Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Ministry Of Education Molaysio) BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ‘Telefon: +803-8884 6000 (Talian Umum) (Human Resource Management Division) aks: +803-8888 6292 ARAS 3-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E Laman web: hilp.JWwww.moe.gov.my PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Ruj. Kami: KPM.BPSM.S.500-1/2/3 (69) Tarikh 2| Januari 2020 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan, PENYEDIAAN DATA KAJIAN BAGI PELAKSANAAN KEBERKESANAN INISIATIF MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Seperti yang telah sedia maklum, Kementerian sedang dalam usaha untuk menangani isu beban tugas guru. Untuk tujuan itu, sebanyak 10 inisiatif telah diumumkan oleh mantan YB Menteri Pendidikan. Bagi mengukur keberkesanan inisiatif yang telah diumumkan tersebut, satu kajian sedang dijalankan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS!) dan dapatan awal telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Mengkaji Beban Tugas Guru Bil. 1 Tahun 2019 pada 13 Disember 2019. Hasil pembentangan tersebut mendapati, terdapat beberapa negeri yang menunjukkan kadar responden yang rendah 3. Situasi ini secara tidak langsung mampu memberi kesan ke atas usaha untuk mengenalpasti masalah dan menangani isu ini secara holistik. Bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan segera, pihak JPN diminta untuk memastikan sekolah yang terlibat dapat menjawab soal selidik menggunakan QR Code yang dilampirkan (Lampiran A) selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2020 (Jumaat). aR

You might also like