Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGENALAN
 Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh PARAMESWARA, bangsawan Srivijaya
dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun 1400 – 1403.
 Pada awalnya, Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasai
oleh Siam). Diancam Siam pula apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik).
 Melaka pada mulanya merupakan perkampungan kecil – berkembang menjadi pusat
perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya).
 Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
 Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zaman
kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.
FAKTOR PERKEMBANGAN
 Pemerintah yang berwibawa.

- Parameswara berasal daripada keturunan diraja Palembang


mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat menilai
potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil & mundur.
Menjalinkan hubungan dengan China selepas menubuhkan kerajaan.
-Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik,
berkhidmat di bawah 4 Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
 Hubungan diplomatik.
- Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam.
- Melaka mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)
- Memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas.

 Sistem pentadbiran yang teratur.


- Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera.
Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan.
- Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar
berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tigapuluh dua.
 Undang- Undang yang sistematik.
- Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.

 Pengurusan Perdagangan yang Cekap.


- Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar,
Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam hal
perdagangan,perkapalan dan pelayaran.
 Sebagai Pusat Entrepot.
- Melaka terletak di kawasan hasil dagangan penting rempah ratus
yang sangat diperlukan saudagar dari timur dan barat.

 Kedudukan yang strategik Melaka.


- Berada di tengah-tengah jalan perdagangan pedagang China &
India.
- Kedudukan strategik - terlindung dari tiupan angin monsun
- Selat yang dalam - membolehkan kapal berlabuh dengan selamat.
- Bentuk muka bumi berbukit - sesuai dijadikan kubu.

 Penggunaan Sistem Matawang.


- Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Sistem matawang
yang sistematik, perdagangan lebih lancar & menarik pedagang.
 Kemudahan di Pelabuhan Melaka.
- Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar
menyimpan barang dagangan mereka – jaminan daripada kerosakan
& kecurian. Juga disediakan tempat perniagaan, gudang, sistem
sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal.

 Sistem Cukai yang Berpatutan.


- Sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk
orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang
menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi
bagi pedagang China & negara sahabat Jawa, Maluku dan Sumatera.

 Peranan Orang Laut.


- Sebagai tentera mengawal laluan perdagangan daripada ancaman
lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan.
ZAMAN SULTAN MELAKA
• 1400 – 1414 Parameswara (Raja Iskandar Shah)
• 1414 – 1424 Sultan Megat Iskandar Shah
• 1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah
• 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
• 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
• 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah
• 1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah
• 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
SISTEM PENTADBIRAN MELAKA
FAKTOR KEJATUHAN
 Pemerintah yang lemah.

• Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta pada usia


muda selepas Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. 10 tahun
kemudian Bendahara berkaliber Tun Perak telah meninggal
menyebabkan Melaka semakin lemah.

• Akibat termakan fitnah - Sultan Mahmud Shah telah


menitahkan pembunuhan terhadap Tun Mutahir.
 Tiada pemimpin yang cekap.

• Kematian Bendahara Tun Perak yang berwibawa.

• Diganti oleh Tun Mutahir (keturunan Tamil-Islam) yang mengamalkan


pilih kasih. Beliau memilih sanak saudara & untuk memegang jawatan
penting dalam kerajaan.

 Masalah Perpaduan.

• Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan rasa tidak puas hati – menimbulkan


persaingan orang Melayu dengan kaum India Muslim.

• Akibat konflik antara pembesar Melayu dan India Muslim, rakyat Melaka
berpecah belah dan tidak bersatu.
 Cukai yang tinggi.

• Cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan keatas pedagang menyebabkan


mereka berpindah ke pelabuhan yang lain.

 Kelemahan Askar Melaka.

• Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai,


tombak, dan senjata tradisional untuk menentang askar Portugis. Askar
Melaka juga tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti askar
Portugis.
KEJATUHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
 Pentadbiran Sultan Mahmud yang Kurang Baik.
 Pecah belah antara kaum – Antara Melayu dan
Tamil-Muslim.
 Rasuah.
 Fitnah antara Pembesar.  Serangan Portugis dalam tahun 1511 Alfonso de
 Kenaikan Cukai. Albuquerque telah menyerang dan menawan
 Kematian Bendahara Tun Perak – Tiada Melaka dalam tahun 1511.
pengganti yang baik.
 Pasukan tentera lemah – orang laut tidak  Penemuan Tanjung Harapan.
membantu apabila diserang oleh Portugis sebab
tidak puas hati dengan pentadbiran Melaka yang
telah mengabaikan mereka.
 Pertelingkahan dengan negeri Naungan.
 Pegangan agama tidak kuat.
KESIMPULAN

 Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman Kesultanan


Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan
sejarah di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era perkembangan
pendidikan kerana kemahsyuran Melaka sebagai sebuah institusi
pendidikan awal pada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti
yang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat,
aktiviti perdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang dan
perkembangan agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.

You might also like