Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Date and Time: Thursday, 19 December, 2019 2:35:00 PM MYT

Job Number: 105694094

Document (1)

1. YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot, [2010] 1 SHLR 30
Client/Matter: -None-
Search Terms: Ill-treatment of spouse
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases Court: Malaysia Syariah High Court

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2019 LexisNexis
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia
Pinot [2010] 1 SHLR 30
Shariah Law Reports (ShLR) · 11 pages

SHARIAH HIGH COURT (KOTA BHARU)


MOHAMED YUSOFF AWANG ShHCJ
CIVIL CASE NO 03001–0062–0971 OF 2009
13 December 2009

Case Summary
Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Application to resume cohabitation — Defendant deserted
plaintiff for Indonesia against his knowledge and will — Whether within jurisdiction of court — Whether
plaintiff fulfilled his responsibilities as husband — Whether allegations of ill-treatment and cruelty
established — Defendant absent during trial — Whether plaintiff's claim established — Whether entitled for
order — Effect of non-compliance with order granted — Administration of Shariah Court (Kelantan)
Enactment 1982 ss 9(2)(i) & 121

The parties were validly married in accordance with hukum Syarak on 26 August 2008 and have no children from
the said marriage. Until May 2009 the parties were living peacefully. However, their relationship turned sour when
the defendant had, on 31 May 2009, ran away and escaped from the plaintiff and thereafter, moved to Indonesia
without his knowledge and permission. The above took place when the couple visited the plaintiff's father, the
Sultan of Kelantan, who was warded in a hospital in Singapore. The defendant alleged that the plaintiff had made
several defamatory remarks against him in the media in Indonesia. The plaintiff denied the allegations of cruelty or
ill-treatment of the defendant and therefore, filed this claim for an order to compel the defendant to resume
cohabitation with him. The issues to be considered by this court were as follows: (a) whether the plaintiff had
fulfilled his responsibilities towards the defendant when they were living together in the Kubang Kerian palace; and
(b) whether the allegations of the defendant that the plaintiff had abused her, physically and mentally, were
established.

Held, allowing the plaintiff's application:

(1) The duty of the defendant to be faithful and obedient to the husband in discharging her responsibilities as a
wife is of utmost importance in Islam. A wife should be obedient to the husband in matters which are lawful
(ma'ruf) in all circumstances even if she is busy. It is obligatory for the wife to respond to the husband's
needs and cannot refuse except where his wishes violates the commands of Allah (see paras 12, 14 & 17).
(2) The plaintiff was the lawful husband of the defendant even though they were living separately. As a lawful
husband, the plaintiff was entitled to request the defendant to resume cohabitation with him and fulfill her
duties as a wife (see para 19).
(3) As the defendant had failed to appear in court, she had thus, failed to substantiate her allegations. Her
failure to appear in this court as well [*31]
as in the civil High Court in a defamation suit against her filed by the plaintiff, proved that the allegations
made by her against the plaintiff were nothing but mere allegations. To the contrary, the non-appearance
constituted circumstantial proof that no such abuse had been committed on her by the plaintiff (see para
32).
(4) As the lawful husband, the plaintiff had discharged his responsibilities towards the defendant faithfully and
therefore, he was entitled for an order for the defendant to resume cohabitation with him. Hence, should
the defendant fail or refuse to comply with the order, the defendant would be deemed to have committed
nusyuz (recalcitrant) and in the said circumstances, she would be disentitled to her rights for maintenance
from the plaintiff (see para 34).

Plaintif dan defendan adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum Syarak yang telah berkahwin pada
26 Ogos 2008 dan pasangan ini belum dikurniakan zuriat. Semenjak berkahwin sehingga bulan Mei 2009, plaintif
dan defendan hidup dengan aman, bahagia dan harmoni tetapi pada 31 Mei 2009 bermulalah titik hitam dalam
Page 2 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

sejarah kehidupan rumahtangga mereka di mana defendan telah melarikan diri daripada plaintif semasa mereka
berdua berada di Singapura semasa plaintif menziarahi ayahanda baginda yang gering di sebuah hospital di sana
dengan pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan dan izin plaintif. Defendan telah membuat beberapa kenyataan
yang berbentuk fitnah ke atas plaintif melalui media massa Indonesia. Plaintif telah memfailkan kes tuntutan taat
balik di mahkamah ini ke atas defendan dengan alasan defendan telah pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan
dan tanpa izin sedangkan plaintif telah memberi layanan baik kepada defendan dan menjalankan tanggungjawab
dengan sempurna dan tidak pernah wujud penderaan. Isu-isu yang timbul di hadapan mahkamah, antara lain,
adalah seperti berikut: (a) sama ada plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya kepada defendan semasa hidup
dan tinggal bersama dengan defendan di Istana Mahkota Kubang Kerian; dan (b) sama ada benar dakwaan
defendan bahawa dia telah didera oleh plaintif dari segi fizikal dan mental.

Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Islam meletakkan ketaatan dan kepatuhan isteri terhadap suami di tempat pertama dan terpenting dalam
tugas dan tanggungjawab isteri terhadap suaminya setelah menjadi isteri yang sah kepada suaminya.
Seseorang isteri hendaklah taat kepada suaminya dalam perkara ma'ruf/baik walaupun ketika ia ada di
dapur sekalipun. Apabila dipanggil oleh suaminya untuk sesuatu hajat isteri itu wajib datang menyahutnya
dan tidak boleh mengingkarinya kecuali dalam perkara melakukan maksiat kepada Allah (lihat perenggan
12, 14, & 17).
(2) Plaintif adalah suami yang sah kepada defendan dan berterusan sehingga sekarang walaupun tidak lagi
tinggal bersama. Sebagai suami [*32]
yang sah dari segi hukum Syarak dan undang-undang, plaintif adalah patut dan berhak menuntut defendan
taat balik kepadanya dan kembali menjadi isteri dan menjalankan tugas sebagai isteri (lihat perenggan 19).
(3) Dakwaan defendan itu tidak dibuktikan malah defendan tidak pula hadir ke mahkamah ini untuk menjawab
dan membuktikan dakwaan ke atas plaintif. Dan dengan ketidakhadiran defendan memberi keterangan di
mahkamah ini dan juga di Mahkamah Tinggi sivil dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh plaintif ianya
menunjukkan bahawa dakwaan defendan didera oleh plaintif adalah merupakan dakwaan semata-mata
tanpa bukti sebaliknya ia menjadi qarinah dan bukti oleh pihak plaintif bahawa tidak ada penderaan ke atas
defendan yang dilakukan oleh plaintif (lihat perenggan 32).
(4) Plaintif sebagai seorang suami yang sah kepada defendan telah menjalankan tanggungjawab terhadap
defendan dengan baik dan sempurna maka plaintif berhak membuat tuntutan ke atas defendan supaya
kembali taat kepadanya seperti sediakala dan jika defendan gagal atau ingkar kembali taat kepada plaintif,
defendan menjadi isteri yang derhaka dan nusyuz kepada plaintif yang menyebabkan ia gugur daripada
mendapatkan hak-hak dan nafkah daripada plaintif (lihat perenggan 34).]

Notes

For cases on jurisdiction, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 671–676.

Legislation referred to

Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982 ss 9(2)(i), 101, 121

Quranic verses referred to

Surah al-Baqarah (2): 233

Surah al-Mu'minun (23): 5, 6, 7

Surah an-Nisa (4): 19

Surah al-Talaq (65): 6

Books referred to

I'anah Al-Talibin, Juz 4, by Al-Sayed Al-Bakri Ibn Sayed Muhammad Syata Dumyati pp 77, 238
Page 3 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

Zainul Rijal bin Abu Bakar (Abdul Halim bin Bahari with him) (Zainul Rijal Talha & Amir) for the plaintiff.
Defendant not represented.
[*33]

Mohamed Yusoff Awang HMTSy:


FAKTA KES

[1]Kes ini adalah suatu tuntutan mal (taat balik) yang dibuat oleh Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Ibn
Sultan Ismail Petra (No K/P 780404–03–5169) yang beralamat di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim (pihak plaintif). Pihak plaintif diwakili oleh peguam syarie Hj Zainul Rijal bin Abu Bakar dan
Abdul Halim bin Bahari dari Tetuan Zainul Rijal, Talha & Amir di alamat No 15-5, Tingkat 5, Jalan USJ 9/5Q,
Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya Selangor Darul Ehsan. Tuntutan ini dibuat ke atas Manohara
Odelia Pinot (No Pasport P 730716) yang beralamat di L-Orchid Town House, Blok A, No 11 Jalan Anggrek
Cenderawasih 5-7 Slipi, Jakarta Barat, 11410, Indonesia (pihak defendan).

[2]Pihak defendan tidak diwakili peguam walaupun pada mulanya ia diwakili oleh Muhammad Faiz bin Adnan dan
Roshdan Sujak Rafie dari Tetuan Faiz Adnan & Associates yang beralamat di Suite 4–2, Tingkat 2, Jalan Abdullah,
off Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur tetapi kedua-dua peguam defendan ini telah menarik diri daripada mewakili
defendan pada 2 November 2009 sebagaimana surat yang dihantar kepada mahkamah ini melalui Borang MS 8.

[3]Plaintif dan defendan adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum Syarak yang telah berkahwin
pada 26 Ogos 2008 bersamaan 25 Sya'ban 1429H di Istana Mahkota Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan
sebagaimana perakuan nikah yang ditanda sebagai eksh 1 Bilangan Daftar Nombor 81701 dan pasangan ini belum
dikurniakan zuriat. Semenjak berkahwin sehingga bulan Mei 2009 plaintif dan defendan hidup dengan aman,
bahagia dan harmoni tetapi pada 31 Mei 2009 bermulalah titik hitam dalam sejarah kehidupan rumahtangga plaintif
dan defendan di mana defendan telah melarikan diri daripada plaintif semasa mereka berdua berada di Singapura
kerana plaintif sedang melawat dan menziarahi ayahanda baginda yang gering di sebuah hospital di sana dengan
pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan dan izin plaintif dan tidak pulang ke pangkuan plaintif sehingga kini dan
telah membuat beberapa kenyataan yang berbentuk fitnah ke atas plaintif melalui media massa Indonesia.

[4]Pada 26 Jun 2009 plaintif telah membuat sidang media dan memerintahkan agar defendan kembali taat kepada
plaintif dan menjalankan tugas sebagai isteri dan sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebelum 2 Julai 2009
tetapi defendan tidak mematuhi perintah taat tersebut. Justeru itu plaintif melalui peguamnya Tetuan Zainul Rijal
Talha & Amir telah memfailkan kes tuntutan taat balik di mahkamah ini pada 5 Julai 2009 ke atas defendan dengan
alasan defendan telah pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan dan tanpa izin sedangkan plaintif telah memberi
layanan baik kepada defendan dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan tidak pernah wujud
penderaan.

[*34]

[5]Kes ini mula disebut pertama kali di mahkamah ini pada 2 Ogos 2009 dan ditangguhkan atas persetujuan
peguam kedua-dua pihak pada 5 April 2009 untuk sebutan semula dan kes ditangguhkan pada 5 Oktober 2009
untuk perbicaraan. Mahkamah telah pun selesai mendengar perbicaraan kes ini secara sebelah pihak tanpa
kehadiran defendan dan peguamnya (telah menarik diri) dan kemudiannya telah menangguhkan kes ini pada hari
ini iaitu 13 Disember 2009 untuk mahkamah memberi keputusan.

ISU

[6]Daripada fakta-fakta di atas maka isu yang timbul di hadapan mahkamah sekarang ialah:

(a) Adakah plaintif berhak membuat tuntutan ini ke atas defendan;


(b) Sebagai seorang suami kepada defendan, adakah plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya kepada
defendan semasa hidup dan tinggal bersama dengan defendan di Istana Mahkota Kubang Kerian;
(c) Adakah benar dakwaan yang dibuat oleh defendan bahawa dia telah didera oleh plaintif dari segi fizikal
dan mental sebagaimana dalam penyataan pembelaan kepada mahkamah;
(d) Kenapa perlu defendan taat balik kepada plaintif.
Page 4 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

[7]Inilah isu-isu yang perlu dihuraikan oleh mahkamah sebelum membuat keputusan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH

[8]Sebelum mahkamah pergi lebih jauh membincangkan isu-isu di atas sukalah terlebih dahulu saya merujuk
kepada bidang kuasa mahkamah ini untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini.

[9]Setelah saya merujuk dan meneliti kepada peruntukan undangundang/enakmen dan juga hukum Syarak yang
diberikan kepada mahkamah ini, saya dapati dengan jelas bahawa mahkamah ini mempunyai bidang kuasa
mendengar, membicara dan memutuskan kes ini sebagaimana ianya diperuntukkan dalam s 9(2)(i) Enakmen
Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.

Seksyen 9 Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(1) …

(2) Dalam bidangkuasa sivilnya mendengar dan memutuskan segala tindakan dan pembicaraan dalam mana pihak-
pihak berkenaan semuanya berugama Islam dan yang berkenaan dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan (termasuk taatbalik, perceraian khuluk, fasakh, cerai ta'lik, menentukan giliran,
li'an, ila' atau mana-mana perkara yang berkaitan dengan hubungan suami isteri;

Seksyen 121 Ketidakhadiran pihak-pihak:

(1) jika apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran: [*35]

(a) …

(b) Defendan tidak hadir Mahkamah boleh terletak kepada bukti penyampaian wajar, mendakwa dan
memutuskan tindakan itu ianpa kehadiran atau

(2) Mahkamah hendaklah sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan Plaintif di bawah perenggan
(1)(b) atau tuntutan balas Defendan di bawah perenggan (1)(c) mengarahkan Plaintif atau Defendan mengikut
mana-mana yang berkenaan mengangkat sumpah istizhar.

[10]Menurut s 101 mahkamah juga mempunyai bidang kuasa mendengar dan membicarakan dan memutuskan
kes ini walaupun tanpa berhadapan dan kehadiran defendan sebagaimana ianya dibenarkan oleh hukum Syarak
(bab al-qadha' 'alal ghaib dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar). Dalam kitab fiqh I'anah Al-Talibin Juz 4 ms 238
menyatakan:

Dan penghakiman ke atas yang ghaib dalam negeri sekalipun jika yang ghaib itu berada di luar kawasan wilayah daerah
hakim syarie itu atau ghaib dari mahkamah atau ghaib menyembunyi diri dari mahkamah atau tidak mengendahkan
panggilan hadir ke Mahkamah secara degil adalah harus diteruskan dakwaan yang selain dari hukuman Allah dengan
syarat dakwaan itu ada hujah (keterangan) dan tiada yang menuntut itu menyatakan kena tuntut mengakui di atas
tuntutannya bahkan dakwaan itu boleh disangkal haknya.

[11]Dan sebelum saya pergi lebih jauh membincangkan isu perintah taat balik ini eloklah di sini kita huraikan sedikit
kedudukan taat dan patuh seorang isteri kepada suami dalam Islam.

[12]Islam meletakkan ketaatan dan kepatuhan isteri terhadap suami di tempat pertama dan terpenting dalam tugas
dan tanggungjawab isteri terhadap suaminya setelah menjadi isteri yang sah kepada suaminya. Ini dapat dilihat
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Aufa Radiallahu Anhu tatkala Muaz bin Jabal balik dari negeri Syam beliau
terus sujud kepada Rasulullah SAW dan baginda bertanya, 'Kenapa engkau berbuat demikian?' Muaz menjawab,
'Ya Rasulullah, aku baru balik dari negeri Syam, aku lihat rakyat di sana sujud kepada pemimpin-pemimpin dan
ketua-ketua mereka. Aku pun hendak berbuat begitu kepada engkau'. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

Jika aku disuruh seseorang sujud kepada seseorang nescaya sudah semesti aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya.
Page 5 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

[13]Ini bermakna sekiranya Allah taala menyuruh/memerintah manusia sujud kepada manusia nescaya Allah akan
menyuruh isteri itu sujud kepada suaminya.

[14]Islam menyuruh isteri taat dan patuh kepada suaminya pada setiap masa dan dalam setiap keadaan kecuali
dalam perkara melakukan maksiat kepada Allah sahaja.

[15]Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Karramallahu
Wajhah:

[*36]

Tidak ada ketaatan/tidak boleh taat kepada seseorang pada perkara-perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya
ketaatan itu adalah pada perkara-perkara ma'ruf/kebajikan sahaja.

[16]Dan dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:

Tiada ketaatan kepada makhluk/manusia dalam perkara maksiat kepada Allah.

[17]Seseorang isteri hendaklah taat kepada suaminya dalam perkara ma'ruf/baik walaupun ketika ia ada di dapur
sekalipun. Bila dipanggil oleh suaminya untuk sesuatu hajat isteri itu wajib datang menyahutnya dan tidak boleh
mengingkarinya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Apabila seseorang suami memanggil isterinya kerana ada sesuatu hajat hendaklah ia datang kepada suaminya sekalipun
isteri itu berada di dapur memasak roti.

[18]Ketaatan dan kepatuhan seorang isteri kepada suaminya bukanlah suatu perbuatan percuma dan sia-sia, tiada
apa-apa ganjaran atau balasan, habis dan berlalu begitu sahaja tetapi Islam apabila memerintahkan dan menyuruh
penganutnya/hambanya melakukan sesuatu, balasannya diambilkira dengan diberi balasan pahala dan syurga bila
dilakukan secara ikhlas sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu
Salamah:

Mana-mana isteri yang mati padahal suaminya redha kepadanya ia akan dimasukkan ke dalam syurga.

[19]Sebagai suami yang sah dari segi hukum Syarak dan undang-undang dan bertanggungjawab ke atas defendan
dan dalam keadaan plaintif adalah patut dan berhak menuntut defendan taat balik kepadanya dan kembali menjadi
isteri dan menjalankan tugas sebagai isteri dan juga sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan seperti sebelum ini.

[20]Kembali kepada kes yang sedang kita bicarakan ini dan menjawab kepada isu-isu di atas maka mahkamah
telah mendengar dan meneliti keterangan plaintif dan dokumen/ekshibit yang dikemukakan kepada mahkamah.

[21]Isu pertama adalah plaintif setelah diakadnikahkan dengan defendan pada 26 Ogos 2008 sebagaimana dalam
Perakuan Nikah No 81701 mengikut hukum Syarak, maka plaintif adalah suami yang sah kepada defendan dan
berterusan sehingga sekarang walaupun tidak lagi tinggal bersama.

[22]Keduanya apakah tanggungjawab dan hak-hak suami isteri di dalam Islam secara ringkas.

Tanggungjawab suami ke atas isteri:

(a) Suami wajib memberi mas kahwin, nafkah lahir dan batin, makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal
kepada isteri termasuklah alatan untuk menjaga kebersihan, perabut, peralatan dapur dan orang gaji jika
diperlukan isteri dan mengikut kemampuan suami. Ini sebagaimana firman Allah taala: [*37]

Dan kewajipan suami memberi makanan dan pakaian kepada isterinya dengan cara yang ma'ruf patut
seorang itu tidak dibebani melainkan menurut kadar kemampuannya.

Surah al-Baqarah (2): 233


Page 6 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

[23]Dan firman Allah lagi:

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu, bertempat tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu
menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.

Surah al-Talaq (65):6

(b) Berhubung nafkah batin Allah berfirman:

Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki
maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela maka barangsiapa yang mencari selain dari demikian
maka mereka adalah orangorang yang melampaui batasan.

Surah al-Mu'minun (23):5–7

[24]Dan firman Allah taala:

Isteri-isteri kamu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam (bersawah) maka datangilah tanah tempat kamu
bercucuk tanam itu sebagaimana sahaja kamu kehendaki.

Surah al-Baqarah (2):223

(c) Melayan isteri dengan baik dan tidak menyakitinya sebagaimana firman Allah taala:

Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai
sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Surah an-Nisa (4): 19

[25]Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda:

Orang mu'minin yang sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang sebaik-baik orang antara kamu ialah
yang paling baik kepada isterinya.

Riwayat Ahmad dan Tarmizi

Rasulullah SAW tidak pernah memukul isterinya dan tidak juga khadamnya begitu juga Baginda tidak pernah memukul
dengan tangannya sesuatu kecuali pada jalan Allah ataupun mencabuli perkara yang diharamkan oleh Allah, maka
Baginda melakukannya kerana Allah.

(d) Baik budi pekerti dan bahasa terhadap isteri.


(e) Menyempurnakan hak isteri dengan adil dan ikhlas.

Tanggungjawab isteri ke atas suami

[26]Tanggungjawab isteri terhadap suami adalah sangat banyak dan berat kerana tanggungjawab yang dilakukan
isteri berterusan sepanjang [*38]
hari dan setiap masa sampai waktu tidur pun tanggungjawabnya tidak habis.

(a) Isteri wajib taat kepada suami


(b) Isteri wajib tinggal di rumah yang ditetapkan oleh suami dan tidak boleh keluar atau meninggalkan rumah
itu kecuali dengan izin suaminya berdasarkan hadis Riwayat Al-Tibrani:
Page 7 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

Hak suami ke atas isterinya (tanggungjawab isteri kepada suaminya) bahawa isteri tidak boleh meninggalkan
hamparan suaminya (tempat tidur suami), hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya,
hendaklah taat kepada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin dan tidak
boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.

(c) Isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suami
(d) Menjaga rumahtangga dan harta suami
(e) Menjaga kehormatan diri daripada terpesona oleh orang lain
(f) Menghormati suami, menghias diri untuk suami, bemuka manis dan bergaul mesra dengan suami serta
bersopan santun

[27]Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

Setiap orang dari kalangan kamu ini ada tanggungjawab masing-masing, dan setiap orang dari kalangan kamu akan
ditanya tentang orang yang dipertanggungjawabkan itu. Pemerintah ditanya tentang rakyatnya, lelaki (suami) ditanya
tentang ahli keluarganya dan isteri ditanya tentang urusan rumahtangganya dan anak-anaknya, oleh itu kamu adalah orang
yang bertanggungjawab dan kamu akan dipersoalkan tentang tanggungjawab itu.

[28]Dan sabda Rasulullah SAW:

Sebaik-baik wanita itu ialah mereka yang apabila engkau/kamu pandang kepadanya ia akan menggembirakan kamu,
apabila ia disuruh sesuatu ia taatkan kamu dan apabila kamu berjauhan darinya ia akan memelihara kamu dengan
menjaga kehormatan dirinya dan harta benda kamu.

[29]Setelah kita melihat tugas-tugas dan tanggungjawab suami isteri (plaintif/defendan) di atas, maka isu sekarang
adakah plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap defendan semasa hidup
bersama dulu di Istana Tengku Mahkota Kubang Kerian.

[30]Untuk menjawab kepada isu ini saya telah meneliti keterangan plaintif dan juga berdasarkan dokumen dan
afidavit serta ekshibit yang dikemukakan kepada mahkamah dan pembelaan defendan, saya adalah berpuashati
dan saya dapati plaintif telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna ke atas defendan dan defendan
telah hidup dengan baik dan penuh kemesraan dan defendan telah menjalankan aktiviti rasmi sebagai Cik Puan
Temenggong Kelantan dan keyataan ini disokong oleh saksi tunggal plaintif yang memberi keterangan bersumpah
di mahkamah.

[*39]

[31]Malah defendan telah menikmati dengan sempurna nafkah lahir dan batin daripada plaintif dan defendan
ditempatkan (tinggal) di Istana Mahkota Kubang Kerian serta diberi layanan istimewa, diberikan pangkat dan
kedudukan sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan yang yang sah di sisi undang-undang. Keistimewaan yang
diperolehi itu tidak dapat dan tidak diperolehi oleh wanita lain, yang setaraf dan serupa dengan defendan.
Defendan sepatutnya merasakan dirinya bertuah menjadi isteri dan Cik Puan Temenggong Kelantan dan berterima
kasih kepada plaintif dan keluarga Diraja Kelantan di atas kedudukan dan keistimewaan yang diperolehinya itu
bukan sebaliknya dengan bertindak memfitnah dan memburukkan, menghina serta memalukan plaintif dan seluruh
keluarga Diraja Kelantan secara tak langsung dengan membuat tuduhan fitnah di media massa dan tersebar luas
melalui internet di seluruh dunia. Oleh itu saya bersetuju dengan peguam plaintif bahawa tindakan dan fitnah yang
dibuat oleh defendan menghina, memalukan dan menjatuhkan nama baik plaintif khususnya dan seluruh keluarga
Diraja dan institusi raja itu sendiri. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa plaintif telah melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya ke atas defendan dengan sempurna.

[32]Isu ketiganya adakah benar dakwaan defendan bahawa plaintif menderanya dari segi fizikal dan mental
semasa tinggal bersama dalam tempoh perkahwinan mereka. Saya dapati dakwaan defendan bahawa beliau telah
didera oleh plaintif yang menjadi punca dan alasan beliau (defendan) lari meninggalkan plaintif dan pulang ke
Indonesia tanpa pengetahuan dan kebenaran plaintif semasa mereka berdua berada di Singapura sebagaimana
dalam pembelaan defendan. Dakwaan defendan itu tidak dibuktikan malah defendan tidak pula hadir ke mahkamah
ini untuk menjawab dan membuktikan dakwaan ke atas plaintif. Dan dengan ketidakhadiran defendan memberi
Page 8 of 8
YAM Tengku Muhammad Fakhry Ibn Sultan Ismail Petra v Manohara Odelia Pinot

keterangan di mahkamah ini dan juga di Mahkamah Tinggi sivil dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh plaintif
ianya menunjukkan bahawa dakwaan defendan didera oleh plaintif adalah merupakan dakwaan semata-mata
tanpa bukti sebaliknya ia menjadi qarinah dan bukti oleh pihak plaintif bahawa tidak ada penderaan ke atas
defendan yang dilakukan oleh plaintif.

[33]Kemudian isu seterusnya kenapa perlunya defendan taat balik kepada plaintif jika pihak plaintif telah
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan sempurna terhadap defendan dan
defendan sendiri telah memperolehi haknya sebagai isteri dan menikmati segala kemewahan hidup sebagai isteri
dan Cik Puan Temenggong Kelantan dan tidak ada apa-apa sebab dan alasan, halangan dari segi keselamatan diri
dan kasih sayang suami/plaintif terhadapnya maka sudah tiada sebab dan alasan lagi untuk defendan kembali taat
dan patuh kepada plaintif sebagai seorang isteri yang sah dari segi hukum Syarak dan undang-undang dan
membina dan membuka lembaran hidup baru yang penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan, aman damai
bersama-sama plaintif sebagaimana segarnya pokok-pokok dan rumput rumpai selepas menerima hujan setelah
ditimpa kemarau sekian lama.

[*40]

[34]Justeru itu plaintif sebagai seorang suami yang sah kepada defendan semenjak berlangsungnya akad nikah
pada 26 Ogos 2008 sehingga kini dan telah pula menjalankan tanggungjawab terhadap defendan dengan baik dan
sempurna maka plaintif adalah berhak membuat tuntutan ke atas defendan supaya kembali taat kepadanya seperti
sediakala dan jika defendan gagal atau ingkar kembali taat kepada plaintif, defendan menjadi isteri yang derhaka
dan nusyuz kepada plaintif yang menyebabkan ia gugur daripada mendapatkan hak-hak dan nafkah daripada
plaintif.

[35]Ini sebagaimana dalam I'anah Al-Talibin Juz 4 oleh Syed Al-Bakri Ibn Syed Muhammad Syata di ms 77:

Gugur segala nafkah dengan nusyuz isteri secara ijma' ulama'.

[36]Dan kenyataan yang ada di hadapan mahkamah sekarang dengan sebulatnya menunjukkan bahawa sudah
tiada lagi sebab dan alasan untuk tidak mensabitkan tuntutan plaintif dan dengan ini mahkamah sabitkan tuntutan
plaintif.

[37]Sekarang inilah disampaikan keputusannya.

KEPUTUSAN

[38]Setelah mahkamah mendengar dan meneliti keterangan-keterangan plaintif, saksi dan dokumen-dokumen
yang dikemukakan kepada mahkamah serta penggulungan hujah peguam plaintif dan juga alasanalasan
sebagaimana yang telah disebutkan di atas tadi maka mahkamah adalah berpuashati, maka dengan ini saya
memutuskan bahawa tuntutan plaintif adalah sabit dan defendan hendaklah kembali taat kepada plaintif dalam
masa 14 hari dan jika defendan gagal mematuhi perintah taat balik ini maka mahkamah hukumkan dan
memutuskan bahawa defendan adalah seorang isteri nusyuz/derhaka dan gugur daripada mendapat nafkah dan
haknya daripada plaintif.

Plaintiff's application allowed.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

End of Document

You might also like