Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH

PASCA COVID-19
SK ST. MARK (M), SELANGAU

Tarikh : 9 Jun 2020


Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Pejabat Sekolah

AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan Guru Besar


2. Penubuhan Jawatankuasa
3. Kurikulum
4. Pengurusan Kelas Termasuk Prasekolah
5. Pengurusan Asrama
6. Hal-hal lain

Senarai Kehadiran:

BIL NAMA JAWATAN

1. HENDRY BANYE ANAK GANDAM Guru Besar


2. CATHRINE BINTI SULAIMAN Penolong Kanan Pentadbiran
3. ZURINA JULAIHI Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. NURUL FARIEZZA BINTI AB. RAHIM Guru Akademik Biasa
5. QAISARA QASRINA CONNIE BINTI Pembantu Tadbir
KIROH
6. NYANGIN ANAK RIMONG Penyelia Asrama
7. DAYUN ANAK JANANG Pembantu Pengurusan Murid
8. HELINA ANAK SIGAT Pembantu Pengurusan Murid
9. JOSEPH ANAK LOUIS Pembantu Pengurusan Murid
10. LEONG IU LIAN Pembantu Operasi
11. ANI ANAK MALE Pembantu Operasi
12. KERISTINA ANAK SENEN Pembantu Operasi

Tidak Hadir Bersebab: Bekerja Dari Rumah (BDR)

BIL NAMA JAWATAN

1. MOHD.JOHARI ABDULLAH Penolong Kanan Kokurikulum


2. GANYAI ANAK MENSAN Guru Akademik Biasa
3. NURUL FARIEZZA BINTI AB. RAHIM Guru Akademik Biasa
4. MUHAMMAD AMIR BIN AMINUDDIN Guru Akademik Biasa
5. MOS ANAK RENGIE Guru Akademik Biasa
6. VENISSA ANAK UGUN Guru Akademik Biasa
7. MUHAMMAD ALI BIN MD.RASID Guru Akademik Biasa

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID 19


1
1.0 UCAPAN GURU BESAR

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan Salam Sejahtera dan terima kasih kerana hadir ke taklimat ringkas
Penubuhan Pasukan Khas Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19. Beliau juga mengucapkan Selamat
Hari Raya dan Selamat Hari Gawai kepada semua guru dan AKP yang hadir.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa PKPB yang bermula pada 13 Mei akan berakhir pada esok hari,
10 Jun 2020. Manakala PKPP akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

1.3. Guru-guru dan AKP diminta untuk patuh dengan segala arahan semasa serta mengambil maklum
segala maklumat serta SOP yang telah ditetapkan oleh pihak PPD, JPN, dan KPM.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

1.4 Pihak KPM akan membuat pengumuman khas pada hari Rabu, 10 Jun. Semua guru dan AKP
diminta untuk mendengar pengumuman khas tersebut.

Makluman Semua Ahli Mesyuarat


1.5 Kehadiran sepenuhnya Guru Besar, semua Penolong Kanan dan AKP bermula 9 Jun 2020.
Manakala guru-guru masih bekerja dari rumah atau datang ke sekolah mengikut jadual giliran yang
telah ditetapkan atau mengikut budi bicara Guru Besar.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat
1.6 Waktu bertugas adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat
1.7 Jika AKP tidak bekerja dari rumah, perlu ada cuti sakit atau Cuti Rehat Tahunan.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat
1.8 AKP yang memohon untuk bekerja dari rumah perlu menghantar soft copy borang bekerja dari
rumah yang telah dilengkap isi serta ditanda tangani pada atau sebelum 9.30 pagi kepada Guru
Besar. Guru Besar akan menghantar borang ini ke PPD.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID 19


2
2.0 PENUBUHAN PASUKAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID-19
Pengerusi : Encik Hendry Banye anak Gandam (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Zurina Julaihi (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Puan Nurul Fariezza binti Ab. Rahim (Setiausaha HEM)
Ahli Jawatankuasa: Puan Cathrine binti Sulaiman (Penolong Kanan)
Encik Mohd. Johari Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum)
Ahli : Semua Guru Kelas
Semua Warden
Semua AKP
Semua Pekerja Pembersihan Kawasan
Semua Pekerja Kontrak Makanan Bermasak
Semua Pengawal Keselamatan
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

3.0 KURIKULUM

3.1 Cikgu Cathrine binti Sulaiman (Penolong Kanan)


3.1.1 Beliau memaklumkan bahawa Cikgu Lawrence telah berpindah ke PPD secara rasmi
sejak bulan Mei 2020.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat

3.1.2 Oleh sebab itu, jadual PdP yang baharu akan dijana semula untuk kegunaan semua guru
semasa pembukaan sekolah kelak.
Makluman Semua Ahli Mesyuarat
3.1.3 PdP perlu dilaksanakan seperti biasa samaada secara online, whatapps,telegram,google
classroom atau apa jua kaedah yang bersesuaian.
Tindakan: Semua Guru
3.1.4 RPH ringkas perlu disediakan oleh semua guru sepanjang PKP ini.
Tindakan: Semua Guru

3.1.5 Hasil PdP secara online, projek atau pertandingan sepanjang PKP ini akan dijadikan
sebagai bahan bukti untuk pengisian PBPPP guru-guru.
Tindakan: Semua Guru

3.1.6 AKP juga perlu merancang dan melaksanakan program atau projek bagi mengisi SKT
tahun ini. Dokumentasi gambar sebelum dan selepas projek dilaksanakan akan dijadikan bukti

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID 19


3
bagi SKT masing-masing. Fail dan portfolio hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tindakan: Semua AKP

4.0 PENGURUSAN KELAS TERMASUK PRASEKOLAH

4.1 Penjarakan sosial 1meter bagi setiap murid perlu dipatuhi.


4.2 Pra sekolah 6 Tahun sahaja yang akan datang ke sekolah sekiranya sekolah di buka. Penggiliran
murid mengikut kumpulan akan dilaksanakan.
4.3 Tanda laluan masuk dan keluar perlu diletakkan menggunakan tape hijau/biru (masuk), tape
merah (keluar) dan tape kuning (ruang menunggu).
4.4 Tanda bagi setiap 1meter perlu dilekatkan di bangunan pentadbiran, dewan makan dan asrama
bagi kegunaan murid untuk beratur.
Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

5.0 PENGURUSAN ASRAMA


5.1 PPM perlu mengukur dan menanda jarak 1meter bagi setiap tilam murid di asrama lelaki dan
perempuan.
5.2 Maklumat poster berkaitan COVID-19 perlu dipamerkan di dalam asrama.
5.3 Laluan masuk dan keluar serta tanda jarak 1 meter di luar asrama dan tandas perlu dilabelkan.

5.4 Bilik rawatan perlu disediakan sebagai Pusat Isolasi Sekolah dan menempatkan murid yang
tidak sihat.
5.5 Program kesihatan mesti diteruskan seperti Program Cuci Tangan dan demonstrasi cuci tangan.
Program ini perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti.
Tindakan: PPM Asrama

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID 19


4
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Permohonan sumbangan peralatan sanitasi seperti handsanitizers, cecair pencuci tangan dan
pelitup muka daripada PIBG (RM100), Syarikat Blue Pasific Sdn. Bhd. (RM500), Pihak
Lembaga Sekolah (Mission) (RM100)
Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

6.2 Proses sanitasi bangunan sekolah, asrama dan dewan perlu dilakukan dengan segera.
Makluman: Semua Ahli Mesyuarat

Disediakan oleh,

…………………………………………….
[NURUL FARIEZZA BINTI AB. RAHIM]
Setiausaha HEM
SK St. Mark (M), Selangau

Disahkan oleh;

…………………………………….
[HENDRY BANYE ANAK GANDAM]
Guru Besar
SK St. Mark (M), Selangau

TAKLIMAT PENUBUHAN PASUKAN KHAS PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID 19


5

You might also like