Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

2

SULIT 3755/1
1 Malaysia mengkhususkan dalam pengeluaran getah manakala Jepun mengkhususkan
dalam pengeluaran kenderaan. Apakah jenis pengkhususan itu?
A Pengkhususan mengikut proses
B Pengkhususan mengikut kawasan
C Pengkhususan antarabangsa
D Pengkhususan mengikut industri

2 Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam industri perkilangan?


A Industri perlombongan bijih besi
B Industri membuat beg kulit
C Membina rumah banglo
D Industri penternakan biri-biri

3 Apakah masalah yang paling sukar diatasi untuk menukarkan ikan dengan sayur-
sayuran?
A Kesulitan membawa barang
B Masalah kemahuan serentak
C Kesulitan membahagikan barang
D Barang cepat rosak

Buruh Usahawan

Kapal Terbang

Modal Tanah

4 Rajah di atas menunjukkan interaksi faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan sebuah


kapal terbang. Apakah faktor pengeluaran yang sangat penting bagi penghasilan barang
tersebut?
A Bahan mentah
B Buruh
C Usahawan
D Tanah

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
3
SULIT 3755/1
5 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang menerangkan pengeluaran langsung?
I Ernie menanam kubis untuk kegunaan seharian keluarga
II Nazira menangkap ikan di sawah padi untuk sajian makan tengah hari
III Shamshida menyemai bunga untuk dipasarkan
IV Ashraf menjual motosikalnya untuk membeli sebuah kereta
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Manakah yang berkaitan antara perdagangan dan perniagaan dalam proses pengeluaran?
A Mewujudkan lebihan barangan

B Memperoleh keuntungan daripada hasil jual beli barangan

C Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran

D Melibatkan proses penciptaan nilai faedah dalam kehidupan

7 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran.

 Merupakan salah satu daripada cabang pengeluaran


 Meliputi aktiviti pengagihan barang daripada
pengeluar kepada pengguna

Apakah yang ditunjukkan?


A Perniagaan
B Sistem barter
C Perdagangan
D Bantuan perniagaan

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
4
SULIT 3755/1
8 Pilih kombinasi yang betul ?
Perdagangan Perniagaan
A Meliputi aktiviti pengeluaran Proses meghasilkan barang dan
perkhidmatan
B Merupakan sebahagian daripada Bertujuan untuk memperoleh
kegiatan perniagaan pendapatan
C Meliputi aktiviti pengagihan barang Melibatkan aktiviti menjual dan
daripada pengeluar kepada pengguna membeli barang dan perkhidmatan
D Memerlukan bantuan perniagaan dalam Melibatkan aktiviti penciptaan nilai
proses pengagihan barang faedah

9 Gambar dibawah menunjukkan contoh bantuan perniagaan

Apakah peranan bantuan perniagaan di atas dalam operasi perniagaan?


I Memperluas pasaran
II Meningkatkan imej pengeluar
III Melakukan kerja memecah pukal
IV Menyelaraskan permintaan dan penawaran di pasaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemborong.

 Memperagakan barang di kedai peruncit


 Membayar komisen untuk barang yang terjual
[Lihat halaman sebelah
3755/1 2015 Parwah subis SULIT
5
SULIT 3755/1

Apakah jenis pemborong tersebut?


A Pemborong pesanan berwakil
B Pemborong bayar dan bawa
C Pemborong pesanan mel
D Pemborong jober para

11 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan mesin peruncitan automatik?


A Beroperasi 24 jam
B Muatannya banyak
C Memerlukan modal yang kecil
D Ruang niaga disediakan oleh kedai runcit

12 Salah satu fungsi pemborong ialah menyediakan kemudahan pengangkutan. Pemborong


manakah yang tidak menjalankan fungsi tersebut?
A Pemborong jober para
B Pemborong khusus
C Pemborong satu barisan
D Pemborong bayar dan bawa

13 Maklumat berikut berkaitan dengan pembelian sebuah perabot.

 Encik Hamid membeli sebuah perabot antik dengan harga RM5900.


 Beliau menjelaskan wang pendahuluan sebanyak RM590.
 Faedah dikenakan sebanyak 10% setahun. Beliau membayar untuk tempoh dua
tahun

Berapakah ansuran bulanan yang perlu beliau bayar?


A RM221.25
B RM243.37
C RM245.83
D RM265.50

14 Apakah kelebihan francais kepada francaisi?


A Menjual barang keluaran sendiri
B Menggunakan jenama yang sudah terkenal
[Lihat halaman sebelah
3755/1 2015 Parwah subis SULIT
6
SULIT 3755/1
C Menaikkan harga berdasarkan permintaan pasaran
D Mengubahsuai premis mengikut cita rasa pelanggan

15 Apakah persamaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri?


A Menggunakan dokumen perniagaan yang sama
B Memerlukan bantuan-bantuan perniagaan
C Menggunakan mata wang yang sama
D Menggunakan sukatan dan timbangan yang sama

16 Apakah faedah perniagaan antarabangsa kepada pengguna?


A Mengurangkan kos pengeluaran
B Membolehkan pengkhususan di dalam pekerjaan
C Menambahkan pilihan barang pengguna
D Meningkatkan hasil kerajaan

17 Malaysia perlu mengambil bahagian dalam perniagaan antarabangsa kerana


A Konsep faedah bandingan
B Konsep usaha sama
C Konsep nilai sut
D Konsep saling bergantungan

18 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang ciri-ciri perniagaan antarabangsa.


A Tidak melibatkan formaliti dan dokumen yang banyak

B Penggunaan kredit berdokumen dan bil perintah bayar untuk pembayaran

C Penggunaan mata wang berbeza

D Dijalankan oleh pengimport dan pengeksport

19
IKS melabur dalam sektor automobil, multinasional, dan industri modal.

Pernyataan di atas adalah tentang IKS


[Lihat halaman sebelah
3755/1 2015 Parwah subis SULIT
7
SULIT 3755/1
A Sebagai penggerak sumber bahan mentah tempatan
B Sebagai penyumbang pendapatan negara
C Sebagai pencipta peluang pelaburan
D Sebagai pembantu mengurangkan keperluan import negara

20 Program Pembangunan Vendor (PPV) dilaksanakan oleh


A Kementerian Perdagangan dan Hal-Ehwal Pengguna
B Kementerian Perusahaan Utama
C Kementerian Dalam Negeri
D Kementerian Pembangunan Usahawan

21 Pernyataan berikut adalah benar tentang vendor kecuali


A Membekalkan barang kepada usahawan
B Usahawan diberikan tempoh untuk menjelaskan hutang
C Meminjamkan wang kepada usahawan
D Membenarkan usahawan melakukan urus niaga kredit

22 Antara yang berikut, faktor manakah yang harus dipertimbangkan untuk memulakan
perniagaan?
I Minat untuk berniaga
II Sumber bekalan yang diperoleh
III Pengurusan stok
IV Merancang strategi perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Manakah antara pernyataan berikut menerangkan perkongsian?

I Boleh dianggotai antara 2-20 rakan kongsi


[Lihat halaman sebelah
3755/1 2015 Parwah subis SULIT
8
SULIT 3755/1
II Banyak terlibat dalam sektor perkhidmatan
III Rakan kongsi menanggung liabiliti terhad
IV Dikenakan cukai pendapatan syarikat

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

24 Kelebihan sebuah syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad ialah
A Ahli lembaga pengarah syarikat berhad tidak semestinya pemegang syer
B Keuntungan syarikat sendirian berhad dikecualikan cukai pendapatan
C Kedudukan kewangan syarikat sendirian berhad tidak perlu diumumkan kepada orang
ramai
D Syarikat awam berhad tidak terikat dengan banyak syarat dan peraturan berbanding
syarikat sendirian berhad

25 Pelaburan manakah berisiko paling rendah?


A Syer biasa
B Syer keutamaan
C Akaun simpanan tetap
D Akaun simpanan semasa

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
9
SULIT 3755/1

26 Apakah tujuan penubuhan bank di atas?


A Memberi kemudahan kredit kepada orang ramai
B Menyediakan kemudahan pinjaman bagi projek yang berdaya maju
C Menyediakan pinjaman kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana
D Melaksanakan dasar kewangan kerajaan untuk menjamin kestabilan ekonomi

27 Gambar dibawah menunjukkan sejenis cek

Mengapakah pihak bank tidak mendepositkan cek ini ke dalam akaun pada 1 Jun 2011?
A Cek mati
B Cek bertanda
C Cek berpalang
D Cek bertarikh hadapan

28 Apakah yang dikenakan ke atas pinjaman dalam sistem perbankan konvensional?


A Dividen
B Komisen
C Faedah
D Sewa
29 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis kemudahan pembayaran bank. Encik Musa
meminta pihak bank membayar premium insurans pada 5 hari bulan setiap bulan.

Apakah jenis kemudahan pembayaran tersebut?

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
10
SULIT 3755/1
A Draf bank
B Arahan tetap
C Cek jurubank
D Pindahan kredit

30 Encik Robert membeli polisi insurans kebakaran daripada Syarikat Insurans Bumi
bernilai RM50 000 dan Syarikat Insurans Asia bernilai RM70 000 untuk melindungi
rumahnya.Jika rumahnya terbakar dan nilai kerugian adalah RM60 000,

Berapakah pampasan yang akan diterimanya?


A RM60 000
B RM120 000
C RM50 000
D RM70 000

31 Doktrin sebab hampiran adalah perkara yang diambil kira dalam prinsip indemniti.
Pernyataan manakah yang menerangkan doktrin tersebut?

A Insurer mengambil alih milik harta selepas ganti rugi dibayar kepada insured
B Insured dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialaminya disebabkan secara langsung
oleh risiko yang diinsuranskan
C Insured akan dibayar ganti rugi mengikut jumlah kerugian walaupun aset yang sama
diinsuranskan kepada tiga syarikat insurans
D Insurer memerlukan maklumat benar dalam borang cadangan

32 Mengapakah ukuran piawai kontena ditetapkan?


A Memudahkan pintu kontena dikunci
B Menyenangkan pengendalian
C Mematuhi undang-undang

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
11
SULIT 3755/1
D Mengurangkan kecurian

33 Pernyataan manakah yang merupakan kelebihan perkhidmatan panggilan tanpa tol?


A Maklumat grafik boleh diterima oleh penerima panggilan
B Perbincangan tiga pihak boleh dilakukan oleh pemanggil
C Bayaran panggilan berdasarkan kadar panggilan tempatan
D Caj perkhidmatan di bawah tanggungan syarikat yang melanggan

34 Maklumat dibawah berkaitan dengan sejenis perkhidmatan Pos Malaysia Berhad.

Koperasi Bersatu Berhad hendak mengirimkan surat panggilan mesyuarat kepada


semua ahli di seluruh negara. Pihak koperasi mahu menjimatkan masa untuk
melekatkan setem pada surat yang banyak.

Apakah jenis perkhidmatan tersebut?


A Frangki
B Mel berinsurans
C Tiket serahan tingkap
D Khidmat beg berkunci

35 Apakah gudang yang sesuai terletak di pintu masuk sesebuah negara?


A Gudang pengilang
B Gudang peruncit
C Gudang berbon
D Gudang pemborong

36 Maklumat berikut berkaitan dengan seorang peniaga.

Encik Azmi ialah seorang peniaga yang membeli barang daripada seorang pengeluar
sahaja.

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
12
SULIT 3755/1
Apakah jenis gudang yang sesuai digunakan oleh Encik Azmi?
A Penyetoran sejuk
B Gudang persendirian
C Gudang pemborong am
D Gudang pemborong khusus

37 Gambar di bawah menunjukkan dialog antara jurujual dengan Puan Fatimah

Apakah jenis promosi tersebut?


A Jualan terus
B Pengiklanan
C Promosi jualan
D Promosi belian

38 Maklumat yang berikut berkaitan dengan seorang pengusaha yang memerlukan


perkhidmatan sebuah agensi

Encik Wahab adalah seorang pengusaha cenderamata daripada kayu getah yang
terkenal di Malaysia. Beliau bercadang untuk meluaskan pasarannya ke Timur Tengah.

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT
13
SULIT 3755/1
Apakah agensi tersebut?
A Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
B Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)
C Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
D Lembaga Getah Malaysia (MRB)

39 Puan Azilah dihantar ke hospital akibat penggunaan krim muka Jenama XYZ. Pihak
manakah yang boleh membantu Puan Azilah untuk menuntut ganti rugi?
A Tribunal Tuntutan Pengguna
B Kementerian Kesihatan
C Persatuan Pengguna
D Persatuan Pengeluar

40 Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pengguna yang bijak semasa
membeli?
I Meneliti kandungan bahan
II Mengenal pasti tarikh luput guna
III Menentukan kepelbagaian barang
IV Membeli barangan secara spontan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3755/1 2015 Parwah subis SULIT

You might also like