


salinan cetak. mengakseskan fail elektronik

6
HUSAIN, N. H. (2019, November 1). Pas kesal guru masih lakukan tugas perkeranian. Sinar
Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/55045/BERITA/Nasional/Pas-kesal-guru-masih-
lakukan-tugas-perkeranian

Vijaindren, M. R. M. A. dan A. (2018). Guru tidak perlu buat kerja kerani mulai Januari. Berita
Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/10/480804/guru-tidak-perlu-buat-
kerja-kerani-mulai-januari

Mohammad Kayum A. Badaruddin. (2006). Mesyuarat efektif. Pahang: PTS Publications &
Distribution Sdn. Bhd.

Statt. (1981). Children of Divorced Parents: Assertiveness Training and Cognitive. United
States: Xlibris.

You might also like