Sejarah Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH SEKOLAH

SMK SEGAMBUT JAYA


SMK Segambut Jaya dilahirkan dengan tradisi mendidik pelajar-pelajar seiring dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Dari sudut sejarah, SMK Segambut Jaya ditubuhkan pada
04 Disember 1995 dengan menumpang dipremis SRK Segambut Jaya sehingga 30 Mei
1997. SMK Segambut Jaya mempunyai keluasan tanah berukuran 9.6 ekar. Ia terletak
di Lembah Segambut, 6 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sekolah ini
mempunyai 4 blok, 36 buah kelas, 6 buah makmal, 2 bilik senilukis, 2 buah bilik guru,
sebuah perpustakaan, bilik computer, bilik kebal, bilik pengawas, kantin dan satu blok
tingkat bawah untuk Kemahiran Hidup.

Sekolah ini mula beroperasi dibawah pimpinan Pn Fitriah Bt Yusof sebagai pengetua
pertama dengan dibantu oleh 11 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan
bukan akademik. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama adalah seramai
231 orang. Tujuh kelas telah diwujudkan dengan dua Kelas Peralihan dan lima kelas
Tingkatan Satu.

Tanggal 16 Februari 1996, warga SMK Segambut Jaya telah menerima pengetua baru
iaitu En Alias B Abdul Karim setetah Pn Fitriah berpindah ke SM Convent, Klang.
Tempat En Alias seterusnya diganti pula oleh Tn Haji Supandi B Ismial. Seterusnya Tn
Haji Ahmad B Abdullah. Pada awal tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2007 En
Tajuddin B Mohamd Mor pula menjadi pengetua. Selepas En Tajudin bersara pengetua
SMK Segambut Jaya diganti dengan Tn Haji Muhamad Khailani B Abdul Jalil iaitu mulai
pertengahan tahun 2007 hingga pertengahan tahun 2015. Setelah Tn Haji Muhamad
Khailani bersara pengetua SMK Segambut Jaya diganti pula dengan Pn Hjh Shahida Bt
Hj Azizan sehingga bulan Oktober 2017. Beliau merupakan pengetua wanita kedua
sejak sekolah ini ditubuhkan. Mulai bulan Oktober 2017 pengetua SMK Segambut Jaya
diganti pula oleh En Ahmad Nawawi B Sha'ari.

Sehingga kini SMK Segambut Jaya mempunyai Kakitangan Akademik seramai 70


orang, Ketua Pembantu Tadbir seorang, Ketua Penyelia Asrama seorang, Pembantu
Tadbir seorang, Penyelia Asrama seorang, Pembantu Makmal 4 orang, Pembantu Am
Pejabat 1 orang, Pembantu Tadbir Rendah seorang dan Pemandu seorang. Manakala
jumlah pelajar pula mencecah 600 orang

You might also like