Proposal Kajian Tindakan Geo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SMK SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA

JALAN KINRARA 5A, BANDAR KINRARA


47180 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2018

Penyelidik:

MOHAMAD ALIF ASYRAF BIN CHE MOHD YUSOFF

Tajuk Kajian:

Meningkatkan Kemahiran Murid Memahami dan Mengingati Peta Malaysia Dengan


Menggunakan Kaedah Label Dan Warna
1. Nama Sekolah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara

Jalan Kinrara 5A 47180 Puchong Selangor D. E

(Tel: 03-80757273, Fax : 03-80757315)

2. Penyelidik:

Mohamad Alif Asyraf Bin Che Mohd Yusoff

3. Tajuk Kajian:

Meningkatkan Kemahiran Murid Memahami dan Mengingati Peta Malaysia


Dengan Menggunakan Kaedah Label Dan Warna

4. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu:

Dalam sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2, ‘Pengangkutan di Malaysia’


adalah salah satu topik yang seringkali disoal didalam ujian dan peperiksaan.Namun,
ramai murid yang lemah gagal menjawab dengan sempurna terutama sekali dalam
membaca peta Malaysia.

Apabila saya cuba memikirkan apakah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan
oleh murid dalam mengatasi masalah ini, saya mendapati ada satu artikel menyatakan
bahawa murid-murid yang lemah mudah tertarik kepada sesuatu yang berwarna warni
atau dalam bentuk permainan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam topik ini ialah:

a. Melabel setiap negeri di dalam peta Malaysia

b. Menyenaraikan negeri-negeri mengikut kutub

c. Murid-murid kurang berminat kerana menganggap topik ini adalah sukar.

d. Murid-murid memilih untuk tidak menjawab soalan berkaitan bab ini


walaupun sebenarnya mereka berpeluang untuk memperolehi markah yang
banyak sekiranya berjaya menjawab dengan betul.

e. Pembelajaran kurang berpusatkan murid. Pembelajaran abad ke 21 belum


dipraktikkan sepenuhnya.
5. Isu/Keprihatinan (Fokus Kajian ):

Mata pelajaran Geografi adalah satu ilmu yang banyak memerlukan pemahaman
dan penghayatan dan kaedah menghafal untuk mempelajarinya.Walau
bagaimanapun kebanyakan pelajar menganggap setiap satu proses atau konsep
itu perlu dihafal terlebih dahulu tanpa perlu memahaminya. Ini menyebabkan
ramai pelajar menghadapi masalah dalam mengingati keseluruhan konsep atau
proses sesuatu topik.

Kaedah melabel dan mewarna adalah satu teknik pembelajaran berpusatkan


pelajar (akses kendiri) dimana guru memberi satu modul gambar
peta Malaysia yang tidak bewarna. Setelah mencuba modul tersebut secara
perbincangan dalam kumpulan kecil, pelajar akan dapat lebih memahami dan
seterusnya mudah untuk mengingati setiap negeri yang terdapat dalam peta
Malaysia

6. Objektif Kajian:

a. Objektif Umum - Meningkatan kemahiran murid mengingati peta malaysia


menggunakan kaedah Label dan warna

b. Objektif Khusus - Guru menggunakan label dan warna untuk meningkatkan


pencapaian 10% dalam Geografi.

7. Kumpulan Sasaran:

Kajian ini melibatkan : 6 orang pelajar kelas 2 Bestari.

8. Tindakan Yang Dicadangkan:

a. Tinjauan Awal Masalah.

Sebelum langkah-langkah kajian selanjutnya dijalankan tinjauan terhadap masalah


akan dikenalpasti terlebih dahulu bagi membantu pengkaji memahami masalah yang
dihadapi pelajar. Tinjauan dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

 Menjalankan ujian khas melibatkan soalan sebuah peta Malaysia yang tidak
berwarna

 Menjalankan Kaedah label dan warna.


Cara pelaksanaan:

1. Pelajar diberi satu gambar peta Malaysia yang tiada warna

2. Peta tersebut harus di labelkan dengan timur, barat, utara, dan selatan peta. Setiap
kutub mempunyai negeri masing-masing. Setiap bahagian perlu di warnakan
dengan warna berbeza. Sebagai contoh:

 Kutub Utara - Warna KUNING

 Kutub Selatan - Warna HIJAU

 Kutub Timur - Warna BIRU

 Kutub Barat - Warna PINK

3. Pelajar meneliti peta tersebut dan menyatakan negeri yang terdapat di kutub
tersebut

4. Pelajar perlu menghafal setiap warna dan apa yang terdapat pada setiap warna
tersebut

5. Setelah meghafal pelajar perlu menyenaraikan setiap warna dan setiap negeri yang
ada pada warna tersebut.

# Aktiviti ini akan diubahsuai jika berlaku keperluan berbuat demikian setelah
membuat refleksi bagi di atas.
9. Bahan yang dicadangkan:

 Modul label dan warna

 Set latihan

10. Jadual Pelaksanaan Kajian:

11.

Bil Aktiviti Tarikh

1 Mengenalpasti msalah berdasarkan tahap pemahaman Januari 2018


pelajar tingkatan 2 semasa tahun 2017 terhadap topik
“pengangkutan di Malaysia”

2 Menulis proposal kajian tindakan 25 Februari 2018.

3 Menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk 13-14 Mac 2018.


“pengangkutan di Malaysia”

4 Melaksanakan tindakan 1 - Tinjauan masalah ( 5.1a dan 27-28 Mac 2018.


5.1b )

5 Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 1 3-4 April 2018

6 Melaksanakan tindakan 2 - KAedah Label dan warna 5-6 April 2018


(5.2)

7 Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 2 10-11 April 2018.

8 Ujian untuk mengesan pencapaian murid (Peperiksaan 20 Mei - 8 Jun


Pertengahan Tahun) 2018.

9 Refleksi kajian 7-8 Jun 2018

10 Menulis laporan kajian tindakan 9-11 June 2018


12. Kos Kajian:

13.

Bahan Kos

Kertas A4 1 rim x RM 12.00 RM 12.00

Photostat bahan edaran 6 helai x RM 0.20 RM 1.20

Mencetak modul bahan edaran 6 set x RM 1.30 RM 7.80

Buku Catatan Guru N/A

Jumlah Keseluruhan RM 23.50

14. Penutup:

Penyeledik berharap agar kaedah Label dan Warna ini akan lebih menarik minat
pelajar terutamanya pelajar yang lemah untuk memahami dan mengingati peta
Malaysia kerana kaedah ini bersifat permainan yang menyeronokkan dan akses
kendiri.

You might also like