Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN JFP 312 (KERJA KURSUS GANTIAN), SIDANG 2019 2020

Sila baca arahan dengan teliti sebelum menjalankan tugasan.

1. Pastikan ahli kumpulan anda 4- 6 sahaja.

2. Sila jawab semua soalan. Tiada had jumlah perkataan. Pada hujung soalan diletakkan
jumlah muka surat sebagai panduan kepada pelajar untuk berikan lebih fokus pada
soalan tertentu dalam menjawab soalan.

3. Rujukan teori atau data sekunder adalah wajib bagi menunjukkan anda telah
membuat rujukan yang cukup bagi menyelesaikan tugasan ini. Mesti ada sumber
rujukan. Jawapan yang hanya bergantung kepada nota kelas semata-mata tidak akan
membantu anda mendapat markah yang baik.

4. Anda TIDAK dibenarkan sama sekali meniru jawapan kumpulan lain. Tugasan yang
diserahkan secara automatik akan disemak menggunakan perisin (turnitin) terlebih
dahulu untuk menentukan kadar perintidihan atau persamaan jawapan antara kumpulan.

Tugasan yang dikenalpasti mempunyai persamaan 100% tugasan dengan mana-mana


kumpulan lain TIDAK akan disemak. Kumpulan yang meniru atau memberi jawapan
untuk ditiru, kedua-duanya akan dipotong markah seperti dibawah.

No. Persamaan atau kadar Potongan markah Baki markah tugasan 30%,
pertindihan (%) jika markah dipotong
1 0 – 30 5 25*
2 30.01 – 50 7 23*
3 50.01 – 70 15 15*
4 70.01 – 100 100 Tidak akan disemak
*Markah ini belum lagi termasuk penilaian oleh pensyarah.

3. Hantar jawapan anda dalam portal. Muat naik jawapan anda pada TUGASAN 2.
Kesilapan menghantar pada ‘button’ TUGASAN 2 dalam portal akan menyebabkan
keciciran tugasan kumpulan anda.

4. Pastikan maklumat nama pelajar, nombor matriks, no telefon dan email


diletakkan pada ‘cover page’ tugasan anda.

5. Oleh kerana tugasan ini adalah gantian peperiksaan akhir, sebarang pertanyaan
berkaitan soalan tugasan dan bentuk jawapan TIDAK akan dilayan. Bincang
dengan ahli kumpulan. Jawapan anda perlu terus menjurus kepada kehendak soalan,
tidak perlu pengenalan dan kesimpulan.

6. Format tugasan, Font 12 Times New Roman , 1.5 spacing

7. Tempoh menjalankan tugasan ini adalah +15 hari. Tarikh akhir menghantar tugasan
adalah pada 29 Jun 2020, sebelum pukul 12.00 malam. Selepas tempoh ini, pelajar tidak
boleh lagi muat naik jawapan anda. Walapun anda berjaya muat naik selepas tempoh
yang ditetapkan, hanya tugasan yang dimuat naik dalam tempoh ditetapkan sahaja akan
disemak.

7. Kegagalan untuk hantar tugasan disebabkan masalah teknikal (internet, portal) perlu
maklumkan kepada saya melalui email rafisah@usm.my, selewatnya-lewatnya dalam
tempoh 2 jam selepas tempoh yang ditetapkan (antara pukul 12.01 pagi – 2.00 pagi, 30
Jun 2020). Kegagalan hantar tugasan disebabkan masalah lain TIDAK akan diterima.

SOALAN TUGASAN

1. Firma modal teroka merupakan firma yang berisiko tinggi, tiada rekod pencapaian
yang lepas dan kekurangan aset ketara. Berdasarkan ciri ini, jelaskan cara
prestasi firma modal teroka dapat diukur (1 muka surat).

2. Huraikan kelemahan kaedah kadar pulangan dalaman (internal rate of return)


bagi mengukur prestasi sesebuah firma modal teroka. Anda dikehendaki
memberikan contoh aliran tunai anda sendiri (bukan nota kelas) dan pengiraan
kaedah kadar pulangan dalaman untuk membuktikan kelemahan kaedah ini (tidak
letakkan muka surat kerana jalan kira pengiraan yang memerlukan banyak ruang –
sebagai anggaran 6-10 muka surat).

3. Terangkan DUA (2) halangan utama bagi firma modal teroka di negara
membangun untuk menjalankan perniagaan berasaskan teknologi. Anda dikehendaki
memilih mana-mana negara membangun beserta fakta dan sumber rujukan untuk
menerangkan halangan utama ini (2-5 muka surat).

4. Berdasarkan gambarajah yang bersesuaian, terangkan hubungan antara


permintaan dan penawaran modal bagi firma modal teroka dengan kadar
pulangan kepada pelabur (2-5 muka surat).

5. Huraikan kitaran ekuiti persendirian bagi negara maju dan bandingkan dengan
kitaran ekuiti persendirian bagi negara membangun. Anda dikehendaki memilih
mana-mana negara untuk menerangkan kitaran ini. Berikan fakta dan sumber
rujukan untuk menyokong huraian anda (5-10 mukasurat).

You might also like