Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

DRAF 1
TAJUK:

BINCANGKAN PENTADBIRAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK


BERSEKUTU

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK

Mohd Anuar Bin Yusoff D20172080481

Nurul Aisyah Kamaruladnan D20172010892

Siti Nurhawa binti Sam D20172080901

Norsyafiqah Binti Sulaiman D20172080907

KUMPULAN KULIAH: C

NAMA PENSYARAH: Dr. Wan Noorlizawati Binti Wan Mat Ali


Bincangkan Pentadbiran British Dinegeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

1.0 PENGENALAN

Pentadbiran British pada mulanya secara rasminya telah bermula pada tahun 1874 di
negeri-negeri Melayu pantai barat. Pentadbiran British telah menukar segala corak pentadbiran
dan kegiatan ekonomi yang dijalankan sebelum ini oleh pemerintah di Tanah Melayu. Bermula
pada tahun 1874 sehingga 1914, sistem pentadbiran British di negeri-negeri Melayu boleh
dibahagikan kepada empat bentuk yang nyata. Pertamanya adalah berkaitan dengan pentadbiran
Negeri-negeri selat sejak tahun 1826. Seterusnya adalah pentadbiran Residen di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang. Pada tahun 1874 sehingga 1895, pentadbiran negeri-negeri melayu
bersekutu telah bermula dari 1896 dan keempat adalah pentadbiran negeri-negeri melayu tidak
bersekutu sejak pada tahun 1909. Pada mulanya, kawasan di semenanjung tanah melayu pada
kurun 19 adalah merupakan kawasan yang diperintah sepenuh oleh raja melayu.

Perluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu pada peringkat awal adalah lebih tertumpu
di selat Melaka dengan pengambilan pulau pinang dan singapura. Perjanjian Inggeris-Belanda
pada tahun 1824 pula membahagikan sempadan kuasa yang jelas antara British dan Belanda.
Secara beransur-ansur British telah meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri melayu yang lain dan
kemuncaknya adalah dimana British secara rasminya telah mencampur tangan pada tahun 1874.
Pada mulanya, kawasan di semenanjung tanah melayu pada kurun 19 adalah merupakan kawasan
yang diperintah sepenuh oleh raja melayu.

Pentadbiran British dinegeri-negeri Melayu tidak bersekutu adalah tidak ditadbirkan di


bawah satu unit pentadbiran. Negeri dibawah negeri-negeri melayu tidak bersekutu adalah Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri-negeri melayu tidak bersekutu telah dibentuk
pada tahun 1909 apabila British dan Siam mendatangani perjanjian Bangkok.1 Mengikut perjanjian
yang telah dibuat, negeri-negeri sebelum ini yang terletak dibawah naungan siam iaitu perlis,
kedah, Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada pihak British setelah perjanjian yang

1
Lihat Chan Su-Ming, “Kelantan and Trengganu 1909-1939”, JMBRAS, vol 38 PL1. 1965, h. 159-183.
telah dilakukan antara kedua pihak. Setelah British mentadbir, penasihat British telah diletakkan
disetiap negeri yang telah diserahkan.

Bahasa rasmi yang telah digunakan di negeri-negeri tidak bersekutu adalah bahasa melayu
dan Bahasa jawi sebagai tulisan rasmi. Oleh itu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu telah
diletakkan dibawah kawalan pesuruhjaya tinggi iaitu merangkap gabenor negeri-negeri selat.
Setiap negeri adalah dibawah autonomi pemerintahan raja masing-masing. Oleh itu, pentadbiran
negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan negeri-negeri melayu bersekutu adalah berasingan dan
berterusan sehingga perang dunia kedua. British cuba mengabungkan dua sistem negeri-negeri
melayu bersekutu dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu, tetapi gagal akibat ditentang oleh raja
negeri-negeri melayu tidak bersekutu.

Pada tahun 1914, johor telah mendatangani satu perjanjian untuk menerima khidmat
penasihat British dan negeri johor telah menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Pentadbiran negeri Johor telah berubah sepenuhnya apabila perjanjian itu telah dibuat.
Oleh itu, pentadbiran oleh British di negeri-negeri melayu tidak bersekutu adalah bersifat longgar
kerana pentadbirannya tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran tunggal.2 Oleh itu juga,
pentadbiran raja diamalkan secara bebas dan mempunyai kuasa autonomi masing-masing.
Perasingan pentadbiran antara NNMB dan NNMTB berterusan sehinggalah berlaku perang dunia
kedua.

2
SSD, 1914 h. 538, di antara pegawai-pegawai tersebut ialah Ungku Othman (Pelindung Orang Cina), Datuk
Abdullah Jafaar (PJK Muar), Mustapha Jaafar (TSUK II), Ismail Bacuk (TSUK 1), Ungku Ahmad (PJK Batu Pahat),
Ungku Omar (Hakim Besar) dan Datuk Mohd, Hassan (Juruodit Negeri).
2.0 PENTADBIRAN BRITISH

Pentadbiran Di Kedah

Kedah merupakan antara negeri terawal yang menjalankan hubungan dengan British iaitu
semasa Francis Light mengambil Pulau Pinang pada tahun 1786. Walaubagaimanapun pada Ketika
itu British tidak menguasai Kedah kerana mereka tidak mempunyai kepentingan.3 Menjelang akhir
abad ke-19 barulah British berusaha menguasai kedah akibat risau Kedah dikuasai oleh
kuasaeropah lain seperti Jerman. Pada tahun 1902 perjanjian British-Siam telah termeterai dan
melalui perjanjian ini pihak British telah meminta Sultan Abdul Hamid untuk menerima seorang
penasihat British namun baginda menolak.4 Pada tahun 1904, Kedah telahmenghadapi krisis
kewanan yang teruk kerana membiayai lima perkahwinan diraja. Hutang-hutang negeri Kedah
ditaksirkan empat kali ganda pendapatannya setahun.5 Dalam usaha mengatasi masalah ini, Sultan
Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid terpaksa meminta bantuan kewangan kepada kerajaan Siam.
Siam pada masa itu bersetuju menghulurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Kedah dengan
syarat Kedah menerima seorang penasihat kewangan berbangsa Inggeris yang dilantik Siam.

Selepas sultan, Majlis Mesyuarat Negeri merupakan institusi pentadbiran dan politik yang
penting. Majlis Mesyuarat Negeri Kedah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1905. Majlis ini
mengandungi lima orang pegawai utarna negeri. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama
terdiri daripada Tunku Abd.Aziz, Raja Muda sebagai presiden, G.C Hart (Penasihat Kewangan),
Encik Md Ariffin (Setiausaha Sultan), Haji Ahmad (Ketua Hakim) dan Syed Abdullah al-Mahdali
(Bendahara Negeri).6 Dalam pentadbiran negeri, pegawai-pegawai tadbirnya dikenali sebagai
Kedah Civil Service (KCS). Jawatan pentadbiran tertinggi ialah Setiausaha Kerajaan. Antara tokoh
yang pernah memegang jawatan ini termasuklah Encik Md Ariffin, Wan Yahya Wan Mohd Taib
dan Haji Syarif Awang Osman. Pegawai British yang terpenting ialah Penasihat British. Penasihat
pertama yang berkhidmat di Kedah ialah George Maxwel l pada 15 Julai 1910. Tokoh-tokoh lain

3
Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan Perkembangan.Edisi Kedua.1996.hlm 191
4
ibid
5
Barbara Watson Andaya & Leonard Y.Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983. Hlm 226
6
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd 2002.kuala lumpur.
Hlmn 171
yang pernah memegang jawatan ini termasuklah L.E . Wolferston, G.A . Hall , W. Peel dan J.D.
Hall .7

Pentadbiran Di Kelantan

Jika dilihat dari sudut sejarah kerajaan Kelantan sebenarnya pernah meminta penasihat
British untuk dihantar ke Kelantan iaitu semasa konflik antara Sultan Kelantan dan kerajaan
Bangkok apabila sultan Kelantan menyerahkan pajakan Tanah kepada duff iaitu warganegara
British.8 Hal ini kerana, pada tahun 1900 Kelantan telah mengalami masalah kewangan yang
teruk.9 Kedatangan seorang rakyat British ke Kelantan untuk mendapatkan Kawasan pajakan
lombong telah membuka peluang kepada sultan Kedah untuk memulihkan semula keadaan
kewangan negerinya. Oleh itu, sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 300 batu persegi
kepada Rakyat British iaitu R.W.Duff dan sebagai balasannya Raja Muda Kelantan mendapat
wang $20 000 tunai dan 2000 saham syarikat.10 Hal ini telah mengundang ketidakpuashatian Siam
terhadap Sultan Kelantan. British yang tidak mahu masalah ini berterusan kerana Duff mengancam
akan mendaftarkan syarikatnya kepada ibu negara eropah lain. Pada tahun 1902, perjanjian antara
Siam dan British telah ditandatangi untuk menyelesaikan konflik tersebut diaman Siam harus
melantik seorang penasihat kerajaan Siam yang berbangsa Inggeris ke Kelantan. Pada tahun 1903
dengan pelantikan W.A .Graham. Beliau bertugas di Kelantan selama enam tahun. Beliau dan
beberapa orang kakitangan Inggeris yang lain tidak banyak menghadapi masalah dalam
pentadbiran di Kelantan. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kerajaan British menghantar J.S.
Mason menggantikan Graham.

Kelantan juga dikuasai oleh pegawai-pegawai Melayu dalam urusan pentadbirannya.


Terdapat juga pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang dipinjamkan sebagai
penasihat terutamanya di bidang teknikal. Kelantan mula menerima penasihat Majlis Mesyuarat
Negeri Kelantan dipengerusikan oleh sultan sendiri. Jumlah keanggotaannya agak ramai
berbanding dengan Kedah.11 Bilangan ahli majlis seramai lima belas orang termasuk penasihat

7
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd 2002.kuala lumpur.
Hlmn 172
8
Jodinger Singh Jessey. Sejarah Tanah Melayu 1500-1959. 1978. Hlm 254
9
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur.1983.hlm227
10
ibid
11
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd 2002.kuala lumpur.
Hlmn 173
British. Salah satu kesan kemasukan pentadbiran baru zaman British ialah penyusunan semula
pentadbiran. Apabila William Langham Carter mengambil alih tugas penasihat (1912) beliau telah
memperketatkan peraturan-peraturan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pegawai-
pegawai Melayu. Beliau juga cuba meningkatkan pentadbiran daerah dan memperluaskan
tanggungjawab Pegawai Daerah (Jajahan).12 Ini menyebabkan berlaku penentangan di jajahan
bersempadan Terengganu. Penentangan ini berlaku di Pasir Putih kerana pentadbiran baru
menjejaskan golongan elit tradisional tempatan. Pemberontakan ini meletus pada tahun 1915.13
Pemimpin-pemimpin utama penentangan ini ialah Haji Mat Hassan yang lebih dikenali sebagai
Tok Jangut dan Engku Besar Jeram. Bagaimanapun kebangkitan ini ditumpaskan dan Tok Janggut
terkorban. Selepas pemberontakan ini penasihat-penasihat British yang menggantikan Longham-
Carter lebih menumpukan perhatian kepada pemodenan yang lebih umum. Penasihat A.C . Baker
misalnya berjaya mewujudkan hubungan rapat dengan Menteri Besar Dato Nik Mahmud dan
anaknya Dato Nik Ahmad Kamil (Setiausaha Kerajaan).14 Pegawai-pegawai Melayu dipilih
daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Mereka berkhidmat dalam pelbagai jabatan
negeri dan pegawai jajahan. Bagi mengendalikan hal-ehwal agama Islam maka dibentuk Majlis
Agama dan Istiadat Melayu pada tahun 1916. Di peringkat mukim pula institusi penghulu tents
digunakan. Penghulu di Kelantan dikenali juga sebagai Toh Kweng.15

Pentadbiran Di Terengganu

Terengganu merupakan negeri yang agak “liat” sedikit dalam menerima penguasaan
British.16 Para pemerintah Terengganu berangapan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri
yang bebas dari penguasaan kuasa lain termasuk Siam. Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal
Abidin III menggangap Siam hanya sebagai negara sahabat. Pada tahun 1902, gabenor Negeri-
Negeri Selat telah membuat lawatan ke Terengganu untuk meluaskan pengaruh kekuasaan British
di Terengganu. Kedatangan beliau adalah bagi meminta sultan Terengganu menerima penasihat

12
ibid
13
ibid
14
ibid
15
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd 2002.kuala lumpur.
Hlmn 174
16
Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan Dan Perkembangan. Edisi Kedua.1996.hlm 192
British mengikut syarat perjanjian kerajaan British-Siam namun telah dinafikan oleh Sultan
Terengganu.17 Sultan Terengganu telah memberikan alasan bahawa dia belum bersedia menerima
penasihat British dan tidak mengetahui syarat perjanjian tersebut. Pada tahun 1909, pihak British
sekali lagi meminta sultan Terengganu menerima penasihat British bagi memenuhi syarat
perjanjian Bangkok. Sultan Terengganu akhirnya pergi ke Singapura untuk membuat bantahan
terhadap tindak tanduk British. Bantahan ini tidak memberikan kesan kepada British malahan
mereka terus memaksa baginda menerima penasihat British.18 Pada 22 April 1910, perjanjian
persahabatan Terengganu dan British ditandatangani dan dua syarat penting di sini ialah
Terengganu tidak boleh membuat hubungan dengan kuasa asing tanpa kebenaran British dan
Terengganu dikehendaki menerima wakil British untuk berpejabat di Kuala Terengganu.19
Walaubagaimanapun Sultan Terengganu masih menggangap negeri Terengganu sebagai negeri
yang merdeka.

Di Terengganu kerana adanya tentangan daripada kerajaan negeri maka penasihat British
tidak dilantik sehingga tahun 1919. Pegawai utama British hanyalah seorang agen. Agen British
yang pertama ialah W.L . Conlay. Oleh itu Sultan Zainal Abidin (1881-1918) sendiri mengambil
daya usaha memperkemaskan pentadbiran negeri. Baginda menitahkan diadakan perlembagaan
bertulis negeri pada 2 November 1911.20 Di Terengganu diwujudkan Jemaah Menteri dan Jemaah
Mesyuarat Kerajaan. Ahli-ahlinya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Jemaah
Mesyuarat Kerajaan bertugas membantu dan menasihat sultan dalam perkara-perkara umum
berhubung soal luar dan dalam negeri, manakala Jemaah Menteri menguruskan hal pentadbiran.
Bagi mengemaskan pentadbiran daerah, kerajaan Terengganu melantik Pegawai Daerah mulai
tahun 1912. Oleh kerana penglibatan Inggeris kurang maka Pesuruhjaya Tinggi mencari alasan
untuk membolehkan pengaruh British diperluaskan lagi dalam pentadbiran negeri. Pada tahun
1918, Pesuruhjaya Tinggi Sir Arthur Young membentuk suruhanjaya penyiasat untuk mengkaji
pentadbiran di Terengganu. British berpendapat pentadbiran Terengganu tidak cekap dan
mencadangkan pegawai British diberi kuasa lebih banyak. Pada 24 Mei 1919 termeterai perjanjian
Terengganu-Inggeris. Salah satu syaratnya, Terengganu bersedia menerima seorang penasihat

17
Ibid.hlm198
18
Ibid
19
Ibid.hlm 199
20
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd 2002.kuala lumpur.
Hlmn 174
British. Penasihat yang pertama ialah J.L. Humphreys (sebelumnya agen British). Sultan
Muhammad (1918-1920) menentang beberapa percubaan penasihat British untuk membuat
perubahan sehingga baginda memprotes dan turun takhta. Pada masa pemerintahan Sultan
Sulaiman (1920-1942) banyak berlaku perubahan dalam pentadbiran Terengganu. Salah satu
kesan perkembangan pengaruh pentadbiran British ialah pembentukan jabatan-jabatan baru. Ada
tiga pejabat penting di Terengganu iaitu pejabat penasihat British, pejabat Menteri Besar dan
pejabat Setiausaha Kerajaan. Jabatan-jabatan kerajaan pula termasuklah kastam, tanah dan galian,
kerja raya, perubatan dan hal-ehwal agama Islam.Di peringkat jajahan pula Terengganu
dibahagikan kepada tiga timur, tengah dan barat. Setiap jajahan pula ditadbirkan oleh seorang
Pesuruhjaya dan dibantu oleh Pegawai Daerah. Banyak peraturan yang didapati bertentangan
dengan amalan biasa rakyat. Ini terutamanya berhubung kait dengan tanah, pertanian dan cukai.
Satu pemberontakan telah meletus antara tahun 1922-1928 di Ulu Terengganu kerana memprotes
peraturan baru. Pemimpin utama kebangkitan ini ialah Haji Abdul Rahman Limbung .
Bagaimanapun akhirnya Haji Abdu l Rahman ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah.
Pentadbiran British di Perlis

Perlis merupakan sebuah negeri Melayu terkecil pada tahun 1911 dengan jumlah penduduk
sebanyak 32,746 orang. Sebelum tahun 1821, Perlis dan Sentul adalah didalam kawalan kerajaan
Kedah. Namun, pada sekitar tahun 1821, semasa Siam menakluk Kedah, Siam telah memisahkan
Perlis dari Kerajaan Kedah dan telah melantik Syed Hussin Syed Harun sebagai Raja Perlis.

Oleh hal yang demikian, Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan
turut melibatkan pembesar tempatan. Manakala, Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan
pentadbiran yang dipengerusikan oleh Raja. Disamping itu, kakitangan perkhidmatan awam terdiri
daripada orang Melayu, hanya 3 orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis dan Setiausaha
kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting

Pentadbiran British di Johor

Pentadbiran British di Johor berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.


Dimana, didapati bahawa Sultan tidak dibenarkan untuk menyerahkan negerinya kepada kuasa
asing. Oleh hal yang demikian, Menteri Besar menjalankan pentadbiran dan Setiausaha negeri
terdiri daripada orang Melayu. Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu
sultan dalam pentadbiran. Di samping it, dalam perkhidmatan kerajaan Johor, orang Eropah dan
Melayu dilayan sama taraf, orang Melayu yang berkelayakan diutamakan bagi memenuhi jawatan
pentadbiran.

Selain itu, Johor merupakan sebuah negeri yang telah mencapai tahap kemakmuran yang
tinggi. Hal ini demikian kerana, Johor mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang
teratur.Di samping itu, kebijaksanaan pemerintah Johor membangungkan Johor telah menghalang
perluasan kuasa British keatas Johor. Oleh hal yang demikian, Penguasaan British terhadap
Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam
3.0 FAKTOR YANG MENDORONG BRITISH MENJALANKAN PENTADBIRAN DI
NEGERI – NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU.

Kemunculan imperialis baharu pada akhir kurun ke- 19 telah mencabar kedudukan British sebagai
sebuah kuasa besar. Jerman, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia berlumba- lumba untuk
mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. Kerajaan British sebenarnya semakin terdesak untuk
menguasai Negeri-negeri Melayu di utara dan Johor kerana terdapat persaingan daripada kuasa-
kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Hal ini kerana bermula pada tahun
1870, negara Eropah termasuk Britain, Perancis dan Jerman telah berlumba-lumba mencari tanah
jajahan di Afrika dan Asia. Kuasa Eropah ini berlumba untuk mendapatkan tanah jajahan di hawa
panas kerana di sinilah didapati banyak bahan mentah.21

Negara Perancis menunjukkan minatnya untuk menguasai Menom Chao Phraya iaitu
kawasan penanaman padi yang subur di Siam. Mereka juga dikatakan ingin membina sebuah
terusan di Segenting Kra di selatan Siam untuk membolehkan mereka menguasai kawasan
tersebut. Rusia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pangkalan batu arang di Teluk Siam dan
Ujong Salang. Manakala Jerman berminat untuk membina pangkalan perdagangan di selatan Siam
terutamanya di Pulau Langkawi dan Amerika Syarikat pula ingin meluaskan pengaruhnya di
Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya. Perkembangan ini amat membimbangkan pihak British.22
Mereka menyedari bahawa tidak mustahil nanti kuasa-kuasa Barat yang lain akan menubuhkan
petempatan di negeri-negeri Melayu terutamanya di utara dan pantai timur Tanah Melayu. Oleh
yang demikian, pihak British berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Siam dan
mengelakkan berlakunya sebarang konflik demi menjaga kepentingan mereka. Langkah itu dibuat
untuk memastikan kepentingan British tidak terjejas.

Langkah itu dibuat untuk memastikan kepentingan British tidak terjejas. Di samping itu
siam juga berfungsi sebagai Negara penampan antara Perancis dan Negeri Melayu Utara.
Walaubagaimanapun, demi menjaga kepentingan dan keselamatan british juga telah berusaha
melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat kerana kelemahan
perhubungannya dengan siam. Tetapi british tidak dapat mengekang kemaraan kuasa barat lain

21
Joginder singh jessey. Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 181

22
Ibid.
disebabkan hanya bersahabat dengan beberapa kuasa barat dan bukan kesemuanya. Akhirnya,
British yang masih merasa bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat yang lain menjelang
akhir abad ke-19 ini telah mengambil langkah menaungi negeri melayu tidak bersekutu ini dengan
menempatkan penasihat british di setiap negeri.

Pada tahun 1897, British mengadakan perjanjian sulit dengan Siam bagi menghalang Siam
menyerahkan Kawasan selatan kepada kuasa barat yang lain. Kejayaan campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu melalui penubuhan Negeri-Negeri Selat dan penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu mendorong mereka meluaskan lagi kuasa dan wilayah mereka. Misalnya,
pemberian konsesi tanah yang seluas 776 996 hektar oleh sultan Kelantan kepada Duff
Development Company pada tahun 1897 dan penerimaan permohonan Amerika Syarikat untuk
membuka membuka penempatan di Pula Redang oleh Sultan Terengganu.23 Oleh itu, Pihak British
sekali lagi menandatangani perjanjian Perisytiharan British – Siam pada tahun 1902 bagi
menghalang kemaraan kuasa Barat lain.

Seorang penasihat inggeris ditempatkan di setiap negeri tersebut bagi menasihatkan Raja
– Raja Melayu dalm semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Taraf
penasihat itu hampir sama dengan Residen di Perak, Selangor, Negari Sembilan Dan Pahang
sebelum penubuhan Negeri – Negeri Bersekutu. Inggeris terlah menyatukan pentadbiran negeri –
negeri tersebut dalam satu unit pertadbiran yang dikenal sebgai Negeri – Negeri Tidak Bersekutu.

Usaha Inggeris dalam mendaptatkan kekayaan hasil bumi dati bumi negeri – negeri di
Utara Semenanjung Malaysia Tanah Melayu bermula melalui Perjanjian Burney pada tahun 1826.
Melalui perjanjian Bangkok 1909 pula, Inggeris berjaya menyekat perluasan kuasa Siam di negeri
– negeri Melayu dan melindungi kepentingan Iggeris di Tanah Melayu. Dengan adanya perjanjian
ini, kuasa kuasa Barat lain juga sukar menembusi negeri – negeri Melayu

23
Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978.hlm 245
4.0 KESAN PENTADBIRAN BRITISH DI NEGRI-NEGERI MELAYU TIDAK
BERSEKUTU

Tahun 1914 dapatlah dikatakan satu titik penting dalam sejarah pentadbiran. lni disebabkan
mulai tahun 1914 seluruh Tanah Melayu menjadi negeri naungan British. Singapore and Straits
Directory tahun 1914 dapat dijadikan sebagai satu panduan dalam menganalisa perkembangan
pentadbiran Kerajaan Negeri-negeri melayu tidak bersekutu. Pentadbiran British di Negeri-negeri
melayu bersekutu telah banyak mengubah pentadbiran negeri yang ditadbirnya. Kedua-dua pihak
iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan masing-masing dalam
mewujudkan perjanjian. Dalam menentukan sempadan baru ini, British dan Siam hanya
menentukkan berdasarkan pentadbiran berbanding elemen penting seperti soal kebudayaan
geografi etnik agama dan kriteria yang lain. keengganan mereka ini telah menimbulkan masalah
dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu bersekutu dan negeri-negeri Melayu tidak
bersekutu. Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja
memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi juga
membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu.

Pentadbiran British di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu telah memberi kesan kepada
perkembangan pentadbiran di NNMTB. Kesultanan Melayu di Perlis, Terengganu, Kedah, Johor
dan Kelantan adalah mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun yang
menjadikan pentadbiran sebagai satu asas kemajuan kesultanan tersebut. Pengekalan kedudukan
sultan dan pembesar dalam pentadbiran adalah memberikan NNMTB ditadbir dengan baik.
kedudukan sultan dalam pentadbiran tidak tergugat mahupun terganggu kerana ianya adalah
sebagai puncak kuasa pentadbiran negeri dan sultan berkuasa dalam agama islam dan adat istiadat
melayu.24 Dalam sistem ini, raja adalah menjadi tonggak penting dalam pentadbiran. Gandingan
pemerintahan oleh raja dan pembesar adalah dapat memacu kemakmuran negeri. Selain itu, sistem
undang-undang dapat dilaksanakan dengan teratur dan teliti. Kestabilan politik adalah amat
penting bagi mewujudkan keamanan negara dan pentadbiran yang sistematik pula dapat
menyumbang kepada kemajuan negara.

24
George Maxwell, “The Administration of Malay” , British Malay, April, 1943, hlm. 140, dari Swettnham Papers,
12/116.
Disamping itu, pengenalan birokrasi barat juga telah diperkenalkan oleh British. Oleh itu,
penasihat British telah mengurangkan kuasa sultan dan pembesar kerana British telah
menentukkan segala dasar pentadbiran di NNMTB.25 Pihak British juga telah memperkenalkan
jabatan-jabatan baharu di setiap negeri dan telah menubuhkan pasukan polis. Selain itu juga,
urusan pentadbiran negeri pula, mula mengamalkan cara barat dan mahkamah sivil turut
diperkenalkan. Kuasa-kuasa sultan dan pembesar berkurangan adalah disebabkan oleh
kemasukkan pegawai-pegawai barat sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.26 Oleh itu, sebab
Pengenalan sistem birokrasi barat adalah kerana kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di
Asia Tenggara. British juga telah memperkenalkan Sistem Residen bagi sistem penasihat untuk
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu .

Seterusnya, kesan pentadbiran di NNMTB adalah dimana kedudukan siam dikekalkan.


Pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mengubah kedudukan siam. 27 Sultan
masih berperanan sebagai tonggak pentadbiran negeri dan masih berkuasa terutama bagi hal-hal
dengan keagaman islam dan adat istiadat melayu. Kedudukan sebagai sultan masih dikekalkan
oleh pihak British tetapi bidang tugasnya telah berubah mengikut pentadbiran yang British telah
lakukan. Disamping itu juga, tugas sebagai pembesar dikekalkan dan diberikan elaun dan pencen
tetapi mereka tidak dibenarkan memungut cukai dan pajak.

Selain itu, penerusan sistem pentadbiran tradisional juga merupakan kesan pentadbiran British di
NNMTB.28 Peraturan undang-undang tubuh negeri telah ditetapkan dimana sistem Jemaah
menteri, majlis negeri dan peraturan yang terkandung dalam undang-undang tubuh kerajaan masih
diteruskan dan sistem pentadbiran negeri akan diketuai oleh pembesar negeri. Oleh itu, pihak
Britih telah memberikan bantuan dengan meminjamkan pegawai daripada perkhidmatan awam
negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan juga negeri-negeri selat. Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu juga mempunyai perkhidmatan awamnya yang tersendiri. Bagi pihak kedah dan British,
pihak mereka telah mendatangani perjanjianyang menyatakan semua jawatan perkhidmatan awma
di kedah akan diisi oleh anak tempatan.

25
Residen Jeneral kepada Pesuruhjaya Tinggi, C.B.H. Mirchell Laporan Tahunan Negeri-negeri Melayu Persekutuan,
1897.
26
ibid
27
Zakaria Haji Ahmad. op.cit .. him. 115.
28
Ibid
Oleh itu, perluasan kuasa British di NNMTB telah menyebabkan perubahan berlaku dalam sistem
pentadbiran. Pembentukan sistem penasihat British telah menjadi asas penting peluasan kuasa
British di negeri-negeri itu. Walaupun kedaulatan negeri masih dipegang oleh sultan, namun kuasa
yang ada semakin terhakis. Oleh itu, pembaharuan dan sistem pentadbiran yang sistematik telah
menjadikan penentu kepada kemajuan dan pembangunan negara.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri
daripada sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu ialah Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu
dan Johor yang merupakan gabungan yang telah terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan
Siam menandatangani Perjanjian Bangkok. Mengikut perjanjian ini, empat buah negeri yang
sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
akan diserahkan kepada British.

Cara yang dilakukan british ini sememangnya bukanlah berunsurkan kekerasan seperti peperangan
namun ianya lebih kepada desakan, ancaman dan tipu muslihat. Pada peringkat awal British telah
melakukan perhubungan yang rapat dengan Siam kerana menyedari pengaruh Siam terhadap
Negeri Melayu utara melalui penghantaran bunga emas kepada Siam. Menyedari perhubungannya
dengan Siam tidak memberi jaminan seperti yang dikehendaki maka British telah melakukan
perhubungan baik dengan kuasa barat lain demi menjaga kepentingannya agar perebutan tanah
jajahan antara dua negara eropah dapat dielakkan di samping agenda untuk menjaga keselamatan
negara asalnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa pihak british telah melakukan perhubungan yang baik dengan siam
untuk menjaga kepentingannya di negeri melayu utara dan kepentingan perdagangannya di
kawasan kepulauan. Malahan British sentiasa memihak kepada siam seperti yang ditunjukkan oleh
perjanjian 1826.29

Akibat daripada masalah yang timbul akhirnya dasar persahabatan dengan Siam dan pengiktirafan
penguasaan Siam terhadap negeri melayu tidak bersekutu ini berubah bentuk kepada dasar untuk

29
Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan.Edisi Kedua.1996. hlm186
menaungi Negeri Melayu tidak bersekutu kerana British menyedari bahawa negeri Melayu Utara
tidaklah mengakui ketuannya terhadap Negara Siam. Setelah berjaya menguasai Negeri Melayu
Utara dengan menempatkan penasihat maka perhubungan Siam dengan British menjadi kendur
kerana British tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap Siam untuk mengawal kemasukan
Kuasa Barat ke Negeri Melayu Utara.

Bagi kerajaan Negeri Johor pula, perhubungan Negeri Johor dengan Jerman dan Belanda telah
menimbulkan ketidaksenangan British terhadap Kerajaan Johor. Oleh itu, British telah berusaha
meluaskan pengaruhnya dengan menakluki Negeri Johor. Hasil daripada ini negeri-negeri tidak
bersekutu telah terpaksa menerima seorang penasihat British yang bertanggungjawab menasihati
Sultan dalam hal pentadbiran kecuali yang berkaitan adat istiadat dan agama islam. Bidang kuasa
penasihat ini sememangnya tidak terhad kepada pentadbiran dalam negeri sahaja tetapi
merangkumi kesemua hal negeri. Walaupun, sultan masih merupakan Ketua Negeri yang sah dan
menjalankan pentadbiran negeri tetapi itu hanyalah secara teorinya kerana sultan harus menerima
nasihat daripada penasihat yang dilantik British. Sultan dikatakan tidak mempunyai hak untuk
membantah apa yang dinasihatkan oleh penasihat british kecuali berhubung adat istidat melayu
dan agama islam.
6.0 RUJUKAN

Barbara Watson Andaya & Leonard Y.Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 1983

Chan Su-Ming, 1965 “Kelantan and Trengganu 1909-1939”, JMBRAS, vol 38 PL1.

George Maxwell, “The Administration of Malay”, British Malay, April, 1943, dari Swettnham
Papers, 12/116.

Jodinger Singh Jessey. Sejarah Tanah Melayu 1500-1959. 1978.

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publication & Distribution sdn.bhd
2002.kuala lumpur.

Residen Jeneral kepada Pesuruhjaya Tinggi, C.B.H. Mirchell Laporan Tahunan Negeri-negeri
Melayu Persekutuan, 1897.

Zainal Abidin Abdul Wahid.1996. Malaysia Warisan Perkembangan.Edisi Kedua..

Zakaria Haji Ahmad. op.cit

You might also like